SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 15, 2009

PUNCH CARD...

Yang ini pun pakai kad. Biasanya warna kuning tapi bila lewat punch timbul angka warna merah membuat big bos merah padam! Right? Sebut pasal lewat, bukan memfitnah tapi fakta, orang kita, pemimpin kita, termasuk diri kita (?) pun ada yg budaya lewat. Bukan setakat lewat sampai, lewat siap berucap (merapu panjang, isi pendek, janji berjela-jela, yang dikota senang kira) bahkan lewat menyiap kerja/projek, lewat menghantar kerja, tapi cepat kalau hal2 lain...cepat, pantas dan segera. Pernahkah anda tertidur menanti perasmi? Pernahkah anda menanti lama berurusan dengan agensi kerajaan. Pernahkah urusan yang sepatutnya makan masa singkat tetapi lewat bahkan hingga kini tak siap2? Jika ya, jangan ada yang menyalahkan jika kita layang kad merah...

5 comments:

Little Mike (LM) said...

beberapa kali saya datang lewat kerja (mungkin disebabkan ego senioriti saya di tempat kerja)... Dan saya tersedar bila illie mengatakan di Jepun, lewat seminit pun kena isi borang tunjuk sebab kelewatan. Ternyata, ego senioriti ini satu kesilapan besar dalam kerjaya saya.

komitmen dan tanggungjawab terhadap kerja sangat penting. Kerja beretika menghasilkan rekod kerja berprestij.

maikong said...

sayangnya kita tidak berbudayakan style kerja jipun...saya akui budaya lambat/minta tolong punch ini adalah sebahagian daripada budaya kita, namun ,..nampak semacam budaya lambat/minta tolong punch ini dah semakan berkurangan.tetapi budaya lambat mneyiapkan kerja/tidak ikut aturan/banyak karena/proses yg merumitkan plgn..masih lagi berkuasa......ini kerana(pada pendapat saya)..pihak atasan dan bawahan/rakan setugas tidak sefahaman.apa2 kerjapun perlukan kerjasama antara pekerja..dan banyak lagi..namun kita/saya sememangnya sedar sinario ini tapi..macam biasalah..BIARKAN DIA ORG..........

ison said...

Agaknya inilah juga sebab kenapa Marudu 'lewat' maju. :I

SANGURU said...

dan suara anak marudu ni pun klu dikira betul kira dah lewatttt kelurrr, hehehe

MindaGuru said...

Masalahnya apabila perangai melewat-lewatkan atau "mungkin" menangguh kerja menjadi budaya akibatnya lahirlah produk asal siap yang tiada kualiti atau kurang kualiti kerana kerja saat akhir.

Dan..orang seperti ini memang layak dapat kad merah..