SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 3, 2009

SAM: SEMBANG HANGAT DAN PANAS

Sejak beberapa hari ini, post-post di SAM mendapat sambutan yang amat tinggi. Hampir semuanya melepasi piawai asas 10 pengulas setiap entry atau post. Ini merupakan betapa SAM mendapat perhatian dan mampu membuatkan orang yang diam bersuara, yang malas berfikir terus berfikir dan yang tak biasa keras suara terpaksa menegaskan suara.
Setiap post dilabel dengan bermacam2 tanggapan. Hingga SAM sendiri keliru kerana lain post, lain komen. Kata nasihat diberi, dikomen dengan padas. Paparan berhari raya pun dikomen dengan sindiran. Paparankan kerja2 yang berkualiti dibalas komen yang lari tajuk tapi menghantam peribadi penulis SAM.
Andai kata SAM tidak memaparkan sebarang masalah yang berkaitan. Pasti ada pengomen akan katakan yang lain pula. Andai kata SAM hanya memaparkan kegiatan politik pasti akan dianggap mengampulah, memintalah dan macam2 lagi. Andai kata SAM hanya memaparkan aktiviti satu-satu pemimpin, nanti kena label pula di tunggang. Andai kata tiada SAM, pasti selama ini, kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku didaerah tercinta ini.
Bila saja tiada yang menegur maka hilanglah rasa hormat, bila saja tiada yang memaparkannya, bermacam2 berlaku dan bila disampaikan pada Yang Berkenaan, tiada apa2 . Yang rugi pengadu. Bila tiada sesiapa yang memulakan teguran, maka mula besar kepala kerana merekalah orang harapannya, merekalah yang kononnya mengatur segalanya. Sikit2 guna namanya. Akhirnya inilah keadaan yang kita perolehi selama ini.
Akhirnya SAM lahir. Kemunculannya telah berjaya membukakan minda warga Kota Marudu. Akibatnya, pelbagai tohmahan dilontarkan kepada SAM. Berbagai gelaran diberikan kepada SAM. Namun semua itu tetap dihadapi dengan tenang walaupun kadang2 terpaksa menjawab dengan kasar dan keras. Semangat kekitaan dalam SAM menjadikannya tahan komen. Ketegasan dalam menegak arah tuju pengwujudannya tetap dipegang. Sikap naturalisnya kekal.
Inilah SAM. Dunianya hanya diketahui oleh mereka yang benar-benarnya memahami. SAM yang pastinya tidak sama sekali melibatkan diri percaturan politik. SAM yang hanya akan cuba membantu warga Kota Marudu mengikut kemampuannya. SAM TETAP SAM...SALAM SAM

25 comments:

Anonymous said...

Wadus...sadis sungguh entri ini.

Jagan la barduka wahai SAM. Siurang mimang suka dan sayang juga ba sama SAM.
Cuma siurang punya rasa maluat sudah mancapai tahap gaban maksima.
Samapi siurang takantut kantut manahan rasa maluat sudah.

Siurang anon ni sabanar waras juga.
Cuma geram dan maluat ni sudah terkumpul bagitu lama.
Sampi akhirnya, dari 2 atau tiga hari yang sudah, tda katahanan bah.
Sehingga kini siurang tarasa mangatam tarlabih sudah.
Lalu dari siurang Anon Dungu, siurang hulur salam mohon kamaapan utntk samua.
Kapada saudara Sanguru yang balik2 siurang antam juga,
kupanjatkan doa samuga dibarikan tahap kasabaran dan kabijaksanaan maksima.
Layan la samua tampa mangira rupa,
jagan la manghukum tarlalu cepat sesama manusia,
sabab kita samua sama sahaja.
Tidak dapat lari dari silap dan salah
Harus beringat setiap masa,
kalau mangantam biar barpada dan agak2,
Kalalu memberi publisiti untuk samua,
Jagan untuk diri sandiri sahaja,
sabab siurang pasti matlamat SAM untuk samua.

