SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 2, 2009

KAD PENGENALAN


 Gambar: Pemandangan awal pagi di sekitar Kg.Masolog

Salam sayang kepada semua warga Daerah Kota Marudu, Sabah,  dan Malaysia..

Pada hari ini semakin banyak kemudahan yang kita perolehi hasil daripada usaha pemimpin dan masyarakat yang bersatu hati di dalam memajukan  taraf hidup masyarakat setempat. Kerajaan telah menyediakan pelbagai insentif seperti PPRT untuk membantu rakyat yang memerlukan.

Namun kemudahan tersebut tidak akan dapat dinikmati oleh rakyat yang belum mempunyai Kad Pengenalan (My Card) Malaysia. Saya sangat terkejut kerana pada satu hari saya telah bertemu dengan seorang penduduk asli  daerah ini yang berasal dari Kg.Gouton, Gana tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sebagai rakyat Malaysia.

Seperti yang kita tahu,  kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menjejaki mereka (penduduk yg. belum ada Kad Pengenalan Diri) dari Kampung ke Kampung supaya mereka boleh didaftarkan didalam pengkalan data Jabatan Pendaftaran Negara sekaligus membolehkan mereka menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

Saya telah menemubual individu tersebut dan menurut beliau masih ramai penduduk kampung di sekitar Kg. Gouton, Gana, Kota Marudu yang belum memiliki sebarang dokumen pengenalan diri..Saya telah menitipkan beberapa pesanan/nasihat kepada beliau untuk disampaikan kepada penduduk kampung, Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung.

Sebagai rakyat Malaysia mungkin ada sesuatu yg kita boleh lakukan untuk membantu penduduk asli dari pedalaman Sabah ini.

53 comments:

Anonymous said...

Jika penduduk Kg.Gouton pun belum mempunyai Mykad Malaysia malanglah bagi kita penduduk Bumiputera d negeri Sabah ni...Kerana d awal tahun 1980an lagi sampai kehari ini berjuta juta orang rakyat asing (Philippine,Indonesia, Pakistan dan India Rujuk: sabahkini.net dan Rujuk sendiri pakai mata/kepala kita)d ANUGERAHkan Mykad asli yg Prosedurnya PALSU oleh Arahan Pemimpin2 kita yg berkepentingan dan gilakan kuasa dan sanggup menggadaikan "KEISTIMEWAAN" yg tertinggi kepada Pendatang Tanpa Izin yg "BERMAHARAJA LELA" d Bumi Sabah negeri d bawah bayu pada hari ini.Kita berharap akan ada satu Petunjuk dari Allah kepada Pemimpin2 yg gila kuasa ini sehingga rakyat Negerinya sendiri terlupa d Anugerahkan Mykad Malaysia.Kepada Penduduk Kg.Gouton dan Rakyat d sekitar Tandek dan KM, hati2lah ketika memilih kerajaan yg lupa akan diri Pengundi dan Rakyatnya...Ini baru sahaja satu contoh yg kita dapat lihat dan rasakan, Bagaimana jika PTI2 ini sudah melangkaui tinggal d Bumi Sabah/Malaysia ini sehingga 50 tahun?PTI yg sudah (bermykad Malaysia)bermaharajalela pada hari ini dan mereka sudahpun boleh dan berhak Menjadi Perdana Menteri,Ketua Menteri dan menteri2 d Pusat serta negeri2 d dalam Malaysia ini...Pemimpin Gila kuasa tidak akan berani BERCAKAP kerana Mykad mereka yg membantu mengeluarkannya sendiri dari JPN...Fikir2kan sahaja kita selaku anak JATI Negeri ini...Kerana pada hari ini Polis,Tentera,Imigresen,Kastam,JPJ dan jabatan2 yg penting sudahpun mereka ada d dalam Negara Malaysia ini....!!! Yg mendapat susah adalah anak,cucu,cicit kita pada satu hari nanti. Sedangkan pada hari ini PTI @ yg d berikan mykad ini sudah menjadi Raja dan berkuasa sekali.Lihat sahaja d Pasar ikan KK dan Pasar sayur KK kesemuanya mereka yg kuasai, Harga2 Ikan dan sayur mereka naikan sesuka hati tanpa pemantauan dari pihak berkuasa Kerajaan Tempatan...Apa sudah yg jadi kepada Negeri Sabah dan Negara Malaysia ini? Terutama sekali Pemimpin2 Politiknya semuanya Tutup mata dan makan gaji buta sahaja serta seperti kerbau d cucuk hidungnya...Benar2 Pemimpin kita d negeri Sabah ini tidak ada guna langsung lah....Kepentingan dan peribadi mereka sahaja lg yg mereka pedulikan....Bodoh betul !!!

Anonymous said...

Saya amat2 bersetuju jika Kg.Gouton ini d majukan melalui sektor pelancongan dan SMI, Memang ada asas dan cantik pemendangannya.Harap2 MP/ADUNnya memberikan kerjasama dan peruntukkan yg mencukupi untuk menaik tarafkan perekonomian rakyat yg senantiasa hauskan erti Kemajuan yg sering d dembakan oleh semua rakyat d kawasan/Kampong yg masih mundur...Permasalaahan mykad wajiblah d uruskan oleh pemimpin2 d peringakt Kampong seperti JKKK/KK.Kita harap2kan JKKK/KK janganlah pula memberikan peluang kepada PTI pula yg mendaftarkan Mykad malaysia tu, Kerana Mykad Malaysia ini berharga buat PTI2 yg ada...Mereka sanggup memberikan kepada JKKK/KK sehingga Rm:10-15,000 bagi satu mykad ketika proses menjejaki Mykad (Terutama Pakistan,India dan Bugis).

Little Mike (LM) said...

kita mengharapkan masalah yang dihadapi penduduk Kg. Gouton, Gana mendapat perhatian sewajarnya dan diselesaikan dengan segera.

Malang bagi mereka sebagai rakyat Malaysia tetapi tidak dapat menikmati kemudahan sedia ada.

MindaGuru said...

Kasian bangsa kita yang terpinggir mana pengerusi JKKK, ketua kampung, ketua anak negeri,wkkan, pemimpin masyarakat,perkara yang terpenting inipun tiada penyelesaian. Takkan perlu tunggu YB untuk perkara begitu.

Saya cadangkan pada pihak yang berkenaan seperti pejabat pemimpin kemajuan rakyat tolonglah kc selalu ceramah, seminar, kursus dan bengkel kepada ketua kampung, JKKK, ketua anak negeri, wkan dll agar TAHU dan AMBILBERAT tentang permasalahan seperti MYKAD.

Kepada mana2 pihak yang berkenaan yang terbaca atau membaca artikel TULUNBUNOU ini ambil tindakan segera.

Saya juga cadangkan kepada SAM agar laporan atau surat rasmi boleh dihantar kepada pihak yang berkenaan dan berbincang .Bukan apa ini hal penting melibatkan masa depan mereka..Maaf geng2 keadaan seperti ini yang buat kita geram dan panas hati..

Anonymous said...

