SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 16, 2009

MITAATABANG (BERGOTONG-ROYONG)

Saya mengimbas kembali suasana di kampung ketika saya masih di bangku sekolah (rendah dan menengah). Secara umumnya Tandek tidak maju dari segi infrastruktur, tetapi saya memuji sikap kemesraan dan saling tolong-menolong di antara sesama penduduk kampung. Erat persaudaraan dan ikatan kemesraan dapat dilihat dengan begitu ketara, terutama sekali ketika musim mengusahakan tanaman padi, perayaan2, dan majlis2 perkahwinan/kesyukuran. Tanpa mengira suku kaum, anutan agama, fahaman politik, dan kedudukan dalam masyarakat, semua penduduk kampung bekerjasama dan bergotong-royong melakukan sesuatu kerja/kegiatan. Seringkali juga terjadi pertikaian di sana-sini, tetapi waktu itu orang2 kampung mendengar cakap/nasihat ketua kampung/pemimpin. Mungkin itulah sebabnya Tandek 'senang' dipimpin meskipun oleh orang luar. Musim Berjaya, majoriti penduduk Tandek 'bergotong-royong' menyokong parti tersebut. Musim PBS, majoriti penduduk Tandek juga 'bergotong-royong' menyokong parti tersebut. Key factornya ialah orang2 Tandek suka bergotong-royong. Sikap ini sudah menjadi satu budaya penduduk Tandek. Dan saya percaya budaya yang sama juga dimiliki oleh penduduk di kawasan lain khususnya di sekitar kawasan Marudu. Cuma saya tertanya2, masihkah lagi orang2 kita seperti itu? Kini bila saya balik kampung, sudah hampir tidak kedengaran anak2 muda memberi salam seperti "Toliban kow", "Mitalib tokow", dan "Moguguulu oku ki" apabila melalui rumah orang, bertembung di tengah jalan, atau mendahului orang di perjalanan. Sudah hampir tidak kelihatan ada kelompok2 orang yang bergotong-royong menanam dan menuai padi. Ketika majlis2 perkahwinan/kesyukuran, menjadi kerisauan tuan rumah pula kalau2 tidak ramai orang yang akan datang membantu dan memeriahkan majlis. Mungkin kita boleh salahkan keadaan penduduk kampung yang semakin tidak saling mengenali sesama sendiri (khususnya yang berada lama di perantauan). Kita boleh salahkan juga jentera pembajak, penanam dan penuai padi sehingga tidak ada lagi keperluan untuk bergotong-royong mengerah tenaga dan keringat. Hanya duit masing2 yang perlu 'dikerah'. Kita juga boleh salahkan TV, CD/DVD player, dan Astro yang sudah dimiliki oleh hampir setiap rumah. Juga telefon rumah, handphone, dan internet yang kerap digunakan untuk berhubung sehingga tidak ada lagi keperluan untuk selalu berjumpa secara nyata. Atau adakah kerana masalah pemimpin (keluarga/kampung/kawasan) yang tidak menunjukkan teladan yang sewajarnya? Saya tidak mengharapkan kemunduran dan kemiskinan berterusan di bumi Tandek dan Marudu, tetapi seharusnya sikap tolong-menolong dan saling menghormati sesama sendiri terus diamalkan dan dipertahankan. Kerana sikap inilah sebenarnya yang menyebabkan ramai anak2 Tandek dan Marudu telah berjaya memajukan diri dengan baik dalam akademik dan kerjaya. Sikap inilah juga yang akan menentukan kesinambungan kepimpinan yang baik di Tandek dan Marudu. Duhai anak2 Tandek dan Marudu, marilah kita terus hidupkan api semangat ini. Kita semarakkan perjuangan untuk membela nasib anak2 watan dan kawasan kita yang tercinta ini. Janganlah kita terbuai dan terdodoi oleh 'kesukaan dunia' yang menyesatkan diri dan anak2 kita. Mungkin diri sendiri sudah boleh bernafas lega, tetapi orang2 kita masih ramai yang terbelenggu. Masih ramai yang masih terkapai2, meraba dalam gelap kemunduran dan kemiskinan. Jalan ke bukit2 dan jauh di pedalaman masih menabrakkan kereta. Rumah2 mereka masih berada dalam rimbunan hutan yang diliuri oleh 'makhluk2 buas', yang hanya bernafsu untuk mencabuli kesucian alam. Saat ini saya masih merenungkan perjalanan yang masih panjang, dan kaki masih terus melangkah. Tapi apalah ertinya perjalanan seorang pejuang tanpa teman2 mengiringi. Marilah kita 'mitaatabang'.

