SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 8, 2009

LAWATAN YB.PUAN ANITA BARANTING KE KG.SOGOH, KOTA MARUDU

(Sedang mendengar penerangan pengusaha getah)
(Gambar pokok getah bermutu tinggi)
(Bergambar bersama-sama pengusaha ladang getah dihadapan semaian benih getah)
(YB.Puan Anita Baranting sedang menyampaikan ucapan)
Hari ini saya berpeluang bersama-sama YB.Puan Anita Baranting melawat ke Kg.Sogoh,
Kota Marudu untuk melihat semaian benih getah.. Jalannya yang sungguh mencabar tidak menghalang YB untuk sampai ke destinasi tersebut. Kereta kemek pun perjalanan tetap diteruskan semata-mata untuk berjumpa dengan masyarakat di hulu.
Begitu juga dengan Pegawai Perhubungan Pejabat ADUN iaitu Cik Letty Micheal.
Komitmen kerja yang ditunjukkan bukan alang-alang dan inilah yang kita perlukan sebenarnya pada pemimpin kita.
Esok YB akan pergi ke Kg.Gontoi untuk Majlis Penyerahan Bantuan OKU.

18 comments:

SANGURU said...

tahniah penulis dan wartawan SAM sering ke lokasi kejadian. satu masa nanti SAM akan lebih banyak posting, langsung dari lokasi dan ini satu lagi keunikan SAM.
Bagaimanapun, izinkan sy bergurau: kurangkan menempel...nanti dikata pipi SAM tersorong2. Hehehe...
Well done nong, YB &co.

NONG said...

Salam Sanguru..
macam biasa juga baa cikgu hehehee.
Sekali sekala menempel ba cikgu..

SANGURU said...

ya, sy yakin tempelan itu mesra rakyat, maksudku: bak kelopak dengan rangginya, bak anak dengan ibunya.
Bukannya: menempel bak parasit, menempel bak pok prujik.
SAM BKN BEGITU PAKKK...

Little Mike (LM) said...

sekadar satu perasaan kemesraan yang terjalin. Sya lihat mereka ini ikhlas ketika mengekspresikannya.. tahniah atas program ini YB!.... ikutkan kisah staff SAM ini, perjalanan terlalu sukar. Dan pastilah kesukaran ini yang membuatkan mereka mengerti untuk mesra... mesra kerana mereka wanita yang telah dimandikan oleh lelah yang menghiburkan dan mulai meraut pengalaman, memberikan harga kepada setiap butir peluh...

maikong said...

nong teruskan usaha anda, ini adalah salah satu paparan sam yg baik dan amat dihargai(bersama pemimpin), bagi saya yg jauh dpt info terus...
nasihat tuan sangguru adalah wajar...
GO SAM...tq

ison said...

Bergurau tapi benar: Menempel secara simbiosis itu bagus. :D

ming2elly said...

GOOD WORK Nong !

KEEP IT UP IN THE FUTURE !

NO PAIN, NO GAIN...

Umar al-Longobi said...

sy setuju YB Anita ditonjolkan sbg wakil rakyat N.5 Tandek tapi bukan sbg pimpinan PBS. inilah kehebatan SAM, N-E-U-T-R-A-L...

syabas Nong! teruskan...hehe

Anonymous said...

Umar-Al Panjangobi, Kenapa juga kalau YB Anita d tonjolkan sebagai Pemimpin PBS? Memang YB Anita sebagai seorag Pemimpin PBSkan,Salahkah YB Anita menjadi pemimpin PBS? Apa maksud mu Umar? Kebanyakan jiwa orang2 kita ni dia sahaja yg betulkan Umar? Itulah semangat Ekstremenya orang2 kita...

Anonymous said...

Umar terlalu sakitnya hati anda kepada PBS? Kenapa? Jadi kita tonjolkan YB.Anita sebagai pemimpin UMNO kah?

Anonymous said...

Pemikiran sdr Umar dan Sanguru 2X5 saja...Kenapa yah? 1 Papankah kain nya d beli dari kedai yg sama? D mana BTS Textile kah?

Umar al-Longobi said...

kita mesti bezakan di antara PARTI dan KERAJAAN. 2 perkara ini sememangnya berbeda. apb seseorng telah menjadi YB, ertinya dia menjadi wakil kpd semua rakyat di kws yg diwakilinya tanpa mengira latarbelakang politik. demikian juga rakyat, harus memberikan kerjasama baik kpd YB. sebab itu sy minta title "wakil rakyat" itu yg ditonjolkan kerana itu adl `jawatan rasminya` yang diberikan oleh kerajaan. soal parti biar dibicarakan di dalam forum parti. ini utk menghormati perasaan rakyat drp parti lain. bukan semua PBS di N.5 Tandek. walau apa parti sekalipun haruslah membuat perkara yg sama. samada umno, pkr, upko dll...

nota: setiap rakyat mempunyai hak yg sama kpd YB mereka walau mereka drp parti yg lain. tapi sebagai pimpinan parti, hanya ahli parti yg berhak kpdnya.

