SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 28, 2009

Kuala Nibang, Perak: Jadikan Pengajaran

Kejadian jambatan runtuh di Kuala Nibang, Perak harus dijadikan pengajaran oleh semua pihak. Projek ini difahamkan baru selesai pembinaannya sebulan yang lepas. Takziah kepada keluarga terbabit dan mengharapkan 2 lagi pelajar yang hilang dihanyutkan arus deras, masih hidup dan bersatu kembali dengan keluarga. Sebelum ini, beberapa artikel di blog SAM (Suara Anak Marudu), memaparkan beberapa projek desa yang mendapat perhatian ramai pihak (sehingga mengundang perasaan tidak senang pihak tertentu). Antara artikel panas berkaitan projek bermasalah seperti astaka Pekan Tandek dan projek jambatan Goruntung. Jika diamati, paparan tersebut bukan sekadar satu artikel tetapi lebih jauh daripada itu ialah kebimbangan kami sebagai rakyat berkenaan aspek keselamatan pengguna. Adakah kita perlu dipanah tragedi baru nak terngadah? P/S: Setiap projek yang telah siap dibina perlukan pemeriksaan rapi sebelum diluluskan. Jika melepasi setiap inci kredebiliti dan ciri keselamatan, maka bolehlah dibukakan kepada orang ramai. Sebab itu, setiap projek perlukan KONSULTANT yang bertanggungjawab memastikan piawaian projek menepati standard. Jangan serah sepenuhnya kepada kontraktor dan pihak kontraktor perlulah memikul amanah dan bertanggungjawab di dalam melaksanakan kerja. Sumber gambar: The Star Online

7 comments:

maikong said...

pendek kata ini pula hadiah pihak berwajib kpd rakyat..jambatan yg cincai..nyawa telah melayang oooo.......jangan salah kan pihak guru2 pula,...

kyro said...

Inilah hasilnya kalau buat kerja sekadar melepaskan batuk ditangga. Ini kontraktor makan duit saja bah terlampau cepat mau kaya.

Kerajaan harus pantau dan tarik balik lesen kontraktor yang buat kerja buruk macam ini.

RumbiaMasolog said...

Apa sudah cerita astaka Pekan Tandek dan Jambatan Gantung Kg. Goruntung?????... adakah jambatan itu dibuka kepada org ramai??? klu dibuka sya harap2 pihak berwajib spt JKR dan Pihak YB melakukan sesuatu sblm kejadian seperti di Kuala Nibang, Perak tidak berulang di tempat kita.... TOLONG LAH...

MindaGuru said...

Apabila ketelusan dipinggirkan dan wang ringgit diagung-agungkan mungkin ini salah satu malapetaka yang terpaksa dituai oleh rakyat.

Kontraktor, pemantau dan mungkin mereka2 yang terlibat perlu diambil tindakan.

SANGURU said...

kalau masih salahkan angin, pengguna dan cuaca, saya pun naik angin sudah...

Anonymous said...

Sy dengar 'khabar' kononnya, ketika kejadian berlaku, murid-murid melebihi 45 orang sekaligus melalui jambatan ini.

Kebarangkalian lain yang berlaku selain tanggapan binaan tidak mengikut standard:-

1. Kontraktor memenuhi piawaian yang ditetapkan untuk jambatan gantung.
2. Kawalan dibuat sewajarnya oleh guru-guru ke atas murid.
3. Keterujaan murid mahu menyeberang jambatan gantung kerana ini mungkin pengalaman pertama mereka.
4. Muatan melebihi had.

Ini hanya kebarangkalian. Yang jelas, teguran dan ingatan kepada pihak kontraktor dan pihak2 berwajib sentiasa diperlukan dan itu memang wajar.

Anonymous said...

Rasuah teruk punya fasal lah tu Maikong....Ada sepupu saya baru saja naik pangkat Audit Negara pindah dari KK ke PJ d KL...Soal rasuah/songliaw ni dia bilang benar2 teruk d Malaya sana bah dia bilang....D Sabah dan Sarawak ni nda juga ada Pembangunan yg Jatuh kebumi dan yg Jatuh Bumbung kecualilah Bencana alamkan?!!!?