SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 27, 2009

RENUNG-RENUNGKAN....DAN FIKIR-FIKIRKAN

RUANGAN PENULIS TAMU SAM
Oleh: MindaGuruSabah
Setiap kali kempen pilihan raya kita dipertontonkan oleh "perbuatan mulia" calon. Calon sanggup duduk bersimpuh di lantai usang para warga emas yang daif, calon memeluk kanak-kanak istimewa, calon meredah lumpur dan selut untuk sampai di rumah para balu yang melarat, dan bermacam-macam perbuatan baik mereka. Semua perbuatan baik ini dirakam yang kemudiannya akan dijadikan berita utama dalam media massa. Bahkan semasa bantuan dihulurkan,"tukang gambar" berebut-rebut untuk mengambil gambar pada posisi yang paling mengujakan. Kadang2, kita berfikir adakah ia benar2 ikhlas atau dibuat-buat sahaja?, tetapi apabila ia terlalu dipublisitikan semacam ia lebih melucukan dan membuatkan para khalayak yang pandai berfikir merasa muak...yakkk..
Persoalannya adakah amalan mulia dan "sepatutnya" ini seperti melawat dan memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik tetapi berhak untuk mendapatkannya akan berterusan selepas pilihan raya...Ramai "bekas calon" yang tidak mengamalkan amalan2 mulia ini selepas pilihanraya...
Sebagai warga biasa, kita mengharapkan agar amalan ini benar-benar ikhlas dan bukan sekadar wayang kulit sahaja. Saya ada seorang bekas murid yang setiap minggu menderma makanan dan barang keperluan di salah satu rumah kebajikan di Likas (rumah orang cacat), tetapi tidak pernah mewar-warkannya..,ada juga yang memberi derma yang agak banyak kepada rumah-rumah ibadat tetapi meminta agar nama mereka dirahsiakan. Selain itu, ada kawan saya (bukan Islam, guru ja) yang setiap hari raya akan memberi angpau kepada tukang sapu dan pengawal keselamatan sekolah (tentunya mka beragama Islam) tetapi orang lain tidak tahu. Apabila direnung....mungkin golongan ini lebih ikhlas sumbangannya..kepada orang yang memerlukan..

10 comments:

maikong said...

saudara tom, sejak kebelakangan ini entri tn berkisar dgn keikhlasan..memang kita akui sukar mencari org yg betul2 ikhlas ..banyak yg berpura beri sumbangan tetapi bermaksud....

Tom said...

maikong...

ini hanya kebetulan saja..lagi pun semua ini adalah karya penulis tamu sam..

Mungkin mereka juga merasakan yang keikhlasan semakin kurang dalam kehidupan kita sebagai manusia.

maikong said...

ok..tn tom..(label penulis tamu )adalah karya org lain pulakan..ok tq

MindaGuru said...

Sdr. Maikong, sebenarnya artikel ini saya tulis ketika rentetan piihanraya kecil yang berlaku di SM. Semasa kempen kita melihat calon2 yang benar2 baik hati dan prihatin kpd rakyat bawahan.Ini ditayang oleh media massa. Malangnya selepas pilihanraya amalan itu seolah-olah dilupakan..

Alangkah bagus kalau amalan ini masih berterusan..selepas pilihanraya.

SANGURU said...

tq MG, tq pembaca SAM,
Ada buku menyatakan; paling susah dalam kehidupan ialah KEIKHLASAN. Kita manusia terdedah kpd hilang keikhlasan gara2 godaan nafsu, ego, syaitan/iblis, provokasi dll. Namun, selagi ada hayat, terus berusaha mencapai tahap mukhlisin= org ikhlas.

SANGURU said...

bagi yg benar2 telah mencapai tahap tinggi ikhlas, terang atau sembunyi sama saja baginya. Kerana dia ada "kawalan diri".
Dalam diam2 pun ikhlas boleh hilang. Sumbangan secara terang kekadang terpaksa demi memenuhi keperluan atau kebiasaan. Niat awal (sebelum) itu yg penting. Menjaga niat itu (semasa) sangat penting. Mengekal (selepas) niat ikhlas itu terpenting.

No Nama said...

Biasa kita dengar org kata "apa ada pd nama?" tapi sebenarnya "nama" itu la org cari...kamurang ingat dorang mau ka pigi salam2 sama tu org bukit yang omumungit no makan tinggaton.Eksen saja baitu....minta undi

maikong said...

ok note mindaguru....ini realiti ...bagai calon2 yg dah menang....
no Nama said-kalau time P/raya..memang begini bah..mana2pun..siapa2pun..tapi itulah lepas menang saja..nah klu boleh inda uda tengok masalah kg..harap org kanan saja.....harap2 YB n.5 tandek..boleh kurangkan tanggapan rakyat...yg dia betul2 mau berkhidmat utk rakyat..

maikong said...

bagi yg dermawan pula kalau boleh dia inda mau war-warkan yg dia ini telah menderma..

MindaGuru said...

Apa yang kita harapkan ialah bekas calon yang dah bergelar "pemimpin" itu terus menyayangi rakyat selepas itu dan bukan sekadar pada musim2 tertentu sahaja..

salam..