Mr.Aki said...

jalas panarangan mu al-longobi...mr.aki urang bukit puas ati

Anonymous said...

Tdk ada Parti tidak ada Kerajaan begitu jga sebaliknya....YB.Anita adalah salah seorang daripada Pemimpin PBS yg d Calonkan mewakili BE END...Dan mewakili Rakyat/Pengundi d Tandek....Tetapi YB.Anita tetap adalah Pemimpin PBS/BE END....Bukan kerana Kehebatan SAM,Kerana SAM ini baru 2,3 hari lahir menjadi Marudu Blogger...

Anonymous said...

BOLEHKA SEORANG YB MEMBUAT MEETING PARTI DI PEJABAT DAERAH?

BOLEHKA SEORANG YB MENGGUNAKAN KENDERAAN JABATAN KEMPEN PILIHANRAYA?

BOLEHKA SEORANG YB MENGGUNAKAN DUIT KERAJAAN UNTUK BAYAR SEWA PEJABAT PARTI?


LU PIKIAQLAH SENDRI.....

SANGURU said...

anony yg berkaitan sahaja yaa...
2x5=10, tafsiranku ialah:
Jika sekiranya umar bersalah 2, dan sanguru bersalah 5, maka anony mungkin bersalah 10...
Jika 0x0=0, maksudnya?....
Maka, mari bersama membebaskan diri dari silap dan khilaf.

Tompinai said...

Anonymous said...
Umar-Al Panjangobi, Kenapa juga kalau YB Anita d tonjolkan sebagai Pemimpin PBS? Memang YB Anita sebagai seorag Pemimpin PBSkan,Salahkah YB Anita menjadi pemimpin PBS? Apa maksud mu Umar? Kebanyakan jiwa orang2 kita ni dia sahaja yg betulkan Umar? Itulah semangat Ekstremenya orang2 kita...

October 9, 2009 7:52 PM
___________________________________

Memang Anita memrupakan salah seorang pemimpin parti PBS tapi bila saja Anita menang maka Anita menjadi wakil rakyat N5 TANDEK..menjadi Yang Berhormat/Yang Berkhidmat kepada rakyat....
___________________________________
Anonymous said...
Tdk ada Parti tidak ada Kerajaan begitu jga sebaliknya....YB.Anita adalah salah seorang daripada Pemimpin PBS yg d Calonkan mewakili BE END...Dan mewakili Rakyat/Pengundi d Tandek....Tetapi YB.Anita tetap adalah Pemimpin PBS/BE END....Bukan kerana Kehebatan SAM,Kerana SAM ini baru 2,3 hari lahir menjadi Marudu Blogger...

October 9, 2009 11:55 PM
___________________________________

Memang diakui yang SAM tidak terlibat dalam menjadikan YB Anita sebagai YB tetapi sebagai pengundi rasanya..ada dikalangan warga SAM yang mengundinya. Dan Bila saja Yb Anita menang maka Yb menjadi WAKIL RAKYAT N5 TANDEK. Dalam parti PBS, YB Anita adalah pemimpin tapi dalam kerajaan, Yb Anita adalah Wakil Rakyat....

___________________________________

Anonymous said...
BOLEHKA SEORANG YB MEMBUAT MEETING PARTI DI PEJABAT DAERAH?
jawapan:
Boleh atas kapasiti tugas sebagai wakil rakyat yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan kawasannya tetapi tidak boleh kalau sekiranya hanya membincangkan perkara yang berkaitan dengan parti..meeting parti boleh dibuat dipejabat parti.
BOLEHKA SEORANG YB MENGGUNAKAN KENDERAAN JABATAN KEMPEN PILIHANRAYA?
jawapan:
Memang tidak boleh kerana ia dalam proses pemilihan.
BOLEHKA SEORANG YB MENGGUNAKAN DUIT KERAJAAN UNTUK BAYAR SEWA PEJABAT PARTI?
jawapan:

Pejabat Adun dibayar oleh kerajaan tapi pejabat parti dibayar oleh parti.


LU PIKIAQLAH SENDRI.....

October 10, 2009 12:04 AM
__________________________________

sudah dijawab...sendiri mau fikirrrrr....

Umar al-Longobi said...

kwn2 PBS jgn marah dgn sy bah. kalau PAS yg YB di KM pun sy akan cakap perkara yg sama juga. ini namanya PENGASINGAN KUASA di antara parti dan kerajaan. kita tidak mahu kerajaan disalahgunakan. kerajaan adl hak semua rakyat.

nota: memang agak sukar diterima akal bhw parti & kerajaan itu berbeza. sebab kita sudah lama dimomokkan bhw parti adl kerajaan. kerajaan adl parti.