SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, October 4, 2009

PENGARUH RUMAH TANGGA TERHADAP ANAK-ANAK

Oleh: MindaGuruSabah ( Penulis Tamu)

Seorang tokoh Islam yang tersohor iaitu, Sheikh Al-Azhar pernah menyatakan 70 % daripada kecemerlangan pelajar dipengaruhi oleh faktor rumah tangga, Peter Mortimore pula berpendapat 60% kejayaan anak-anak/pelajar disebabkan oleh sokongan keluarga. Dalam Hadith juga ada menyebut "anak ibarat kain putih". Kenyataan-kenyataan ini dipersetujui oleh M.Addler melalui tulisannya Ten Philosophical Mistakes yang menjelaskan "insan pada asasnya mempunyai nature (tabiat) yang sesuai, yang membezakan kemudiannya adalah lantaran adanya kelainan dalam nurture (asuhan). Pendapat tokoh ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ibubapa dalam kemenjadian anak-anak, remaja ataupun pelajar-pelajar.
Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah rumah tangga membentuk anak-anak yang baik dan sesuai dengan nilai-nilai agama bergantung kepada corak bagaimana keluarga itu diurus oleh sang ayah dan juga sang ibunya. Dalam aspek mengurus rumah tangga, beberapa tokoh pendidikan mengkategorikannya kepada tiga cara iaitu;
  • Jenis Menternak (Proses Penternakan)
Rumah tangga jenis ini ialah ibubapa yang memberikan terlalu banyak kebebasan pada anak-anak tanpa kawalan. Ini bermakna anak-anak dibiarkan terlalu banyak hiburan . Anak-anak bebas melakukan apa sahaja, bak seperti hewan yang melepaskan anak-anaknya berkeliaran mencari haluan masing-masing. Anak-anak juga mungkin dibiar melakukan apa sahaja walaupun dalam rumah sendiri. Tidak hairanlah perkataan seperti kau babi, kau monyet dan sebagainya sering juga terkeluar dari mulut ibubapa jenis ini. Apa yang penting bagi ibubapa ini ialah kepuasan (pandai beranak sahaja) dan kebebasan sendiri, anak-anak dilahirkan dan membesar tapi didikan agama dan nilai-nilai murni diabaikan.
  • Jenis Pembongsaian (Proses Pembongsaian)
Rumah tangga jenis ini berkecenderungan membantut kebolehan dan potensi anak-anak. Ibubapa jenis ini terlalu negatif, penakut dan pesimistik terhadap kehidupan. Mereka banyak menggunakan perkataan yang bersifat tidak membina keterampilan dan perwatakan positif anak-anak. Penggunaan istilah-istilah dan perkataan seperti jangan buat bikin malu, kau bodoh, jangan tanya, kau tidak pandai, kau malas, kau tiada guna, menyesal akau beranak engkau dan pelbagai kata-kata negatif dan hinaan lain akan mematahkan semangat anak-anak. Akibatnya bakat dan potensi mereka tercantas oleh kesilapan ibubapa mereka sendiri. Anak-anak atau remaja yang berhadapan dengan ini hanya memendamkan keinginan, hasrat dan kemampuan positif mereka yang akhirnya melahirkan produk insan yang serba tidak tahu atau tidak peduli dengan keadaan persekitarannya.
  • Jenis Proses Mendidik (Proses Memanusiakan)
Rumah tangga jenis ini merupakan rumah tangga idaman setiap anak-anak. Ia boleh dianggap sebagai rumah tangga yang berteraskan kasih sayang, saling memahami dan menganggap anak-anak sebagai kurniaan Tuhan yang perlu dikasihi, disayangi dan dididik serta dibentuk. Anak-anak dianggap insan yang sentiasa memerlukan bimbingan dan didikan agar boleh menjadi insan seimbang. Anak-anak dalam keluarga ini diajar nilai-nilai baik, murni, moral, adab, agama dan sebagainya. Ibubapa dalam kategori ini juga menggunakan perkataan-perkataan yang positif dan merangsang potensi anak-anak mereka. Mereka bukan sahaja dibelai malah kata-kata pujian, galakan dan teguran bertempat juga diberikan oleh ibubapa.
Ini gambaran tentang betapa besarnya tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak. Bukan sekadar melahirkannya, kemudian membesar malah perlu mendidik mereka menjadi manusia. Dalam rumah tanggalah titik permulaan kepada pembentukan cara hidup anak-anak apabila berada di luar sana. Jadi mari kita sama-sama praktikkan langkah ketiga daripada tujuh tabiat ibubapa cemerlang yang dikemukakan oleh Stephen R. Covey iaitu "Put First Thing First"..atau "berikan keutamaan kepada yang terutama - keluarga". (Ini berdasarkan pembentangan penulis dalam satu Seminar Pendidikan yang diadakan di Keningau) .

10 comments:

Vicky said...

I wish my parents read this to treat me better.

BalsamMariii said...

Perkongsian yang baik, bermanfaat dan membina..TQ

Little Mike (LM) said...

ikon keibubapaan mempengaruhi psikologi perkembangan otak kanak-kanak dan karekter. MMg tepat pendidikan bermula dari rumah... Satu artikel perkongsian yang amat baik. Terima kasih mindaguru

MindaGuru said...

Vic..,manusia tidak pernah sempurna, begitu juga ibubapa kita tidak pernah sempurna sebab itu mari kita terus serahkan kedua ibubapa kepada "Dia" agar menjadi ibubapa yang baik.

Sdr. Balsam dan LM..rasanya setiap anak-anak mengingini ibubapa yang boleh mereka jadikan idola yang baik.
Tq, Vicky, BM dan LM Ya..sama2 kita "belajar" dan berusaha menjadi ibu atau bapa. yang baik..

SANGURU said...

tq kr banyak menyumbang buah fikiran yng bernas dan bermanfaat. Teruskan. Kehadiran penulis2 tamu, memperkaya dan memperkasakan SAM. Kepelbagaian tulisan mampu memenuhi citarasa pelbagai pembaca.

Anonymous said...

Atopot dogu mu Little_Mike.....Memang segala galanya breeding Ibu 70% dan Bapa 30%.....Ssaya percaya itu semua

DINAKAN said...

saya setuju dgn tulisan tuan. Ini kerana, apapun semuanya bermula dari rumah.... hehehe... tak kan dari hutan.....

GOOD WRITING...!

Anonymous said...

artikel yang baik...tahniah Sam kerana ada entri seperti ini..

MindaGuru said...

Sanguru, Dinakan, anon1 thks krn dorongan dan perhatian pada tulisan ini.
Anon2, ngam pujian perlu diberikan pada sam. Ya, pujian perlu diberikan pada yang berhak..

Gaaman said...

Bagus cikgu, ohh.. yea alangkah baiknya kalau para ibubapa di KM berkesempatan mengikuti Seminar seumpama ini.