SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, October 20, 2009

SAYA YANG MENURUT PERINTAH

Ungkapan di atas sudah sinonim dengan penjawat awam. Samada dari yang paling bawah sampailah kepada yang paling atas. Sebagai penjawat awam, pernahkan anda bertanya kenapa ada ungkapan sedemikian di hujung setiap surat rasmi yang ditulis, sebelum ditandatangani? Tentu ramai yang tertanya2, dan mungkin ramai juga yang tidak kisah untuk bertanya. 'Saya yang menurut perintah' pada hemat saya membawa dua makna yang perlu difahami. Pertama, ia menyatakan bahawa seseorang penjawat awam harus sentiasa mengakui bahawa sebarang kata2 (suara atau bertulis) dan tindakannya haruslah tertakluk kepada peraturan2 dalam 'Perintah Am'. Masalahnya, ramai penjawat awam yang tidak faham dan bahkan tidak tahu apa itu Perintah Am, menyebabkan mereka bekerja dengan tertakluk hanya kepada 'Pengetahuan Am' sahaja. Sebab itu ramai penjawat awam yang jadi penjahat awam. Rujuklah mana2 jabatan kerajaan dan anda pasti terkejut mengetahui statistik penjawat awam yang bermasalah. Pengabaian kepada maksud 'saya yang menurut perintah' menurut peraturan dalam Perintah Am juga menyebabkan ramai penjawat awam yang 'menurut perintah' pihak atasan jabatan saja, yang belum tentu seturut dengan Perintah Am. Perkara ini banyak berlaku di jabatan2 yang mana ketua2 jabatannya 'malas' atau tidak suka merujuk Perintah Am dan lebih suka menggunakan 'Perintah Aku'. Maksud 'saya yang menurut perintah' yang kedua pada pemahaman saya ialah status/jawatan seseorang penjawat awam dalam perkhidmatan menurut 'Perintah' (Kerajaan), seperti mana senarai jawatan yang disediakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Setiap penjawat awam mempunyai nama jawatan, samada hanya sebagai Pembantu Am Rendah sahaja sampailah kepada Pengarah di sesebuah jabatan. Oleh itu apabila seseorang penjawat awam berkata (suara atau tulisan) dan berbuat sesuatu dalam perkhidmatannya, penjawat awam itu hendaklah mengerti jawatan dan tugasnya dalam sesebuah organisasi/jabatan dan jangan sekadar 'menurut perintah' sedangkan sesuatu perkara itu mungkin berada di luar bidang kuasa (senarai tugas) yang diperuntukkan oleh kerajaan kepadanya. Seperti yang saya katakan pada permulaan artikel ini, ramai penjawat awam yang tidak ambil peduli makna di sebalik 'saya yang menurut perintah' ini. Kebanyakan menganggap ungkapan ini adalah kata lain yang lebih halus dan teratur bagi ungkapan 'Yes! Bos'. Perkara ini sudah jadi penyakit dalam jabatan. Bahkan juga sudah menjadi penyakit dalam masyarakat. Rakyat ingat semua pemimpin betul saja. Pemimpin2 masyarakat dan pihak berkuasa tempatan tidak boleh dipertikaikan. Semua arahan dan perintah mereka mesti diikut saja. Sekali-sekala marilah kita belajar menyelidiki sedikit peraturan2 terpakai sedia ada, samada 'mereka' ni memang betul2 buat kerja ikut peraturan atau tidak. Jangan hanya 'saya yang menurut perintah' saja dengan tidak tentu arah. Nota: Sebenarnya ada banyak peraturan yang dibuat, kerana banyak kesalahan yang orang buat.

4 comments:

akibaragon said...

Kalau dulu-dulu kami urang di kampung jumpa urang putih terus angkat tangan 'Tabik tuan komondon' kami bilang. hehehe....

Nahh...kamu urang muda sikarang jangan tabik sambarangan...karaja pun mesti ikhlas dan tau undang2.Jangan macam sia punya kawan gara2 mau tipu insuran sanggup bikin surat mati.Nahh mana lagi dia boleh dapat apa2 sikarang sabab dia sudah aruah hahaha. Itu org di Pendaftaran pun apa macam dia 'ikut perintah' bikin surat mati utk urang yg masih hidup.Kesian juga sia punya kawan kena panggil hantu oleh org kg.Tapi siapa juga suruh kan?

SANGURU said...

"saya yang menurut perintah" akan jadi chantekkkk jika:
1. Perintah itu perintah yg bagus/sepatutnya
2. Pemberi perintah itu pun keluarkan perintah yg bagus/betul dengan cara yg betul juga.

Ada sebab sebenarnya mengapa saya tidak memilih kerjaya tentera secara regular suatu ketika dulu wpn ada offer. Sebab utama ialah: ASKAR WAJIB IKUT COMMAND, NAMUN SAYA YG BERPERIKEMANUSIAAN INI SEDAR BAHAWA ADA KETIKA2NYA NANTI, AKAN ADA PERINTAH YG BERCANGGAH DENGAN JIWA DAN MINDA SAYA. MAKA, DEMI MENYELAMATKAN TRADISI KEPATUHAN TANPA PERSOALAN, SAYA MEMILIH BALIK KAMPUNG SIJA...

Demikianlah. Kalau sanggup pikul "saya yang menurut perintah" maka jadilah...jika tidak, eloklah mengelak...

maikong said...

tn, harus kita tahu juga (Saya yg menurut perintah(Yes bos)..adalah satu bentuk loncatan utk kenaikan pangkat/habuan dlm kerjaya..ini realiti...
macam mana mau ubah..perlu perubahan drastik dari ATAS ke Bawah.....

Anonymous said...

Tul tu Maikong, Biasanya orang yg suka main double standard dan mengampu tidak boleh dijadikan pemimpin.Kerana orang bersifat talam 2 muka ini biasanya dia suka main2kan orang dari belakang (Bukan meliwat laa), Tapi dia mcm org betul saja kalo kita tengok..Tetapi hatinya hitam....Orang ini yg sering jadi Musuh dalam selimut dan suka main centas2an....heheheheheh