SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 16, 2009

Mengapa Badan NGO Tidak Menyokong UMNO

Sumber gambar utusan malaysia

Dalam ucapan Datuk Seri Najib petang tadi, beliau menyentuh tentang tanggungjawab ahli UMNO untuk bekerja bersungguh-sungguh sekali gus memastikan badan-badan NGO yang ada bakal menyokong UMNO. Ucapan ini menunjukkan bahawa badan-badan NGO selama ini kurang atau tidak memberi sokongan sepenuhnya kepada UMNO, sekali gus tidak menyokong kerajaan. Jika ini yang dimaksudkan, bermakna ada sebablah mengapa badan NGO tidak menyokong UMNO dan kerajaan. Keterlibatan secara langsung selama hampir 25 tahun dengan NGO membawa saya mengamati sebab musababnya seperti berikut:

  1. Pemimpin UMNO setempat kurang mendekati malah ada yang langsung tidak mendekati sekali gus menyokong dan membantu usaha NGO.
  2. Pemimpin UMNO atau kerajaan kurang atau tidak memberi penghargaan kepada badan-badan NGO .
  3. Pemimpin UMNO atau kerajaan menyekat pergerakan NGO tanpa mendalami tujuan dan usaha yang dilakukan.
  4. Pemimpin kerajaan tidak mengiktiraf kewujudan NGO.
  5. Pemimpin menutup pintu dialog sekali gus membuat tembok atau jurang pemisah dengan NGO.

Inilah antara sebab mengapa NGO tidak atau kurang menyokong UMNO dan kerajaan. Justeru, sudah sampai masanya pihak pemimpin kerajaan dan pemimpin-pemimpin UMNO mengubah sikap. Pemimpin-pemimpin ini sepatutnya menjadikan NGO sebagai:-

  1. Rakan bertukar pendapat@ fikiran
  2. Rakan seperjuangan
  3. Rakan karib
  4. Rakan penyampai maklumat
  5. Rakan pembaca isu-isu semasa
  6. Rakan sepasukan

Gesaan untuk para pemimpin mengubah sikap memang wajar dan harus segera dilakukan jika benar-benar mendahulukan rakyat dan mengutamakan prestasi kerja cemerlang. 5 sebab di atas amat sedikit untuk diberi perhatian berbanding masih banyak sebab-sebab lain yang masih boleh diperhalusi oleh pemimpin-pemimpin yang benar-benar mahu memimpin.

8 comments:

Anonymous said...

Mungkin Ramai d antara Pemimpin UMNO/BN itu hanya mengambil kesampatan d dalam keadaan UMNO/BN yg hanya setengah2 nyawa sahaja lagi tu....Mengikut kawan2 yg memegang jawatan yg penting d dalam Bahagian UMNO mereka ramai yg mengatakan kepada saya bahawa Kalau Pemimpin atasan Negeripun sudah tidak endah akan apa yg akan berlaku pada PRU Ke-13 sama ada kalah or sebaliknya, Sekarang ini mereka benar2 mengaut kesempatan ini untuk mengaut sebanyak yg boleh untuk menjadi Kaya dan untuk bekalan 10 ke 20 tahun mendatang. Mereka telah menyatakan yg UMNO/BN pasti akan kalah pada PRU Ke-13 nanti.....Kerana Rakyat/Pengundi sudah beralih arah memberikan sokongan kepihak Pembangkang...Bukan seorang dua Pemimpin d peringkat Bahagian/Negeri yg rapat dengan saya mengatakan sedemikian...Oleh yg sedemikian kita yg tidak mempunyai mana2 Parti macam mana PRU Ke-13 nanti?

SANGURU said...

atas kapasiti gabungan NGO Sabah, saya menegaskan (sepertimana yang saya tegaskan dalam ucapan di Rest House Lohan, Ranau, 25 Julai) bahawa kami bersifat neutral dan sentiasa mengalu2kan bantuan/kerjasama semua pihak membantu NGO dalam kerja2 kemasyarakatan.

Iklan: Persatuan penderma darah dan pstn Thelesemia akan berkerjasama menganjur kempen derma darah semasa Pesta Jagung KM pada 21-22 Nov. Ini.

Little Mike (LM) said...

Peranan NGO usah dipandang remeh. Namanya pun Non-Government Organization (Badan Bukan Kerajaan).. Kerajaan - satu pentadbiran besar. Bukan kerajaan- kapasitinya juga besar cuma bukan badan eksekutif. Piagam, visi dan wawasan juga sama sahaja yang berpaksikan kepada KEUNTUNGAN NEGARA. Jadi NGO, satu pertubuhan yang harus dijadikan sahabat dalam merancang dan mendapatkan idea. Harus juga menjadi sahabat dalam membudayakan kerja dan visi kerajaan...

MindaGuru said...

Besar pengaruh NGO itu tuan...itupun jika perjuangannya untuk rakyat.

Mr.Aki said...

apa lagi urang2 UMNO carilah kawan2 NGO...tangan diurang pun mangundi juga oooooo

Umar al-Longobi said...

sy mengharapkan agar NGO tidak menyokong mana2 parti hanya semata2kerana parti itu memberikan sokongan kpd mereka. sebarang sokongan adl mesti didasarkan kpd prinsip perjuangan parti itu sendiri yg mendahulukan rakyat ikhlas kerana-NYA.

"majoriti kalau salah akan tetap salah. minoriti kalau benar tetap akan benar"

btw, kerjasama pintar semua pihak amat dituntut utk memajukan negara tercinta ini.

ison said...

Bukan UMNO saja. Parti lain pun banyak yang pandang NGO sabala mata sja, tapi bila taim pilihan raya, pandai pula mencari NGO untuk tujuan bantuan kempen. Misalnya, bila dekat2 pilihanraya, sibuklah mencari persatuan bulan sabit merah la, persatuan talasemia la, dan persatuan penderma darah untuk buat kem perubatan di setiap mukim. :I

SANGURU said...

Badan NGO khususnya yang bersifat badan amal dan kebajikan misalnya persatuan penderma darah, thelesemia, pengakap, bulan sabit dan sebagainya, ditubuhkan atas dasar kemanusiaan dan tidak sesekali berminat mencampuri urusan politik atau terlibat dalam mana-mana parti politik.

Jangan sesekali ada parti/pertubuhan yang cuba merosakkan kemurniaan persatuan berjiwa murni ini. Kalau tak dapat membantu, biarlah mereka bergerak bebas demi kemanusiaan.