SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 6, 2009

KEBENCIAN MEROSAKKAN, DENDAM MENGHANCURKAN.

RUANGAN PENULIS TAMU.
Oleh: MindaGuruSabah
Apabila kita membenci dan berdendam pada seseorang dengan apa alasan sekalipun, bererti kita telah memberikan kebenaran dan kekuatan kepadanya untuk menghancurkan hidup kita. Ini kerana kebencian dan dendam akan menghancurkan tidur kita, nafsu makan kita, kesihatan kita serta kebahagian kita. Mungkin orang berkenaan akan menari dengan gembira apabila mengetahui mereka berjaya telah membuatkan kita bimbang, marah, kacau, benci dan sebagainya. Apa yang pasti kebencian dan dendam kita tidak akan melukakan hati mereka, sebaliknya kebencian dan dendam kita telah menutup sama sekali kebahagian yang kita miliki selama ini, malah ia mengubah suasana siang dan malam kita menjadi seperti neraka di dunia.
Mengikut majalah Life.."ciri utama orang yang mempunyai tekanan darah tinggi ialah suka menyimpan dendam dan kebencian. Apabila dendam dan kebencian itu berlarutan, akan mengakibatkan tekanan darah juga meningkat dan kemudian diikuti oleh sakit jantung". Rasa benci dan dendam terhadap orang lain membuat kita tidak dapat menikmati hidup ini, bahkan makanan pun kita tidak dapat rasakan kelazatannya. Ia juga akan merosakkan kemesraan hubungan kita dengan keluarga serta pasangan hidup kita.
Memang amat sukar untuk melupakan apa yang telah dilakukan oleh orang lain terhadap kita. Walau bagaimanapun jika kita tidak dapat mencintai seseorang kerana ia telah menyakitkan kita, paling tidak kita harus mencintai diri kita sendiri. Mari kita cintai diri kita semaksimum mungkin, sehingga orang tidak boleh merosakkan kebahagian, kesihatan dan kehidupan kita. Shakespeare pernah mengatakan; "jangan menyalakan api untuk membakar musuh kita sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus oleh kerananya".
Sebenarnya, tidak ada orang yang boleh menggangu kehidupan bahagia kita, kecuali kalau kita membenarkannya. Daripada menyimpan benci lebih baik kita mengasihi mereka, daripada memupuk dendam lebih baik kita memberi kefahaman, simpati, pertolongan, pengampunan serta doa untuk mereka. Ya.. mari kitabelajar melakukannya. Janganlah kita mensia-siakan waktu satu minit pun untuk memikirkan orang yang tidak kita senangi, kerana perasaan benci dan dendam itu tidak akan menambah walau seminit pun hayat kita.

30 comments:

Anonymous said...

Orang seperti Sanguru sering terbawa oleh perasaannya.Agak kaku dalam pergaulan hingga memiliki kawan jumlah terbetas.Bila ia merasa akrab pada seseorang, Ia sudi diperalat dan siap berkorban untuk orang tersebut.Dendamnya sukar terhakis meski "Sang musuh" sudah berusaha mencari damai dengannya melalui berbagai cara bahkan tidak hanya sekedar membenci, ia akan menggunakan kesempatan utuk menyerang orang yg dibencinya itu.Menjadi harapanya untuk bsa menghancurkan musuhnya...Ia kikir d dalam segala hal, Enggan membantu org yg membutuhkan bimbinganya.Segala pengetahuan yg dimilikinya ia simpan dan rahasiakan.Kemarahan org ini mudah meledak dan agak sukar baginya untuk memberi senyuman pada seseorang,sekalipun hatinya ingin berbuat demikian.Bila in menjadi pendidik,ia akan tampil sebagai seorang guru yg terkenal dengan wajah angkernya.Tetapi ia mau mengistimewakan salah seorang muridnya yg gemar memberikan hadiah2..... To be Conteniued

TanakGouton said...

anon..
kita selaku pembaca SAM sebolehnya jangan memperkatakan hal peribadi mana2 individu di sini. Ko cakap orang begitu tapi ko tidak sedar yang ko lagi teruk.
apa juga ko BENCI sangat sama Sanguru ni? masing2 ba kita ni hidup. Dosa ka atau apa yang orang lain buat,dia punya hal baa..bukan juga itu dosa pandai pindah tempat ko dan usah di ulas seperti ayam berkokok kerana ini jelas menunjukkan yang ko lebih teruk dari orang yg ko cakap itu malah satu dosa besar.

