SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 27, 2009

KEJUTKAN MEREKA...

Kejutkan mereka, kawan, "posikno, monguni noh ilo wodit" (bangunlah, burung murai dah berbunyi/hari dah siang)... Ya, selain membawa budget ke kawasan dan membangun prasarana, antara lain tugas pemimpin ialah mengejutkan rakyat yang masih tidur, masih hanya berangan. Kejutkan mereka, dan ajar mereka, kemudian bimbing mereka, lalu beri mereka input yang sesuai. Nescaya mereka akan jadi "pengail" yang bijak dan sukses "di lautan rezeki" yang masih terbentang luas di negeri berkah ini.

4 comments:

NONG said...

Esok 28hb, Saya akan menyertai rombongan membuat lawatan ke kaw. perbukitan Tandek:YB Anita akan membuat lawatan ke Mukim Ulu-Bengkoka, untuk mengenalpasti potensi pengujudan projek (MESEJ) & meninjau keperluan 7 buah kg. Perjumpaan bersama rakyat diadakan di simpang 3 Sonsogon Suyad/Binontungan Suyad, bermalam di Kg. Sonsogon Magandai dan ke SK Sungai Magandai. turut serta DO Luvita dan ket2 Jabatan..

Mari kita sama2 mengejutkan masyarakat kita ke arah kesedaran..

MindaGuru said...

tn, kita harap para pemimpin kita dapat menyedari "bahawa hari dah nak siang dan burung murai dah berbunyi".

salam..

SANGURU said...

saya suka burung murai, meskipun menganggu lena tidur (kesiangan), sejak dulu hingga kini, bunyinya sama. Tukang bangun yg setia dan dengan bicara yg sama.
sang murai itulah barangkali yg boleh dikatakan ikhlas, didikasi, berprinsip.

maikong said...

tn saya bimbang pula akan terbalik...org kg pula yg akan mengejutkan pemimpin kita....input dari kerajaan inda sampai2 ke rakyat..nah nanti rakyat pula yg kasi input samadia...