6 comments:

MindaGuru said...

doc. sayapun merindui pengalaman dan budaya "mitatabang", yang diamalkan waktu dulu. waktu menanam padi, menuai, membersih bendang malah dalam majlis perkahwinanpun semua amalkan gotong royong..

Sekarang semua pakai mesin seperti mesin penuai padi dan mesin penanam padi. Bab kahwin pula keluarga pengantin lebih suka tempah makanan dan sulap diganti khemah. semua kerja menjadi mudah dengan hanya "duit". tetapi budaya murni seperti "mitatabang" diabai, dilupakan dan dipinggirkan.

Harap-harap "mitatabang" ini akan terus kekal.

Umar al-Longobi said...

bagus Naib Presiden...

bah, kawan2 semua marilah mitatabang. basar lagi burungan ni. kalau 1 orang lambat siap. jangan jadikan kambain sbg alasan utk tidak memperkasa aktiviti mitatabang...

kyro said...

Dulu kami pun selalu mitatabang... memang seronok kerja pun cepat siap. Paling saya takut kalau yang sukat burungan orang dia tinggi,sebab kami punya sukatan ikut ketinggian orang itu,bermakna besarlah itu burungan hahaha.Saya yang selalu lambat siap terus kena garatak.....

sekarang kita semua dalam SAM ini kira mitatabang laini.Bah...apa lagi, teruskan perjuangan.

SANGURU said...

salah satu rukun SAM ialah "mitatabang"...SAM telah menunjukkan contoh, dari kejauhan pun boleh "mitatabang"...

Little Mike (LM) said...

hehe kyro.. kalau mitatabang, sya la tukang sukatnya burungan 3'10' atau 5'10.. 'kasi sukat begitu saja ba' kata beberapa rakan meminta saya jangan trlalu 'jujur' menyukat mengikut sehabis daya rengangan tangan mengukur ketinggian kayu. hahaha.. niat saya cuma bergurau...

ini antara kenangan lampau. Kita belum bercerita tentang saling tolong menolong bila seseorang selesai burungannya dan membantu yang lain. Atau berkumpul beramai-ramai makan bekal tengahari dimasak sendiri dari rumah.. berkongsi lauk ikan masin, lada putih, umbut pisang, pucuk ubi muda, telur goreng kicap, paku pakis dan sebagainya... majlis keramaian, sehari sebelum itu pun bagai satu majlis besar kerana ramai yg berkunjung bergotong-royong membantu.

Budaya ini harus DIKEKALKAN dan terpelihara sepanjang zaman. Tahniah doc atas ingatan mendalam budaya mitatabang...

SANGURU said...

masih segar dalam ingatan. Time bebudak dulu ikut org tua/dewasa untuk menggantikan mak/bapa, kalau tiba part rumilik atau manantab, dorang pakat2 suruh sia kerja lebih ringan. Angkat itu ini dll. Semacam "runner" atau "batman" klu dlm askar. Tapi masih dikira sbg "tabang".
Aduhhhh...siuk bah klu dikenang2.
Teruskan kyro mengimbau kenangan, setidak2 kami junior ni ikut cerita2. Siuk bahhhh....