SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 9, 2009

KEJAYAAN PASTI TERCAPAI

'Kejayaan Pasti Tercapai' adalah moto sekolah SMK Kota Marudu. Sekolah di mana saya telah menjadi satu2nya pelajar aliran sains yang mendapat pangkat satu SPM pada tahun 1993. Adakah saya mendabik dada? Terserahlah kepada pembaca untuk menentukannya di akhir posting ini.

Sekarang musim peperiksaan besar sekolah menengah. PMR sedang berlangsung, kemudian disusuli pula oleh SPM dan STPM sehingga bulan Disember 2009. Guru2 sudah berhempas pulas mengajar, para pelajar pula sudah berhempas pulas belajar (kecuali guru2 dan pelajar2 yang cincai dan memang pemalas). Ibubapa juga mengharapkan yang terbaik daripada anak2 mereka (kecuali ibubapa yang tidak kisah tentang masa depan anak2 mereka).

Persoalan yang sering bermain di fikiran para pelajar biasanya ialah samada sudah bersedia atau tidak, dan samada akan mendapat keputusan yang baik atau tidak dalam peperiksaan besar ini. Tidak ada orang yang mengharapkan kegagalan, tetapi kejayaan juga tidak pernah memberanikan diri datang dengan sendirinya tanpa usaha yang bersungguh2 dan berterusan daripada orang yang mengharapkannya (kejayaan).

Di dalam buku 'Kerut di Wajah Ayah' (bakal diterbitkan awal 2010) saya menyebut bahawa;

Seorang guru bukannya tukang suap ilmu kepada anak muridnya, seperti seorang ibu menyuapkan bubur kepada anak kecilnya. Tugas guru ialah menunjuk, menegur, dan mengajar seorang anak murid sehingga anak murid itu sendiri berupaya untuk mencari dan menimba ilmu di dada. Seorang guru hanya membimbing anak muridnya menggilap potensi di dalam dirinya. Seorang guru akan dikatakan hebat apabila dia dapat menyedarkan anak muridnya tentang bakat terpendam di dalam dirinya, lalu mengeluarkannya untuk diperjuangkan.

Selama saya belajar di SMK Kota Marudu (1992-1993), tidak ada guru tetap yang mengajar kami subjek kimia dan fizik. Saya pula tidak mempunyai buku rujukan yang lengkap. Saya banyak menggunakan hanya buku teks untuk belajar. Kadang2 pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan tambahan. Hasilnya, saya mampu lulus 'kredit' semua matapelajaran sains, SPM 1993. Adakah saya lebih pintar berbanding pelajar2 yang lain? Saya tidak fikir begitu.

Apa yang membezakan kami ialah kenyataan saya di atas (petikan italic). Oleh kerana kekurangan guru, ramai pelajar menjadi pemalas dan tidak mahu berusaha lebih. Tidak mahu push the limit. Mereka menanti/mencari guru yang hebat. Menurut mereka guru yang hebat ialah guru yang dapat menyuapkan semua ilmu yang mereka perlukan dan kehendaki, sedangkan pada hakikatnya tidak seperti itu.


Mungkin artikel ini sudah agak terlambat untuk direnungkan oleh para pelajar yang sedang menduduki peperiksaan PMR. Tetapi bagi mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM, walaupun sudah agak suntuk, tetapi jika mesej ini ditanggapi, masih ada peluang lagi untuk sekurang2nya memperbaiki sedikit pencapaian dalam peperiksaan nanti. Sesungguhnya tidak ada jalan pintas menuju kejayaan. Jika ada, itu bukan kejayaan namaya, tapi 'kejahatan'. Kejayaan Pasti Tercapai hanya benar kepada mereka yang tidak pernah mengenal erti lelah dalam perjuangan.

Nota: Selamat maju jaya wahai anak-anak Marudu. Macam biasa juga bah. No pain, no gain.

