SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 9, 2009

Masih Ingatkah




10.10.2009, hari ini, pertemuan kali pertama antara staff-staff SAM bakal berlangsung. Sedar atau tidak, SAM telah mula berlari laju selepas perlahan-lahan merangkak dan berjalan sejurus selepas lahirnya. SAM kini mendapat tempat di kalangan pembaca khasnya anak-anak jati Kota Marudu yang prihatin terhadap pembangunan tanah tumpah darah mereka.SAM semakin berkembang dengan adanya kerjasama bersama utarafm yang dulu dikenali sebagai Ponetfm.

Melihat paparan utama KUBNET “ Mengimbau Kenangan Ponetfm & SAM”, membawa saya mengingat kembali sejarah penggabungan SAM dan Utarafm. Masih terngiang-ngiang di telinga saya akan suara DJ Rumputt ketika pertama kali mendengar radio online Ponetfm semasa berada di Ranau. Kemantapan suara DJ Rumput ‘menDJ’ membawa minda saya melihat lorong-lorong dan jalan-jalan yang cerah untuk Ponetfm asal saja radio online ini bersedia mengambilkira beberapa perkara .

Selepas 4 hari berhubung secara maya, saya bertolak dari Ranau ke Kota Marudu seterusnya ke Pitas semata-mata dengan niat membina satu hubungan bersepadu untuk kebaikan negeri Sabah. Pada awalnya, saya tidak memberitahu mana-mana rakan SAM berkaitan perkara ini atas sebab kunjungan saya ke Pitas bersifat SMS ( Suara Mualaf Sabah ) namun, kerana saya juga terlibat langsung dengan SAM maka saya telah menghubungi Sanguru agar sama-sama menghadiri pertemuan yang telah saya rancang lebih awal.

Inilah antara sejarah awal hubungan SAM dengan Ponet.fm yang kini dikenali sebagai Utara.fm. Hari demi hari kedua-duanya semakin membesar. Lalu, kita harus merenung dan mengimbau kembali titik mulanya hubungan ini agar kita tidak lupa menghargai setiap hubungan yang telah terbina. Hubungan ini amat besar makna dan kesannya untuk kedua-dua pihak. Justeru, setiap kita perlu sentiasa mengelak daripada mencalar dan sewajarnya menjaga hubungan ini agar hikmahnya bakal dirasai oleh semua. Jangan kita cemari hubungan ini dengan sifat-sifat mazmumah kerana ia bakal memusnahkan suatu hubungan. Hubungan ini perlu terus disemai dan dibajai dengan kasih sayang. Semoga SAM dan Utara.fm terus melakar sejarah untuk agama, bangsa dan Negara!





21 comments:

mohd.denny said...

sedar tak sedar UtaraFM ketika ini semakin ramai pendengar dan semakin mantap demikian juga dengan SAM yang semakin ramai pembaca dan semakin banyak info yang boleh kita kongsikan bersama...apa pun terima kasih kepada semua otai-otai yang bersusah payah menaikan lagi nama UtaraFM & SAM jadi sama-sama la kita menjaga hubungan baik antara kita...

NONG said...

Secara peribadi saya berterima kasih pada sahabat saya DJ LUGU kerana beliaulah yang mula2 telah memperkenalkan Ponet.Fm ini kepada SAM.Beliaulah yang telah memasukkan radio ini kedalam SAM.Kalau bukan beliau, sampai sekarang ini pastinya SAM dan rakan2 lain tidak akan mengelani Ponet.Fm dalam erti kata yang sebenarnya.
Semoga JALINAN PERSAHABATAN ini akan terus kekal sampai selamanya.
DJ Rumputt adalah antara individu yang wajar diketengahkan kemampuan mereka kerana dengan RENDAH HATI penuh nilai persahabatan mengizinkan lebih ramai DJ dari SAM menjadi DJ di Ponet.fm yang sekarang telah dikenali GAH dengan nama UtaraFM.
Seterusnya yang paling kita pelihara nilai persahabatannya ialah RAKAN@ PENDENGAR SETIA UtaraFM di seluruh negara. Tanpa mereka,radio kita akan mati.

Akhir sekali, mari kita memanjatkan doa dan syukur kita kepada Tuhan atas anugerah tidak ternilai ini.

