SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 16, 2009

Manusia Atau Binatang?

Bertemu kembali dalam ruangan Permata Bangsa. Pertamanya, saya mohon maaf sekiranya tajuk entri pada kali ini bunyinya agak kasar. Sebenarnya saya tidak bermaksud sedemikian. Entri kali ini cuma ingin membawa diri ini dan pembaca sekalian berfikir sejenak berkenaan dengan kekeliruan yang saya sifatkan sebagai satu kesilapan besar di dalam masyarakat kita. Percaya atau tidak, tanpa kita sedari kebanyakan di antara kita sedang mengalami evolusi ke arah kebinatangan. Bukan semua, tapi kebanyakan. Sebab apa saya katakan demikian? Ini kerana, fokus kehidupan kita hanya berlegar-legar di dalam bab makan minum, bekerja dan beranak pinak sahaja. Tidak lebih daripada itu. Binatang juga demikian. Mereka juga makan minum, bekerja dan beranak pinak. Justeru, apa yang boleh membezakan kita dengan binatang? Bezanya adalah pada perjuangan mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan. Binatang tidak akan melakukan perjuangan ini. Pertama, mereka tidak dikurniakan akal seperti manusia. Dan kedua, itu bukan tanggungjawab mereka. Manusia yang dipilih oleh Tuhan untuk memakmurkan bumi ini. Ya, betul... tidak makan kita akan mati. Tidak bekerja apa yang kita akan makan. Tidak beranak pinak, siapa yang akan menyambung keturunan dan menjaga kita pada hari tua. Tapi, harus diingat bahawa tidak boleh berhenti setakat di situ. Mesti ditambah satu lagi bagi membezakan kita dengan binatang, iaitu perjuangan mengajak diri, keluarga dan masyarakat kepada kebaikan. Saudara, Kehebatan kita bukan terletak pada selazat mana makanan kita. Bukan pada setinggi mana pangkat kita. Dan bukan pula pada seramai mana anak kita. Kehebatan kita terletak pada seteguh mana perjuangan kita mengajak diri, keluarga dan masyarakat ke arah kebaikan. Saya tidak berniat merendah-rendahkan binatang. Tapi, jalanilah kehidupan ini sebagaimana yang dikehendaki-NYA. Nota: Adakah kemunduran di Kota Marudu itu berlaku disebabkan oleh perangkap evolusi ini?

18 comments:

Anonymous said...

Sdra Umar Al-Panjangubi, Evolusi Kita selaku manusia sedikitpun tidak sama dengan apa yg anda katakan kitaran seolah olah mcm binatang itu....Kerana untuk pengetahuan anda kita Manusia ini adalah Khalifah d muka bumi Allah ini...Maka oleh yg sedemikian apa juga pendangan anda adalah saya sengkal sama sekali...Binatang setua mana sekalipun dan seujur mana sekalipun memang akan menjadi sentapan Sang Umar Al-panjangubi @ Manusia....Binatang yg Halal bagi kita pasti Manusia akan memakannya.......Sedangkan yg tidak Halal bagi kitapun ada juga yg memakannya...Makahnya Manusia itu Ciptaan oleh Allah adalah se sempurna2 mahluk adanya...Jangan Pesongkan manusia yg membaca Artikal anda....Nanti JHEAINS datang menemuramah anda pula....

SANGURU said...

kemunduran banyak faktor, antaranya KAP (knowladge, atitude, practice). Dalam konteks KM, rakyat perlu dibijaksanakan, ditiup aura kesedaran dan keyainan diri. Bila ini ada, rakyat akan bangun dan membuat pilihan dan tindakan tepat dalam menghalatujukan kehidupan. Tugas ini bukan mudah. Pemimpin dan rakyat ada tanggungjawab masing2. Sebaik manapun pemimpin kalau rakyat belum bersedia, gagal juga, sehebat manapun rakyat jika pemimpin lemah, lambat juga evolusinya.
Namun saya melihat gelora evolusi secara sihat sedang bergerak. Harap saja usaha semua pihak berjaya mengubah keadaan yang sdr Umar risaukan dan selalu coretkan.

maikong said...

saudara umar..saya setuju juga dgn entri kau..cuma rasanya kita bukan lagi SEDANG mengalami evolusi yg saudara umar maksudkan..tapi rasanya telahpun meresap dlm masyarakat kita..oleh krn kita banyak diterapkan oleh evolusi ini sendiri..pernahkah saudara umar dengar org tua cakap..belajar kau rajin2 supaya dpt kerja...saya rasa ungkapan ini besar pengaruhnya musim kita kanak-kanak/remaja dulu..

tapi macam saudara umar cakapla..bukan semua...