9 comments:

Umar al-Longobi said...

penulis merupakan salah seorg yg wajar dijadikan cth dari segi kecemerlangan akademik. nasihat yg dimuatkan di dlm artikel ini adl apa yg beliau telah lakukan dan lalui. marilah bersama kita mengambil manfaat drpnya...

tahniah atas pencapaian tuan! simpan 1 buku utk sy... hehe

SANGURU said...

sy juga pendukung motto itu kr lepasan sek ini (83-85). org kita mesti sentiasa dimotivasikan didorong ditolong diskong . BUKANNYA dilelong dipandang serong disorong2 ...
sam, kejayaan pasti tercapai, bahkan ada kejayaan telah dicapai...

Anonymous said...

'Kerut Di Wajah Ayah'...
Saya juga pasti akan dapatkan satu untuk saya & anak-anak...

Guru & murid memang ada peranannya masing-masing. Saya tertarik dengan frasa "Seorang guru bukannya tukang suap ilmu kepada anak muridnya, seperti seorang ibu menyuapkan bubur kepada anak kecilnya. Tugas guru ialah menunjuk, menegur, dan mengajar seorang anak murid sehingga anak murid itu sendiri berupaya untuk mencari dan menimba ilmu di dada."

Tn doktor, saya setuju dengan pandangan tn..Ringkasnya, Seorang guru hebat adalah guru yang berupaya memancing kemahuan muridnya untuk mengenal potensi dan bakat diri, bukan guru yang membunuh KEMAHUAN seorang murid..KEMAHUAN itulah yang penting disamping faktor-faktor sampingan lain.

NONG said...

Sudah lama saya menantikan coretan2 seperti ini.Juga sudah lama menantikan tarian pena daripada sahabat kita Dr.Nellson atau lebih gemar dikenali sebagai Ison saja.

saya juga antara bekas pelajar yang menuntut d SMK.Kota Marudu ini dan antara pelajar yang mencapai tahap keputusan pelajaran yang baik.

Memang benar apa yang Dr.Nellson kongsikan di sini melalui coretannya.. Curahan ilmu daripada guru2 tidak akan mencukupi untuk menjadi bekalan kita berperang di arena peperiksaan kalau diri kita sendiri tidak berusaha untuk membekalkan diri dengan ilmu pengetahuan. Justeru,seruan saya kepada semua pelajar agar meletakkan ilmu pendidikan ini di atas kepala.

Baa...oleh kerana SAM bakal didaftarkan,ada harapan Program Kecemerlangan Pelajar dapat kita laksanakan suatu masa nanti seperti dalam perancangan. AMEN.

SANGURU said...

benar anony, begitulah guru yang seharusnya, dan sy boleh bersuka hati kerana mewujudkan satu fail khas yang tebal - memuatkan nama2 pelajar yang saya selamatkan...hampir2 mereka mati separuh jalan akibat hambatan ekonomi, hambatan birokrasi dan ketegasan melulu sekolah lain...

Pengalamanku mengajar manusia. Telah kutemui dua kelompok utama: permata yang bersinar2 dan permata bersalut lumpur. Telah kugilap kedua2nya...dan aku paling bahagia melihat permata yang kedua meskipun masih ada bekas2 lumpur yg masih gagal aku/kami guru2 bersihkan. Yang pertama telah hampir membunuh keazaman kami kerana permata itu berkata : aku bersinar2 begini kerana sejak azali aku pinterrr dan aku sangat2 rajinnn belajar sendiri.....
Permata seumpama ini, di kemudian harinya nanti, tidak boleh kita sandarkan apa2...

Hmm, terlalu banyak cerita...

ison said...

Terima kasih atas pendapat dan sokongan kalian. Semoga anak2 muda kita akan terus berusaha sehingga berjaya.

MindaGuru said...

Sdr Ison, saya setuju guru yang baik itu ialah guru yang mampu merangsang potensi dan minat pelajar..

Semoga anak bangsa kita di KM akan berjaya seperti penulis entri..tahniah

salam perpaduan

turipos said...

kesedaraan itu kejayaan..kejayaan itu kesukaran..kesukaran itulah kemenangan...kejayaan pasti tercapai


hmm..mad ko b'syair ti..

One said...

"Perfect Practices make perfect".
Aik! betulka saya tulis itu a?

to all students:
Everything will be on your fingers tip when you throw yourself in passion in your effort of mastering it!