SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 20, 2009

PESAWAH KG. TINGKALANON PERLU PERHATIAN

Kg. Tingkalanon, Tandek, Kota Marudu: Inilah antara tali air pertama di Kota Marudu yang terletak di Kg. Tingkalanon. Dibina semasa era penjajahan kolonial. Sumbangannya memang sangat besar namun kini kemampuannya mengairi sawah semakin terhad akibat semakin cetek disamping paras sawah lebih tinggi daripada paras air meskipun dalam keadaan penuh. Masalah ini sudah lama dirasai para pesawah di kampung ini namun belum ada tindakan sewajarnya. Inilah susah kalau jadi No.1, paling tua, paling kurang upaya juga....

10 comments:

ison said...

Taliair dekat selekoh maut ni kan? dari gambar pun sudah nampak tu sawah padi lebih tinggi dari tu paras air dalam taliair.

Sebenarnya bukan di tingkalanon saja, tapi hampir sepanjang taliair yang dibina di sekitar kawasan Tandek begini keadaannya.

Mungkin 'jurutera' yang terlibat dalam pembinaan tidak belajar geografi dan fizik barangkali. Tapi orang kampung yang tdk sekolah pun tau bah kalau air hanya mengalir dari kawasan tinggi ke kawasan rendah saja.

Nota: Tak kan suruh semua pesawah beli water pump pula kan. :I

maikong said...

ini adalah tempat permain saya dulu(mandimanda)..sekitar 85-89..seingat saya klu dulu air taliair ini besar/agar deras..mengikut kederasan sungai tingkalanon..dulu taliair ini sentiasa penuh melimpah,dan tidak susah utk mendptkan air dari sarayo hingga ke sawah...namun selepas sungai tingkalanon semakin cetek..ia pun ikut..juga cetak..keadaan geografi tali air ini memang begini..dari dulu setahu saya....pernah juga pihak JPS berhenti utk mengawai taliair ini dulu..sebab ketiadaan air dari sungai tingkalanon(kemarau&faktor sungai jadi cetek)....saya rasa dah lama juga org kg telah membuat aduan ttg masalah air d taliair ini..namun tiada tindakan...
macam udah bosan.....

Anonymous said...

aina c ison ni kasi salah jurutera pula..tiada jurutera yang tida tau konsep mcm mana mau buat tali air klu dulu2..skrg tida taulah, mungkin ada juga tapi pura2 saja..sabab mau duit saja..kesian itu jurutera yang buat itu tali air..mungkin mati sudah itu.. tapi kana salah pula..ison kau tida tau..itu juruterala yang kasi idup beliau kita dulu2..fikir2la..

ison said...

Tq komen anon. hehe...

Cuma macam saya tulis 'mungkin' sja ba tu kan anon. Lagi satu sya tdk setuju la pula klu kau cop tu jurutera yg kasi hidup beliau2 kita dlu2. beliau2 sebahagian org mungkin betul tp beliau sya dan yg seumpama dgnnya tdk la anon.

sya masi ingat dlu2 msa kami kecik2 bila mengerjakan sawah padi di kg longob, kami bukan guna sgt air dri taliair ni utk mengairi sawah padi kami.

susah pyh kami buat wokok sna di tumanggung dan buat parit supaya tu air mengalir ke sawah kmi. malah sebab ni taliair la trpaksa pula kena pasang paip besar merentas tu taliari utk membolehkan air sampai ke sawah.

niat kerajaan memang baik utk membantu petani/pesawah, tetapi niat itu tidak smpai kepada sasaran dan kerja yang jauh daripada memuaskan. kalu tidak, kenapa pula org2 kampung/pesawah2 membuat aduan itu dan ini lagi untuk membetulkan keadaan taliair.

dlm keadaan ini mesti ada yg bertanggungjawabkan anon. sya hnya ckp mungkin jurutera yg salah. klu bukan jurutera yg salah, adalah org lain yang salah tu anon. kau tdk setuju dgn pendapat sya, maka sya brpendapat kau lebih tau la hal ni. sepa agak2nya ah? tak kan org2 kampung/pesawah2 pula yang salah kan.

sepa agaknya yang salah ah?

SANGURU said...

baru juga bah petani di area tandek ni merasa taliair kerajaan. Selama ni harap hujan, parit buatan sendiri (bergotong royong) dan sungai.
Majunya petani d Tandek pun banyak usaha sendiri bah. Baru2 ni sija ada subsidi mcm2. Nenek moyang kita x rasa pun subsidi tu.

Apapun tkasih kpd pihak kerajaan. Rakyat Tandek meemerlukan lebih lagi, setara dengan daerah lain. Harap sangat pemimpin take noted perkara ni. Ikhlas dari saya/rakyat. Sayangi rakyat, rakyat ingat...

SUARA RAKYAT SABAH said...

Petani pasti akan mendapat kejayaan d bidang pertanian jika Jabatan Pertanian dan Kementerian Pertanian berserta Pemimpin2 memikirkan Pengundi/Rakyat yg terdahulu diutamakan dan d pentingkan dan terus menggerakkan kemajuan utk rakyat setempat Insyallah pasti nampak keberhasilannya...Seandainya Pemimpin dan Jabatan2 masih mempunyai jiwa/fikiran acuh tak acuh kearah melihat Rakyat/pengundi nescahaya tidak akan berkesudahan penduduk dinegeri kita jauh ketinggalan oleh Kaum pendatang2 disuatu hari nanti (Kita akan jauh ketinggalan oleh suku kaum PTI Suluk/Bugis,Cagayan/
Timur)....Lihat sahaja Sdra2 Suku Tionghua kita beribu KM meninggalkan pribumi kita d seluruh Negara....!!!Kita tidak boleh tidak melihat IKTIBAR yg sudah menjadi kenyataan ini D samping berusaha sendiri !!!!

Anonymous said...

APA BULI BUAT LA SAUDARA2 SEKALIAN..ITU TALI AIR NGAM2 UNTUK DI TINGKALANON. KALAU MAU KASI SALIR DI LONGOB MIMANG SUSAH..APA2PUN ADA BAIKNYA JUGA ITU TALI AIR, BURUK2 PUN BULI JADI ASAS SUDAH KEPADA KONTRAKTOR YANG ZAMAN MODEN. TIDA PAYAH SUSAH2 BUAT YANG BARU..APA YANG PERLU HANYA PENAMBAHBAIKAN SAJA.YANG PERLU JUJUR DAN IKHLAS..JANGAN PIKIR UNTUNG SAJA..TQ

SANGURU said...

benar anony, langkah pertama; bersyukur dgn apa yg ada, kemudian, meminta dengan hikmah...bila dapat, bersyukur lagi. Bila kurang, mintalah lagi, begitulah seterusnya...

Anonymous said...

Sanguru ni saya tengok2 mcm manusia yg jujur betul bercakap mcm dari hati ....Betulkah?

Little Mike (LM) said...

anon.. bila mereka beri komen, sdr pertikaikan.. bila mereka ikhlas memberi pendapat, dipersoalkan... jd, patut la pula anon tidak berani memunculkan diri untuk berkongsi minda secara terbuka. ke KIRI GUSAR.. ke KANAN RISAU.. KE DEPAN SERIAU.. TENGOK BELAKANG TAK HIRAU...