SALAM PERPADUAN,SALAM 1MALAYSIA,
SALAM 1Utarafm..

ison said...

Apa saja yang saya telah lalui dan ketahui, semua yang menyentuh jiwa, tidak pernah saya lupakan.

SANGURU said...

ya para sahabat, tiap kita, sikit atau banyak, telah dan akan tetap berbakti. Saya amat2 bangga punya sahabat2 seperti sdr. Maafkan saya kerana jarang benar menepuk belakang tiap orang kerana ada yang depan mata, ada yang dialam maya...jika seorang saya tepuk, tak elok bagi yang jauhhhh...bukan mudah memimpin...dan tidak senang menjadi sahabat/pemimpin yang baik.
Kita berkerja atas sebab kita dilahirkan dengan sifat seumpama ini, suka berkerja. Beginilah adat NGO tulin, berat sepatutnya sama dipikul, ringan sama dijinjing. sebenarnya, ada juga beberapa insan yg ada menyumbang namun mereka tak mahu diberitahu, mereka ingin benar melihat bangsanya berubah, dan mereka menyokong benar kerja2 SAM dan Utarafm.
Dihari yang seharusnya mengembirakan ini, tidak perlulah saya ceritakan bagaimana ponetfm bertukar menjadi utarafm dan kusnet. Tentu ada cerita indahnya jua antara dua tekong itu sebenarnya...
Dikesempatan ini, sebagai pengerusi/tekong (sementara, esok mungkin saya hanyalah pengikut), saya merakamkan setinggi terima kasih kepada semua sahabat SAM dan rakan seperjuangan di Utarafm. Sukar sangat bagi saya mengucapkan namun hakikat yang tak boleh ditolak, beberapa nama besar ini akan saya tulis dalam sejarah suatu masa nanti..
Siapakah yang terbaik antara mereka? Sangat sukar untuk saya jawab, Tuhan sajalah yang paling tepat perhitungannya. Namun saya yakin, mereka yang terbaik dan terbesar sumbangannya dlm SAM dan Utarafm adalah mereka yang tidak kisah sangat sama ada nama mereka dilambung tinggi ke langit atau dilupakan seperti angin semilir...kerana mereka ini ikhlas dan suka berkerja...
SALAM SAYANG UNTUK SEMUA
Amun nia kite, seyen lagi?
(kalau bukan kita, siapa lagi?)

SANGURU said...

rakat:
1. ...sepatutnya: ...seperti sdr/i...
2. ...sepatutnya:...tidak senang menjadi sahabat/yg dipimpin yg baik..

Anonymous said...

Entri tentang sebuah perjalanan dan peristiwa penting penubuhan Utara.fm. Bagus..Sedikit bersifat peribadi apabila menyentuh tujuan asalnya untuk SMS. Anyway, pengulas kedua staffNong menampakkan sedikit ketidaksetujuan dengan pendirian setentangnya dengan penulis entri Masih Ingatkah? Ulasan beliau “beliaulah ( DJ LUGU) yang mula2 telah memperkenalkan Ponet.Fm ini kepada SAM.Beliaulah yang telah memasukkan radio ini kedalam SAM.Kalau bukan beliau, sampai sekarang ini pastinya SAM dan rakan2 lain tidak akan mengelani Ponet.Fm dalam erti kata yang sebenarnya”
Mungkin Staffs lupa melihat pemerhatian pembaca. Jelas ada pendirian setentang antara penulis dan pengulas ke2. Maaf, ini hanya Prasangka, 1: Penulis mungkin membelakangi individu2 tertentu atau terlupa memasukkan nama mereka. Prasangka 2: Pengulas kedua (staffNong), tidak setuju dengan entri penulis, beliau cuba melapisi entri penulis dengan ulasan peribadinya. Mungkin juga beliau ( staffNong) sendiri kabur dengan peristiwa penting seperti ini. Prasangka3: Wujud rasa tidak senang hati pengulas ke2 terhadap penulis. Prasangka4: Penulis mahu menunjuk-nunjuk . Namun, ini sejarah dan peristiwa penting. Wajar orang yang mencetus membukanya untuk umum, itupun jika dipandang seperti rancangan ‘ Hari ini Dalam Sejarah’..
Cadangan untuk SAM & Utara.fm:
1. Bincangkan susurgalur peristiwa penggabungan SAM dan Utara.fm dalam pertemuan kalian. Jika boleh dan tidak keterlaluan, sebutkan siapakah otai-otai yang terlibat dalam penubuhan awal kedua-dua SAM & Utara.fm. Pentingnya ialah: Siapa tahu suatu masa, SAM dan utara.fm bakal mencatat sejarah ulung, sejarah penubuhan awal perlu kita tahu. Perlu disebut. Orang akan cari . Dalam kedudukan SAM & Utara.fm sekarangpun, saya sudah tertanya-tanya, bagaimana ‘kaurang’ (bloggers) boleh bersatu dalam SAM & SAM & utara.fm juga. Info2 begini boleh diletak di ‘siring2’ blog..kalau mau..