Anon...kau barulah ngamm betul..jadi JKKK..saya sukung..tapi kasi tukar karajan dululahhhh

Anonymous said...

Bila saya membaca artikal yg d tulis oleh Tulunbunou ni saya benar2 merasa terkilan. Rupa-rupanya ada lagi rakyat Malaysia yg tertinggal yg lupa d uruskan dan d tangani oleh JPN dan Pemimpin2 Kampong,Daerah,Kawasan d Negeri Sabah ini.Sudah 46 tahun kita ikut2merdeka melalui Malaysia rakyat kita masih mundur dan terus mundur jika d bandingkan dengan Rakyat asing @ PTI yg d berikan Mykad Malaysia d awal tahun 80an....Saya benar2 terkilan dan sedih bila memikirkan Rakyat asing pula d dahulukan untuk meretah dan memakan hasil bumi d atas Perjuangan Pemimpin terdahulu untuk menuntut Kemerdekaan Negeri/Negara bandingkan Penduduk d pedalaman seperti d Kg.Masolog (Bukan Kampong orang2 Suluk dari Philippine kah ini?)Kg.Gouton dan Kg.Gana...Seharusnya kita sebagai anak Watan yg d lahirkan sesudah kemerdekaan wajib sadar akan peranan dan tanggung jawab kita selaku Rakyat dan Warganegara d Negara Malaysia ini....Kita selaku anak Watan d Negara malaysia ini mesti berani kehedapan membela nasib rakyat yg terpingir dan d pingirkan,Kerana Negeri Sabah ini pada masa ini sudahpun menjadi milik kaum/suku Pendatang Bugis,Suluk,Cagayan,Bajau (Bukan Bajau KB dan Tempasuk), Pakistan,India yg senang2 sahaja d berikan status kewarganegaraan (Mykad Malaysia) oleh Sang Pemimpin yg Menghianati dan menjadi segala dalang kemusnahan Negeri dan Negara ini.Pemimpin Melayu Sabah khasnya dari UMNO @ BE END d negeri Sabah ni benar2 tidak boleh d harap2kan untuk menunjangi Pemerintahan...Kerana sense dan perasaan mereka terhadap Negeri/Negara ini tidak pernah ada...Besar ertinya bagi Pendatang Tanpa Izin dan orang Asing yg d berikan Mykad Malaysia jika d bandingkan Pemberian 1 Kg emas.Kerana pemberian Mykad ini adalah punca kehidupan mereka generasi ke generasi.Contoh yg terdekat Datuk Musa Aman...Arwah Hj Aman berasal daripada Negara Pakistan d sekitar tahun 40/50an nah lihat sahaja pada hari ini anaknya Datuk Musa Bin Aman adalah Ketua Menteri Negeri Sabah...Baru berapa Generasi? Lihat Ong Tee Kiat? Lihat Chua Sui Lek...Sama samalah kita fikirkan akan Generasi kita. Kepintaran Suku Bugis ni saya lihat2 bisa saja mengalahkan kepinatan org2 China d dalam perniagaan(Pakar Perniagaan). Macam mana pula dengan Penduduk/Rakyat dari Kg.Masolog,Kg.Gana dan Kg.Gouton dan Rakyat d KM yg belumpun mendaptkan Mykad? Sedangkan PTI dari India,Pakistan,Indonesia dan Philippine sudahpun mendapatkan Mykad d tahun 80an? Tidak ketinggalan kah Penduduk KM,Tandek dan Rakyat Watan d Negeri Sabah? Siapakah yg membodohkan Rakyat d negeri Sabah ini? Fikirkanlah sendiri....!!!

SANGURU said...

tahniah dan terima kasih TB atas paparan ini. Inilah paparan puan yg paling bagus setakat ini. Saya setuju dan sokong semua komen dan cadangan para sahabat pengulas. Memang menyedihkan dan merisaukan. Sama2lah kita membantu menyelesaikan masalah ini. Jangan sampai anak watan jadi pelarian ditempat sendiri.

Anonymous said...

Aduh PM dan TPM sekarang pun keturunan dan datang dari Bugis bah @ Orang Ugi bah asal2 mereka tu....Apa yg mau d katakan lagi? Dari Zaman dahulu lagi Melayu memang sudah bersifat pelupa bilang Tun Mahatir (Asal bapanya pun dari India mari juga)....

Anonymous said...

yuk?? mana sudaitu entri di atas? No liong??? Tad minan diko dilito'...

Gaaman said...

Punca masalah ini sebenarnya oleh sikap pemimpin masyarakat(spt Ketua Kampung dan JKKK) sendiri. Bukankah tanggungjawab untuk 'memastikan' setiap anak buah mempunyai kad pengenalan(surat beranak)terletak di atas bahu mereka(pemimpin masyarakat)??.

Merekalah yang sepatutnya melaporkan(serta membuat susulan yg berterusan hinggalah ke peringkat Peg Daerah, ADUN dan MP -sekiranya masih gagal) perkara ini kepada pihak berkenaan. Itulah antara perkara asas yg perlu diberi perhatian oleh 'mereka', bukan kejar projek atau glamor!!.

Sikap 'ambil mudah', 'tidak apa', 'tunggu dan tunggu' serta 'ahh..itu dorang punya pasal la', telah memakan diri sendiri(dan merugikan warga tempatan). Oleh itu diharap para pembaca agar mengambil ikhtibar kisah yg dipaparkan oleh TB, supaya kita semua MESTI juga bersikap menjaga tepi kain orang(mengambil peduli)- demi untuk kebaikan..

Anonymous said...

anon1....kau bukan pandatang kah..kau ini macam pandatang saja.

MAIKONG said...

saya tertarik dgn entri tulunbunou and keluhan/kerisauan kita semua.
ini hanya tambahan hujah c anon..jika kamu biasa dgn sekitar sabah timur kamu nampak lebih mengerikan ttg warga asing yg telah dpt mykad dan yg baru mau dptkan nya..rasanya bolelah saya katakan sudah terlambat kita membentres pemberian mykad kpd bukan warganegara..betul cakap c anon...
TOLONG ANON APA CADANGAN...KITA MAU BISING SAJA KAH D BLOG BUAT ..KOMEN....

UTK GENERASI AKAN DATANG KITA...

SANGURU said...

jikalau ini benar, dan saya berharap sangat ia tidak benar, maka ia satu malapetaka paling dahsyat dalam sejarah negeri kita yg mungkin atau pasti merubah landskap politik, sosioekonomi dan banyak lagi.
Majoriti orang tempatan Sabah berpendapat bahawa kebobrokan ini angkara permainan politik. Jika benar, saya tidaklah hairan kerana inilah resam politik, dan percaturan politik tidak punya rules yg tetap dan pemain yang berdisiplin. Inilah barang kali antara faktor penyumbang kerisauan sdr anony d atas, selain kedunguan org tempatan yg kekadang bersubahat, menjadi pak sanggup dan pak GADAI.
Saya juga sebenarnya sangatttt risau, serisau anda. Cuma...

maikong said...

amat benar sangguru..sabah timur paling teruk..kita tidak dpt lagi mengenal mereka yg bermykad org yg lahir d sbah atau sebaliknya...klu pasal tanah..jgn cakap...ini cuma komen saya.saya sendiri x tahu macam mana penyelasaiannya...