Wahai kawan2 anon samua,
harap dihenti sarangan peribadi di sini sahaja,
mari hidup dalam suasana bartimbang rasa,
mungkin empunya diri sudah tarasa,
kitak barharap beliau akan barubah.
Jika beliau tarsalah sikit sija,
kita maapkan la karana itu lah adat manusia,
tak paranah lari dari kasilapan sahaja.
Ayuh la kita berkerjasama, mambari komen yang lojik dan mambina,
samuga Kota Marudu terus aman santosa, di bawah payung bumi malaysia.

Maap dari ku Anon Dungu,
Galaran di beri oleh sanguru,
Anon yang lain siurang tda tau,
Cuma sacara kabatulan saja tu.
Di alam maya kami bertemu.

Gaaman said...

Teruskan saja SAM!!.. samada SAM dipergunakan atau mempergunakan, masa akan menentukan.

NONG said...

Betul tu Gaaman..
Biarlah masa yang menentukan kerana sesungguhnya TUHAN lebih mengetahui akan rencananya..

MindaGuru said...

ngam..perjuangan belum selasai jadi teruskan wahai Suara Anak Marudu.

Sam. Malaysia7 said...

Janganlah cepat meletah dan berputus asa...Koreksi itu bukan membunuh keriar anda semua d SAM bah,Kebanyakan komen kami khasnya Anon2 ni satu ubat macam Pracitamol/Pendol baa....Jangan menjadi MP d P.178 Sipitang blognya tidak boleh d komen...Setelah d komen dan d koreksi dia tutup ruang komen, Beginikah menjadi seorang MP kepada rakyat dan Pemimpin serta Pegawai Penerangan UMNO Negeri Sabah? Cakap pintar dan berakal bunyinya walhal Pembangunan yg d bawa kedaerah sendiri kosong...!!! Menjadi ADUN 3 Panggal MP 1 Panggal Habukpun tarak yg boleh d bangunkan olehnya....Pemimpin apa itu...!!!

SANGURU said...

anony 1, sy terharu dan berterima kasih ataa doa kesabaran buatku. Ikhlas.
Saya mohon maaf atas kekerasan nada bahasa. Keras bunyi saja bah itu tuan2...tuan2 bkn tak kenal saya, insyaAllah baik hati, percayalah, klu sy nampak tuan2 dlm kesusahan, silap2 sy lebih dahulu hulur bantuan dari kawan2 sendiri dlm parti/persatuan. - ikhlas dari hati.
Teruskan saja, keras lembut hentam lawak dll itu latihan kita mendewasakan diri. Bangsa kita terlalu dibiasakan dengan; ok bos, yes dtk, orait yb, dll...

SANGURU said...

saya berkeyakinan, kepelbagaian fahaman, ideologi, parti , persatuan dll kalau dapat DIURUS dengan baik, akhirnya, wpn makan masa, akan membawa kebaikan kepada bangsa. SAM akan menulis, tuan2 kritik saja. Yg jernih pasti kami ambil, yg keruh kami tapis menjadi jernih.
"SIAPA TERBUKA, DIA UNTUNG"

Aldusuni said...

GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG
H.R. BUKHARI

Daripada Mughirah bin Syu'bah ra berkata : Rasulullah SAW bersabda : "Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehinggalah sampai suatu saat yang dikehendaki oleh Allah SWT. Mereka sentiasa berjaya"


Allah SWT telah menjadikan umat Islam ini umat yang terakhir sekali. Oleh itu Allah SWT berjanji akan memelihara kitabNya (al-Quran) dan memastikan lahirnya generasi demi generasi yang akan memikul
tugas dakwah hingga tetap wujud golongan mukminin di permukaan bumi ini.

