SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 30, 2009

LAWATAN KE MUKIM ULU BENGKOKA

GAMBAR DI BAWAH ADALAH PERJALANAN BALIK KE KOTA MARUDU
GAMBAR DI BAWAH: PENDUDUK KG.SONSOGON MAGANDAI MENGUCAPKAN SELAMAT JALAN KEPADA YB & ROMBONGAN.
LOKASI GAMBAR DI BAWAH : KG.SONSOGON MAGANDAI
LOKASI GAMBAR DI BAWAH : PERJALANAN MENUJU KE SONSOGON MAGANDAI YANG SANGAT SUKAR.
LOKASI GAMBAR DI BAWAH: KG.BINONTUNGAN SUYAD
LOKASI GAMBAR DI BAWAH : JAMBATAN KG.SAMPARITA
Gambar2 di atas adalah sebahagian daripada gambar yang sempat penulis ambil ketika sepanjang perjalanan Program ke Mukim Ulu Bengkoka pada 28hb baru2 ini.
Program 1 malam 2 hari itu adalah bertujuan untuk mengenalpasti potensi pengujudan projek Mini Estet Sejahtera (MESEJ) dan meninjau keperluan 7 buah kampung yang terlibat iaitu :
1. Kg.Binontungan Suyad
2. Kg.Sungai Magandai
3. Kg.Sonsogon Suyad
4. Kg. Sonsogon Paliu
5. Kg.Sonsogon Mogis
6. Kg.Makatol Darat
7. Kg.Sonsogon Magandai
Program ini disertai oleh Ketua2 Jabatan di daerah Kota Marudu antaranya Jabatan Perhutanan, Jabatan Tanah & Ukur, Jabatan Kebajikan, Lembaga Industri Getas Sabah (LIGS), dan Jabatan Kerja Raya yang telah memberikan ceramah masing2 mengikut jabatan serta Pihak Berkuasa Polis.
Berita baik yang disampaikan oleh pihak JKR ialah berita penggridan jalan dari Sungai Samparita hingga ke Kg.Binontungan Suyad yang menjadi penghubung utama ketujuh-tujuh buah kampung ini telah tersenarai di bawah Projek NKRA yang akan dilaksanakan tahun depan.
Jabatan Kebajikan juga telah menyenaraikan Mukim ini untuk mengwujudkan Pusat Bimbingan Kanak2 dan kemudahan2 lain memandangkan kawasan ini tersangatlah jauh dari kawasan2 yang mempunyai kemudahan sedemikian.
YB.Pn Anita Baranting telah menyenaraikan Klinik Desa dan Perpustakaan Desa dalam Projek Menaiktaraf Hidup Masyarakat di sana. Marilah kita berdoa supaya segala perancangan ini akan mendapat perhatian daripada pihak atasan.
Pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan sepanjang program ini kerana kami telah melalui perjalanan yang sangat sukar hingga menyebabkan kenderaan2 yang kami naiki mengalami kerosakan. Keadaan cuaca yang hujan menambahkan lagi kerosakan jalan hingga menyebabkan kami mengambil keputusan melalui jalan Paitan untuk balik ke Kota Marudu dan selamat sampai pada jam 12.18 tengah malam semalam.
Striker rombongan iaitu Tuan Pegawai Daerah Pn.Luvita Koisun juga begitu komited sepanjang perjalanan pergi dan balik.Tidak keterlaluan saya pernah katakan dalam entry saya sebelum ini bahawa YB.Pn Anita Baranting dan Tuan Pegawai Daerah Pn.Luvita Koisun adalah IRON LADY yang patut dicontohi oleh semua wanita.
Ekspedisi seterusnya selepas ini ialah Lawatan ke Soniton..(saya pun tidak tahu di mana letak kampung ini..hehehe. Ni kali laa)
Satu kata2 YB yang saya tidak akan lupa sampai bila2 ialah 'biarlah kereta ini kemek sana sini, yang penting nyawa tidak melayang.."..hehehee...itulah semangat seorang YB.

29 comments:

NONG said...

Minta maaf kerana lampau banyak gambar saya post.. ini adalah semata2 untuk tatapan semua masyarakat d tanah rata ini betapa sukarnya kehidupan rakan2 kita di atas sana..

Anonymous said...

"IRON LADY" .... Tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncangkan dunia. Syabas dan tahniaah. 1 Malaysia ..Rakyat didahulukan Pencapaian Diutamakan. Apa yang penting keikhlasan kita untuk semua itu.

maikong said...

syabas, kepada semua yg terlibat..semoga semua perancangan dpt di laksanakan sepenuhnya tahun depan..terutama ..penggridan jalan raya ke mukin ini..supaya perhubungan tidak sukar, dan semua peruntukan yg dirancang/diberikan,,,dpt sampai ke mukin ini..dan tidak jatuh d tengahjalan sebab jalan raya rosak/..(ogitak/okubur=becak)..

saya juga mengucapkan beribu-ribu juta atas komitmen semua pihak, walaupun susah paya mau sampai d mukin ini...

nong kau pun boleh saya gelar IRON PUTERI...teruskan,penglibatan ...
Soniton itu inda jauh bah....

maikong said...

saya harap, yg paling awal adalah penggridan jln raya...dan yg lain akan menyusul....,
supaya org tanah rata inda susah surung itu four wheel..