Anonymous said...

Tuan maikong, tarima kasih karana minta pandangan sama siurang anon yang kana sakap dunggu ni...khhkekek...bilang Sanguru.

MR AKI tolimbus pung teda komen. jagn malnting ya tuan. Pandapat siurang la kan:

Kalau mangikut parjanjian 20 parkara, kuasa Imegresen sapatutunya di bawah kuasa Karajaan Negri.Kabinet Negri di bawah pimpinan Datuk Musa mungkin bulih manubuhkan sabuah Jabatan Khas masih dibawah Imegresen khusus untuk manangani isu ini. Pajabat2 JPN tarutama di bandar2 saparti TAWAU, LAHADATU, SANDAKAN, KUDAT yang tarlatak dengan kawasaan sampadan utama diletakkan pagawai2 yang patriotik. Jangan ambil pagawai yang barasal dari tampat tu juga. Samanajung pung jagan. Ambil pagawai patriotik Dusun,Kadazan, Rungus, Murut , Bajau bertugas dikawasaan tarsabut. Karajaan negeri kana bersikap tagas. Kuota pegawai kasalamatan kasi labih sikit terutama di kawasaan yang panas diatas. Yang sudah dapat IC apa boleh buat la. Kalau yang kadapatan/tangkap ka, hantar ja balik pi nagara diurang.

Nda payah la cari siapa punca ini masalah. Tunding manunding pasti akan tarjadi dan akan mambawa kapada perselisihan paham. Isu asal terus tarbangkalai. Bila ada kes bunuh, rampuk yg malibatkan urang asing, timbul lagi sorita pasal IC ni. Buang karan ja. Tuan Sangguru, sabagai Urang kuat NGO Sabah, mungkin bulih mambuat satu kartas sadangan khas kapada Kabinet Negrei. TAJUK : Kertas Cadangan Pemutihan; 1SABAH isu IC perlu Tindakan Drastik.

Barkanaan Kg Gouton Gana tu, tuan Sangguru DG44 sabagai tikung, kasi libas dan gagar sikit tu JPN Bandau. Kasi cadang sama diurang, set satu ari suruh tinjau kadaan sana Kg Gouton tu. Jgn tunggu sana opis jak. Sakap sama diurang, cari jalan sikit tulung urang kampung. SAM bulih buat tinjauan dan paparan susulan. Bawa sakali la YB Anita. Biar nama dia naik sikit lagi. Kasi masuk gambar dalam SAM sabab kita pung mau tau parkambangan, tapi jangan kasi nampak muka DiGi tu dalam gambar....keh..kekekeke. Gambar muka c TB bulih..i like.

Sanguru janag malanting ya. Saya mancadang ja tuan.

Salam ujung minggu.

Anonymous said...

apa masam sanggulu , sadangan anon-anon buli tahan kan,kc bukti sama layat gouton yang kamuorang bagi bantuan sama diorang. tuang maikong punya pendapatan pun bagus juga, sikalang tulung meleka mikin ic.sangulu ini anon-anon juga mau kc manyak sikit liputan itu anita dan maximus, itu hendrews pun kc canlah kalu dia ada buat itu kalaja, tapi kau tiadak tala paya kc liputan mikin habis filim dan dakwat kamuorang saja. sabanarnya kami anon-anon ini sayang sama itu olang kita ..jgn mala yan sanggulu

Sam. Malaysia7 said...

Anon7 ko jgn jadi bodoh bah...Ko budak pembaca dari Pantai Timur Sabahkah? Ko fikir sia org asingkah? Ko tu yg org asing...Kita mau menuntaskan permasalaahan Pengeluaran mykad sepertimana cadangan yg d buat oleh Anon8 tu bah.Kalau harapkan Pemimpin UMNO @ BE END Ketua Menteri C Musa Aman? Diorang2lah orang yg bertanggung jawab punca pengeluaran mykad Malaysia ini kepada PTI.Ini Zimat diorang kalau musim Pilihanraya bah, Apa lagi d Malaya sana BE END ni memang sudah mau The END bah. Kerana apa saya selalu membangkitkan Isu Mykad Malaysia ni kerana saya benar2 sayangkan Negeri kita Sabah dan Negara kita Malaysia.D Daerah saya sendiri sekarang ini Ketua Polis Daerah kami adalah seorang Suku Bugis berpangkat ASP.Itu baru satu orang belum lagi Pegawai2 Jabatan Penting Kerajaan seperti Polis,Imigresen,Tentera,JPJ dan lain2....Jadi persoalannya sekarang kenapa Mykad terus2 d keluarkan lagi? Nah nasib juga bah Zaman IT ni kita sudah boleh Mengeluarkan Pendangan dan Pendapat kita melalui Blog...Alhamdulilah Bloglah satu2nya Menjadi senjata Altarnatif kepada kita Rakyat yg prihatin menyuarakan sesama kita untuk Membantu anak2 generasi kita d kemudian hari (Kunjungilah sabahkini.net)..Kita tidak tahu sejauh mana keberkesanannya permasalaahan ini.Sebenarnya ini adalah Permasalahaan Negara yg besar jika kita ambil kira dan halusi akan perkara sebenar, Tetapi oleh Kerana Pemimpin2 UMNO @ BE END itu sendirilah dalangnya maka cara kita menuntaskan PERMASALAHAANnya adalah dengan Menolak Kerajaan BE END yg ada pada hari ini, Kerana merekalah yg mengarahkan pengeluaran Mykad Malaysia ini...Itulah cerita sebenar dan Penghujung ceritanya kalau anda ingin tahu...Jadi siapa yg harus d persalahkan?

Anonymous said...

siurang sukung anon 11.28. Kasi chance sikit ba PKR Tuan Hendrus Anding kaluar muka sini blog SAM. Tuan Hendrus kan kawan baik tuan saguru juga satu masa dulu. Sikarang, tuan langsung tia kasi muka sama ini tuan hendrus.

Siurang baru parasan.

SAM Malysia7 : Anon 7 tu urang SAM juga tu. Kalau tinguk lojik masa, dia paling awal masuk opis SAM....teng..treng..trentt.. saipa kah garanagan anon 7.

Pandangan sahabat ku Anon (SAMMal7) mungkin ada banar juga. Salah satu sabab pemberian IC barkualiti tinggi malaysia turus barlaluasa kapada warga asing mungkin karana undi mereka berpihak kapada ##. Kitak pun tda taw. Apa yang pasti di sandakan la (kawan sorita). Suntuh la, ini minggu kana hantar pulang sudah pigi Nagara asal, lagi 2 minggu salapas tu, sana sudah di kaki 5 bandar sandakan jual singup. Diurang bilang, bagus ini karajaan Malaysia. Hantar durang balik tampat asal free untuk malawat kaluarga. Pastu masuk balik pigi Malaysia dingan sanang2. Tindakan drastik kana dibuat. Tambah kuota pagawai kasalamatan di kawasaan panas masam yang siurang sudah sadangkan.

