SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 27, 2009

KEBAKARAN DI KG.SALIMANDUT, KOTA MARUDU

Pada hari Sabtu (24/10/2009) Nong mengajak penulis utk. makan tengahari bersama Dinakan di Restoran Rahaya. Dipendekkan cerita baru sja kami mula makan Nong menerima panggilan  telefon daripada Pengerusi JKKK Kg. Salimandut En.Joipin Tuyundo. Beliau memaklumkan kebakaran telah berlaku berhampiran dengan Dewan Komuniti Kg. Salimandut.

Apalagi dengan pantasnya Nong dengan bantuan Dinakan telah menghubungi talian 999 untuk memaklumkan kejadian kepada Jabatan Bomba.Kota Marudu. Selepas semua butiran telah diberi dengan terperinci kepada Jabatan Bomba ,penulis dan Nong bergegas balik ke Kg. Salimandut untuk melihat sendiri kebakaran yang dimaksudkan oleh Pengerusi JKKK. Terpaksa kami meninggalkan saudara Dinakan( hehehe.... sori a tuan).

Setibanya di tempat kejadian, penulis dan Nong benar2 terharu kerana hampir semua daripada penduduk kg. yang berada dirumah pada waktu itu telah bergotong-royong untuk memadam api. Inilah semangat tolong-menolong yg. kita amalkan. Semoga semangat mulia ini tidak hilang ditelan arus kemodenan.

Menurut saksi kejadian, kebakaran itu bermula apabila seorang penduduk (Identiti dirahsiakan) mengambil madu lebah (Pomosuon) dengan membawa sabut kelapa yg. dibakar (asap sabut digunakan untuk mengelak daripada disengat). Malang tidak berbau kerana walaupun beliau telah membuat langkah2 keselamatan daripada disengat, beliau telah diserang habis-habisan. Beliau telah memastikan api pada sabut kelapa tersebut padam sebelum beliau mengambil langkah seribu untuk pulang ke rumah.

Selang beberapa minit kemudian penduduk mengesan kebakaran telah berlaku diatas bukit berhampiran dengan Dewan Komuniti. Gerakan Kecemasan telah diaktifkan dengan pantas.Hasilnya kebakaran dapat dikawal sebelum ketibaan Bomba. Hanya kecederaan ringan seperti tercucuk ranting kayu dan melecur pada tapak kaki (bg. penduduk yg. berkaki ayam). 

Setinggi penghargaan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Marudu kerana tangkas berkhidmat untuk masyarakat walaupun hampir sesat. (hehehe...)

Penulis sempat merakamkan beberapa keping gambar untuk tatapan pembaca. (nda berapa terang pakai hp lilung ni...hehe)


Sebahagian daripada penduduk kampung yang telah bertungkus-lumus memadamkan kebakaran.


Kanak2 turut bersemangat membantu memadamkan api walaupun hanya menggunakan ranting kayu akasia. (Omumungit la.../ comot)


Masih terdapat anak api.


Nong sedang melakukan wawancara


Pemandangan Kg.Salimandut (Opppssstttt... ada si Nong pla sana. hahhaha..jgn. marah a nong )


Sebelum balik ke Pekan Kota Marudu sempat lagi kami si Nong kna belanja makan sup .  sedappppp...Kalau mahu makan mihun sup yang sedap datang saja di Kg. Salimandut,Tandek,Kota Marudu.(promosi)

Salam sayang dari tb.

19 comments:

maikong said...

nasip dia ambil pomosuon waktu siang..klu malam..macam kami 2 hari..susah...oklah ini pengajaran juga dan latihan kg utk bergotongroyong, saya tidak nafikan semangat gotongroyong di kg ini sangat bagus...apalagi kalau waktu main bola...inda juga apa2 saya punya pinsan2 sana kan tb....saya nampak org pakai pam rumput lagi ooo(bomba kg)..

ngam nano tb..gambaro e banar e nong..

maikong said...

nong takai oku dot sorot..omis mari sorot dot salimandut..
tb siapa punya gerai suupp..adalagi ka sup rm0.50 semanggkuk..sekarang..

Tulunbunou said...

