SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 9, 2009

Pengajaran Drp 1 Penampar

Dijadikan cerita, pada suatu hari ada seorang pemuda bertanyakan kepada seorang alim, "Syaitan diciptakan daripada apa?" dan si alim ini pun menjawab, "Daripada api." Kemudian pemuda itu bertanya lagi, "Syaitan akan dimasukkan ke dalam api neraka di akhirat nanti akibat daripada penderhakaannya kepada Tuhan. Tapi, dia diciptakan daripada api dan neraka pun daripada api. Bagaimana api boleh membakar api? Tidak gunalah syaitan dimasukkan ke situ sebab dia tidak akan merasa seksanya. Kalau manusia lain, sebab manusia dicipta daripada tanah. Maka ia boleh merasakan kesakitan dan seksanya di dalam neraka."
Orang alim itu diam sambil tersenyum. Dia menghampirkan dirinya pada pemuda itu lantas menampar mukanya. Pemuda itu tergamam lalu bertanya, "Kenapa kau tampar aku?". Orang alim itu bertanya, "Kau rasa sakit tidak?". "Sakitlah!", pemuda itu menjawab." Sekarang aku bertanya pula kepada kau. Tangan aku yang menampar pipi kau tadi itu asalnya adalah tanah bukan yang kemudian membentuk daging? Dan pipi kau juga adalah daging bukan? Sekiranya daging menampar daging pun boleh merasa sakit, maka api dengan api juga boleh merasa sakit! Semuanya adalah atas kehendak dan izin Tuhan!" Pemuda itu terus membisu seribu bahasa. Nota: Contohilah si Alim apabila berdepan dengan orang yang buat-buat bodoh. SAM telah melakukannya...

7 comments:

SANGURU said...

terus terang saya suka entry ini, sebab ada unsur2 LAWAK GENIUS...
Klu untuk memadam, memang api vs air.
Tapi...ada kalanya, peluru vs peluru, klu peluru dilawan dengan simbahan air...atau main batu, itu la palestin...paling2 kena buliii...
"AKU TAK PERNAH MEMBULI, DAN JANGAN COBA2 MEMBULI DAKU...ATAU KAWAN2KU..."

ming2elly said...

API...

Jika sebidang tanah hijau yang luas dibakar API... maka musnah lah rumput2 yang menghijau menyuburinya...

tetapi, rumput2 tersebut akan menumbuhi semula dengan tunas2 yang hijau, cantik serta lagi teguh... sebabnya, rumput2 yang telah dibakar dengan API, telah mati dan menjadi abu sahaja... Lalu, dari abu2 tersebut lah menjadi protein dan sumber baja kepada tunas2 baru untuk hidup lebih kukuh dan subur...

begitu lah setiap kalinya bila padang ini dibakar, dibakar dan dibakar... pastinya setiap generasi rumput ini akan menjadi lebih teguh dan kukuh daripada dimusnahkan oleh API...

Tetapi, adakah API ini akan BERHENTI? Tidak, API tidak akan berhenti dari terus membakar...

Tetapi, jangan lupa kepada rumput... ianya akan terus berjuang untuk hidup semula dengan generasi baru... lebih "tagap" orang kita bilang... dan API tersebut bukan lah menjadi satu penghalang kepada rumput untuk hidup...

Umar al-Longobi said...

cara berhadapan dgn orang yg waras dan pura2 tidak waras adl berbeza. kalau cara kita tidak ngam, kita pun akan jadi 2x5 dgn org yg tidak waras. sebab itu si Alim bertindak menampar pemuda itu... bijaaaaak!

Anonymous said...

Salam buat semua. satu paparan yang amat menarik. Syabas . tapi rasanya cerita itu tidak berakhir setakat itu saja.. ini sambungannya.selepas menerima tamparan orang alim itu, maka pemuda tersebut dapat memikirkan apa yang wajar dan tidak. Apa yang berlaku selepas itu pula , si orang alim pula menerima cubaan.. maklumlah orang alim, banyak cubaan dan godaannya. siapa yang bagi cubaan tu faham-faham jelah. orang alim tersebut diminta untuk membuat pilihan antara tiga perkara berikut. 1. Membunuh.... 2. Berzina.... 3. Arak ( MABUK).... . setelah memikirkan akan perkara-perkara tersebut maka si orang alim itu memilih yang nombor 3.( Arak @ Mabuk)atas alasan itulah yang paling ringan berbanding dengan yang dua itu. Maka si orang alim pun minum arak dan MABUK...??????? Dalam keadaan mabuk , nafsu si orang alim itu terangsang dan tanpa sedar dia telah merogol @ berzina dengan seorang wanita. Setelah sedar, si orang alim itu terkejut dengan perbuatannya dan merasa malu sekiranya perkara itu diketahui ramai..maklumlah orang alim. Untuk menutup rahsianya agar tidak terbongkar maka tanpa banyak berfikir si orang alim itu membunuh wanita tersebut.Akhirnya si orang alim sedar akan kesilapannya dan dosa yang telah dilakukannya . sambil menampar-nampar pipinya dengan kuat si orang alim itu meminta keampunan dari yang maha esa....dan tangan yang pernah menampar seorang pemuda itu diatas kejahilannya akhirnya menampar dirinya sendiri.
Nota : Kadangkala sesuatu perkara itu boleh diselesaikan tanpa menggunakan kekerasan.Renungkan dan fikirkan.

Anonymous said...

Anon 7:01 atopot rencana anda itu....Kesudahannya akan terbalik juga akhirnya kepada pemula rencana....

Umar Al-panjangubi nice entry satu sindiran yg cukup halus dan genius.... Harap2 semua manusia d dunia SAM ini mengerti akan apa yg anda ceritrakan dan maksudkan...

Umar al-Longobi said...

cerita ini sebenarnya bukan mengisahkan tentang kekerasan, tapi ia lebih kpd KEBIJAKSANAAN. perkataan "tampar" itu digunakan utk kes tersebut sahaja. yg mana seorang pemuda @ bodoh sombong ni saja2 mau test ilmu/menjatuhkan maruah si orang alim tadi.

SANGURU said...

yap, kekerasan fizikal tanda kuat upaya tapi kurang akal. Kekerasan nada bicara itu juga bukan baik, namun suara harus ada tone2 nya: halus, mendatar dan tinggi. Tiap tone2 itu ada gunanya. Dan hendaklah diguna, menurut perlunya...