Little Mike (LM) said...

Bagi saya, Tindaktanduk adalah agen terbesar dalam mengambarkan attitude. Kemanusiaan atau kebinatangan hanyalah bahagian daripada refleksi falsafah. Lahiriah menyanggupi sikap sekaligus pengisian kepada tujuan hidup.

maju mundurnya perjuangan atau kemajuan satu2 tempat akhirnya kita akan kembali juga kepada pertanyaan sejauh mana bentuk keputusan yang kita/manusia pilih..

Kita belajar menoleh sejarah tapi jangan kita dikejar oleh kisah keruntuhan bangsa kali kedua.

Umar al-Longobi said...

Sanguru, Maikong & LM...

Terima kasih atas kupasan yg amat matang.

Anonymous...

1. Terima kasih. Sy masih berfikir, adakah sy yang salah menyampaikan atau akal sdr/i yg tidak sampai memikirkan maksud entri sy. Jika sdr/i seorang muslim, dlm Al-Quran Allah ada menempelak manusia yg ingkar sbg binatang malah boleh jadi lebih teruk lagi sebagaimana berikut:

"44. Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (Apa Yang Engkau sampaikan kepada mereka)? mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi. (Al-Furqaan: 44)"

-Berdasarkan ayat itu, adakah sy salah menggunakan perkataan "kebinatangan" dlm padanan bagi manusia yg ingkar?

2. Evolusi kebinatangan yg sy maksudkan adl bukan secara fizikal tetapi pada sifatnya. Sebab itu sy gunakan perkataan "kebinatangan", bukan "binatang".

3. Sy katakan kita (bukan semua)sedang mengalami evolusi ke arah kebinatangan adl kerana kita tidak mahu berjuang. Kita hanya makan minum, kerja dan beranak pinak sebagaimana rutinnya seekor binatang. Kalau tiada insan yg mahu berjuang (samada rakyat/pemimpin) adakah kemundurun itu dapat diatasi?

Umbalan peno, fikirkan...

Nota: Imam As-Syafie pernah berkata, orang yg hanya memikirkan perutnya (makan minum) sahaja, nilainya itu adl sama dengan apa yg keluar dr perutnya (najis).

MindaGuru said...

Saya sangat suka bahagian peranggan terakhir itu tuan,kehebatan manusia bukan pada zahirnya sahaja seperti kekayaan dan kemewahan tetapi sejaumana peranannya sebagai "manusia" dapat disempurnakannya.
Ia sangat bermakna...

Wajit said...

To: Anonymous
(October 16, 2009 11:53 PM)

Back to school! Tidak keredit kah PI kou. Hu..hu..

BalsamMariii said...

Manusia adalah makhluk terbaik yang dicipta Pencipta. Sebagai ciptaan terbaik yang dianugerahi akal fikiran, manusia harus meletakkan dirinya di tempat yang 'sepatutnya'. Ayat lebih mudah; Kena berlaku adil pada diri.

Ringkasnya, apa sahaja yang manusia lakukan harus dengan akal fikiran. Inilah yang membezakan manusia dengan ciptaan2 lain seperti binatang, tumbuhan,syaitan & etc...

Bila perbuatan manusia tidak ditunjangi akal & fikiran, 'kegelinciran' dari batas2 kemanusiaan mungkin dan biasanya akan berlaku.Martabat seorang manusia pun jatuh...jatuh aras 1, 2 atau sejatuh-jatuhnya di aras paaaling bawah...

Time tu yang kita dengar mulut orang kata macam2..antaranya " Appppaitu manusia..kala2 binatang!"..."Haiiyaaa...parangai..macam setan!"...." Bagus lagi tu batu dari ko!"...dan banyak lagi...kekekek...tapi' betul...