Kalau kita meneliti sejarah umat Islam mulai zaman permulaan penyebarannya hingga ke hari ini, kita
akan mendapati bahawa umat Islam telah teruji sepanjang sejarah dengan ujian yang berat-berat.
Ujian itu bermula dari golongan musyrikin di Mekah dan munafikin, Yahudi dan Nasrani di Madinah, seterusnya gerakan riddah, Majusi yang berselimutkan Islam, golongan Bathiniyah, pengaruh falsafah
dan pemikiran Yunani, serangan bangsa Moghol dan bangsa Tatar yang menghancurkan tamaddun
Baghdad pada pertengahan abad ke enam Hijrah. Begitu pula halnya dengan penyembelihan beramai-ramai terhadap kaum Muslimin ketika berlakunya kejatuhan kerajaan Islam di Andalus (Sepanyol) dan seterusnya di sambung dengan pengaruh-pengaruh imperialis Barat terhadap dunia Islam, gerakan Zionis Yahudi dan missionary Nasrani yang mempunyai alatan dan kemudahan yang banyak dan seterusnya serangan di segi pemikiran dan kebudayaan dan sebagainya ... dan sebagainya ..... . Walaupun ujian yang sangat dashyat melanda umat Islam di sepanjang sejarah namun mereka masih wujud dan masih lagi mempunyai identiti dan peranan yang hebat di dalam peta dunia di hari ini.

Walaupun di hari ini ada di kalangan umat Islam yang tidak mengambil berat tentang agama mereka
tetapi masih ada golongan yang bersungguh-sungguh untuk mempelajari agama dan
memperjuangkannya. Walaupun ramai di kalangan umat Islam yang telah hancur moral dan akhlaknya tetapi masih ada lagi golongan yang berakhlak tinggi dan berpekerti luhur. Walaupun syiar-syiar Islam diinjak-injak di sebahagian tempat tetapi di tempat lain syiar-syiar Islam masih lagi gagah dan teguh. Walaupun aktivis-aktivis Islam ditindas dan diseksa pada suatu tempat tetapi di tempat lain mereka akan disanjung dan dihormati. Begitulah seterusnya umat Islam tidak akan lenyap dari permukaan bumi ini......, hinggalah sampai pada masa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Maka pada masa itu Allah SWT akan mematikan semua orang-orang Islam dengan tiupan angin yang mematikan setiap jiwa yang beriman dan yang tinggal setelah itu hanyalah orang-orang jahat atau orang kafir, maka pada saat itulah akan berlaku hari qiamat.

Aldusuni said...

Maksud Hadis Hurairah r.a. berkata Rasulullah s.w.t. bersabda yang bermaksud:
“Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan janganlah kamu bertipu-tipuan, dan janganlah kamu berbenci-bencian, dan janganlah kamu berbelakang-belakangan, dan janganlah setengah kamu menjual di atas penjualan setengah kamu dan jadilah kamu hai hamba Allah bersaudara.”

Sam. Malaysia7 said...

Tompinai apa yg betul kita selaku anak Watan Negeri Sabah yg sentiasa ketinggalan dan teraniaya ini memang kita BERHAK menjadi rakyat Malaysia yg bebas menyuarakan pendangan dan pendapat terutama sekali kepada Pemimpin2 kita yg Jahil dan tidak memperdulikan rakyat Kawasannya, Memang kita tegur dan lanyak dia... Lanyak dan tegur untuk kebaikannya juga.Kerana Kekalahan pada Pertandingan Pilihanraya itu amat pedih dan sedih bah....

SANGURU said...

hmm, biasalah kadang2 ada memanas atau berpanas, kdg2 puncanya melucukan: miscom, silap tafsir, malah silap baca atau silap dengar. Ada pula akibat khianat orang: fitnah, batu api, dll.
Persahabatan selepas permusuhan itulah persahabatan tulin. Ini bkn teori ini btl2 punya kejadian, maka sahabat2/saudara2 sebangsa setanahair, mari saling bermaafan, saling mengoreksi diri, berani memohon maaf, berani memaafkan...inilah antara kunci persahabatan, persaudaraan dan permuafakatan.
Kita anak2 negeri ini, bisa berbeda pendapat tapi jangan sesekali kita berbeda matlamat akhir iaitu: MERDEKA SEPANJANG MASA...
ADUHHH, MASIH TERLALU BANYAK LAGI RUPANYA YANG PERLU KITA MERDEKAKAN WAHAI PARA SAHABAT...

