SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, October 12, 2009

SAM MELANGKAH KE HADAPAN...

11 Oktober, Marudu Inn, Kota Marudu: Sebahagian besar penulis SAM telah bertemu dan bermesyuarat untuk memperkasa, memperkemas dan memperjelas halatuju SAM. Antara ketetapan yang telah diambil ialah bahawasanya SAM akan menjadi satu media dan wadah yang bebas, neutral dan berkhidmat untuk semua sesuai dengan konsep 1Malaysia.
Bebas bermakna, SAM bebas menyiarkan sesuatu yang wajar dan berfaedah kepada rakyat tanpa diarah, dipengaruhi atau ditentukan oleh pihak di luar SAM. Namun kebebasan SAM adalah dibatasi oleh Etika-etika penulisan selaras dengan undang-undang sedia ada dan undang-undang kecil di dalam SAM.
Neutral bermakna, SAM tidak akan bias atau "mengangkat seseorang/ suatu pihak" secara berlebih-lebihan sementara "menekan/menjatuhkan seseorang/sesuatu pihak" juga secara berlebih-lebihan. Para penulis SAM juga ditegah membawa semangat kepartian/agama/nilai dan sebagainya, walaupun SAM dianggotai oleh berbagai parti, bangsa, agama dan nilai peribadi.
Berkhidmat bermakna, SAM akan sentiasa berusaha berkhidmat kepada pembaca dan juga masyarakat sesuai dengan kapasiti dan kemampuan SAM. Sehubungan dengan itu, SAM sebagai salah satu badan NGO (Non Govermental Organization) berharap agar para pihak kerajaan, pemimpin, orang perseorangan bersedia bersahabat dan saling bantu dengan SAM sebagaimana SAM telah lama bersedia untuk berkerjasama demi dan untuk kesejahteraan masyarakat.
"SAM ROLE MODEL BLOG BERSEKUTU, BLOG 1MALAYSIA PERTAMA DI MALAYSIA"

16 comments:

Little Mike (LM) said...

teruskan SAM mengumandangkan suara rakyat di samping menyokong usaha-usaha baik berbentuk kemasyarakatan dan menjalin persefahaman baik antara satu sama lain termasuk perkembangan komunikasi dengan pembaca yang lebih memaknakan hala tuju perjuangan.

ison said...

SAM terus mara...

MindaGuru said...

Bebas dan neutral, polisi yang boleh membawa SAM terus maju..

Tahniah SAM dan Krew..

Sulaiman Hanim said...

Bah ngamlah tu kalau mcm atu keputusan kamu sudah peranak2 kita ni....Menyalahkan pendangan dan suara yg benar dan menutupi yg betil memang bukan citarasa kita d Zaman sekarang ani.......Syabas dan Tahniah Team SAM.....

SANGURU said...

Amat mudah mencari ketetapan di dalam SAM kerana kami semua "andang2" (istilah dusunik bermaksud sejak azali...) begitu. Maksudku; bebas, neutral, berkhidmat...
Kami dalam SAM berbangga dgn sahabat2 sesama kami. Jadi...senang jd tekong SAM, tapi bukan SANGAT SENANG:...hehehe...

Umar al-Longobi said...

syabas kpd semua yg telah berjaya menghabiskan mesyuarat dgn resolusi yg sy fikir telah memberikan nafas baru kpd SAM dan para pengunjungnya. walaupun sy tidak dapat hadir, sy bersetuju dgn keputusan mesyuarat.

SAM- bebas & berdaulat!

maikong said...

ok sam yg neutral,berusaha terus agar banyak lagi kemunduran/kepincangan/kemiskinan..dpt dipaparankan seterusnya ada tindakan susulan dari pihak berwajib utk membantu..yg perlu dibantu...
saya anak watan tandek sangat2 bertuah krn adanya kwn2/guru2doc/dll..yg sangat murah hati/rajin dlm perjuangan membenteras kemiskinan dikws utara..saya amat YAKIN akan adalagi individu yg akan turut serta dlm perjuangan ini...
memang ada pendekatan sam yg sangat bagus..contohnya, prgm bersama YB...
sekali lagi selamat berjuang/berkerja..saya menyokong kuat usaha2 murni anda semua..SAM

ming2elly said...

SAM bakal melangkah lebih jauh dan lebih mantop lagi..!

teruskan SAM !