Hahaha... mykong! awal ko mengomen wo...hehe.

Myk, mimang kuat semangat perpaduan tu di kg. Kita2 jg ba ni...hehe

Gerai sup si Pakcik Ondu bo..sedap ari kie apa lagi klu free. nda2 sda rm0.50 klu rm1 ada.

myk ko jln2 la ba di kg. klu balik bercuti nanti belanja kmi si nong.hahaha

kyro said...

Syukurlah tiada kemalangan jiwa.Terharu saya membaca tentang semangat kesatuan orang-orang kg Salimandut ini.Benarlah kata pepatah 'Bersatu teguh bercerai roboh'.Syabas orang2 Kg Salimandut dan tahniah kepada pemimpin masyarakat disana.

maikong said...

oo bo..tb&nong..salimandut antara kg yg paling suka bergotong-royong(sanang d atur)..dari dulu-dulu lagi..klu pigi sawah..banyak tanak wagu..tolong,sambil bermain sangat seronok.....

maikong said...

tb..klu boleh banyakkan entri mca ini..boleh juga kami yg jauh2 merasai semangat kg..rindu bah.

NONG said...

TAHNIAH atas paparan ini TB..
Itulah gaya hidup penduduk Kg.Salimandut dari dulu sampai sekarang.Budaya tolong-menolong bekerjasama tidak pernah luntur malah turut diwarisi oleh generasi baru.

Hahahaha....sandi tu gambar sya dari belakang tu TB..buntut kaitu? ni kali laaa...pandai betul ko kandid2 aah.

ILLIE said...

malantak boh nong..hahaha.. nasib baik kebakaran ini tidak melarat..kalu inda..sandi juga dan akan jadi bahan bualan mulut di kadai kupi..oleh itu kepada sesiapa juga..hati2 lah bila melakukan sesuatu yang melibatkan api..BAHAYA!

maikong said...

nasib bukan tompipiris yg kana alab(bakar)...ha,ha lugu..

maikong said...

nong, pamain bula ku mari yalo di lo..ilot aso baju toning no..

Mr. Aki said...

kalau tabakar itu dewan ada juga purijik...

SANGURU said...

adessss...sukur...sukurrrr...

Little Mike (LM) said...

besar manafaatnya bila muafakat dan sepakat termasuk ada KEPEKAAN yang pantas.. syukur la tiada kemalangan jiwa dan harta benda...

CUMA alam yang terluka dan mari kita sembuhkan kembali peritnya atau berikan ruang kepada alam menjahit dengan benang flora dan fauna semulajadinya.

Tulunbunou said...

Salam sayang..

Kak Kyro,
Thanks..

Maikong,
Itulah bah tu amalan disana dari dulu dan terus diterapkan kepada generasi baru.

Cerita yg. mcm ni.. buli jika masa mengizinkan kerana bak kata orang masa terlalu mencemburui kita. heheh

Nong,
Hahahahahahahaha... ba ka abis la ni kali...

Illie,
Itu la mangkali tu maksud peribahasa " Kecil jadi kawan besar jadi lawan." Merbahaya mudah terbakar...hehe

Mr.Aki,
Nda da jg. guna ada purijik baru klu nilai sejarah yang terdapat didalam dewan tersebut hangus dan hilang begitu sahaja.

Sanguru,
Syukur tiada jg. kemalangan jiwa.

LM,
Semoga flora&fauna yg. dijahit oleh alam bakal menggamit Sang Pencinta Alam utk. menikmati alam pemberian dari yg. Esa.

NONG said...

Yuuk TB..ni kali la LANGKAP ko punya jahwapan..hehehehe.

SANGURU said...

kim slm sama tu hero kecil yg mungit2 kenampakan. Sy tertarik...

Tulunbunou said...

Hahahahaha...mantop ba Nong.

Sanguru,
Salam akan disampaikan

NONG said...

hahahahaa...semangat budak2 ni terlalu tinggi.Siap pakai baju tabika perpaduan lagi tu. hihihihi...

kyro said...

Kiut oo itu budak yang omumungit ko bilang tu tb.kalau ini gambar ko kasi ikut pertndingan fotografi boleh menang ini.