SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 15, 2009

KEJUJURAN DIHARGAI

Rahaya Cafe, KM: Seorang pekerja Restoran Rahaya Cafe menerima penghargaan daripada SAM ekoran kejujurannya. Dalam kejadian malam semalam, Cik Siti telah menemui dompet sdr Illie (DJLugu), staf SAM yang tercicir di restoran ini. Adalah diharapkan peristiwa kecil ini membawa makna yang besar dalam masyarakat khususnya di Kota Marudu. "Di manapun dan siapapun anda, Kejujuran sangat dihargai. Sayangi rakyat, sayangi sesama kita" - KP SAM.

10 comments:

Little Mike (LM) said...

Tahniah kepada gadis ini. Tahniah juga kepada SAM atas inisiatif penghargaan tersebut. Hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas kebaikan pekerja yang ikhlas ini dan pemilik restoran Rahaya dengan keadilan dan kemurahan-Nya.

ILLIE said...

Terima kasih kepada Cik Siti kerana telah menyimpan dompet saya yg tercicir SYABAS kepada pihak pemilik restoran Rahaya Cafe kerana anda memiliki pekerja yang cekap,ikhlas dan amanah

Tulunbunou said...

Tahniah kepada Cik Siti.Satu amalan yg. sangat baik utk. diteladani.

maikong said...

saya tumpang gembira dan berterimakasih kpd cik siti..jujur/baik hati..terimakasih juga kepada Tuan Restoran Rahaya Cafe, telah memotivasikan pekerjanya..bertanggungjawab/amanah adalah paling dituntut setiap agama...kpd dj lugu..lain kali hati-hati..dgn dompet..ini satu pengajaran...

sebab klu dompet itu hilang di kedai makan twu..belum tau kau dpt semula...payah..sekali mau dpt

ison said...

Para pembaca sekalian contohilah kejujuran yang telah ditunjukkan dan didiklah anak2/anak2 buah supaya bersikap jujur sedemikian.

Nota: Itu meja khas SAM ka tu? :)

SANGURU said...

hehehe...inilah bah kunun meja khas utk orang2 SAM...siapa ada masalah/aduan bolehlah joint sembang.
masa: 9-11 pm gituuu...

BalsamMariii said...

Rahaya Cafe cantik namanya,
Staff SAM selalu mariii sini,
wakilnya Anon mau menyapa,
"baik sungguh pekerti cik Siti" ...

2, 3, gelas berlaga,
berlaga time kena basuh,
hati mak bapak teramat gembira,
Anaknya Siti bersifat amanah...

Anonymous said...

Breeding ataupun Pengajaran Ortu yg menyababkan Adik CT mempunyai ciri2 mempunyai Sifat yg bagus dan kesempurnaan pekerti...

MindaGuru said...

kita yang ada anak atau adik atau cucu-cucu (he..he..), mari kita didik mereka agar sikap jujur itu masih ada..spt pekerja ini.

SANGURU said...

ayuh, kita junjung sifat amanah dan bernaung kita dibawah pimpinan pemimpin amanah.
Semoga "BERSIH, CEKAP, AMANAH" jadi kenyataan. Amin...