Gaaman said...

paparan yg agak menarik dan penuh informasi!.

SANGURU said...

alamak, kena lagi beberapa biji, saya boleh balas berpuluh biji namun bagi menghormati penulis dan artikel ini, dan bukan sifat saya begitu maka saya tidak akan memberi sebiji pun utk kali ini...
Komen saya pada tulisan penulis ini: sangat bagus utk saya dan sesiapa yg berminat dan berusaha mengoreksi diri.
Saya bersyukur kerana wpn sejak sekian lama lewat tidur, bkn kerana memikirkan tentang bagaimana memusuhi, menganiaya atau melempias dendam, bahkan sebaliknya...
Makan saya juga cukup wpun tidaklah kuat makan wpn ada nafsu, sesuai dengan panduan baginda Nabi; kontrol makan, makan bila lapar dan berhenti sebelum terlalu kenyang...
Tq penulis tamu, artikel2 tuan amat berfaedah sekali. Teruskan menyumbang karya. Sayang sekali buat masa ini SAM tak mampu membayar sebarang honorarium...
Tq anonymous, cubalah meluangkan sedikit masa menyelidik orang lain, manalah tahu ada cerita yg mulus2 ttg mereka...

BalsamMariii said...

Sdr/i Anon 10.03pm,
Paparan baik seperti ini, usahlah dikabuti dengan ulasan-ulasan yang tidak mendatangkan manfaat.

Maafkan saya jika ini menyentuh hati sdr/i anon tapi, biarlah kita mengulas sesuatu dengan adil disamping memberi manfaat kepada orang lain.

Ulasan sebegini hanya menampakkan kezaliman sdr/i anon sendiri.

Kita sama2 ingat bhw yang namanya manusia tidak lepas dari berbuat silap .Itulah namanya ciptaan, bukan Pencipta. Hanya yang Maha Penciptalah yang Maha Sempurna.

Jangan kita cerca orang lain seolah2 kita manusia yang bersih dari silap dan dosa. Sepatutnya kita bersyukur kerana,hari ini,jam ini dan saat ini, orang lain tidak nampak salahsilap dan perbuatan keji kita... Bukan kerana kita pintar atau bijak menapuk-napukkannya, tapi kerana Dia masih menutup aib2 kita...

Berhenti mencerca, muhasabah( mengoreksi) diri dan bertaubat, salah satu cara bersyukur...

Mari kita sama2 bersyukur..
Maafkanlah jika terlebih, betulkan jika tersilap...
Seperti biasa, salam kasih dan sayang untuk semua, specially 4 anonys..

SANGURU said...

hmm, sya ternanti2 sambungan tazkirah sdr anony terhadap saya.
"pujian selalunya tidak ikhlas atau berakhir dengan tidak ikhlas, kutukan (samaada ianya benar atau tidak) selalunya menyedarkan wpn pahit atau setidak2nya memotivasikan kita utk meningkatkan diri"

So, sambungin tuannnn...

maikong said...

saya akan menyibuk sedikit disini..antara anony 10:03&sangguru
apa sebenarnya maksud kamu ini..anony 10:03To be Conteniued
sangguru:So, sambungin tuannnn...
.......

Tulunbunou said...

Terima kasih MindaGuruSabah.

Terbuka ruang minda sa awal pagi ini.
Mari la kita saling mengasihi...

Thanks MGS.

SONSOGON said...

anon..kalo barani datang lah taim perjumpaan SAM di Marudu Inn pada 10hb Okt..sanalah kau tunjuk jantan..kalau org2 SAM tdk berani tempiling..nah..sya yang pigi sepak kau punya #%#!..

cifu63 said...

apa hal anon selalu menyerang peribadi org lain? apa salah sanguru pada anon?sy amat setuju dengan kata2 saudara/i TanakGouton.maafkan saya.

SANGURU said...

salam tuan maikong!
apa yang tuan kurang faham? hehehe... anon kata ada sambungan, saya suruh saja dia sambung. Lali sudah saya dengan provokasi, pembohongan, penipuan, dakyah, gerakan halus musuh dalam selimut (?)dll...TERUSKAN SAJA MENGUTUK, DAN ANDA/KALIAN AKAN MENDAPATI SAHABAT PALING MENGETAHUI (ALLAH)YANG PALING AKU BOLEH PERCAYAI AKAN MEMBANTUKU MENANGKIS.