Tahniah sdra Umar...rasanya entri ini mudah difahami dan mimang BETUL...

BalsamMariii said...

Marilah kita sama2 ajak-mengajak ke arah kebaikan... Tegur-menegur demi kebaikan.... garenti...tiada orang rugi...

ison said...

Ba tiada lagi tambahan ulasan dari sya ni. Pendek kata, marilah kita berusaha menjadi manusia sejati.

Aldusuni said...

Manusia ini punya sifat seperti ini


4 SIFAT HATI

Menurut imam ghazali,hati mempunyai empat sifat iatu sifat buas,binatang,syaitan dan tuhan.apabila hati dikuasai oleh perasaan marah ia melahirkn sifat buas seumpama binatang buas.pada suatu itu,lahir sifat suka bermusuhan,bersengketa,menyarang dan memaki.lihat tindakkan kaum nabi ibrahim selepas baliau menyampaikan risalah allah kpepada mereka.dalam surah al-anbiya ayat 68 allah berfirman yg bermaksud,"mereka(kaum nabi ibrahim)berkata,'bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu jika kamu benar-benar hendak bertindak'." pada masa itu ,kaum nabi ibrahim bersikap buas tanpa dapat dikawal.

Apabila hati manusia dikusai nafsu syawat pula,lahirlah sifat binatang.pada masa itu,terserlah kerakusan,ketamakkan,keangkuhan dan sifat mementingkan diri.sifat-sifat ini yg menguasai qarun dabelum ini seperti mana yg dinyatakan allah dalam surah al-qasas ayat 78 yg bermaksud,"qarun berkata,"sesunguhnya aku diberikan harta kerana ilmu yg aku miliki'.Apakah dia mengetahui bahawa allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya sedangkan mereka lebih kuat dan lebih banyak menghimpun harta daripadanya."manusia seumpama ini berkedudukan seperti binatang yg sesat.nafsu syawat di dalam diri mereka menutup pemikiran serta hati sehingga menjadi buta daripada kebenaran.

Dalam surah al-a'raf ayt 179 allah berfirman yg bermaksud,"sesugguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam kebenyakkannya daripada jin dan manusia.mereka mempunyai hati tetapi
tidak menggunakannya untuk memahami(ayat-ayat allah),dan mereka mempunyai mata tetapi tidak digunakannya untuk melihat(tanda-tanda kekuasan allah),dan mereka mempunyai telinga tidak digunakannya untuk mendengar(ayat-ayat allah).mereka seperti binatang ternakkan bahkan mereka lebih sesat daripada itu.mereka adalah golongan yg lalai."itu ialah sifat syaitan.

Apabila hati manusia dikusai oleh sifat-sifat ketuhanan,ia mencari kemulian,kekuasaan,kemerdekaan,keilmuan serta kehebatan.semua ini digunakan bagi membina kecermelengan dan keunggulan.namun,andai kat apada masa itu sifat-sifat itu syaitan

Sumber; http://halaqah.net/

Mr.Aki said...

bertukar-tukar ilmu inda sala...sabap bertukar ilmu itulah manjadikan seorang itu alim atau berilmu....kata urang2 tua ' SAMAKIN BANYAK AKU TAU SAMAKIN AKU JADI BUDU '

SANGURU said...

hmm, adakalanya aku menjadi "anjing" (aku pernah dikaitkan sbg anjing oleh seseorang). Maksudku: ...seperti anjing yg bisa menjejaki manusia dan binatang. Dan aku bisa menyalak, menyergah bahkan mengigit mereka, sama ada manusia yg bersifat binatang atau binatang jadi2an atau binatang sebenar...
(TUHAN, KUATKAN AKU DAN BERI DAKU PEMBANTU DAN LINDUNGI DAKU/KAMI DALAM MELAKSANAKAN KERJA2 KEBAIKAN).

Anonymous said...

Wajit said...
To: Anonymous
(October 16, 2009 11:53 PM)

Back to school! Tidak keredit kah PI kou. Hu..hu..

