SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 20, 2009

Kad Bon

Bila baca tulisan demi tulisan Sanguru yang berkaitan dengan KAD saya terpanggil untuk membuat entri ini. Duulu....(tulisan saya mesti dimulakan dengan 'dulu' sebab nostalgia)....terdapat banyak estet getah di seluruh Sabah.Di Tandek pun ada juga....untuk lebih tepat lagi estet getah itu berpusat di Beliajung. Pekerja estet kebanyakannya dari warga tempatan bangsa dusun dan bajau.Terdapat juga warga asing yang dibawa ke negeri ini oleh penjajah contohnya orang-orang jawa.Pemilik estet tentulah orang putih atau penjajah.Peniaga barang runcit adalah orang-orang tionghua yang diberi izin oleh pemilik estet untuk berniaga di situ. Apa yang menariknya ialah Kad Bon yang diberi kepada pekerja estet untuk 'kemudahan' membeli barang keperluan harian.Ia umpama kad kredit lah kalau hari ini.Untuk membeli barang keperluan secara kredit pekerja estet hanya perlu menunjukkan kad bon yang telah di tandatangani oleh mandur estet kepada tauke kedai.Setiap transaksi akan dicatat dalam buku 555 dan jumlahnya akan dipotong dari gaji pada hujung bulan. Di Beliajung,setiap dua minggu para pekerja estet akan diberi gaji pendahuluan.Bermakna mereka menerima gaji dua kali sebulan.Setiap kali musim 'gajian' tamu diadakan.Maka berbelanja sakanlah para pekerja estet di tamu.Ada juga yang mengambil kesempatan 'melabur' dalam perjudian,main dadu main katam-katam,dengan harapan dapat untung berlipat ganda.Duit habis apa takut....ada kad bon bahhh...! Inilah trend kehidupan di hampir seluruh estet yang ada di Sabah ketika itu.Hidup mereka banyak bergantung pada Kad Bon.Setiap hari berhutang hingga keliling pinggang.Hujung bulan 'kelapisan'.Rata-rata berfikir begini....nasippp lagi ada kad bon...boleh lagi makan hari-hari,kalau tidak....hakikatnya kad bon inilah yang telah mengaburi mata mereka.Tanpa mereka sedari kad bon inilah yang membuat mereka sentiasa terbelenggu dalam hutang. Hmmm.....memang begini kah bumiputra? rasanya tidak tapiiii......

12 comments:

SANGURU said...

kyroooo....kami di rumah Tom. Ramai kami baca ini kad,....hehehe

Umar al-Longobi said...

berhutang boleh asalkan berpatutan dgn kemampuan dan jauh drp perangkap riba. Syekh Mohtar Al-Bukhary pun berhutang, hehe...

SUARA RAKYAT P.185 BATU SAPI said...

Pn.Kyro...Bapa kepada Dtk Masrani Parman itu mungkin juga d bawa oleh Penjajah kali yah?

maikong said...

ini adalah sejarah perjalanan hidup bangsa kita yg diadun oleh penjajah....

SANGURU said...

dan menurut cerita (hasil penyelidikan saya), di kedai estet inilah NC Jamari, OT Eem Bin Embun, Ejen Yalamat dan OT Biting melakukan "brain storming" untuk menubuhkan sekolah pertama di Kota Marudu iaitu GPS Tandek. Akhirnya, pada 1936, GPS Tandek mulai beroperasi. Satu-satunya pelajar pertama GPS Tandek yang masih hidup ialah:.......en. (KK) Pawai B. Eem...

hmm, ni la specialnya entry c Kyro, terjalin segala macam cerita dulu2...hehehe

kyro said...

SR P185 Batu Sapi,
tidak tau pula klu bpa Dtk Masrani salah seorg drpd org2 jawa yg dibawa oleh penjajah tapi memang ramai juga org2 jawa dulu2 kena bawa ke Sabah.Kebanyakannya kena tangkap oleh Jipun dan dijadikan buruh paksa.

Wah Sangguru macam kerja keras kmu ni dirumah c tom.My regards to Nong.Teruskan perjuangan.Anggap saja mcm nyamuk tu suara2 sumbang yg cuba2 kasi hancur SAM.Biasalah bkn perjuangan namanya klu tiada cabaran.

kyro said...

Betul sdra Umar.Berhutang tidak salah yang penting pengurusan kewangan harus mantap.Bak kata pepatah melayu 'ukur baju dibadan sendiri'.

akibaragon said...

Itu dulu punya cerita,sikarang org kampung lagi banyak duit daripada orang karaja di bandar makan gaji.

Kamu tinguk itu urang kampung di Mangaris jual jagung bakar saaana siring jalan.Mula2 diurang punya rumah buruk2 sulap2 saja.Naaahhh... sikarang tinguklah sendiri rumah batu bah...tiada utang2 logot-logoton diurang bikin pakai duit jualan jagung bakar.

Kawan sia dulu karaja saana hotel pun baranti,dia bisnis jual jagung bakar...tantu lagi pandapatan dia bilang.Sinang2 500 satu ari...siapa kasi?

maikong said...

nah ngam kesedaran kau aki..teruskan..

maikong said...

pn kryo/sangguru..pernah kamu dengarkah dulu musim penjajahan british...sebuah sekolah(kristian katolik)..mau didirikan di kwn estate getah(tandek)....namun mendapat tentangan daripada penduduk kampung yg pada masih itu Pagan...kemudian sekolah itu d pindahkan ke penampang(kini ST.micheal)..yg telah melahirkan golongan berpelajaran yg terawal di sabah..ikut cerita aki saya (aki Maralin...klu tidak tandeklah yg pertama mendapat sekolah.....dan golongan berpelajaran yg pertama d sabah..

SANGURU said...

tn maikong, ada jg sy dengar cerita tu. Bukan nasib org kita...

maikong said...

tq sangguru