SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 11, 2009

NGO BERKHIDMAT BERSAMA PEMIMPIN

Kota Marudu, Ahad: Beberapa badan NGO bakal membuat kerja kemasyarakatan bersama pemimpin di Kg. Talantang, Tandek, tidak berapa lama lagi. Permuafakatan ini termeterai malam tadi antara Pengerusi Gabungan NGO Sabah dengan YB Anita Baranting semasa majlis pertemuan Staf SAM dan UtaraFm di Restoran Singgah Hati. Beberapa badan NGO sekitar Kota Marudu dijangka akan bergotong royong membina sebuah rumah untuk seorang OKU. Dana tersebut pula bakal disumbangankan oleh YB Anita Baranting. Program seumpama ini merupakan satu lagi role model kerjasama erat NGO dengan pemimpin kerajaan.

10 comments:

Anonymous said...

Cantek..tahniah,tahniah, tahniah!

Anonymous said...

Bravo... keep its up.

MindaGuru said...

tahniah guru..salah satu peranan ngo dapat dipraktikkan..

Sulaiman Hanim said...

Syabas dan Tahniah saya ucapkan d atas daya pemikiran/Ketulusan NGO yg masih Perduli akan Manusia dan masih mempunyai Hati,budi dan Neluri kemanusiaan, yg masih lagi bisa memikirkan OKU yg serba kekurangan...Tahniah sekali lagi,Semoga Allah akan memberikan anda semua Ganjaran d Dunia/Akhirat...!!

SANGURU said...

Tahniah jg kpd YB/pemimpin...harap lbh ramai pemimpin buat begitu, tak kisahlah dari team mana pun. Klu benda bagus, insyaAllah NGO2 suport...

Anonymous said...

Satu semangat yg cukup bagus Sanguru...Harap2 ia datang dari dalam lubuk hati yg Telus....TQ

SANGURU said...

insylh telus dan tulus tn anony. Belum ada rekod sy tikam belakang. Klu sy kata ok, ok la tu...ada perkara kita mesti bersatu, ada perkara kekadang bercanggah, ada ketikanya harus berbezA. lumrah dunia, tuan/puan.

Anonymous said...

Salam buat semua.

Diharapkan agar permuafakatan seperti ini akan berterusan di dalam agenda untuk membangunkan rakyat jelata..... Imelda Marcos amat terkenal di Filipina kerana beberapa faktor, antaranya tentu sahaja tentang jumlah kasut, minyak wangi dan seluar dalam. Sekarang, dalam salah satu biografinya muncul cerita lambaian tangan. Suatu waktu, Imelda gemar berkereta di kawasan-kawasan perkumuhan di pinggir Manila. Para penduduk miskin di situ bersorak-sorak dan melambai-lambai. "Ibu Filipina!" "Ibu Filipina". Imelda membalas lambaian. Kereta rasmi itu berlalu, dan tanpa diketahui ramai, Imelda ketawa. Sebab, lambaian itu cuma lakonan."Orang miskin itu cukup puas jika kita membalas lambaian. kita tidak rugi apa-apa pun."

Begitulah Imelda. dia membawa sisi kuasa yang jarang diperhatikan. sebagai orang besar, Imelda menentukan langkah orang kecil, dan bukan sebaliknya. Renung dan fikirkan.

SANGURU said...

harap orang2 SAM tidak seperti cerita d atas. Sy percaya, secara peribadi, secara sembunyi2, org SAM ada sumbangan peribadi kpd org2 kecil khususnya di KM, cuma saja tidak diperbesar2kan di sini. So, kita harapkan saja kita semua terus menyumbang mengikut kapasiti dan kemampuan kita.
Tq anony, cerita yg bagus..

Little Mike (LM) said...

MUAFAKAT besar manafaatnya kepada yang gemar akan SEPAKAT. pasti BERKATnya berlimpah ruah.. Tahniah tuan atas usaha baik