2. Buat suatu garis panduan dan etika sesama staff , etika SAM & Utara.fm dengan pembaca & etika pembaca/pengulas dengan SAM & Utara.fm.. Pentingnya ialah: Ulasan staff terhadap staff sendiri tidak memancing pelbagai prasangka pembaca terhadap individu-individu dalam SAM sendiri. Sy lihat, ulasan StaffNong seolah-olah ‘membunuh’ penulis. Maaf kalau terlebih. Itu yang saya nampak. Mungkin, kesilapan fakta (jika ada), atau penambahan fakta boleh dibincang sesama staff sahaja, itupun, ‘dalam kamar’ . kalau publish macam ni mengundang prasangka..Naah..terlebih ka?

Anonymous said...

[Maafkan saya kerana jarang benar menepuk belakang tiap orang kerana ada yang depan mata, ada yang dialam maya...jika seorang saya tepuk, tak elok bagi yang jauhhhh...]

Maafkan saya juga, tapi saya mau kungsi idea. Saya mau buat entri tapi mangkali tidak layak ditaruk sana SAM..Hehe...

PAsaL…
Cuba kita Ingat2 time kita himpun2, miting2 atau jumpa2…semua orang yang bercakap dia pakai “AKU”..Contoh; “AKU cadangkan”, “AKU pikir”, “ditalipunnya AKU”…bla…bla..bla…, Jadik, kenapa pula kita tidak timbang2 yang AKU-AKU cakap begini? Orang bilang ‘realiti’ bah kan? Pa lagi kita mau tapuk2? Awal2 lagi kita tau yang cakap, buah fikiran, cadangan itu, AKU-AKU yang punya..Sampai hati pula kita kasih limpas2 AKU-AKU yang ada. Saya rasa, sesuai lah kalau AKU-AKU ni canang balik nama dia, supaya kita ingat balik yang mula2 itu..Tidak salah bah kita angkat, kita puji mana2 yang patut…Jangan saja telebih sampai tahap men’jek2’..hehehe.
Lagipun, tidak patut kita diam2, tidak bagi apa2 bilang urang, lebih2 lagi kalau kita jadik ketua…Nampak macam kita berat mulut mau bagi pujian (macam saja) …

Semua kita ni, kalau sudah buat kerja, penat…Contohnya; kerja cikgu…Bila time sibuk buat itu dan ini, mulalah ada suara –suara hangit macam…1. ” Haiya…kerja panat-panat, gaji tidak naik pun”..Ada lagi yang halus sikit , 2. “ Duuii..panatnya…tapi tidak apalah, kerana bangsa dan Negara”..Ada lagi yang sejuk saja telinga mendengar , 3. “ lillahi ta’ala sajalah”…Nah..macam2 jenis rungutan.. Tapi, sedar atau tidak, inilah yang berlaku…Ikhlas atau tidak? Dari rungutan 1 sampai 3, siapa berani kasih confirm ikhlas diorang tahap mana? Satu saja yang bikin sejuk2 ni rungutan2…mangkalilah , sebab kalau saya begini..( tidak tau urang lain). Bila Ketua saya cakap “ Bah..tahniah semua aa…Ali & Siti, cantik tu buku atur cara, bagus kerja kamu, terima kasih banyak”…Hui naa…bila pengetua cakap begini, seronok saja sy dan kawan2 rasa…Dihargai bah..Bukan juga ayat power dia guna tapi, entahlah…berkesan kalau sudah penat2 menyibuk dan tersibuk. Macamana kalau macam ni? Saya ikhlas atau tidak buat kerja? Saya sendiri pun susah mau nilai ni hati saya tapi, saya rasa, kamu pun pernah juga rasa begini…hehehe…

Anonymous said...