Apakan daya, majoriti sahabat2ku adalah insan kerdil yang buta IT bahkan miskin, manalah mereka tahu aku sedang diserang habis2an. Seandainya mereka bloggers, tuan/puan akan tahu dari mereka sendiri bahawa semua kenyataan yang diberikan oleh sesetengah anon itu adalah palsu adanya.

Aku dikata lokek ilmu? - manakah menghilangnya ratusan orang yang saya bantu memiliki ijazah pertama/sarjana/phD? - inilah manusia, sangat cepat LUPA bila dah gapai bintang di langit.
Aku dikata kikir? - apakan daya, mereka yang pernah merasa pemberianku hanyalah insan kerdil, jangankan komputer, makan minum seharian pun tak cukup...tapi kemanakah perginya pula rakan2 yang pernah........ahh, x payah cakaplah.
Aku dikata terbatas kawan? lucu, masakan aku diangkat menjadi pengerusi itu ini kalau aku tak punya ramai kawan, dan masakan orang2 serata KM berada di belakangku jika aku hanya duduk2 rumah. Cuma saja, aku bergaul dan bergerak bukan ala2 politikus. aku adalah seumpama angin, datang dan pergi, kekadang tanpa terkesan, namun kesannya mendalam bagi yang tahu...
Aku dikata guru yang tidak baik/tidak adil? - kemanakah menghilangnya para muridku?...aku tidak mengharap pertolongan atau balas budi, tapi jangan sesekali membenarkan pembohongan berleluasa.
tentang kemarahan? ya...itu aku SANGAT SETUJU. Bukankah telah aku nyatakan bahawa aku memang cepat marah kalau pembohongan, penindasan, kebobrokan, manipulasi, penipuan, dll berlaku di hadapan mataku...

DAN AKU MASIH MARAH - kerana di hadapanku perkara2 itu masih berlaku!
Namun, kemarahanku akan selalu ditemani kasih sayang dan kebijaksanaan. dan aku tidak pernah gagal untuk memaafkan sesiapapun setakat ini.

ison said...

Sabar sajalah tuan...

SANGURU said...

sabar juga ni tuan. hehehe. kalau saya/Kita nda sabar, bila2 kita boleh kasi buang ni ruangan komen. Hehehe...
Saya hanya menjawab sedikit. Masih banyak, terlalu banyak yang boleh diceritakan tapi itu SPECIAL saya dengan Tuhan. hehehe...

maikong said...

TUAN.sangguru apa yg saya tidak faham adalah macam sangguru & anony10:03 ini..macam tiada kesudahan saja...satu bilang To be Conteniued
yg satu lagi So, sambungin tuannnn....dan yg paling saya risau lagi pembaca yg lain akan terikut-ikut..itu saya bah tuan sangguru..

cifu63 said...

anon,kita sebagai pembaca SAM buat la cara pembaca,jangan sampai menyerang peribadi org.

Mr.Aki said...

anon yg paling pintar dan paling barani... kalau ko nampak butul2 sanguru itu indada guna...dan mau kasi ajar, kasi bagus parangai dia apa kata ko jumpa dia dan ajar dia sampai pandai dan barguna....ada moyang mr. aki bagi turun ilmu katanya ' jangan berbincang sama urang yg budu pasal nanti ko jadi budu ' jadi jangan layan lagi siapa2 anon yg berniat inda bagus....

SANGURU said...

betul itu aki. silakan anon jumpa saya. sila beritahu saya secara gentleman apa konon jenayah/rasuah/penipuan/kebobrokan/ketidaktelusan/penyalahgunaan kuasa/dll yang yang saya lakukan kepada manusia/bangsa/kerajaan/dll.
kalau saya salah siap sedia dihukum. kalau saya dungu, siap sedia diajar. kalau saya silap/khilaf, siap sedia dibetulkan. kalau ada kerja saya yg cincai, siap sedia berubah cemerlang. KALAU MO BELANJA KOPI, SIAP SEDIA DIBELANJA!

SANGURU said...

tuan maikong, ooo begitu. hehe...
apa blh buat tuan, mo sangat anon nak provo/fitnah/kutuk...silakan sajalah. Saya dah kata cukup2 laa, tak mo turut. Saya ok saja tuannn...siap boleh ketawa2.

nah, dengar itu sdr anon, pembaca lain pun kebosanan sudah baca kutukan. Saya akan tetap menjawab, PEMBOHONGAN MESTI DIBENTERAS. Kerana membiarkan pembohongan/kebobrokanlah bangsa bumiputera ini jadi begini...(inilah tujuan saya. Bukan kerana ego atau melatah...)

maikong said...

ya tuan sangguru:
siap sedia....ini terapan tentera kai tu.....klu direndam sungai awal pagi..siap sedia:...