Siurang tunggu2 pandapat MR Aki baini. Urang lama kan banyak pangalaman. Utak pun bargaliga...

MR Aki : dimna kau manyuruk. Kapingan gata kau suda ambik ka....???

Anonymous said...

Setelah terbaca tentang ketiadaan IC dikalangan penduduk kampung Asli dan tempatan di zaman siber ini amat mendukacitakan apatah lagi PATI pula senang-senang dapat IC. Saya ingin mencadangkan agar Pihak SAM dapat bersemuka dengan YB Max dan YB Anita dan nyatakan terus pendirian SAM terhadap perkara ini. minta pihak mereka ambil tindakan segera bagi membantu rakyat kita di sebelah sana dan juga cuba cari berapa ramai lagi rakyat tempatan di KM ini yang belum ada IC. SAM kan banyak contact dengan NGO seluruh sabah. Apa salahnya meminta pendapat mereka ataupun bekerjasama terus dengan mereka. Untuk mengatasi permasalahan PATI , ianya amat sukar kerana ianya melibatkan kemampuan dan kekuatan kerajaan yang ada , itupun jika benar-benar ikhlas ingin menolong rakyat.

Anonymous said...

Anon..daripada kasi masuk muka si hendrus..bagus kasi masuk muka si jasili sama si ubut..mcm tahi saja c hendrus itu..

Anonymous said...

anon 6:15, ok jua ba masuk muka si jasli sama si ubut. Runding urang SAM la. Siurang sabut nama Tn Hendrus sabab di sadang pigang jawatan pkr ba. Yb lantik baitu. Masa PRU timpuari dia kuat karaja jua ba. Kasi dia chan utk barkambang ba. Mamparbaiki mutu karaja ka. Buruk batul ka karaja dia sampi kaurag sakap masam taik. Yuuu...na, bulum paranah siurang tingu muka urang masam taik...khekhekee..auta jak tu kali...

Anonymous said...

anon org si hendrus..inilah kau ni, suda buta oleh c hindrus..tai ba tu tai..kau tida tau ka? bagus lagi yang tiada pangkat dalam parti buli lagi tulung orang kampung..setakat kuat karaja kimpin utk c anita tida payalah kau kasi tau..kita org tandik mau karja berterusan..bukan time kimpin saja..

Anonymous said...

anon..siapa saja yg mempergunakan org kg untuk kepentingan politik pasti menerima kutukanku..kau kasi tau c maximus, antita, hindrus sama yang lain2..bikin sakit ati ba, di kasi main2 undi org tandik..

maikong said...

yukk..anon semua macam melarat sudah ini ..hebatnya ertri c tulunbunou..ttg mykad ..kenapa sampai..sini..hantam org..lain paparan lah bah..kio..

Sam. Malaysia7 said...

Kalau d komen salah tajuk macam kana Lihing bah itu kan? Soal Mykad Malaysia d kasi sama layat Asing @ PTI ni bukannya main2 bah...Itu Mykad Malaysia ibarat Nyawa,Nafas,Nasi dan Tanah kita bah itu...Tetapi kita para bloger ni jangan rasa jemulah hari2 saja bah kita tulis fasal pemberian/Penganugerahan dan pengeluaran mykad Malaysia ni...Lama kelaman Pemimpin UMNO @ BE END ni takut/sedar juga d orang mau kasi keluar itu Mykad kepada PTI @ Org Asing ni.Apa lagi kalau Rakyat negeri Sabah ini sudah mengemuk nanti...Sepatutnya kalau mereka tidak Jahil dan berketuruna dari Pakistan,Indonesia dan Philippine mereka tidak akan memberikan Mykad Malaysia ini kepada PTI dari Negara yg saya sebutkan tadi....Contohnya Datuk Musa Aman mana dia mau rekomen dan memberikan Mykad kepada orang Pakistan/India jika dia tdk ada kena mengana dari Negara itu...Begitu juga Pemimpin dari Pantai Timur (Dtk Shafie Afdal,Dtk Nasir T.Sakaran asal mereka adalah org2 dari sana)jika bukan mereka Suluk,Kagayan,Maranao,Maguindanao dan Bajao Philippine mana d orang ramai tiba2 memanuhi Negeri Sabah ni...Sama juga dengan suku Bugis ni mereka ada Pemimpinnya sendiri.(Dulu Dr.Patawari Patawi,Osman Jamal Presiden Bugis Sabah dulu sebelum kena haramkan dan sekarang dia memegang Jawatan Pengarah Tanah dan Ukur Negeri Sabah itu terang2an org Bugis bah)Yg bodohnya rakyat tempatan ni kebanyakannya menjual tanah2 mereka kepada orang2 Bugis,Pakistan dan PTI yg d berikan Mykad tu laah...Case ni memang banyak berlaku, Terutamnya d Kundasang dan Kawasan Kimanis...Saya tidak hairan tanah d KM dan Tandek pun sudah banyak beralih tangan mungkin?...Ingatlah jangan sekali kali anda memberikan undi pada PRU ke-13 nanti kepada sesiapa juga Calon2 dari BN (Kerana BN mengadaikan Mykad kita kepada PTI @ Orang asing yg sudah begitu ramai bilangannya)....Marilah kita "BERSATU" menumbangkan Pokok
Kayu Ara yg d penuhi segala gala hantu yg bergantungan dan bergantayangan !!!

Sam. Malaysia7 said...

Sdra Maikong & Sanguru, Pengeluaran Mykad yg dulunya Sanguru sengkal sekeras kerasnya tulisan Tuan Cobra tu memang benar belaka.Kerana apa sia bilang benar Kepedatan kependudukan d Pantai Timur sekarang ini sungguh luar biasa bah ramainya penduduk d sana sekarang ini. Kita bulatkan sahaja menjadi 2 suku Bugis dan Philippinelah. Darimana datangnya Suku Bugis yg ramai bermykad ini jika bukan dari Kelimantan/Sulawesi? Begitu juga sebaliknya Suku Suluk/Bajao/Cagayan ini kalau bukan dari Southern Mindanao. Apakah berlandaskan mereka PTI ini beragama Islam Pemimpin UMNO sanggup menganugerahkan Mykad Malaysia kepada mereka? Ini barulah benar2 Kebobrokan "OTAK UDANG" Pemimpin2 UMNO@ BN Sabah tu....Saya seorang umat Islam sendiripun tidak bersetuju d atas Penghianatan ini...!!!Mereka pentingkan kemenangan dan kekuasaan UMNO/BN Cilaka itu bah...Saya ni Masih lagi orang BN bah, Tetapi bila cerita/bahas soal Kewarganegaraan dan Mykad perasaan dan jiwa saya tidak boleh berkompromi langsung dengan Penghianat kepada Rakyat, Negeri dan Negara...Maka oleh itu
Pemimpin2 UMNO/BN negeri Sabahlah yg bertanggung jawab memberikan Mykad Malaysia kepada kira2 lebih kurang +- 3.5 juta orang PTI yg bermykad malaysia ini....Apa tindakan kita? Kepada pembaca SAM dan Pengundi d Negeri Sabah/Malaysia ni kita pada PRU Ke-13 nanti beramai ramai menolak Calon dari BN, Ini merupakan PROTES kita terhadap BN khasnya UMNO yg menjadi Penghianat/Dalang menganugerahkan Mykad kepada Warganegara Pakistan, India, Philippine dan Indonesia d Bumi Sabah ini....

maikong said...

hebat sam.mal7..ini inda juga keluar tajuk...ngam salah satu cara kita rakyat memprotes ..ada melalui p/raya..
nampak tak gambar pemandangan pagi..sawah yg baru habis dituai..
saya risau kalau tidak d bendung mykad(pti)...suatu hari sawah ini dia org punya....KITA MESTI MEMPERTAHANKAN HAK-HAK KITA....

