SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 13, 2009

KAD KREDIT...

Yang ini pun top punya kad. Pun banyak corak dan warna. Ada kaler "gold", ada platinum. Ada yang layak pakai, ada yang gila pakai dan ada yang muflis kerana suka sangat memakai-makai. Realitinya, hampir tiada manusia bebas dari "kredit" (hutang). Misal sajalah, Saya mungkin berhutang dengan tuan, tuan mungkin berhutang dengan ceti (jangan marah ya tuan), ceti mungkin berhutang dengan Pak Man Teri, manakala Pak Man Teri mungkin pasti berhutang dengan Rak Rak Yat (kembar Tom Tom Bak?). Yang pasti kita manusia berhutang janji dan budi sesama manusia dan dengan Tuhan. Lepas dari belenggu hutang janji memang sukar maka kurangkan berhutang janji...

4 comments:

Little Mike (LM) said...

Berjanji satu permulaan. Melaksanakan janji langkah yang besar. Janji yang tertunai, adalah satu kejayaan yang terbesar...

Ingatlah.. berjanji adalah satu keputusan yang BESAR dalam hidup. Jika gagal, kita tidak dapat bayangkan betapa berat beban yang terpikul itu mengasak di bahu kita

maikong said...

kad kredit/berhutang adalah lagi satu budaya malaysia yg di terapkan dari dulu2 lagi..ini adalah satu bentuk perniagaan kita dia malaysia..klu dulu saya ingat kad kredit ini sangat2 susah nak dpt..tapi sekarang berlumba2 pihak bank utk dptkan tanda tangan kita,.utk permohonan/kelulusan cepat kad kredit..

ada yg muflis/bankrap/gadai sinisana/ krn kad ini..

namun ada juga yg bijak(penguna berhemah)..
nasihat saya kpd bakal penguna kad kredit..jgn ikutkan hati pd penggunaan kad ini..guna utk keperluan (minyak kereta).dan klu boleh(mesti) bayarlah ikut amaun dipakai/bayarlah sebelum dua date pd bulan yg sama..barulah pokoknya tidak membesar dan bunganya tidak berkembang...
ini nasihat dari org2 yg hampir2 jatuh ditimpa kad kredit..

SANGURU said...

jika sy ada berhutang apa2, tolong ingatkan saya (secara berhemah), insyaAllah sy jelaskan...

orchardrace said...

Salam,
Hutang ibarat api dalam sekam dan duri dalam daging yang lama-kelamaan memakan diri.
Kadangkala kita terpaksa juga berhutang. Cthnya pinjaman perumahan, kenderaan, pelajaran dsbnya. Ini kategori hutang yang boleh dikatakan memberi faedah sekiranya diuruskan sebaik-baiknya.

Tetapi berhutang kerana benda yang tidak mendatangkan faedah seperti guna kad kredit utk beli baju berjenama, jam, aksesori kereta dsb. wow...wow...wow...masalah ni. Apa2 pun, itu adalah kehendak masing2. Asalkan kita tahu bagaimana nk menjelaskan hutang tersebut.