ILLIE said...

kg.soniton ulu...dulu2 inda buli tambus pakai kereta ni..1 hari jalan kaki baru sampai sini..bah nong..lapas tu kasi tau YB..sila lawat kg.minsusurud juga..ini kg adalah kg yg paling terpencil..sempadan beluran ni

DINAKAN said...

hebat YB.

Nong, ada lawatan p kg dangir ka tu?

syabas.. semoga kg2 yg d lawat utk projek OR program MESEJ akan bawa pembangunan.

BalsamMariii said...

Tahniah untuk YB dan orang-orang kuat YB...Teruskan program memaslahat rakyat...

MindaGuru said...

Tahniah YB,Puan DO dan rombongan kerana kesudian melawat org2 kita yang benar2 memerlukan pembangunan.Dharap perancangan utk menyalurkan pembangunan di tempat itu menjadi realiti.

Nong, apabila melihat jalan yang begitu teruk saya sangat bersetuju tn. maikong tentang keperluan pembaikan jalanraya harus diutamakan. ..apa lagi mereka ini rakyat tulin Sabah.

Tahniah...saya kagum dgn paparan ini..

salam

maikong said...

ayaa, tapi sayang kereta oooo..
inda apa yg penting berkhidmat kepada rakyat...

Tuan Cobra said...

Syabas dan Tahniah diatas rombongan YB Anita dan Pn.Do yg bersemangat melawat ke Kampong2 dikawasan N.5 Tandek... Begitulah YB peliharalah rakyat tu baik2, Supaya next election YB Anita tidak perlu lagi berkempen untuk minta undi penduduk kampong2 d N.5Tandek.Dari dini harilah YB turun kepadang.....

SANGURU said...

saya tak berapa hairan klu PN YB dan PN DO masuk2 kg kerana itu tugas dan kewajipan kerana itu kerja mereka dan mereka dibayar utk tugasan sukar itu. Yg saya hairan ialah PN NONG (staf SAM) yg sanggup bersusah utk mendapatkan paparan dan angle lensa yg menarik utk dipaparkan. Harap pihak Pjbt Daerah dan DUN wujudkan laman web/blog atau aktifkan blog sedia ada.
Tabik kepada semua yg sanggup bersusah payah utk rakyat. Sayangi rakyat...

maikong said...

pn nong saya gelar IRON PUTERI ..sangguru..inilah salah satu keikhlasan yg telah di tunjukan..

Anonymous said...

jukina adun pun ada juga ooooo ? dua x hairan

Md Nasir@Nasiri said...

hampir mustahil untuk menemui jalan raya sebegini di semenanjung (mungkin juga tiada, kecuali kawasan pembalakan)...inilah sepatutnya yang harus difokuskan oleh pemimpin kita, iaitu utk desak kerajaan pusat menyediakan keperluan infrastruktur asas kepada warga. Minta kerajaan pusat utk sediakan peruntukan yg lebih utk sabah. Kita layak. Kita sumbang hasil bumi petroleum yg banyak kpd pusat setiap tahun..and yet KITA MASIH YG TERMISKIN!

Pemimpin kita selalu melaungkan-perbaiki tahap hidup, tingkatkan ekonomi, tingkatkan pendidikan...tapi sedarkah kita, tanpa keperluan infrastruktur asas, ekonomi hampir mustahil untuk ditingkatkan, usaha mendapatkan pendidikan akan terbantut dan tahap kehidupan memang tidak boleh diperbaiki?

it's soooo very long overdue...saya faham perasaan mereka penduduk di sana. mcm nilah tempat saya pun dulu...kereta nda boleh masuk klu time hujan!

Walau apapun, tahniah kpd semua yg cakna rakyat-YB, etc. rakyat pasti faham untuk berterima kasih..

TAHNIAH YB

Anonymous said...

Pn. Nong , itu PKR ada turut serta juga kah?

Anonymous said...

Anonymous...suruh diorang buat perhimpunan aman sana la...kalau berjiwa rakyat...

Anonymous said...

Jangankan masalah di Pedalaman dapat diselesaikan, masalah Dalaman pun tidak pandai selesai-selesai...itulah PKR..hee..he..he..

Anonymous said...

aikss..mcm mana isu pkr timbul pula ni..:)

inilah antara problemnya ni..kita kadang2 gagal membezakan isu pembangunan dan isu politik.

Umar al-Longobi said...

Takpa... kereta rosak boleh dibaiki & diclaim. Hati rakyat rosak, siapa yg akan menanggungnya, hehe. perhebatkan lagi YB!

Nong, syabas!

