SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 15, 2009

RAHAYA CAFE: KEJUJURAN PEKERJANYA HARUS DICONTOHI

Penulis terkejut dan bermonolog sendiri, rupanya masih ramai lagi manusia yang berhati mulia. Penulis terbaca dengan post dj Lugu berkaitan dengan kehilangan dompetnya. Dompetnya jatuh semasa kami minum disana. Pekerja rahaya menjumpainya dan menyimpannya. Bila dj lugu datang bertanya , ada dompetnya. Kejujuran pekerja itu telah memberi kegembiraan kepada dj Lugu. Setinggi ucapan tahniah kepada pengurusan Rahaya Cafe kerana berjaya menekankan sifat amanah dalam diri pekerjanya. Rasanya Ibu dan Bapa pekerja ini adalah insan yang paling gembira kerana mempunyai anak yang mulia sifatnya. Kepada anda semua yang belum pernah ke Rahaya Cafe, sila-silalah ke sana. Pasti anda akan berpuas hati dengan keramahan pekerjanya.
nota: Rahaya Cafe merupakan tempat SAM selalu melepak. Ada meja khas..hahaha

14 comments:

ison said...

Mungkinkah kejujuran pekerja tersebut turut dipengaruhi oleh meja 'khas' SAM di restoran berkenaan? :D

Aldusuni said...

semoga pekerja yg baik hati itu mendapat ganjaran 'KEBAIKAN' disisi Allah dan tuan punya RAHAYA CAFE mendapat kemulian dari-Nya 'amin'

siapa bilang orang Kota Marudu inda BAIK ..!

Mr. Aki said...

Nama RAHAYA CAFE manjadi wangi macam durian heheheh...inilah SAM dan kabagusnya diurang puji malambung yg butul2 bagus dan yang inda bagus ngam d kasi 'TODOK pakai BAYANGIT'

mr. aki gambira sangat2 patang ini...sambil makan2 durian bukit.

ison said...

Haha :D Aki. Tayadai okupo durian tobo. :D

kyro said...

Memang masih ramai orang yang baik hati dan jujur terutama dikalangan orang-orang bawahan tapi di kalangan orang atasan barangkali masih ada JUGA LA....hehehe

Rahaya Cafe....tauke dia saya punya classmate di SMK Kota Marudu dan saya selalu singgah makan sana kalau saya pulang kampung.

SANGURU said...

insyaAllah malam ni akan dipost wajah taukeh dan pekerja yg jujur itu. Kerja baik dan sikap baik wajib dipuji dan diberi penghargaan.

SANGURU said...

bukan senang nak jumpa org jujur. Pernah sudah sy tertinggal hp d kedai kopi XYz dan lesapppp gitu2 saja. Hehehe...khabarnya klu di KL, letak hp depan mata pun umpama telur hujung tanduk. Adesssssss....

Little Mike (LM) said...

Setinggi-tinggi penghargaan kepada pekerja berkenaan kerana memiliki keikhlasan yang terpuji. Penghargaan juga kepada pemilik Rahaya Cafe kerana berjaya mendidik pekerjanya. Memang wajar mendapat pengiktirafan melalui kata-kata semangat dan semoga Rahaya Cafe terus berkelimpahan rezeki

kyro said...

Betul itu sanguru,jgn dulu bilang KL,KK pun begitu.Apa lagi ampai depan mata,sangkut dileher pun kena sintak bah.

Saya tgk di KM buah kelapa sawit yg sudah ditumbak boleh lagi susun2 ditepi jalan,kawan saya bilang di Semporna jgn bilang buah sawit masak, pokok sawit yg baru kena tanam pun dicabut org kalau tiada yg jaga.

Memang nasip kau bagus Illie.

akibaragon said...

Urang bilang kalau kita bagus,urang lain pun bagus sama kita.Kalau kita buat bagus sama urang ini hari tidak semestinya kana balas ulih urang yang sama ini hari juga.Mungkin lain hari lain urang yang buat bagus sama kita.

Urang putih bilang 'what goes round rebounds'....begitulah juga perbuatan kita...

Aki percaya ini kawan komurang ini misti bagus punya budak itu pasal nasip dia pun bagus juga.

MindaGuru said...

woi..tahniah bagi taukeh yang memiliki pekerja yang budiman..pekerja seperti itu wajar diberi penghargaan..harap2 sdr djlugu ada tinggalkan kata2 emas iaitu "terimakasih" secara personal padanya..he..he (ucapan terimakasih menyejukkan hati dan melapangkan dada bah..)

Saya teringat peristiwa anak saya tertinggal PSP di salah satu premis gedung beli belah di Jakarta, pekerja premis itu telah menyimpannya. Apa bila saya ceritakan pada om taksi dia beritau ada "sesetengah" pengurusan premis yang sentiasa mengajar nilai-nilai murni pada pekerjanya, apabila terbukti ada pekerjanya mengambil barangan pelanggan yang tertinggal pekerja itu akan dipecat atau dikurangi gajinya namun jika sebaliknya akan diberi penghargaan. Samada kata2 om taksi itu betul atau tidak sia kurang pasti..

salam..

SANGURU said...

baru balik dari rahaya cafe, dan saya bg pihak Illie Kyoto dan SAM telah memberikan sedikit cendera kenangan atas kejujurannya...

ming2elly said...

ini lah kejujuran orang yang ikhlas dan murni.

harap semua kita memperolehi pelajaran daripada posting ini.

jadikan ini satu contoh untuk kita semua.

Anonymous said...

Dompet DJLUGU tu adalah memang 100%milik beliau...Kerana itulah beliau mendapatkannya semula.Seandainya Qada/Qadarnya bukan miliknya bererti tidak mungkin dapat Dompet C DJ LUGU tu...Cayalah..!!! D samping itu juga Adik CT yg menjumpai DJ LUGU punya Dompet tu pun kebetulan orang yg d didik oleh orang tuanya dengan didikan yg bagus......