SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 24, 2009

RAHMAT ILLAHI...

Kota Kinabalu, Sabah: SAM menerima sumbangan ikhlas daripada syarikat Urban Storm Sdn. Bhd sebanyak RM5000 . Sumbangan tersebut disampaikan oleh En. Jaimbol Dangus, CEO syarikat tersebut. Pihak syarikat tertarik memberi sumbangan kerana amat meminati SAM dan meyakini hala tuju dan perjuangan SAM kepada masyarakat. Pihak SAM diwakili oleh Presiden SAM, disaksikan oleh DJ Lugu, Dj Tom dan DJ Batman.

10 comments:

IsOn said...

Terima kasih kepada Syarikat Urban Storm Sdn. Bhd. dan En. Jaimbol Dangus selaku CEO syarikat tersebut, atas sumbangan ikhlas yang telah diberikan. Saya secara peribadi berasa terharu atas sumbangan yang telah diberikan.

Sudah tentu sumbangan2 seperti ini amat dialu2kan dan ianya pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk memantapkan lagi perjuangan SAM.

Tahniah juga kepada sanguru dan semua rakan2 SAM yang lain. Semoga suntikan ini akan menyemarakkan lagi semangat juang kita untuk terus membela nasib bangsa dan daerah kita.

TanakGouton said...

TAHNIAH SAM dan TERIMA KASIH kepada En.Jaimbol Dangus atas sumbangan tersebut..Inilah barulah dikatakan ORANG KITA.Tidak teragak2 membantu bila merasakan hala tuju itu ke arah yang positif.. En.Jaimbol adalah bekas cikgu saya dulu dan saya sangat berbangga kerana beliau semakin berjaya..Pergunakanlah semua kejayaan dan kesenangan hidup ini untuk membantu masyarakat kita melalui saluran2 yang betul dan tepat.

Saya percaya SAM akan menjadi satu badan/pertubuhan kemasyarakatan yang semakin besar pada masa2 akan datang.. Yang penting BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH.

Saya selaku Pembaca Setia SAM akan terus menyokong SAM.

Umar al-Longobi said...

Terima kasih tuan CEO. Sumbangan syarikat tuan amat dihargai. Semoga lebih ramai lagi yg akan menceburi bidang keusahawanan pada masa akan datang, termasuk diri pengulas ini, he he..

Semoga Urban Strom Sdn. Bhd. akan lebih maju dan bisa mengurbanstormkan Marudu. Syabas kpd semua yg terlibat!

ming2elly said...

RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA URBAN STORM SDN BHD! dan En. Jaimbol Dangus. Sumbangan ini amat bermakna untuk SAM !

Dengan adanya sumbangan sedemikian, dapat juga SAM melangkah lebih jauh untuk membantu KOTA MARUDU, tidak banyak pun, sedikit juga menjadi. "SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADI BUKIT"

SAM TERUS MAJU !!!

SANGURU said...

Inilah takdir kearah perubahan. Kami di SAM pun tidak menjangka akan bertemu kerana tidak saling kenal, tidak saling jumpa sebelum ini. SAM dan Utarafm juga x pernah kenal dan jumpa sebelum ini.
Demikian juga, sumbangan semalam, bukan atas permohonan rasmi bahkan kedatangan team SAM di KK adalah untuk menghiburkan hati admin kami, hari2 terakhir beliau di Sabah sebelum pulang ke Jepun. Mungkin berkat kasih sayang sesama ahli SAM maka Tuhan mengerakkan hati insan lain untuk menyayangi kami di SAM. Orang yang dimaksudkan ialah CEO Urban Storm sdn bhd itu.
CEO kita ini orang yang tidak mudah lupa diri dan tahu bersyukur. Semoga terus maju sahabat, dan semoga lebih ramai insan seumpama beliau lahir di kalangan kita. Amin...
(semua ini akan menjadi sejarah. Setiap hari adalah sejarah de SAM...)

maikong said...

terima kasih tn sifu(jaimbol)..atas sumbangan anda keada SAM@ngo..agar sumbangan ini dpt memantapkan lagi prgm2 SAM..teruskan niatmu yg murni ini..

BB Admin said...

Tahniah dan Syabas kepada SAM d atas Sumbangan Syarikat yg prihatin dan ambil peduli kepada badn NGO yg berfungsi membela Rakyat KM dengan baik seperti SAM....Tahniah kepada Sanguru & Staf SAM.....

Little Mike (LM) said...

Kepada syarikat Urban Storm dan CEOnya Jaimbol Dangus.. setinggi2 penghargaan dan terima kasih kerana prihatin kepada perjuangan yang mengetengahkan permasalaan rakyat. Mudah-mudahan tn CEO terus berkelimpahan rahmat dan terus gemilang.

MindaGuru said...

Usahawan seperti inilah yang kita perlukan...tahniah tn.CEO..

DINAKAN said...

tahniah kpd SAM, Terima kasih kpd Sdr Jaimol.