Anonymous said...

Siurang ni si Anon Dungu. Siurandg tida kaitan sama anon 10x03 diatas. Siurang rasa, anon diatas tu mangakli urang yang parnah tuan sanguru kasi antam mati mati dulu dlu. Siurang pung tda pasti jua la. Mangakli tuan bulum minta maap sama dia kali. Suma sakadar mangandai sija. Bagi siurang, tuan tda payah lah manjawab dingan panjang berjela. Maluat ba siurang kalau balik balik mambaca pembelaan diri yag malabih labih. Jangan layan sangat anon bagini tuan.

Tuan anon 10x03. Sukup la baitu. Lain kali kalu buat karaja tu, buat bagui sikit. Kalau bulih, panggil sanguru sakali,supaya tda kan kumpilin...khekeeh.. Siurang manduga sija aaaa..

Yuuu naaaa...Tuan sanguru

masa tuan mangomen tu masam masa karaja tu tuan. Jangan amalkan salalu. Utamakan prestasi, kurangkan kontovesi. Layan....bilang itu Melodi. Maap kalau ada yang tarkasar dan tarsasar.

Ulasan topik MINDAGURUSABAH : Ini lah satu suntuh artikal yang sukup baiik bagi siurang. Siurang anon akan pirint artikel ini untuk tatapan satiap masa. Santapan moral dan rohani diri. Tahniah untuk MindaGuruSabah. I like.

Anonymous said...

Yuu…Tuan SONSOGON: Apa masam tuan tau pasal tu parjumpaan SAM 10 aribulan wooo? Tuan ni pung urang SAM ka...khekkhee. Batul ka parjumpaan SAM tu tuan sanguru.

Oh ya tuan sanguru : kanapa buat parjumpaan di Hotel Marudu in. Kan elok kalau buat di Dewan Masarakat KM atau balai raya kampung ka. Elok buat rumah tarbuka SAM sakali sampana muud hari raya. ramai sikit yang bulih datang. kalau di marudu in, sagan la siurang anon mau datang. Makan di otel ni urang yang barduit jak bulih.

Maap jika tarsasar. Maap juga sabap tda malu bartanya.

SANGURU said...

ahahaha, sy dah agak, tn anon akan ckp pasal masa kerja. Hari ini semua sekolah menengah PMR bah tuan. Anyway sy dtg gak opis utk buat apa yg patut, jadi x salah la ziarah kejap ni opis SAM. Hehehe...

Ooo, pasal hentam kaini? bah, usahlah bah hentam peribadi. Lagipun x betul. Klu mo hentampun yg betul punyalah bah. Seingat saya, sy x ada hentam secara peribadi secara spesifik. Jika ada penulis SAM yg ter...tulis peribadi org, saya bagi pihak SAM memohon maaf. X pa, tekong mesti berdiri depan, mmg sy dah tegur dan sentiasa ingatkan penulis2 SAM agar bersederhana.

Bah, selesailah bah ni kes serangan besar2an ni kio. Mari sama2 baca entri lain dlm ni SAM.

SANGURU said...

marudu inn dipilih setakat utk makan bersama dan kemudian meting. Ni la kali pertama dpt jumpa secara realiti. Mo kasi mantap ni SAM agar lebih banyak manfaat kpd kita semua. SAM masih banyak kekurangan, almaklumlah, ada yg di jepun, kl, kelantan, kk, dll...harap x disalah ertikan pertemuan ini. Semuanya utk kebaikan.

Kalau tiada aral melintang, para pembaca dijemput ke dataran bengkoka pitas pada petang 11.10.09. Sembang2 dan tukar2 idea. Setakat minum2 kopi, orait bahhh...

majlis raya SAM kira dah limpas di rumah dinakan dan rumah saya. Next year la ya raya ramai2.

Anonymous said...

khekhe..siurang mangagak tuan malanting tadi. Bagui tuan. Masam ni la siurang mau. Siurang suda baranti bah mangantm tuan. Siurang suma managur jak. Cara siurang managur tu ada masalah ka tuan. Siurang pung akan barhati ati nekt time...peace...

MindaGuru said...

Terima kasih atas semua komen2, cadangan, pujian yang diberikan untuk artikel ini..walaupun hnya berjumpa tuan/puan di ruang maya.

