SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 29, 2009

SAKIT KEPALA

Setiap orang pasti pernah mengalami sakit kepala. Sudah pasti juga ianya amat memeritkan. Ada orang berasa sakit kepala seperti berdenyut-denyut, mencengkam, menekan, dan bermacam-macam perasaan lagi. Ada yang sekejap ada sekejap tiada. Ada pula yang mula2 mengadu sakit kepala di sebelah kiri, kemudian berpindah ke sebelah kanan. Ada yang mengalami sakit kepala tapi masih boleh bertenang. Ada yang sampai berguling2 di lantai menahan kesakitan. Pendek kata, sakit kepala ada bermacam2 jenis, keterukan, dan ketahanan orang yang mengalaminya. Ada yang tertanya2, kenapa boleh mengalami sakit kepala? Banyak sebabnya, daripada yang paling ringan kepada yang paling berat sekali. Sakit kepala biasa yang disebabkan oleh stres dipanggil stress/tension headache. Migraine pula sakit kepala yang disebabkan oleh pengembangan pembuluh darah di kepala dan pembebasan bahan2 kimia tertentu dari urat saraf di sekitar pembuluh darah ke dalam darah. Penyebab sakit kepala yang lebih teruk pula ialah seperti jangkitan kuman di otak (meningitis/encephalitis), ketumbuhan, dan perdarahan dalam otak. Stress headache biasanya menyerang remaja dan orang dewasa kerana pelbagai penyebab stres, samada stres kerana memikirkan banyak masalah, stres kerana terlalu penat bekerja ataupun kerana tidak cukup rehat. 'Kepala2' (ketua2) jabatan/organisasi juga seringkali dilanda stress headache. Ini kerana di samping pelbagai masalah peribadi, mereka juga stres memikirkan masalah dalam jabatan/organisasi. Sakit kepala yang disebabkan oleh stres biasanya boleh sembuh hanya dengan memakan ubat paracetamol. Migraine biasanya memerlukan ubat penahan sakit yang lebih kuat. Selain daripada itu rehat yang cukup diperlukan untuk mengurangkan masalah sakit kepala seperti ini. Harus bijak mengawal stres, mengamalkan gaya hidup yang sihat, serta melibatkan diri dalam aktiviti2 riadah dan keagamaan. Penyebab sakit kepala yang lebih serius memerlukan rawatan lebih khususnya seperti rawatan antibiotik (untuk masalah jangkitan) dan pembedahan (untuk masalah ketumbuhan dan perdarahan di otak). Seperti biasa, ada juga beberapa jenis kepala di mana orang itu sendiri mungkin tidak rasa sakit kepala, tetapi menyebabkan sakit kepala kepada orang lain terutamanya kepada 'kepala' (ketua). Contoh2 kepala seperti itu ialah kepala batu, kepala angin dan besar kepala. Jenis2 kepala seperti ini lebih memerlukan psikologi untuk menanganinya berbanding ubat-ubatan. Nota: 'Kepala', ada masanya memang akan terasa sakit. Kalau tidak sakit kepala, itu bukan 'kepala' namanya. Tapi janganlah sakit kepala kerana perkara2 yang tidak sepatutnya. IsOn at http://acaciacs.blogspot.com

9 comments:

MindaGuru said...

Slmt petang doc, entri yang menarik tentang kepala..sakit kepala , sikap yang menyakitkan kepala(ketua) dan kelemahan kita yang membuatkan kita sakit kepala(bingung).

Seorang kawan gunakan "istilah menyenangkan hati bos". Satu prinsip yang perlu ada pada staf agar ketuanya tidak sakit kepala. Walau bagaimanapun konsep ini perlu ikhlas dan bukan "dibuat-buat".

sakit kepala(bingung) pula kerana beberapa sebab..antaranya masalah yang dicari sendiri...

salam

kyro said...

Doc,bgs ini entri.Sekarang saya faham sudah sikit2 kenapa saya selalu sakit kepala.Tapi masalah saya dimata - rabun jauh dan dekat,terpaksa pakai cermin mata yg multi focal.Mau eksen2 trip santik pakai contact lens tapi tidak boleh hahaha

akibaragon said...

Pn Kyro...ko terima la hakikat yg ko sdh gontuo boh...kalau duktur suruh pakai saramin mata yg dabol dia punya lens (long n short sighted) pakai la...apa lg ko mau trip2 santik sana hahaha....siou ki

cifu63 said...

terima kasih dengan pengetahuan ini Doc..

SANGURU said...

iyukkk...banyak info ni artikel. Bagusss doc. Ringan sikit ni kepala si kepala. Alalalala...bah, keraskan kepala2 kita menghadapi apa jua jenis serangan angin2, etc.

mr. aki said...

mr. aki ini pun kali2 sakit kapala oooo doc paning galagat manusia

maikong said...

mr.aki ...tahan saja aki galagat manusia...inilah manusia yg ada dua kepala....

IsOn said...

:D bagus ni komen kawan2. maka itu pandai2lah mengijos tu kepala, terutama yang ada dua kepala menurut maikong. :D

Umar al-Longobi said...

ubatilah kepala kita dgn cara sentiasa membersihkan hati...