(sambungan di atas)

Ada lagi satu contoh, kalau yang perempuan2 yang sudah kawin tu, tambah2 lagi yang bekerja, ui..naa..bukan alang2 kerja. Walaupun, suami tolong-tolong juga buat kerja di rumah tapi, biasa orang tengok, perempuan jugaa…Begini…bila perempuan ni penat2 balik dari kerja, sambung lagi buat kerja rumah, terasa betul penatnya…macam mau putus sudah urat saraf..Rasa2 macam mau kasih biar saja semua tapi, kesian juga itu suami sebab dia pun penat juga…sama2lah penat bah..Nah..bila sudah siap sudah semua kerja, tinggal kita kasih hilang penat sama anak2, sampailah suami dari kerja…Masuk saja, terus buat rutin dia…langsunglah tiada feel…tiadalah cakap sepatah perkataan pun…addeh, terasa juga ooo ( kalau saya), macam sempit mau benafas pun ada. Sudahlah penat, sempat juga simpan wangi-wangian ‘cranberry’ lagi di ruang tamu…kesian, macam tiaada…Isyy…rasa macam tidak berbaloi saja kerja kita time tu..Inda juga marah tapi tu penat tambah penat bah…hehehe..Tapi cuba dia sebut satu atau sikit perkataan saja, contoh; “wanginya…” atau ‘”kesian daling, penat?”…Nah baru terasa kita punya kerja tu ada harga, ada nilai…panat2 pun, tidak rasa bah…( kalau saya)..Wajar bah, isteri2 dapat penghargaan dan pujian dari suami…Bila lagi?

Saya sebenarnya cuma mau cakap benda yang semua orang sudah tau; pujian dan penghargaan sama orang tu sangat penting… kalau mau dikira2, hampir2 ke tahap keperluan kaini aaa?...Soal ikhlas atau tidak dalam buat kerja, kita manusia tiada hak mau kasih hukum orang sebab, kita tiada pengukur tu ikhlas..Buat apa kita susah2 menditek orang itu ikhlas, orang ini tidak ikhlas , pasal begitu begini…susah lagi tu kalau salah ditek..Hehe..biar saja yang empunya diri tu jawab sendiri di depan Allah, nanti. Allah Maha Tahu. Time pengadilan nanti, tiada tolong2 sudah..masing2 saja kita…sendiri-sendiri jawab..Nah..angkat bakul sendiri ka, orang angkat ka…saya nampak itu bukan klu2 orang ikhlas ka tidak…Terang bah kan? pasal isu ikhlas ni isu hati..Sendiri mau tau..Tuhan laagi tau.

Jadi, senang cerita,
Biarlah kita kaya pujian dan penghargaan. Tapi kena pada tempat...Tidak kurang hensem/ macho atau cantik kita bah…kalau bos2 macam pengetua2 dan suami2 tu, kena lebih lagilah, supaya senang kerja, cepat beres kerja dan berjalan lancar segala urusan bilang orang..Biasa lah tu, bos puji staff bawahan, sebab yang banyak kerja, orang2 bawah..Orang bawahan pun kena menghargai bos dan memuji bos sesuai dengan kredibiliti dia..kalau silap,
tegur, bukan kasih jek2...

Akhir sekali, saya harap, kita semua dapat berkongsi ilmu dalam hal puji memuji dan harga menghargai ni. Ini bukan soal ikhlas atau tidak bagi saya, tapi ini soal mengangkat martabat seseorang manusia sesuai dengan kedudukan, pencapaian, peranan dan macam2 lagi yang boleh diperhalusi.

Saya tulis jak apa yang termampu saya pikir. Kalau ada ilmu yang baik, ambiklah..kalau tidak..Buang saja..

NONG said...

Salam perpaduan & salam 1 Malaysia untuk saudara Anonymous..

Terlebih dahulu saya mohon maaf kepada Brother sya Saudara Aldusuni jika ulasan saya mungkin menyinggung perasaan namun ketahuilah bahawa sya tidak pernah berniat begitu jauh sekali terlintas untuk berniat begitu.