"DARIPADA RAKYAT AKU DATANG DAN KPD RAKYAT AKU BERBAKTI"

Anonymous said...

setiap usaha pasti ada hasilnya :)

Tulunbunou said...

wuiiinnnaaa...ni kali la.

Nong, Tahniah diatas paparan ini. Sa sgt suka melihat gbr2 yg diambil. Buli jd jurugambar pro.. hehehe

Tahniah kepada rombongan yg. terlibat anda memang berjiwa rakyat dan berbakti utk. rakyat. Oleh itu teruskan usaha demi harapan rakyat untuk kemajuan rakyat...

Teruskan usaha mendekati hati rakyat, mendengar, memahami dan mengatasi masalah rakyat...

Semoga usaha murni seperti ini tidak terhenti disini. Kerana masih banyak keluh-kesah rakyat yg. perlu didgr. secara terus tanpa org ketiga yg adakalanya indah kabar dr rupa/talam bermuka dua.

Salam sayang....

azrulgcarl said...

mencabar juga jalan raya di sana oh. Nasib baik dapat sampai juga kan.

Tahniah kepada semua.

Lawantan PN YB dan PN DO di kawasan2 mcm ni diharapkan dapat memahami kehidupan mereka sekaligus tidak meminggirkan apa2 bantuan yg boleh diberikan kepada mereka..

- Kak Nong, Good Job. Gambar2 itu bukti. Semua gambar best wo. Diharapkan apa2 berita disertakan dengan gambar2 yg berkaitan okey.

:D

Anonymous said...

saya tak berapa hairan klu PN YB dan PN DO masuk2 kg kerana itu tugas dan kewajipan kerana itu kerja mereka dan mereka dibayar utk tugasan sukar itu.(YG MENGHAIRANKAN SAYA ADALAH KENAPA PRESIDEN SAM/SANGURU SELALU BERCAKAP SOAL POLITIK? SEDANGKAN BELIAU ADALAH PENJABAT AWAM....HE HE EH EH EH EH....???
Yg saya hairan ialah PN NONG (staf SAM) yg sanggup bersusah utk mendapatkan paparan dan angle lensa yg menarik utk dipaparkan. (KAN PN.NONG ADA BERKAITAN DENGAN DUNIA POLITIKNYA)Harap pihak Pjbt Daerah dan DUN wujudkan laman web/blog atau aktifkan blog sedia ada.(NANTI SUNYI PULA BLOG 'SAM' KALAU TERLALU RAMAI YG MENGAKTIFKAN BLOG D KM INI SANGURU'....
Tabik kepada semua yg sanggup bersusah payah utk rakyat. Sayangi rakyat...(KAN SUDAH SANGURU KATAKAN TADI MEREKA TELAH D BAYAR DAN BERKEPENTINGAN UTK RAKYAT...HE HE HE).....

maikong said...

ya tn memang sangat perlu pihak yb/do..utk lakukan ini krn d bayar..selama ini pun banyak juga rasanya yg dia org buat ,..cuma tiada paparan dari mana2..sehingga org kebanyakan inda mengetahui kegiatan para pentadbiran /yb/do dll(..nah ni kali la...dgn adanya SAM dptlah kita mengetahui prgm mereka..

SANGURU said...

anony 12.01, tuan ini buat saya tersenyum saja. mcm2!

Anonymous said...

Anon..
Gunakanlah kata2 sebaik mungikin untuk mengulas d sini. Kita sama2 pembaca setia SAM namun bersyukurlah jika ada paparan sebegini yang mana kita sendiri tidak mampu untuk sampai ke tempat itu.

SYABAS SAM.. SYABAS kepada semua rombongan yang sanggup meredah belantara dan jalan teruk untuk sampai ke tempat itu.

Anonymous..rasanya ko nilah paling teruk kerana hanya suka mencari kekurangan dan kesalahan orang lain.

Saya pun anon juga tapi masih ada pertimbangan diri.

SALAM!.

Anonymous said...

Anon 1:30pm- He he he..ko lah anon yg suka angkat kaki, Saya cuma kasi panas2 keadaan baa bukan nak kc rosak pemikiran org Kampong mcm ko....hehehehehehhehehehhehe.Anon berfikirlah secara positif baa....Ko mungkin tinggi dara bah ini kan?

Gaaman said...

Paparan bagus!!.. Keadaan seperti inilah(jalan raya/jambatan buruk) yg perlu dipaparkan selalu. Ini membolehkan pihak berkenaan tahu keadaan sebenar di kampung2.

Kalau gambar2 yg selalu keluar di akhbar, jalanraya di Semenanjung(terutama di KL) bertingkat-tingkat. Kita di Sabah macamana????..

Anonymous said...

kerajaan bn ni...tau melawat sja ka tempat2 mcm 2...bila pula tunjukan peranan membangunkan kawasan mcm 2..terutamanya jalan raya....tunjukan yg bn parti yang layak utk rakyat sabah....