SANGURU said...

khas buat para pengkritikku: atas kritikan anda yang berasas, saya ucapkan tk kr menambah kedewasaan dan kebijaksanaanku. Utk kritikan tuan2 yg tak berasas, saya maafkan kerana saya pasti bukan semua rahsia dalam hatiku dan tindakan2ku yang tuan2 ketahui. Banyak yg kita saling tak tahu tentang diri masing2.
Makanya kita perlu lebih lama dan kerap berinteraksi utk saling kenal. Tak kenal maka...
Saya mo belanja para pengkritikku tapi yang mana satuuuu yaaa...hehehe. Tq

Little Mike (LM) said...

ASAM GARAM KEHIDUPAN.... Dulu kita mendengarnya, sekarang kita mulai merasa sepaknya... TERAJANG belum lagi.. hehehe Bila semakin DEWASA sedikit demi sedikit kita dibesarkan oleh masin garam... Ini la proses kemanusiaan.

Jadi biar la hidup kita sentiasa BERHIKMAH

BB Admin said...

Proses kematangan dan Kehidupan memanglah begitu....Setelah kita Wafat pasti tdk ada lagi pengeritik.Hanya yg ada ialah kenangan dan ingatan yg tidak berpanghujung.....Ssalam untuk semua pengundi KM dan Tandek....

Anonymous said...

salam sam..
proses pembinaan negara bangsa memerlukan segala macam input. paling penting proses pembinaan tersebut melibatkan semua hieraki sosial,dari yg paling bawah ke atas. interaksi antara pemimpin dan yang dipimpin(pengikut atau pembangkang) amat perlu untuk saling lengkap melengkapi.

satu golongan yang jgn sesekali dilupakan adalah golongan atas pagar/pemerhati..ini kerana golongan ini adalah sensitif terhadap output daripada kedua-dua hieraki sosial ini. mereka bertindak seperti 'controller' atau kawalan kalau dalam eksperimen. jika ingin melihat reaksi 'neutral' lihat kumpulan ini.

itulah makanya,jika merasakan kita terlebih dalam sesuatu hal(uji kaji) ataupun terkurang..control ini lah yg kita lihat sebagai benchmark atau penanda aras..

apa yang ingin saya kongsikan adalah:
1. apa yg saudara2 anony cuba utarakan adalah sesuatu yg positif demi pemantapan sam
2. sam perlu sentiasa melihat kepada 'control' untuk mengetahui kamu terlebih atau tidak..
3. perlu duduk semeja dengan semua author untuk membincangkan etika-etika yang perlu untuk entiti sebenar sam. ini perlu,jgn jd starring sembarang saja,kalau salah cakap salah,kalau betul mesti pertahankan.(macam pameran sound kereta..lebih banyak perkara negatif drp yg positif..lagipun menyalahi undang2)
4. pada saya, sam berada dilandasan yang betul pada masa sekarang,cuma ada kelemahan2 kecil yang perlu diperbaiki..sam ada segala macam kekuatan,aset sam semuanya golongan terpelajar dari orang biasa sehingga golongan doc,phd dsb. ini satu representasi hieraki sosial yg bagus. cuma saja mesti fokus kepada halatuju sam yg asal..

perkara 5,6,7 dan seterusnya akan dibuat pada masa akan datang..

