SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 1, 2009

Pengabaian Prinsip Dan Integriti: 7 Malapetaka Dalam Kehidupan

Prinsip dan integriti, dua perkara asas yang tidak lagi dipandang serius. Dunia politik seakan mengabaikan dua perkara ini sebagai indeks prestasi kepimpinan. Ternyata status popular menjadi indikasi lebih penting kerana mereka percaya popular membawa kepada kejayaan dalam survival politik. Pengabaian prinsip dan integriti mencetus kebimbangan kerana politik masa kini kian menyisihkan pesan moral. 7 malapetaka besar dikutip melalui ucapan Mahatma Ghandi, 1925; 1. Politik tanpa prinsip. 2. Kekayaan tanpa bekerja. 3. Keseronokan tanpa kesedaran. 4. Pengetahuan tanpa keperibadian. 5. Perdagangan tanpa moral 6. Sains tanpa kemanusiaan 7. Beribadat tanpa pengorbanan Ghandi melihat politik tanpa prinsip merupakan satu daripada malapetaka besar namun inilah paling banyak berlaku dalam dunia politik. Prinsip moral dan integriti amat penting kerana ia mempertaruhkan sesuatu yang lebih besar kerana ia bakal menentukan arah kepimpinan. Namun kita sebagai orang yang dipimpin masih mempunyai pilihan berdasarkan prinsip dan integriti kita dalam mengekang jumlah bilangan pemimpin yang mengabaikan moral dan etika. Pilihan kita tidak seharusnya dikekang oleh kebijaksanaan pidato atau retorik semata-mata. 4 ciri utama harus menjadi inspirasi dalam membuat pemilihan kriteria seseorang yang kita mahu angkat sebagai pemimpin. 1. Kejujuran 2. Berwawasan 3. Berkeupayaan/dayasaing 4. Mencetus idea/ilham Dalam kajian koresponden di seluruh duniapun memilih ciri kejujuran atau amanah sebagai ciri kepimpinan sejati. Inilah yang perlu diberikan perhatian oleh pemimpin dan bakal pemimpin politik dalam melahirkan sebuah negara yang sistem dan institusi masyarakatnya dihormati, bebas rasuah dan memiliki peradaban tinggi serta bermaruah. Dalam semua keinginan atau cita-cita, prinsip dan integriti penting. 4 perkara di atas jika menjadi hiasan karekter, dengan sendirinya menggambarkan intelek rohaninya. Tanpa prinsip dan integriti, kita tidak akan dapat lari daripada kecelaruan politik. Pemimpin yang berprinsip dan berintegriti dengan sendiri akan menjadi ikon popular jika dua perkara asas ini secara konsistensi menjadi dasar perjuangan.

9 comments:

SANGURU said...

ok, masa rehat pejabat saya masuk "pejabat" SAM.

artikel yang bermaklumat. Patut dihayati bersama.

SANGURU said...

ok, masa rehat pejabat saya masuk "pejabat" SAM.

saya tidak mempunyai 4 ciri yang tuan maksudkan cuma biarlah saya "menjadi insan yang boleh mencetuskan IDAE/ILHAM kepada manusia yang sudi menerima, dan saya melakukannnya dengan JUJUR hati agar rakyat dan pemimpin ada WAWASAN agar mereka mampu pula BERDAYA SAING di belakang hari..."

1. Hingga kini pun saya belum memasuki dunia politik yg sebenar kerana masih menanti PRINSIP yang betul dan rakan2 yang BERPRINSIP betul.
2. Saya terus BERKERJA tapi tidak ghairah untuk KAYA.
3. Saya SEDAR , KESERONOKAN semata2 adalah merosakkan.
4. PENGETAHUAN ku tidak terlalu tinggi (dan mungkin tidak jua terlalu rendah) , namun yang paling aku idamkan adalah KEPERIBADIAN yang baik. Aku masih jua belum mencapainya secara total.
5. Aku boleh berkata bahawa aku BERMORAL, makanya aku tidak sesekali mahu MEMPERDAGANGKAN manusia, kedudukan, NGO, setiakawan dan sebagainya. (Maka orang seperti daku ini manakan boleh menjadi pemimpin seperti yang diperebut-rebutkan orang sezaman ini?- maka janganlah ada yang risau tentang persaingan kepimpinan...)
6. Saya orang SAINS dan juga SENIMAN. SAINS tanpa Kemanusian memang amat bahaya.
7. Saya bukan ahli IBADAT tapi syukurlah DIA menjadikan hatiku mudah BERKORBAN (dan memang sering kali TERKORBAN...)

MindaGuru said...

Tuan, sesuai untuk tatapan pemimpin, bakal pemimpin dan pemilih pemimpin.Prinsip dan integriti 2 kata sering diabaikan oleh terutamanya oleh para pemimpin di pelbagai peringkat. Pengabaian inilah yang mungkin membuatkan pelbagai budaya songsang terjadi.

4 kriteria pemimpin yang tuan paparkan itu boleh dijadikan kayu pengukur semasa membuat pemilihan pemimpin....

Umar al-Longobi said...

"prinsip-integeriti(PI) VS populariti (P)"

idea tn benar adanya. sepatutnya PI bisa melonjakkan P. namun dlm dunia sekarang, rakyat sudah dimomokkan dgn rempah kekeliruan. sehingga PI bukan lagi dijadikan keutamaan. akhirnya, hanya P yg menjadi buruan. mereka menang, tapi anak bangsa tergadai... usaha perubahan perlu berjalan terus.

Little Mike (LM) said...

SANGURU, MINDAGURU, AL-LONGOBI...
terima kasi atas komentar yang bernas dan baik. Sesungguhnya keperluan untuk menyedari peripenting PRINSIP dan INTEGRITI sangat penting...

SANGURU said...

posting yg begini baik kurang pula pengkritik. Tp sy yakin ramai yg baca dan mendapat banyak manfaat. Tq

Anonymous said...

Betul itu tn..sy pun baca, bagus!..Inilah juga anon2 macam sy ni, kalau post bagus diamdiam saja...mangkali setuju laitu...

Anonymous said...

Kan bagus sekiranya banyak entri seperti ini yang membuatkan kita dapat memanfaatkannya untuk kehidupan agar boleh dijadikan panduan dan teladan. ini akan lebih membukakan minda kita agar lebih berfikir dan berpersepsi positif, tak payah memperkatakan sesuatu yang boleh menimbulkan kontroversi ataupun menonjolkan kehebatan atau ketaksuban diri. Tahniah SAM.

Little Mike (LM) said...

anon1,2..
terima kasih atas pandangan baik terhadap artikel sederhana seperti ini. Mudah2an saya juga beroleh manafaat daripada teladan artikel ini. Teruskan memberikan sokongan kepada SAM siapa pun anda dan cara anda.

Sekali lagi sangat berterima kasih..