SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, October 19, 2009

SAM:Tahniah Kepada Pertubuhan Kimaragang Malaysia

Kesempatan yang terbaik ini, SAM mengucapkan tahniah atas pendaftaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia yang diasaskan oleh sekumpulan intelek yang memperjuangkan hasrat besar menjadi satu bangsa yang berdaya saing.
Pertubuhan Kimaragang Malaysia lahir melalui satu seminar yang telah diadakan di Trongsoko dan satu deklarasi dibuat yang dipanggil Deklarasi Trongsoko untuk menetapkan satu halatuju perjuangan bangsa kimaragang.
Antara penggerak utama Pertubuhan Kimarang Malaysia ialah seperti Abdul Latiff Kandok, (Penasihat),Haji Janathan Kandok (Presiden), Dr.Jurin Gunsalam (Timbalan Presiden), Jason Majimal (Naib Presiden), Jafre Dangus (Setiausaha), Rozan Zulkifle (Bendahari) Jairan Maiba (-Penolong Setiausaha) manakalah AJK terdiri daripada Christopher Mandut, Johan Jonathan Kajul, Rhonny Dominik, Azlee Makibin, Hairon Jackson, David Meja, Herman Ukon dan Guss Kambuyan
Antara matlamat pertubuhan itu ialah mengukuhkan persefahaman dan persaudaraan bangsa Kimaragang ke arah kemakmuran Malaysia, melahirkan usahawan bangsa Kimaragang yang berdaya saing untuk menyumbang kepada ekonomi negara, mempertahankan warisan bangsa Kimaragang untuk kepentingan generasi akan datang, mengangkat bangsa kimaragang kle tahap minda kelas pertama supaya dapat bersaing dalam arus pembangunan negara.
SAM mengharapkan dengan adanya pertubuhan seperti ini akan dapat mengangkatdan menambahkan lagi akar perjuangan serta memartabat perjuangan bangsa yang mampu bersaing seiring dengan keperluan hasrat negara menjelang 2020. Atas dasar 1Semangat, 1Perjuangan dalam konteks 1Malaysia, SAM mengalu-alukan kemunculan sulung dan sentiasa mengharapkan antara SAM dan Pertubuhan Kimaragang Malaysia berkeupayaan menerajui satu persefahaman HASRAT walaupun melalui medium yang berbeza. UNITED IN DIVERSITY.
Selamat maju jaya....
Daripada TEAM SAM

17 comments:

ILLIE said...

TAHNIAH DAN SYABAS saya ucapkan kepada semua yang terlibat..semoga bangsa KIMARAGANG terus terbela dan terbilang dan jangan lupa untuk menarik ramai ahli mengikuti persatuan ini

Dj Batman said...

Syabas dan tahniah atas pendaftaran pertubuhan ini. 1 Kimaragang 1 sabah dan 1 Malaysia buat semua warga Kimaragang, teruskan perjuangan demi anak-anak Kimaragang dulu, kini dan selamanya.

SANGURU said...

tahniah/ selamat berjuang.

Umar al-Longobi said...

Tahniah! Semoga KIMARAGANG yg ditubuhkan itu berjaya dirakyatkan & dapat membela anak bangsa sgn seadilnya...

SUARA RAKYAT P.185 BATU SAPI said...

Sdra Umar, Apakah Suku Kimaragang tidak berjaya dirakyatkan sebelum ini dan tidak mendapatkan pembelaan seadilnya?

tongiput said...

Sdra Umar, Apakah Suku Kimaragang tidak berjaya dirakyatkan sebelum ini dan tidak mendapatkan pembelaan seadilnya?
___________________________________
kalau kau bukan dari bangsa KIMARAGANG jgn ikut campur kerana kalau ikut cara komen anda,seolah-olah anda telah memandang rendah pada bangsa KIMARGANG ini..kalau anda berbangsa KIMARAGANG tetapi berpura-pura menjadi bangsa lain kerana setahu saya di batu sapi tidak mungkin ada bangsa KIMARAGANG..atau anda merasa cemburu kerana nama anda tidak tersenarai dalam senarai ahli2 persatuan ini???

jangan bersandiwara lah saudara batu sapi..jangan cuba menonjolkan kebodohan mu yang sememangnya BODOH TUNGGUL KAYU..

tulunbunou said...