Mungkin juga tidak Kredit Wajit...Boleh sia tanya ko kah, Apa rasa kematian hampir dengan kita,ketika Melaikat datang pada kita apa SIGNAL yg kita NAMPAK ketika dia datang tu....?

BalsamMariii said...

Sdraku Anonymous 9. 52 pm..
Minta ampun, minta maaf...Sy bukan mau jawab itu pertanyaan jam 9. 52 kepada Wajit...

Begini...
Semalam...bila sy pikir2 knp sdra/i tulis nama sdr Umar al-Longobi ke Umar al-Panjangubi...Tiba2 sy geli hati...( Minta maaf sdr. Umar)..Rupanya,, selama ni sdra/i Anony ni terlebih'kreatif'...

Kalau tidak silap.. tlg betulkan kalau silap...al-LONGobi (LONG) ditukar anony ke al-PANJANGobi (PANJANG)..jadi LONG=PANJANG...Begitu kaitu Anony?
patutpun saudara kita ni suka memutar2 sebutan alLongobi...Barangkali niat anon mau memartabatkan B.Melayu? hehehe...tapi kalau ditukar sebutan, lain tempat sudah tu...walhal alLongobi tu dinisbahkan sdr umar ke tempat asalnya KG Longob..Tempat asalnya kaini?

Bah..Beginilah Sdra/i Anony,
Kekreatifan yang kurang menggembirakan orang yang digelar itu bukannya tidak baik..malah menambahkan kosa kata ( walaupun DBP tidak terima) tapi..kurang manis...kalau macam lelaki macho, tiba2 kuku ibu jari kaki dia panjang & ada itam2 (daki)..hehehe..truss kurang ke'macho'an dia...

Walaupun sdra Umar tidak ambil kisah, tidak juga menyatakan tidak senangnya tapi, sebagai sesama manusia, tidak rugi kita menjauhi perkara-perkara yang kurang menyenangkan..Kita hidup bermasyarakat jadi, kita sama2lah buat perangai yang memasyarakatkan...

Maaf lagi..Sy mau cakap pasal mati tapi sy bukan mau jawab itu soalan untuk si Wajit sebab sy tidak tau apa signal2 waktu kematian mau hampir...

Tapi...Kita semua jelas tentang satu perkara ; 'bila mati, orang lain akan urus mayat kita, bukan diri sendiri'.. Naa..ni lah satu sebab kenapa kita perlu pupuk hidup bermasyarakat...

Sdraku Anony, terlebih, terkurang mohon diampun..

SANGURU said...

bagiku, tazkirah diri jumaat lepas telah memberiku pelajaran/peringatan secukupnya buatku...

Umar al-Longobi said...

1. terima kasih kpd pengulas2 budiman sekalian. ulasan tuan2 pastinya telah menyempurnakan entri ini. menambah yg terkurang, menjelaskan yg kabur dan mungkin juga mengurangkan yg terlebih.

2. "al-panjangubi"- memanglah telinga sy tidak berapa sedap mendengarnya. tekaan sdr. balsam tepat. ianya memang dinisbahkan kpd Kg. Longob, tempat kelahiran sy sebagaimana yg pernah dilakukan oleh al-khawarizmi (pakar M3) dan al-biruni (pakar geologi dll). utk anon yg berkenaan, bacalah tazkirah diri yg Sanguru nukilkan dan berhentilah...hehe.

3. selain sbg wadah perjuangan, SAM adl tempat utk berkongsi dan bertukar2 pandangan/ilmu di antara 1 sama yg lain. yg ada tau sikit2 tu kongsikanlah termasuk para pengulas. kalau mau test2 ilmu org lain, bukan sini tempatnya. jadi, ayuh! hidupkan budaya ilmu yg sihat di dlm SAM.

SANGURU said...

long = panjang.
Tahniah kpd org2 long(ob) kr panjang akal dlm menulis artikel dan menjawab apa jua.
(sy pn longob jua...ehehe...ibu org longob dulu-duluuuuuuuuuu maaaaa...).

Gurau ya, tp realitinya, syabas kpd sdr umar kr bersikap tenang dan kekal berani. Diri masih dilingkungi susila d budi bahasa.