SANGURU said...

yuk, banyak btl mo dijawab ni. Hehehe...
1. SAM mmg nak siar siapa2 pun apa lagi rakan sekelas dulu2. Hehehe.. Cuma tolong la bah rapatkan diri atau jumpa kami. kami part time jer buat kerja2 wartawan ni. Ok? Jgn malu2, rapat mari rapat...kita berkawan...
2. IC palsu? Hehe...sy x sangkal, cuma...adalah caranya nanti SAM buat, selalu suda dibincang2 tu...sabarrr sikit, benda mcm ni isu negara, x blh sembarangan cakap. Apa guna cakap klu belum habis perjuangan sudah masuk lokap. Musti bijak dan betul bah bro...baru ada hasil. Tak kan semua hero mesti masuk penjara. Hehehe...
3. Org sebelah bukit2 sangat perlu 2 yg paling asas dan paling perlu disegarakan: IC dan tanah kampung yg benar2 diwartakan. Kalau 2 ini tiada, bakal sengsaralah mereka...

BB Admin said...

2. IC palsu? Hehe...sy x sangkal, cuma...adalah caranya nanti SAM buat, selalu suda dibincang2 tu...sabarrr sikit, benda mcm ni isu negara, x blh sembarangan cakap. Apa guna cakap klu belum habis perjuangan sudah masuk lokap. Musti bijak dan betul bah bro...baru ada hasil. Tak kan semua hero mesti masuk penjara. Hehehe... (Ini Kata2 Sanguru)

"Sanguru biar d penjarapun tdk menjadi apa2 bah demi menyelamatkan Negeri dan Negara Malaysia yg tercinta ini.Kalau ia Isu Negara apa lagi benarlah kata2 C sam.Malaysia7 tu kaan memang Pemimpin2 UMNO/BN yg terlibatkah?

Tulunbunou said...

Salam sayang semua...

Wahhh... sekejap sja sa bercuti sda ramai warga KM/Sabah/Malaysia yg telah mengemukakan cadangan siap dgn ulasan.

Mengikut sumber yg dipercayai, usaha untuk mendaftarkan penduduk dari Kg. Gouton ini telah diadakan sebanyak 2kali dan AJK pendaftar berkampung diKg.Gouton selama 2-3 hari. Ntah silap dimana masih ada lagi tercicir..

Kerisauan anda kerisauan kita bersama..

oleh itu bersama2 la kita membanteras PATI yg ble/telah merampas hak keistimewaan anak jati Sabah.

Terima kasih diatas cadangan dan komen yang membina.

Salam............

maikong said...

ya tulunbunou....saya inda mau sawah itu jadi milik PTI..bah..akan datang..

Anonymous said...

pasal ic palsu ka ic betul suda.kalau ic palsu mcm mana org pti dapat berurusan dengan jabatan kerajaan.jadi ini bukan ic palsu lagi tapi jadi ic betul sudah. pasal komen sam. mal7 dan maikong..jgn la telampau buat andaian yg telampau ke depan.mcm org bugis, suluk, bajau di sebelah pantai timur, betul2 ka diorang dari filipin?atau org asal sabah?ini bikin bahaya sabah ni.isu perkauman ni.cuba kita tingu di selatan thai.ada kg yg tebelah dua sebab pagar sempadan.jadi org siam itu kita mau ckp siam thai atau siam malaysia.sama juga yg di timur sabah ni..laut yg kasi pisah.sebabb dulu sabah sama filipin di bawah naungan kesultanan sulu.jadi apa macam..pasal undi protes..x payalah undi..BN ka pembangkang ka sama saja..kalau manang terus tida peduli org kg yg undi diorang. tingu mcm c maximus, minta tolong pula sama syarikat swasta atau ngo yg kasi buat pembangunan di luar bandar..padahal itu karaja dia..peruntukkan AP di ambil..

Anonymous said...

Salalm Sayang untuk TB…kehkeheheh

Wooo…bagitu pulak sarita dia TB pasal tu KG Gouton. Kalau yang tarcicir itu tingai sikit, tda salah kalau AJK pandaptar bulih buat kali ka 3 baitu. Tapi sikit macam mana. Kalau sikit 1 urang, nda barbaloi la JPN turun. Yang pantingnya, JKKK mau kasi tau butul2 ni kali sama samua panduduk kampung brkanaan. Biar yang kali ketiga ni nda da yang tarcicir. Mana tau yang tarcicir tu butul2 tinggal sana sulok. Mana la dia dangar kabar barita pasal kasi daptar bikin IC mangkali kan. JKKK pun mau kana jumpa PKR dan wakil rakyat kawasaan mangadu pasal banda ni baini. JKKK kan tiap bulan turun KM untuk ambil alaun bulanan. Atau sasaorang kana proposed sama AJK pandaptar malalui JPN bandau, buat sakali lagi. Tn Sanguru inda parlu libas diurang la. Rupanya diurang buat karaja juga. Takut kalalu sanguru libas diurang, nanti lain pula jadinya. Bukan siurang tda tau libas sanguru.

Anonymous said...

Tuan anon 8:42, tarus tarang siurang sakap la : Siurang ni bukan urang si Hendrus. Mimang siurang kanal jua sama dia. Cuma siurang cuba barsikap adil. Sikarang YB Datuk Max, YB Anita dan Tn Hendrus sadang pigang jawatan tu ba. Kita kana sukung dan bantu durang. Kalau sudah bantu dan sukung tapi tda jua pandai buat karaja, PRU nanti kita tabas la bah diurang. Masa tu kau kimpin la ba butul2.

Bagi siurang, salama diurang mamarinta di kawasaan N5, banyak jua ba hasil yang kita bulih nampak. Jalan Raya ada sudah, Jambatan ada sudah. Sikula aada sudah, Klinik kasihatan pun ada suda, Paip Garabiti ada sudah, Dewan masarakat pun ada suda, saliran air padi ada sudah, jalan tampat mamutung gatah pun ada sudah, karan letrik ada suda, talipon pun ada sudah, jambatan gantung pun ada sudah. Purijik tanam gatah.

Bagus kita binsang apa lagi yang kita parlukan batul2 di KM...Apa masam??