*p/s tuan al-dusuni, sekali-sekali gunakanlah dalil ayat-ayat al-quran sebagai rujukan,asas adalah al-quran,hadis2 hanyalah penjelasan kepada al-quran. al-quran sebenarnya telah lengkap dan mencakupi segala aspek/segi dalam kehidupan kita..al-quran itu terjaga kesuciannya,sedangkan hadis telah ditafsir mengikut kecenderungan seseorang pentafsir. demikianlah kenapa terdapat ahli sunnah dan suni..atas tafsiran terhadap hadis inilah. kembali kepada asal..al-quran kemudian hadis sohih,barulah pendapat2 ulama.(hanya teguran ikhlas dari seorang jahil,maafkan segala kekhilafan atas ilmu yg sedikit ini)

warga sam, teruskan perjuangan!!!..ketahuilah apa yang anda lakukan ini adalah sesuatu yang baik dan amat bermakna buat semua warga marudu..tetapkan fokus anda,biar kami rakyat marudu yg menilai kamu atas kerja2 yg kamu lakukan..

jan peduli anony2 yg tidak bertanggungjawab tu..tingu yang majoriti, tapi silik2 jglah yg minoriti..misti fokus tuk berjuang demi semua strata sosial,inda kira yg terima atau tulak kamu..

to be continued

Anonymous said...

Salam Buat Semua. Saya tertarik dengan coretan Anony 8:36. Saya juga bersetuju dengan komentarnya. Sebenarnya kebanyakkan para anony adalah penyokong kuat SAM dan sayangkan SAM. Buktinya, para anony sering memberikan komen ataupun pendapat mereka di ruangan maya ini. Kalau sayang anak, tangan-tangankan dan tegur-tegurkan, jadi kerana sayang akan SAM lah pelbagai perisa koreksi dan luahan dihidangkan. Satu lagi, manusia mempunyai pelbagai persepsi masing samaada +ve atau-ve. kadangkala "Headline" yang di post boleh menimbulkan pelbagai tanggapan atau persepsi di kalangan pembaca. So, tak bolehlah menyalahkan anony semata-mata kerana tidak faham... bukannya tidak faham cuma kadang-kadang persepsi pertama mereka itu yang mempengaruhi komentar mereka. Kalau boleh terangkan dengan berhemah kepada para anony semua agar miscom bisa diatasi. Teruskan perjuangan mu SAM untuk warga Marudu.

SANGURU said...

tq Pandangan dan nasihat yang amat2 bernas dan ikhlas. Demikianlah asam garam, kdg2 terlebih asam, ada kala terlebih garam, andai kami "kurang asam", usahlah tuan/puan lampau geramm...(pantun). Tq again.

Anonymous said...

Saudara Nazri yang dikasihi:

Saya amat tertarik dengan petikan hadis saudara. Memang baik jika sekali sekala di masukan petikan hadis di dalam blog ini dan memang kena dangan topiknya. Namun begitu:

Huraian dan penjelasan (peribadi ) terhadap petikan hadis tersebut ada baik dan dihormati sungguh jika dihuraikan di blog saudara sendiri. Bukan apa, kita mau mengelakkan tanggapan ekstrimeees/taksub sesetengah pihak terhadap saudara. Harus diingat saudara,kerana pambaca di SAM ini adalah terdiri daripda barbagai lapisan agama dan pahaman. Kita cuba sedaya upaya untuk mencegah dan mengurus sensitiviti di dalam masarakat majmuk kita dangan baik.

Saya melihat, penulis dalam SAM adalah terdiri daripada barbagai agama namun mereka tidak parnah menyelitkan walaupun sedikit pun petikan agama masing2.

Lebih elok jika diletakkan link : huraian hadis yg lengkap ke blog saudara.

Maaf jika komen terlalu sensitif.
Saya teramat menghormati huraian sudara terhadap petikan hadis tersebut.

Salam Sayang Untuk Bangsa Ku

Anonymous said...