Pujian harus diberikan pada Sam kerana menjadi wadah bagi kita untuk menyampaikan pendapat,cadangan ataupun mungkin "isi hati"(istilah sdr Ridwan).

Untuk tatapan bersama, saya ingin berikan definisi "kasih" seperti yg diberikan oleh seseorang pada saya "Kasih itu sabar,kasih itu murah hati,ia tidak cemburu,ia tidak memegahkan diri, ia tidak sombong,ia tidak melakukan yang tidak sopan dan tidak mencari keuntungan diri sendiri, ia tidak pemarah dan tidak menyimpan kesalahan orang lain. Ia tidak gembira kerana ketidakadilan tetapi kerana kebenaran dan sabar menanggung segala sesuatu".

SANGURU said...

peace...ambil yg jernih, yg keruh jgn buang terus, saring2 dulu, sayang bah kan? KM kekurangan air sekrng ni...selalu keruhhh air paip. Hehehe...
Apa yg berlaku dalam SAM, jika difikir dalam2, adalah role model:
1. SAM berjaya membuktikan, dgn pengurusan yg btl dan kemahuan utk bersatu, kepelbagaian bukan penghalang. BN dan Pembangkang patut merenungi. - boleh berbeza tapi ada perkara perlu/boleh bersatu.
2. Boleh bertikam lidah dll tapi semua masalah boleh diselesaikan, mcm jua apa yg berlaku di ruang komen kita ini. Masalah hanya boleh selesai jika kedua belah pihak mahu berbaik.
Anon2 sebenarnya telah menunjukkan teladan yg baik dan telah bersama membentuk role model.
harap dimaafkan saya, ada asbabnya mengapa sesekali saya meninggikan suara dan diri. Di akhir setiap episod panas, tuan/puan akan mendapati...
SALAM HORMAT, SALAM SAYANG.

anak sungai said...

Tepat..Sam telah membuktikan bahawa selama ini ia dapat dijadikan saluran untuk mengemukakan rintihan rakyat disamping memaparkn usaha2 yang telah dilaksanakan pihak berkenaan. Tahniah pada Sanguru dan krew2nya...

Mg..definisi kasih yang anda kemukakan sangat bermakna..

Anonymous said...

Hoi Peminat/pembela Sanguru...Saya yg nulis Anon 10:30 tu bah...Memang sewaktu menulis tu saya tersenyum lebar ja...Kerana saya nampak Biodata Sanguru (Tarikh Lahir Sanguru) bah e2 d blog peribadinya...Jadi Itu adalah Tahun kelahiran Sanguru bah (PISCES-ANJING)...Jadi kalo sudah kawan2 Sanguru d SAM marah2 sia tidak jadilah To Be Continued C Sanguru punya Panduan lengkap Zodiak/Shio dalam peribadi seseorang.....Sanguru maaf ja yah, Saya cuma nak lihatkan Sanguru punya Zodiak/Shio bah itu. Saya tdk berniat untuk menjatuhkan Meruah dan perasaan Sanguru bah....tetapi mungkin Kawan2 Sanguru fikir begitu....heheehehe. C apa yg mahu tahu dia punya tahun lahir dan Krektor dia dengan memberikan Tarikh lahir/bulan/tahun yg betul bah.....hehehehehehhehehheheheheh.Sekali lagi SANGURU jgn marah yah...!!!

SANGURU said...

anon betul. Saya lahir tahun anjing. Hehehe...maksudnya, anjing pengesan, anjing pengongong, anjing pengigit, anjing peninjau, anjing penjejak, anjing setia...not anjing kurap. Hehehe.
ANJING MENYALAK BUKIT? bkn,... anjing tu tau dalam hutan di bukit itu ada haiwan, kalau haiwan2 itu keluar, nahhh...pemburu/orang yg untunggggg....tinggal dummm dan ngapp. Manakala si anjing itu pula, dikasi ok, nda dikasi pun ok. Releks je anjing tu. Hehehe
So, demikianlah saya "seekor anjing" yg mungkin ditakdirkan utk bangsanya...

Anonymous said...

Waduh-waduh sadis bicaranya tu pak sanguru. Tapi tak pa, kamu semua bisa-bisa aje ngobrol sama sengketain sesama kamu. Terus-terus aje begitu pak , yang penting kami bisa mengecapi kenikmatan dan kekayaan negeri ini pak...boleh juga dihantarkan sedikit keseberang sana pak....kagen gitu.