Tahniah dgn penubuhan ini. Semoga terus berjaya anak bangsa ku...

MARUDU BLOGGERS said...

tahniah semoga bangsa KIMARAGANG akan maju makmur.

maikong said...

selepas banyak rintangan/kepayahan akhirnya pertubuhan bangsa kimaragang..berjaya di daftarkan..tahniah/syabas terima kasih krn usaha anda ....ini adalah baru separuh dari langkah pertama..teruskan..dgn agenda2 utk membantu bangsa ku...

ison said...

Seperti biasa saya katakan teruskan perjuangan yang baik. Saya sentiasa mengikuti perkembangan persatuan ini dan sentiasa berada di sebalik tabir untuk memberikan apa2 sumbangan idea yang boleh diterimapakai.

SANGURU said...

KAMI berharap PKM + PKBS = keuntungan.
dan bukannya PKM vs PKBS = kerugian.

Ini bukan kata sinis, ini kata harapan insan-insan kimaragang Tandek...

WELL DONE!!!

Aldusuni said...

saya TURUT gembira...

MindaGuru said...

Tahniah...

Anonymous said...

minta maaf kalau sy salah fakta, bukan di tandek sudah ada ka itu persatuan kimaragang?klu adapun mungkin blm daftar.minta penjelasan..apa2pun tahniah, c tata sy punya geng ini..begitu juga yang lain2..tapi tida brapa biasa.. tata la..ahahahamain kau sk habuan..

SUARA RAKYAT P.185 BATU SAPI said...

Sdra/i Tongiput

(jangan bersandiwara lah saudara batu sapi..jangan cuba menonjolkan kebodohan mu yang sememangnya BODOH TUNGGUL KAYU)....

Bangsa dan Suku yg hina itu adalah dari bangsa dan suku kaum itu sendiri,Salahkah Suara Rakyat P.185Batu Sapi bertanya pada sdra Umar? Soal Persatuan anda dan juga apa2 yg kamu pimpin itu adalah HAK kamu !!! Persatuan dan kerja yg mempunyai gaji juga banyak orang menolaknya apa lagi menjadi Bloger seperti kamu? Kau yg BODOH tu.....Sama ada Suku Kimaragang ada atau tidak d BATU SAPI itu bukan soalnya.Nampaknya benar Bukan kata peribahasa,Suku lain tdk akan berani Merendah rendahkan Suku Kimaragang tetapi anda sendiri memperlihatkannya...Patutlah Kawasan anda adalah yg Termiskin dan termundur d Negara ini...Keperibadian dan kesopanan suku bangsa anda itu tidak terletak dimanca negara/dunia ini? Mungkin peradaban anda d masa mandatang lah !!! (Tongiput, SRBS bukan ikut campur urusan Persatuan dan Suku anda baca betul2 pertanyaannya).....

maslie said...

tenang kawan2..bkn masanya kita merendah-rendahkan bangsa,tetapi sdh tiba masanya utk kita bersatu padu agar tdk dipijak dan ditindas.. Sabah Maju Jaya..

Anonymous said...

Tinungkup Said:
kalau diteliti betul2 comment pertama yg dibuat oleh Umar al-longobi. Beliau manyatakan 'Tahniah! Semoga KIMARAGANG yg ditubuhkan itu berjaya dirakyatkan. Seolah2 maksud beliau bangsa ini belum mendapat kerakyatan sehingga kini. Jadi inilah point yg menjadi persoalan atau (?) oleh SUARA RAKYAT P.185 BATU SAPI..Tak kira dimana kita berada, berlainan bangsa, suku atau agama kita tetap sama dari asalnya..# Yg terbaik adalah tolong-menolong, bermaafan, memberi dan menerima...Menolong / memberi itu pula, bukan sja merujuk kepada object spt makanan dll tetapi ia juga boleh ditafsir dlm bentuk pemikiran..menolong /memberi idea atau pandangan untuk kebaikan sja.