Kepada saudara Anonymous, percaya atau tidak saya langsung tiada masalah dengan penulis entry ini.Selain sama2 staff SAM, saya dan Aldusuni juga adalah sepupu dan dari kampung yang sama.justeru,saya merayu supaya jangan cuba mengeruhkan keadaan di sini dengan prasangka2 saudara...Saya mengulas dari hati yang paling jujur dan paling dalam.Memang DJ LUGU la yang mula2 memperkenalkan PonetFM ini kepada SAM kemudian disusuri oleh usaha Aldusuni & Sanguru untuk menjalin komuniti persahabatan selaku daerah jiran.Dan saya mengucapkan TAHNIAH kepada Aldusuni kerana punya usaha kearah ini kerana DJ LUGU berada d Jepun.
Dalam SAM..angkat mengangkat, harga menghargai itu sentiasa ada cuma saja tidak dicanang..apa yang penting ialah keikhlasan kita dalam segala perkara..

DJLUGU said...

macam biasa juga bahhhh....

Anonymous said...

Minta maaf StaffNong. Prasangka sy sebenarnya hanya mengambilkira frasa-frasa tertulis dan saya sendiri cuba memahaminya seperti ini:-
StaffNong said "Beliaulah yang telah memasukkan radio ini kedalam SAM.Kalau bukan beliau, sampai sekarang ini pastinya SAM dan rakan2 lain tidak akan mengelani Ponet.Fm dalam erti kata yang sebenarnya."

Olahan ayat. 1. Beliaulah..."Lah" di dalam frasa adalah penegasan. maksudnya sebelum itu ada point atau ayat lain yang setentang dengannya. Sebab itu, ia ditegaskan. Dalam entri staffaldusuni beliau tidak menafikan keterlibatan sesiapa, hanyasaja beliau menerawang tentang sejarah awal beliau dengan SMSnya dan SAM dan Utara.fm. Dari sudut pengalaman beliau..Cumasaja ayat dalam entri stafaldusuni "Kemantapan suara DJ Rumput ‘menDJ’ membawa minda saya melihat lorong-lorong dan jalan-jalan yang cerah untuk Ponetfm asal saja radio online ini bersedia mengambilkira beberapa perkara" ..membuatkan saya fahaminya sebagai mengangkat bakul sendiri tanpa keterlaluan kerana dari sudut kerja cetusan minda mungkin benar2 wujud tatkala beliau (staffaldusuni) mendengar suara DJ Rumputt. Apa idea yang keluar, sy tidak tahu. Sumber daripada siapa dan di mana beliau mengetahui kewujudan Ponet.fm tidak dinyatakan. Seperti kata satffNong pengenalnya adalah DJLUGU..Mungkin DJLUGU sebelum staffaldusuni telah berhubung dengan DJRumputt untuk menggabungjalin Ponet.fm dengan SAM.. Kerana hanya dengan persetujuan pihak terlibat sesuatu jalinan itu dapat disempurnakan.


Keduanya, ayat stafaldusuni "pada awalnya, saya tidak memberitahu mana-mana rakan SAM berkaitan perkara ini atas sebab kunjungan saya ke Pitas bersifat SMS" juga menampakkan tulisan berbentuk tujuan peribadi staffaldusuni tapi ditangkis dengan ayat beliau seterusnya...Akhirnya, sy mengintipatikan entri ini pada saranan akhir penulis yang diletakkan di hujung entri beliau iaitu setiap warga SAM & utara.fm wajar menjaga hubungan dengan baik. Satu idea mudah dan tidak sukar difahami..


Ketiganya, ayat staffNong" Kalau bukan beliau, sampai sekarang ini pastinya SAM dan rakan2 lain tidak akan mengelani Ponet.Fm dalam erti kata yang sebenarnya"..Sy interpretasikan sebagai DJ LUGU yang bertanggungjawab memastikan semua rakan SAM atau SAM sendiri mengenali Ponet.fm, seolah-olah menyangkal peranan individu lain. Jadi, saya ambil kesimpulan mudah dengan memaparkan prasangka-prasangka seorang pembaca iaitu saya.