Tuan anon 8:42 tau ka parkataan barsukur. BERSYUKUR ba. Tau ka itu ayat tu. Siurang tda jua sikula tinggi tapi siurang paham butul tu barsukur. Apa yg panting sikarang kaaaan, mana yang kurang kita tampil kan ka dapan dangan cara yang baik la, mana yang parlu diperbaiki kita kasi tau. Baru la kita aman santosa.

Anon8:42 said....
kau kasi tau c maximus, antita, hindrus sama yang lain2..bikin sakit ati ba, di kasi main2 undi org tandik..

suba ba tuan Anon8:42 kasi tarang sama siurang apa masam diurang main undi urang tandik....siurang tda nampak pung diurang tu main main tu undi.

Urang balik2 sakap, KM miskin, KM musikin. KM sabanr tda jua la musikin batul2. Kau pigi sana tambunan la, kaningau ka, papar ka, tuaran ka, ranau ka, pitas ka. Sama jua. Tuan pasti jumpa rumah basar dan rumah buruk. Yang rumah buruk ni, kana la barusaha sikit. Jagan la tunggu kana suap.

Biasanya, bila kamudahan asas sudah disediakan, juga nasiat dan bantuan dari urang2 barkanaan diadakan, tarap idup masarakat jua akan maningkat. Masa tarsabut pasti akan sampai.

Sama2 kita barusaha dan tulung manulung sasama insan
dan bardoa untuk kasajahtaraan,
untuk bumi marudu yang santiasa dalam dakapan ingatan,
walau kita samua hidup barjauhan.

Anon Dungu

Sam. Malaysia7 said...

Anony 10:32, Perkara pemberian mykad berjuta juta kepad PTI @ dari Pakistan,India,Indonesia dan Philippine ni bukalah bohong bah!!!...Usia kamu berapa sudah? Kamu tidak sedar dan terasakah kehadiran banyak rakyat asing yg d berikan Mykad Malaysia ni? Buta juga mata mu itu kalau tdk nampak!!! Lihat saja penjual Ikan d Pasar ikan KK 99.99% orang2 itu dari Philippine...Kalau tdk pcaya lihat Mykad mereka dan susurgelur keturunan mereka...Pasti mereka tidak ada Surat Beranak tu. Cuba kau pergi Pasar Sayur KK 75% semuanya dari Negara Indonesia Sulawesi/Bugis,Boton ada juga dari Timur...Macm mana pula mereka berniaga ni? Ada Pasport? Mana boleh berniaga kalau ada Pasport saja...Kan Syarat Jaminan dan berpasport ni tidak d bolehkan berniaga kecuali bermajikan....Kalau Anon 10:32tidak percaya lagi pergilah ke Sandakan,Telupid,Kunak,Semporna,Lahad Datu,Tawau dan Kelabakan berapa banyakkah bilangan mereka2 ini? Pastinya mereka dari Indonseia/Philippine....Kalau Anon 10:32 d lantik menjadi Pegawai JPN untuk menarik balik Mykad yg d berikan kepada PTI ini apakah Anon 10:32 mau bertugas untuk Negeri dan Negara kita?

maikong said...

wahai nah bosku..anony 10:32..inda kau nampak ka dia org ini....cubakau try tinggal/berkerja di kws pantai timur(tawau)..dan cari org local..pantai timur..bercerita dgn diorg/kenali doa org..kau akan tahu...siapa mereka yg dpt ic paslu..dan tulin(dari mana dia org)....sampai mana penguasai mereka....

Tulunbunou said...

hehehe... Anon, Sam.7, Maikong, pendapat kalian sukar utk ditolak coz kebenaran itu didepan mata.

Ada berita gembira tentang KP penduduk Kg.Gouton ini.>>>>>>

YB. Anita Baranting telah dimaklumkan dan YB sda ada perancangan utk berkampung di Kg.Gouton dlm masa terdekat ini utk menjejaki penduduk yg tercicir.

Kita sangat bertuah kerana memiliki seorang YB yg sangat menjiwai rakyatnya. (ini bukan kempen a.. tb nda pandai berkempen ni. Pujian ikhlas dari seorang rakyat biasa)

Sam. Malaysia7 said...

Tahniahlah YB.Anita....YB arahkan saja laah Peg.JPN tu datang ke Kg tersebut...Tapi takut2 juga d org JPN ni kc mykad kepada PTI kalo YB nda ikut2 nerkampong d sana..he he he he......

maikong said...

saya sangat berterimakasih jika isu org kita sendiri tercicir utk mendapatkan ic diselesaikan segera..semoga pihak wakil rakyat kita(yb) dan jpn mempercepatkan hal ini..saya ucapkan sabas kepada tulunbunou(sam)..atas paparan ini..Marilah kita menyokong usaha2 kearahan kebaikan..salammm

Mr. Aki said...

duktur bilang; mancaga itu lebi bagus dari kasi ubat.... kes ic ini, sampai kiamat inda ada salasai salagi ada namanya manusia...jadi cara kita kasi salasai adalah... kita kasi tumbang tangan2 yg buat ini karaja, dengan kuasa kita.

karaja ini juga inda buli buat kalau seorang-seorang masti ramai2 ....

Anonymous said...

wuina...baru muncul si aki. Butul tu aki kau punya sakap. Ba, mari kita kasi tumbang. Tapi sapa yang kita mau kasi tumbang. Urang pulitik KM ada tarlibat ka tu? Khekhek

Anonymous said...

he he he....Lucu juga coretan2 C Aki ni...Menumbang pohon yg besar ini bilang Arwah bapa saya memang mau bergotong royong bah ramai2 kita kc tumbang....Makanya kita layat negeli Saba ni mau pakai satu ati bah menumbang pohon tu.Lagi pula pohon besar ni bukan celang2 ooh banyak antu ooo penungunya d atas...Pohon d KM dan Tandek tu pun "WAJIB" d tumbang juga bah....Kerana pohon itu juga penggalak hantu datang d atasnya...Pohon2 Nunuk ragang dan segala pohon yg ada sekarang d seluruh negeri Sabah ni Harus dan mesti d Tumbang bah....Banyak
hantu2 masuk ke negeri/Negara kita ni mereka kc biar sadja bah...Selaku pemilik pohon ni mereka lah menjadi pelindung kita yg berteduh d bawah mereka baah...Macam Pokok d KM dan Tandek tu langsung tidak berani sudah bacakap dan membela kita yg beteduh d bawah d orang...Mereka benar2 takut bah sama Warisan Hantu dari Negara Pakistan yg menjadi Raja d Negeri Sabah ni...