Anonymous said...

Amat mudah mencari ketetapan di dalam SAM kerana kami semua "andang2" (istilah dusunik bermaksud sejak azali...) begitu. Maksudku; bebas, neutral, berkhidmat...
Kami dalam SAM berbangga dgn sahabat2 sesama kami. Jadi...senang jd tekong SAM, tapi bukan SANGAT SENANG:...hehehe...

"JANGAN JUA AMBONG CAKAP UJA ORG, LIHAT SAJA KALAU BLOG2 SENDIRI/PERIBADI, BEKULAT JUA NDA ADA SEDIKIT PUN YG NGOMEN...MAKAHNYA BANYAK BAGUSNYA MENGADAKAN BLOG BERSEKUTU ANI....KESEMUA PENDAPAT BOLEH D RUNGKAI BERSAMA D SAMPING BOLEH BERBINCANG BERSAMA DAN MEMIKIRKAN SECARA POSITIF"......

kyro said...

pertama sekali saya mohon maaf kerana tidak dapat menghadiri mesyuarat SAM.Apa pun tahniah dan sokongan padu saya pada SAM kerana bagi saya SAM sangat unik, sebuah majalah elektonik yang mesra rakyat.Bukan populariti yang dicari tapi ikhlas memperjuangkan hak rakyat.Kepada rakan-rakan penulis dalam SAM,teruskan perjuangan dan kepada anonymous....apa-apa je lah...

SANGURU said...

harap kyro dah ada kunci opis SAM. Sesekali kita akan bermesyuarat di opis maya kita.
Berkerja dengan seronok, kejayaan dicapai maka populariti itu biasanya datang tanpa dipinta.
HIDUP SAM!

Anonymous said...

Salam buat semua dan tahniah buat SAM.

Orang Di Atas Kapal - Yang paling besar dan berkuasa di atas kapal ialah orang yang tahu, bukan pemilik atau penumpangnya..begitu sebut Socrates. Jatuh dari kapal, berdebur dan tenggelam di dalam gelora. barangkali inilah antara ketakutan yang difikirkan oleh Imam Hanafi sewaktu dia menolak menjadi orang besar kerana dia tahu dia sedang belayar..., dan dia adalah orang di atas kapal...... Renung dan fikirkan.

SANGURU said...

Dalam SAM pula lain sikit duhai anony 8.19 pm. Kami ada konsep perkongsian kuasa yg unik, ada yg mengikut cara kebiasaan, ada yg atas dasar semangat perjuangan, persaudaraan dan persahabatn. Lagi pun, apalah sangat kuasa dan pangkat darjatnya dalam SAM.
Saya/kami mengerti makna kata socrates itu, "yang paling tahu" itu agak abstrak. Adakah yg paling tinggi pelajarannya kah, atau yg paling berpengalamankah, atau yg paling tahu cara memimpinkah, atau yg paling tahu menghalatuju SAM mengikut hala asalnya kah atau bagaimana...(semoga Tuhan menyelamatkan SAM dari malapetaka )
Kami d SAM tidaklah terlalu gelogoh menjadi nahkoda kerana tiap kami mampu menahkodai diri masing2...

Anonymous said...

Kalau sebuah kapal itu belayar tanpa nakhoda, apakan jadi? Jawabnya kapal akan hanyut entah kemana. Kalau kapal itu belayar dengan banyak nakhoda apa pula yang akan jadi? Jawabnya ,kapal akan karam dan porak peranda kerana masing-masing ingin menegakkan dirinya. Sebab itu orang yang tahu diperlukan di dalam sebuah kapal yang sedang belayar. Kalau berlabuh sahaja apakan daya...akhirnya kapal diselimuti tiram dan lumut-lumut hijau pekat dan tebal.

SANGURU said...
This comment has been removed by a blog administrator.
SANGURU said...

saya tidak la berani mendabik dada yang saya NAHKODA SAM, cuma sy agak terkilan juga la kalau ada yg berkata; SAM/BAHTERA TANPA NAHKODA...
Kalau benar SAM tak ada nahkoda selama ni, dah lama dah SAM pecah memecah, karam mengaram, hehehe...
Tapi ahli2/sahabat2 dalam SAM jgn risau, seburuk2nya saya - SAYA BUKAN NAHKODA YANG TERLALU BURUK! Hehehe...