Sebaiknya jika staffNong benar2 tahu akan susurgalur itu, seyogia diperincikan peranan setiap peranan staffSAM dalam memastikan penggabungan ini...Siapa tukang jumpa, siapa tukang hubung, siapa punya idea buat jalinan, siapa yang datang dan siapa..siapa..siapa lagi..Inilah antara kebaikan 'mencanang' sesuatu. Mengelak dari prasangka dan fitnah. Penulis dan pengulas staffNong mungkin tidak bertujuan seperti ini tapi keterlanjuran prasangka harus ditutup dengan fakta 2 yang sah dan muktamad.


Ampun maaf dari saya, anony 10. 35am. Sy tidak bertujuan melaga-lagakan kalian..Fahami tujuan saya.Ambil kira garispanduan dan etika menulis dan mengulas.Cadangan ke2 saya sebelum ini.

ison said...

Terima kasih anony yang 10.35am dan 12.44pm. Saya memahami ulasan saudara/i dan penjelasan ulasan saudara/i itu wajar difahami dan dihargai oleh semua staf SAM n utara.fm.

MindaGuru said...

mungkin tafsiran pelbagai menyebabkan ia jadi persoalan. ,..dan yang jelas tokoh2 terbabit adalah saling melengkapi dan memenuhi sejarah kewujudannya dengan alasan masing2.

Agar tidak meminggirkan mana yang berhak..pendapat anon dan ison perlu diambilkira..

Umar al-Longobi said...

hehe...

bagi sy pula, fakta sejarah mesti tepat dan tidak boleh disembunyikan. biasanya org lain yg akan menulis sejarah pihak lain. namun, jika tiada yg mengetahui kisahnya, tidak menjadi masalah sekiranya yg empunya diri menulis sejarah ttg dirinya utk pengetahuan umum.

memang akan nampak seolah2 kita memuji diri sendiri dan menafikan peranan org lain. maka di sini, kemahiran kita mengungkapkan ayat itu memainkan peranan penting. biar fakta sejarah berjaya diketengahkan dan tidak wujud kontrovesi.

apapun ceritanya, tahniahlah kepada taiko2 kita di kedua2 belah pihak ni. susah payah kalian amatlah dihargai dan pastinya hanya DIA yg boleh membalasnya.

maikong said...

apa-apapun bagi saya, saya amat menghargai dan berterimakasih kepada semua yg terlibat..sehingga telah menujudkan ruangan ini..utk kita berkongsi pendapat, memberi komen/mengetahui prkembangan sekitar utara sabah(semasa)/...dan satu lagi yg paling saya terHARU adalah dpt mengenali(mesra) kwn2 yg dahulunya hanya kenal nama(sekalikali jumpa) walaupun dari daerah yg sama..mungkin klu bukan adanya ruangan ini..sehingga kini..hanya kenal muka saja...

salam semua ..tq,tq...

SANGURU said...

Penjelasan:
1. SAM tidak bergabung dengan Ponetfm, cuma berkerjasama secara PINTAR. Ia kenampakan "bergabung: kerana beberapa staf SAM juga adalah ahli/DJ Utarafm.net...
2. Selepas berkenalan dengan staf2 ponetfm yang dimulakan oleh DJ Lugu/ Illie SAM disusuli oleh DJ aldusuni itu, saya menghubungi Admin ponetfm.net (cikgu Jasni) dan mencadangkan agar Poneffm ditukar nama kpd Utarafm dan seterusnya dilancarkan oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Pak Lah) kerana secara kebetulan pula pada 25 Julai itu Pak Lah menjadi tetamu di program Anjuran Gabungan NGO Sabah (yang mana saya menjadi pengerusinya). Sayalah juga sebenarnya (tanpa diketahui sesiapa selain Pengerusi KUBNET sekarang) yang mengusulkan agar Cikgu Md. Jasni mewujudkan KUSNET (kini KUBNET) dan sekaligus mempengerusinya. Alhamdulilah, beliau memang seorang yang proaktif dan berdidikasi tinggi. Tahniah tuan!
Niat saya satu sahaja ketika itu: MEMBANTU DENGAN PELUANG DAN KAPASITI YANG SAYA ADA.(saya hanya memberi sedikit inspirasi dan idea dan sesekali tidak bermimpi untuk menjadi apa2. Pihak KUSNET dan Utarafm sendiri yang kemudiannya meminta saya menjadi "penasihat". Saya menerimanya kerana saya menganggap ia satu permintaan yang perlu dipenuhi).
Alhamdulilah, berkat proaktif Ponetfm dan rakan2 SAM itu sendiri, mereka mengambil peluang itu dengan BIJAKSANA. Bagussss...