SANGURU said...

ok, brgkali teman2 pembaca ingin sesuatu yg lebih tepat dari saya. Sdr Mutalib M.D org yg paling layak dan berani berckp pasal IC2 ni. Beberapa buku beliau ada sy rujuk dlm penyediaan sebuah tesis sains politik bertajuk "Penglibatan PTI dlm sistem politik Sabah. Kajian kes: N13 Likas, KK". Sy juga banyak merujuk bahan2 perbicaraan kes N13 dgn bantuan dr. Yee mo chai melalui dtk. Dr. Maximus. Saya ringkaskan begini:
1. PTI yg ada ic (yg diperakui) memang ada terlibat di sana sini, khususnya ahli2 UMNO. Tapi bukanlah atas dasar/misi UMNO sebaliknya kepentingan individu tertentu dlm UMNO yg tak layak jd pemimpin, tapi kemaruk jd pemimpin, maka dia pun menghalalkan cara.
2. Pihak JPN (pendaftaran) ada mengakui bhw ada kakitangannya terlibat sindiket IC, dan mereka ini telah kena ISA. (saya ada menemui bekas tahanan itu). Ada yg kerana wang, ada juga kerana misi politik. Yg ni sy tak boleh cerita. Maksudnya, usahlah hentam JPN. Hentamlah pegawai kita yg pengkhianat.
3. "Projek persekutuan" tidaklah boleh dibuktikan dalam kes mahkamah itu kerana bukanlah misi/visi kerajaan persekutuan utk meramaikan PTI di sabah. Jadi usahlah kita sewenang2nya mengeluarkan pernyatan yg samar kerana ia boleh dianggap memfitnah kerajaan persekutuan. Dlm kajian sy itu, Sekali lagi, berdasarkan bahan bukti sah yg saya gunakan, mungkin ada pemimpin2 peringkat persekutuan dan negeri yg bersekongkol utk kepentingan peribadi. Pd penelitian saya, mereka ini semuanya tak layak jd pemimpin, tapi kemaruk, maka bersekongkollah para sarigala keparat itu utk kepentingan team mereka. Sy harap para pembaca faham maksud saya.
4. Masalahnya, antara responden (yg disyaki PTI punya IC sah) mengakui mereka diarah mengundi calon dari parti tertentu namun bukan semua turun mengundi dan bukan semua ikut arahan, maka "rugilah" sahaja pihak tersebut mengurus IC. Akhirnya, PTI tersebut mendapat IC mcm kita, dan bukan senang nak tarik balik...
...kesimpulannya: semua ini akibat kebobrokan dan kenaifan jati diri pemimpin, penjawat awam (khususnya di JPN) dan pihak2 yg bersekongkol. Antara cadangan saya ialah:
1. Perketatkan proses pengeluaran JPN sehinga PTI hampir2 mustahil mendapat mykad tanpa saluran yg mengikut perlembagaan/undang2.
2. Para pemimpin (yg berkenaan sahaja) atau yg kemaruk jd pemimpin, gunakanlah taktik selain gadaikan kedaulatan negara/negeri. Be a gentleman.
3. Rakyat Sabah mestilah menolak mana2 pemimpin yg ada kaitan dengan manipulasi PTI/mykad palsu dll. Jika anda masih juga menyokong hanya kerana ia calon parti anda, maka terkutuklah anda dan janganlah lagi berkata tentang PTI, kerisauan masa depan, dll.
4. Gerakan pembersihan besar2an adalah kuasa persekutuan. Memanglah kita semua mengharap perkara ini diperhalusi. Bukan senang kerana mykad yg telah dikeluarkan ikut prosedur amat sukar ditarik balik kerana boleh menghuru harakan. "mencegah baik dari merawat". Namun, saya optimistik, pembersihan ini boleh dilakukan jika seluruh jentera kerajaan negeri dan peesekutuan ada niat ikhlas ke arah itu, dan ini memerlukan "partnership" yg sngt2 saling memahami. Maaf klu sy katakan, itu belum wujud...
Bukanlah saya membenci PTI. Saya punya ramai kawan dari Indon dan Felipina. Saya lebih kasih kpd mereka berbanding "si tukang atur IC", namun selalu saya nasihati mereka memohon kewarganegaraan secara sah. Ada antara mereka sudah pun ada KP sah.
Ok, sy akan cuba menulis lagi tentang perkara ini. Sama2 menulis tapi berhati2 lah, dan menulislah kerana ikhlas dan patriotisme bkn semata2 mahu PKR menang dan takut tak menang kerana menyatakan BN/UMNO ada pengundi yg meragukan...
Akhirnya, maaf kalau ada yg tersilap, saya telah berusaha "zero defect" kr isu begini, isu negara, isu yg sangat sensitif...
SAYA MENULIS INI KERANA NEGARA. SAYANGI MALAYSIA DAN PERTAHANKAN KEDAULATANNYA.

Anonymous said...

Sanguru 4:15,
Saya juga menulis dengan rasa kerisauan d hati dan fikiran saya ja.Sebenarnya keahlian Parti sayapun masih lagi d dalam BN lagi bah...Belum peranaa sia kaluar lagi baaa. Cuma saya kesal saja bah. Memang Pendangan dan Pendapat anda itu ada benarnya juga. Kenapa IC tdk boleh d tarik balik? Kan zaman sekarang ini semuanya jentera JPN pakai Computer baah IT bah sakalang ini,sewaktu membuat IC tu kan ada Data entry nya, PTI yg d berikan IC ni SAH tidak mempunyai Surat beranak bah Sanguru...Saya juga selalu menulis berkenaan MYKAD MALAYSIA ni kerana masa dapan anak2,cucu2 dan Negeri dan Negara saya Sangulu...

("Dlm kajian sy itu, Sekali lagi, berdasarkan bahan bukti sah yg saya gunakan, mungkin ada pemimpin2 peringkat persekutuan dan negeri yg bersekongkol utk kepentingan peribadi" = Ini Kata2 Sanguru)

***Pasti ada Kerjasama pemimpin2 yg maha berkuasa dan menguasai kerajaan Pusat yg menjadi boss kepada JPN....Pokoknya Kerajaan Persekutuan dan BN @ UMNO tidak Serius untuk menuntaskan perkara dan permasaalahan ini....Sanguru tau kah, Aktiviti Pemberian IC ini rencak d keluarkan oleh Sendikit yg Sanguru maksudkan d atas ni lah...Kerana pada masa itu PBS adalah Kerajaan Negeri Sabah yg kebetulan Datuk Joseph Pairin Kitingan itu seorang yg beragama Kristian...Tetapi seandainya Kerajaan persekutuan serius untuk menuntaskan Penghianatan ini,masakan sekarang ini pun masih d keluarkan lagi kepada PTI dari Pakistan dan India....Bukankah ia sesuatu Penghianatan kepada Negara kita sendiri? Tidak semestinya C Mutalib MD sahaja yg BERHAK untuk menulis dan mengwar-warkan kemungkaran dan penghianatan ini...Sesiapapun yg merasakan dirinya benar2 anak watan negeri/negara ini dia BERHAK untuk berteriak kearah pembenterasan Kebatilan ini. Bukankah d hati anda juga tidak menyanangi YB.Dr Max & YB.Anita menjadai MP/ADUN d KM/Tandek Sanguru, Kan mereka bukan d lahirkan d KM/Tandek?

***Begitu juga perasaan saya selaku Warganegara Malaysia Sanguru,Saya tidak mahu PTI yg bermykad menguasai dan mengambil apa2 juga HASIL Bumi yg tercinta ini***

Sanguru Prinsip saya bukan "DOUBLE STANDRAD".............

