SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 21, 2009

PENYAKIT HATI

Salam sihat semua pembaca SAM. Bertemu kembali dalam ruangan bicara kesihatan. Kali ini saya ingin berbicara sedikit tentang penyakit hati. Bila sebut hati banyaklah perkara yang bermain di fikiran kita semua. Mari kita pelajari bersama. Hati merupakan salah satu organ yang sangat penting dalam badan manusia. Ia merupakan organ pertama yang menerima setiap makanan/minuman yang kita ambil setelah mengalami pencernaan di dalam usus. Secara umumnya hati berfungsi untuk menapis segala makanan/minuman yang kita ambil untuk ditukarkan ke dalam bentuk tenaga simpanan, menghasilkan protein, tempat menyimpan vitamin dan garam mineral tertentu, mengawal keseimbangan gula dalam darah dan menyahtoksikan hasil pencernaan. Ia juga menghasilkan jus hempedu yang penting untuk penghadaman. Penyakit hati terjadi apabila seseorang mengamalkan pengambilan berlebihan dan berterusan bahan2 yang mengganggu fungsi hati seperti arak, dadah dan ubat2 terkawal tertentu seperti ubat penahan sakit NSAIDs, paracetamol dsbg. Arak umpamanya apabila diambil berlebihan dan berterusan akan menyebabkan pembengkakan hati sebelum mengecut menjadi reput. Jangkitan virus hepatitis dan kuman2 tertentu juga menyebabkan gangguan fungsi hati. Jika tidak menerima rawatan, lama-kelamaan akan menyebabkan kerosakan hati. Jangkitan hepatitis B pula meningkatkan risiko seseorang menghidap penyakit barah hati. Infestasi cacing tertentu juga boleh merosakan hati. Selain daripada itu, ada lagi satu jenis penyakit hati yang bukan menyerang organ hati secara langsung, tetapi jika tidak dibendung akan turut merosakkan hati. Namanya 'sakit hati'. Orang 'sakit hati' ni ada banyak sebab. Salah satu yang paling utama ialah hasad dengki. Pantang nampak orang lain maju, ada2 sajalah fikiran untuk menjatuhkannya. Pantang nampak ada kesatuan, di situlah berusaha memporak-porandakan keadaan. Satu lagi ialah sikap tamak haloba. Mata sentiasa liar mencari peluang untuk mengaut keuntungan sendiri. Sakit hati kalau tidak dapat, di situlah macam2 perangai jahat dibuat, sampai lupa keluarga, lupa kawan, dan yang paling sadis lupa Tuhan. Ada juga orang sakit hati ni sebab dipermain2kan orang, tapi sakit hati jenis ni asalkan ada kesabaran dan kerendahan hati, tidak akan mengakibatkan penyakit kronik dan komplikasi lain. Pendek cerita, untuk mencegah penyakit hati ni, berhati2lah dengan apa yang kita makan dan minum. Jaga kebersihan diri, jangan jadi pemabuk kronik, dan jangan 'mogimbalai' tak tentu arah. Kurang2kanlah mendengki orang lain dan bersyukurlah dengan berkat yang Tuhan sudah bagi. Segala kerja yang diamanahkan tu buatlah elok2. Ikut skop yang sudah ditetapkan dan jangan menipu orang kampung. Banyak2kanlah buat amal ibadah, dan balaslah kejahatan dengan kebaikan, barulah orang dan Tuhan pun suka. Apa boleh buatlah kalau sudah buat apa yang betul dan baik pun orang masih tidak suka. Itu masalah orang lain sudah tu. Segeralah dapatkan rawatan jika sedang mengalami 'penyakit hati'. Mogimbalai: seperti ayam yang masuk mencari makanan di rumah orang. :D

9 comments:

NONG said...

Satu penulisan yang baik untuk dihayati..
Jika diberikan pilihan antara PENYAKIT HATI dan SAKIT HATI... bagus lagi saya hidap PENYAKIT HATI supaya MATI cepat daripada SAKIT HATI seumur-umur.

maikong said...

nong,klu boleh kedua-dua saya inda mau,tapi apakan daya kita manusia..mau tidak mau kita kelalui salah satu atau kedua-duanya..yg pastinya kita masih boleh mengelak dari kedua-dua penyakit ini.....

SANGURU said...

....bila aku sakit hati, kuubati dengan hati sendiri. Bila aku tinggi hati, kumarahi dengan hati sendiri. Bila aku menjauh hati....kukumpul kembali semangat lama yg pernah membuat hatiku BERBESAR HATI...

NONG said...

Hahahahaa...MyKong,ini kalau kita diberi dua pilihan ni saja bo maksud saya.Namun siapa kita untuk melawan kuasaNYA kan? apa yang penting, hindarkan PENYAKIT DENGKI..inilah penyakit paling BAHAYA.. :D

ison said...

Hati2 dengan hati. :)

Little Mike (LM) said...

mari bersatu hati...

SANGURU said...

kerana "hati bangsa/rakyat disakiti"...maka keluarlah anak2 muda cuba membalut luka. Moralnya: noleme sakiti...

Robert said...

Saya suka tulisan ison,..ya penyakit hati itu memang beza denga sakit hati. Saya senang dgn Sanguru yang banyak memberi ruang kita berfikir...dan teman yang lain saya gembira dapat membaca pdpt itu semua. Penyakit hati ada yang boleh dilihat dan dikesan dan ada yang tak boleh dilihat/dikesan,namun boleh dirasa dengan auramu yang kuat... setiap orang ada perasaan dan kuasa daya fikir yang boleh mengesan penyakit hati... jangan takut kerana semua orang boleh membantu kita untuk lari dan sembuh dengan pnyakit hati dan sakit hati...jumpa pakar..

Umar al-Longobi said...

Al-Bukhari pernah merekod sepotong hadis yg bermaksud: “Di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging yang apabila baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh badan (jasad), dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad, sesungguhnya ia adalah hati”.