SANGURU said...

MAKLUMAN KPD SEMUA PEMBACA SAM:

SAM telah bermesyuarat secara real pada 11.10.2009 dan semua perkara telah diselaraskan..."yang kabur telah diperjelaskan, yang retak telah ditauterat, yang kurang telah diperbanyakkan, yang jauh telah didekatkan..."

SAM AKAN LEBIH PERKASA LEBIH YAKIN LEBIH PINTAR KERJASAMANYA. SEMUA INI UNTUK KEBAIKAN RAKYAT.

Anonymous said...

Tekong SAM,
Terima kasih atas penjelasan itu.

Ertinya, beberapa ahli telah berperanan dalam memastikan kerjasama pintar ini dibuat...Bagi pihak SAM, DJlugu,stafaldusuni dan tekong sendiri masing2 ada peranan tersendiri dalam hal ini dan begitu juga halnya dengan pihak ponetfm. Justeru, Siapa sahaja di kalangan kalian bertiga boleh @wajar meninta kenangan atau apa sahaja bentuk tulisan fakta berkaitan hal ini.

Ulasan2 untuk entri staff sendiri yang mengundang pelbagai maksud seharusnya tidak dibuat oleh mana2 staf melainkan Non Staff kerana ini bakal menimbulkan prasangka..

Saran sy supaya di lain waktu setiap staff berhati2 dalam penggunaan perkataan dan olahan ayat.

Maaf, ini kurang berkait di sini tapi, sy ada prmintaan & prtanyaan untuk tn. sangguru selaku pengerusi NGO sabah, itupun, jika tidak keberatan:

1. Kalau tidak keberatan,s y minta agar tn paparkan taqwim NGO Sabah dalam blog NGO tn.

2.Apa prosedur untuk menyertai persatuan NGO Sabah? maksud sy adakah kita perlu mengisi borang2 berkaitan dan adakah persatuan yang didaftarkan di bawah ROS shj yang boleh menyertai persatuan NGO ini atau bagaimana?

3. Bila mesyuarat agung NGO Sabah akan diadakan dan adakah pihak luar ( selain yang berdaftar ) dibenarkan masuk sebagai pemerhati waktu itu?

Saya harap, tn sudi memberikan info2 ini. Terima kasih.
Anony 12.44

ison said...

Para pembaca SAM yang dihormati,

Atas pengesahan Tekong SAM (Sanguru), sedikit waktu lagi saya akan postkan artikel lengkap tentang sejarah SAM sehingga pertemuan SAM pada 10-11 Oktober 2009 yang baru berlalu.

Selepas itu, diharap tidak ada lagi sebarang keraguan dan pertikaian tentang sejarah SAM, samada di kalangan ahli SAM sendiri mahupun pembaca SAM.

Setiap peribadi yang telah terlibat dalam perjalanan SAM, samada memulakan idea, menyertai dan memantapkan SAM wajar dihargai dan dihormati.

Pertanyaan anonymous 12.10.09 pada 12.49pm tentang NGO Sabah, saya serahkan kepada budi bicara Sanguru untuk memberikan penjelasan atas kapasitinya sebagai pengerusi NGO Sabah.

Sekian terima kasih.

SANGURU said...

tq anon, akan diperjelaskan. Akan dipaparkan dalam blog gabungan NGO dlm masa terdekat ya.
Tq dr nelson atas daya usaha.
Kpd non SAM, kami memohon kemaafan jika artikel ini kurang relevan utk sdr/i membacanya. Namun, tidak menjadi satu kesalahan bg penulis SAM mencoretkan sejarah demi sejarah. SAM semakin mantop selepas pertemuan.

Anonymous said...

Woi kamu ni sudah berumur bah...Baru ja SAM pngil meeting 11/10/09 yg bru lalu....Skrng dah nak gaduh2kah!!! Apalah sengat pengorbanan ni jika d Ukur dengan pemberian Allah nafas kepada kita? Fikir2kanlah....Jangan salah faham sdikitpun mau d perbesarkan....Malulah kepada Pengunjung SAM....