Anonymous said...

Anon 8:42 pm,
Bukan tulisan Sanguru kah? Saya teliti2 mcm tulisan dia bah ini....

(Anonymous said...
anon..siapa saja yg mempergunakan org kg untuk kepentingan politik pasti menerima kutukanku..kau kasi tau c maximus, antita, hindrus sama yang lain2..bikin sakit ati ba, di kasi main2 undi org tandik..
October 3, 2009 8:42 PM)

C Sanguru X mau bah nama C Hindrus tu d war-warkan bah D SAM NI....

Anonymous said...

Salam buat semua. Cuba renungkan dan fikir-fikirkan. Adakah Parti Lain selain BN yang boleh memajukan Negeri Kita ini? jawapannya belum ada sebab tiada bukti. Sebelum ini banyak parti memerintah Sabah...dari Zaman USNO , BERJAYA , PBS dan sekarang BN (UMNO).Pada masa ini hanya BN yang terbukti konsisten dan boleh membangunkan Sabah kerana secara rasionalnya Sabah ketinggalan hampir 15 tahun pembangunan berbanding dengan negeri-negeri di semenanjung. kita semua masih perlukan pembangunan ,so mahu atau tidak BN pilihan kita kerana setakat ini hanya BN yang boleh melakukannya.BN tak bersalah, tetapi yang perlu ditukar ganti ialah pemimpinnya yang sudah terlalu hanyut dengan kemewahan dan kerakusan memenuhkan poket-poket mereka tanpa mempedulikan rakyat.Mereka-mereka inilah yang patut ditumbangkan dan dinyahkan agar tidak menjadi kudis atau bisul yang bernanah dan akhirnya pecah memuntahkan bau busuk yang meloyakan.Cara menumbangkan mereka...kita semua bersatu dibawah matlamat yang satu. Saya sokong BN tapi tidak kepada pemimpinnya yang mudah lupa diri. Saya tak sokong pembangkang kerana kita masih memerlukan BN. Kalau BN tumbang kita semua pasti akan merasa kekesalannya nanti. Renungkan dan fikirkan sedalam-dalamnya.

SANGURU said...

8:15 pm, 5 okt punya anon, bukan saya bah anon itu. Usahlah memuktamadkan andaian, elakkan prasangka. luculah tuan2 ini...
Siapa mau kena publish dlm SAM, buat saja kebaikan atau keburukan. Kedua2nya ada potensi utk disiarkan, tetapi tak mampu kami siarkan setiap perkara kerana staf SAM ni dia punya masa luang limited.
Prinsip SAM: tak terikat dgn sesiapa. Jgn ada yg kecil hati...sabar2 saja tuan...

SANGURU said...

hmm, wpn saya terkenal d KM sebagai pejuang hak2 anak watan namun saya tidak ada masalah besar dgn dtk Max dan yb anita. Gentleman bah tuan...
Hubungan sy dgn Dtk Max ok2 sija. Selalu jg sms adu masalah, dan ok jg respons, dan paling utama: saya tidak memburuk2kan max di kedai2 kopi bkn seperti para pengampu, pembuntut dtk max semasa kempen, asyik tikam belakang. Bukti lagi, cuba tanya Yb anita siapa yg mensabotaj, menyisihkan beliau, adakah saya atau org2 kuat PBS?
Sy mungkin "musuh" dtk max, tapi sy pernah ckp dgn dtk, klu pun sy ini "musuh", maka saya adalah musuh yg adil.
Pd tahun 2004, nama sy dilapor (No.1 dlm list)kpd KPM kononnya sy anti kerajaan, bila sy tanya dtk, dtk max kata ini kerja rakan2 sejabatan...
Hingga kini sy x berusha menjejaki barua2 ini, memadailah sy mensyukuri nikmat Tuhan dan sy bebas dr sebarang pertuduhan kerana totaly fitnah saya anti kerajaan.
Harap pendedahan ini dapat membersihkan sy dr pertuduhan. Sdr, anony, sy maafkan sdr kr sdr tentunya kurang tahu hal sebenar.

Tulunbunou said...

Salam sayang lagi..

Sam.Malaysia.7,
Mengikut apa yg telah YB.katakan, YB. akan ikut berkampung di Kg. Gouton itu nanti..

Maikong,
Kita sokong kebaikan. Peace!

Saudara/saudari Anon,
Terima kasih terus memberikan cadangan/ulasan

Jutaan penghargaan kepada Sanguru kerana sudi berkongsi tesisnya..
Harta intelek tu tuan..hehe

Rakyat yg berjiwa patriotik adalah harta dan nadi setiap Negara... Oleh itu jika boleh kita elakkan ulasan yg. menyentuh sensitiviti nadi ini..

AKU INGIN TERUS MENDENGAR DENYUT NADI NEGARA KU YG TERCINTA.. SERENTAK DAN SEIRAMA SELAMANYA..

Salam perpaduan.

Anonymous said...

Anon 11:29, Setiap Pemimpin yg memimpin mana2 juga Parti d Dunia ini, dia tidak akan berfikiran kebelakang...Oleh yg sedemikian kepada Anon 11:29 janganlah takut kalau BN kalah kali ini. BN sudah melebihi 40 tahun memerintah kalau d kira dengan Perikatan melebihi 40tahun @ UMNO sudah memerintah...
Saya merasakan anda mahu BN kerana anda seorg penyokong UMNO yg menganugerahan IC kepada PTI tu kan? Saya merasakan anda mahu UMNO/BN yg mengambil alaih kerusi d KM kan? Politik pemikiran anda itu boleh d baca laah....

Anonymous said...

uikkk..anon oct 5.8.15pm,jangan menuduh sebarangannnnn..sy yakin itu bukan tulisan sanguru,sanguru tak kan buat kerja yg tak berfaedah seperti itu,silap2 itu tulisan awak sendiri utuk mengeruhkan keadaan.

SANGURU said...

adehhh...jgn la bah pula buat tulisan yg jahat bunyi dan maksudnya kemudian andaikan bahkan memuktamadkan itu tulisan saya. Adeh yuk, batu api suda baitu. Blh jg diklasfikasikan sebagai memalitkan arang dimuka, sudalah muka sia nda ensom, tambah lg nda ensom, alamakkkk...
Aina yung, bahaya baituh. Hehehe...
Bah, kpd anon2 budiman lain dan pembaca SAM, usahlah terpedaya ya dengan taktik baru sanganon yg tak jemu2 mengenakan sanguru. Ntalah apa sangat salah sanguru sama diorang ni. Mau kata berhutang, nda da pula...alahai dunia2...

SANGURU said...

pasal tarik menarik IC original yg dikeluarkan kPd PTI yg tidak layak, bukanlah tidak boleh, namun bukan kerja senang....umpama menjadikan bubur menjadi nasi...mmg boleh masih tapi perlu kesatuan, kesepakatan, ketelusan, keberanian, patriotisme dll,,,dan akan berhadapan dengan gorombolan serigala, jerung, dll....
Maaf, bkn sy x prihatin, kita serupa sebenarnya.