SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, October 7, 2009

SEJARAH SAMBUTAN HARI MALAYSIA




Salam perpaduan semua..

Mungkin ada diantara kita yang kurang jelas dengan sejarah sambutan Hari Malaysia oleh itu penulis memaparkan artikel berkaitan sebagai rujukan kita bersama. Selamat Membaca...

Hari Malaysia disambut pada 16hb.September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia ditarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara,Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia .

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama2 dgn. sambutan hari kemerdekaan ke-6.

Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama.

Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.


Sumber rujukan: 
Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.Malaysia

NOTA:-
Penulis memohon maaf diatas kesilapan "namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973" pembetulannya ialah ditangguhkan ke 31 ogos 1963.

Penulis mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengulas saudara Gaaman dan saudara Ison kerana memberikan fakta sebenar.


MORAL:- Tidak semua maklumat yg. kita perolehi dari internet adalah fakta sebenar.

17 comments:

Gaaman said...

TB, haribulan mungkin tersilap?!..

"namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973( 1963 ba 'kan??)".

Apapn paparan yg sangat membantu terutama utk generasi baru memahami sejarah negara.

SANGURU said...

Hari Malaysia yang dimuktamadkan dan dicutikan = 16 september...
Nampak gayanya Malaysia ini sabah dan sarawak punya. Ya, mudah2an Sabah dan Sarawak menguasai ini Malaysia suatu masa nanti.

Ayuh Sabahan dan Sarawakian, berdoa untuk itu.
"TUHAN, ENGKAU YANG MEMBUAT ORANG KETAWA DAN MENANGIS, ENGKAU JUGA YANG MENAIKKAN DAN MENJATUHKAN (=intipati surah al-quran), MAKA NAIKKANLAH SABAHAN/DAN SARAWAKIAN..." AMINNN...

Tulunbunou said...

salam perpaduan..

Gaaman, saya cuma mengikut fakta yg terdapat di wikipedia.Jika hb silap mgkin kita boleh cari bersama2 sumber data yg lebih tepat.hehehe thanks...

Sanguru, semoga Sabah Maju Jaya selamanya.. Amin.

maikong said...

klu dlm persekolahan mana satu tarikh yg diterapkan ya..16/sept atau 31/ogos..seingat saya dulu hanya tarikh 31/ogos..yg diterapkan dlm sekolah...so 16/sept ini inda aberapa diambil kira..tetapi sekarang pula dah berubah..angin perubahan...(perubahan yg baik)
TB sejak akhirn2 ini entri memang bagus..mencetuskan kesedaran para pembaca...keep up the good work..more entri after this.....

ison said...

TB, pembetulan si gaaman tu betul.

Cadangan awal penubuhan Malaysia memang pada 31 Ogos 1963, tetapi disebabkan oleh penentangan daripada Indonesia dan Filipina, PBB telah campurtangan untuk meninjau semula suara rakyat Sabah dan Sarawak pada 16 Ogos - 5 September 1963.

Tinjauan PBB mendapati 70% penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia. Akhirnya Malaysia berjaya diistiharkan pada 16 September 1963.

Nota: Sejarah sebenar wajar diketahui dan dihayati oleh generasi masakini demi kedaulatan negeri Sabah khususnya dan negara Malaysia amnya.

Tulunbunou said...

Thanks ison... sa akan bt pembetulan pada artikel tsbt.

Thanks gaaman.

MindaGuru said...

Setiap 16 sept,walaupun itu adalah Hari Malaysia tetapi ia diraikan sebagai HariJadi Yang Dipertua Negeri

Anonymous said...

***Sejarah sebenar wajar diketahui dan dihayati oleh generasi masakini demi kedaulatan negeri Sabah khususnya dan negara Malaysia amnya*** (Tulisan Ison)

Lihatlah Perlembagaan Persekutuan dan Perjanjian 20 Perkara, Itulah saja lagi "WARISAN" buat anak cucu kita....20 Perkarapun ada yg tdk d guna pakai lagi, d samping itu memasuki 46 tahun sudah kita membentuk negara Malaysia 20 Perkara tetap hanya tingal 20 perkara sahaja lagi.......Kesihan, Itulah 1 1 nya kesilapan besar Pejuang kemerdekaan kita satu hari yg lalu.....

Little Mike (LM) said...

kita DIWARISKAN peta perkara 20 tapi kita tidak memiliki 'harta karun'nya...

Sulaiman Hanim said...

LM kita d Wariskan peta perkara 20 dan memiliki "Harta Karunnya"..... Tetapi kita tidak "BERHAK" untuk melihat,Mengatahui,berbincang dan menyentuh sedikitpun keramat "PERKARA 20" ni....Apa lagi anak2 d Zaman IT ni...Pemimpin kita yg terdahulu hanya mempercayi kata2 sahaja....

Little Mike (LM) said...

BERHAK mengetahui, berbincang,menyentuh dan menikmati keramat perkara 20.. itu la yang saya maksudkan 'harta karun' yang sepatutnya kita nikmati... setuju dengan SH.

SANGURU said...

yang meminta perkara 20 perkara - pemimpin lama kita.
Yang berkata (bahkan menulis buku) ttg 20 perkara tidak relevan - pemimpin baru kita...
SO, KITA JUGA LA KENA MENGUSAI KEKUSUTAN ITU. HARAP SAHABAT KITA DI PERSEKUTUAN PRIHATIN DAN GENTLEMAN.
Bubur boleh menjadi nasi...

Sam. Malaysia7 said...

Sanguru mcm mana mengeraskan kalau sudah menjadi bubur? Sia nak belajar bah utk mengeraskan Nasi yg sudah menjadi bubur tu.......hehehehehehehheheh

SANGURU said...

mungkin kena buat resepi lain...namanya nasi juga. Hehehe..
Maksudku, kesilapan orang kita masih boleh dibaiki. Saya x boleh terlalu bercerita pasal "mykad halal yg menyakitkan perut pribumi memakannya". Sgt komplikated...

Little Mike (LM) said...

Sam.Malaysia7... sya pernah goreng tepung dengan nasi. Suatu hari nanti akan mencuba kalau bubur boleh digoreng begitu..

jadi bubur boleh dikeraskan kembali tetapi melalui acuan lain... :D

Sam. Malaysia7 said...

Sanguru napa pula tidak boleh bercerita soal Mykad halal yg menyakitkan perut pribumi tu? Seharusnya inilah masa kita berkomentar soal Pemberian IC ni...Ini HAK Mutlak kita bah....Siapa lagi yg mempertahankan Bumi kita kalau bukan kita sendiri. Pemimpin yg terlibat menganugerahkan pasti sudah tidak boleh d harap2kan untuk membela nasib Pribumi d negara ini....

LM-Bubur boleh d keraskan kalau d Froz d dalam Freezer...he he hehe.

Tetapi ada yg tdk perlu d apa2kan kedang2 boleh menjadi keras sendiri Sanguru/LM....he he he

SANGURU said...

hmmmmmmm....