SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 27, 2009

PESTA JAGUNG 2009


Replika Jagung di Padang Daerah Kota Marudu
(Sumber gambar: Saudara Aldusuni)

Salam sayang semua..
Pada jam 9.00 pagi hari ini 27/10/2009 penulis menghadiri mesyuarat AJK Pesta Jagung 2009 di Bilik Gerakan Pejabat Daerah Kota Marudu. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Saudara Dinakan di blog peribadi beliau (http://marasinsimvilla.blogspot.com)  Pesta Jagung 2009 akan diadakan pada 21&22 November 2009 bertempat di Dataran MDKM, Kota Marudu.

Berikut adalah diantara acara yang bakal dipertandingkan.

1.PERTANDINGAN JUARA FESYEN JAGUNG 2009
Syarat2 Penyertaan:-
Terbuka kepada semua wanita sejati yang berumur 18-30 tahun, warganegara Malaysia, bermastautin di PBU (Daerah Kota Marudu,Pitas,Kudat,Kota Belud & Ranau)


2. PERTANDINGAN JUARA PEREKA FESYEN JAGUNG 2009
Syarat2 penyertaan:-
Terbuka kepada semua pereka fesyen pakaian, warganegara Malaysia, bermastautin di PBU (Daerah Kota Marudu,Pitas,Kudat,Kota Belud & Ranau)

Jangan Lepaskan Peluang Ini..Hadiah lumayan Menanti Anda!


Borang Penyertaan boleh diperolehi daripada:-
- Pn. Suzita Janaun _Lembaga Industri Getah Sabah, Kota Marudu. 
  H/P: 019-8105619, Pejabat: 088-663946
- Pn. Julita Dalinsi_ Pejabat Parlimen P.168, Kota Marudu
  H/P: 019-8624668, Pejabat:088-662253
- Pn. Rostina Masantun_ Pusat Latihan Pertanian,Damai,Kota Marudu
  H/P: 019-8099369
- Pn. Naile Gutasan_ Pejabat Daerah, Kota Marudu
- Pn. Uli Ria Br.Pasaribbu__ Pejabat Pertanian Kota Marudu
  H/P: 013-5543099, Pejabat: 088-661334
- Pn. Jasni Maidul_ Hospital Kota Marudu 
  H/P: 013-8383822

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.

7 comments:

SANGURU said...

iklan sisipan: kempen derma darah juga akan diadakan pada pesta jagung itu. Anjuran bersama persatuan penderma darah (PERDARAH) dan pstn thelesemia KM. Tolong sebarkan. - presiden PERDARAH caw. KM.

Tulunbunou said...

Terima kasih Tuan Presiden.

kyro said...

Wanita Sejati saja ....? saya tertarik dengan ayat ini.Ada juga ka yang 2 alam ikut tb? hehehe.Nanti saya datang kasi ramai2 sambil2 ambil gambar kasi masuk di Facebook saya mau kasi promosi dulu ini Kota Marudu supaya ramai pelancung datang.

maikong said...

TB, acara makan jagung bakar tiada kah..siapa makan banyak dlm masa 1 minit dia menang(hadiahpun jagung juga)...klu dulu pesta kaamatan, ada pertandingan moginum(tapi uda ditiadakan-ngamlah)....

Anonymous said...

Maikong..bagus juga acara makan jagung bakar tu disajes...tapi, mana mau dapat jagung banyak-banyak di km? setahu sy, jagung di ulu kukut tu pun dibekalkan oleh pembekal luar km sebab dulu time singgah beli jagung saya tanya sama penjual jagung tu...
Sy nampak, km lebih menonjol dengan padi2an...kenapa tidak ditrademark km tu dengan pesta padi saja aa?

maikong said...

anony, utk setakat pertandingan saja inda susah bah penganjuran mau cari jagung dari ..tuaran...klu maulah..
betul 2 anony..jagung yg di jual d sepanjang jln langkon-ulu kukut , mungkin 80% jagung dari daerah lain(tuaran)...sebab pengeluaran jagung tempatan inda menampung permintaan.pengeluaran sedikit/bermusim..so mereka import.....selagi mereka ada hasil sendiri dan jual..tidak menjadi masalah sekiranya mereka import jagung dari tuaran...
utk pesta padi..macam inda berapa ngam utk dirayakan d dearah., sebab pesta padi sudah menjadi pesta kaamaatan yg kini di sambut 1 malaysia..klu ikut bukan KM saja yg menjadi pengeluar padi..KB/papar/tuaran dll lagi,..mereka inda buat pesta padi..

Anonymous said...

thanks, maikong..betul juga pesta kaamatan tu pesta untuk padi..bermaksud pesta menuai..
mmm...mgkin lepas ni, pihak2 berkaitan bleh ambil langkah membesarkan lagi penanaman jagung di km spy imprt jagung dari daerah lain boleh dikurangkan...untungnya untuk km juga..