Anon 12:11, Nda salah bah juga kalo hadis tu benar2 hadis....Islam tu agama yg addin dan syumol menyeluruh keseluruh Dunia ini untuk semua umat d dalam Dunia ini...Hanya dengan cara penerimaan Ajaran dan pengajaran dlm Agama Islam ini, memahami dan menerima Agama Islam sebagai agama Allah adalah dengan cara memikirkan secara positif dan mendalami saja baharulah kita menerimanya secara lojik agama Allah yg maha Suci dan Agung...D samping itu juga kita buka cara kita berfikir...Fizik dan Sains ada d dalam Al-Quraan.

Anonymous said...

BOROS nu anon; Kita cuba sedaya upaya untuk mencegah dan mengurus sensitiviti di dalam masarakat majmuk kita dangan baik''

tulun dot malaysia kikawi nailaan bahawa agama islam nopo nga agama dot resmi.okito ku aso masallah tunilisan dialo nazri, sabat nga aso mangaraag dot perpaduan kaum.

awasi waro tazkira untuk tulun dot silam.

Anonymous said...

Bah. Ok la tu.

Anonymous said...

Ba. sukup2 la itu. Sama sama kita urang bapikir sajanak. Pul stop.

Anonymous said...

Khas buat Anon 12:11,
Jangan sadja kita berfikir dan menggunakan theory Big-Bang !!!konon ambok/Monyet/Monkey d katakan asal kita manusia....!!!

Bagi saya selaku menusia yg tercipta perantara Ibu/Bapa ku, kita WAJIB bersedia untuk berfikir sepositif mungkin, Biar apa pun anutan Agama anda Islam,Kristen,Buddha,Hindu,Jews kita seharusnya meLURUSkan apa yg d panggil AKIDAH kita...Ini cerita diri saya sendiri sebelum saya benar2 menetapkan Agama apa yg WAJIB saya percayai dan Anuti saya mempunyai bermacam macam Al-Kitab yg saya baca dan selusuri...

Tetapi keputusan MUKTAMAD yg saya pilih ialah apabila saya mempercayai dengan kata2 Allah itu sendiri iaitu :-

"QUL HU ALLAH HU AHAD, ALLAH HU SAMAD LAM YALID WALAM YULAD WALAM YA KUL LAHU KU FUAN AHAD"
yg bermaksud

"Katakanlah "Dialah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan,yang bergantung kepadanya segala sesuatu yg berada d Bumi dan d Langit,Dia tidak beranak dan tidak diperanakan, Dia tidak makan,minum dan tidur Dan tidak ada seseorang pun Mahluk yg setara dengannya"...

Nah inilah yg harus d fikirkan secara positif...Bahawa Allah itu TUNGGAL dan tidak ada sesuatu yg menyarupainya....Buat Anon 12:11 berfikirlah sepositif mungkin dan jangan sekali kali mewarisi Agama dari Datuk/nenek/moyang kita sahaja...Carilah dan kupaslah mana2juga Al-Kitab...Jangan keraskan hati dan mata hati kita....
berfikirlah sepositif yg boleh...Saya percaya anda akan mendapatkan dan menemui Allah sebenar-benarnya yg BERHAK d Sembah....Amin

SANGURU said...

jika antara agama bercakaran, yang tiada agama berketawaan, syaitan iblis bertari2an. Perbedaan antara kita tidak banyak, dan rasanya tidaklah menjadi kemurkaan Tuhan jika perbedaan itu tidak diperbesar2kan. Dalam quran pun ada tercatat: agamaku, agamaku, agamamu, agamamu..
Sementara persamaan antara kita masih amat banyak untuk dilakukan bersama misalnya tolong menolong, ikhlas, bermaaf2an, berkasih sayang, dll...
Bagus juga komen mengomen selagi kita blh cool down pd akhirnya. Biarlah kita di dalam ruangan SAM menjadi role model kpd semua.

Anonymous said...

Sanguru...Sia cuma nak meluruskan hakikat yang aku ni salah seorg dari Khalifah yg d maksudkannya dan d pilih olehnya....