SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, October 15, 2009

Sepintas Lalu: Selesa Juga Merbahaya

Tanpa menidakkan kata-kata tahniah kepada pihak yang melaksanakan kemajuan, SAM tidak dapat meminggirkan kebimbangan terhadap spesifikasi jalanraya yang baru sahaja dinaiktaraf ke laluan aspal. Jalanraya beraspal tentu sahaja satu laluan selesa kepada pengguna-penggunanya. Walau bagaimana pun, keselesaan sahaja tidak mungkin membawa makna yang dapat menyanggupi matlamat kebaikannya jika gagal dalam memerhatikan risiko keselamatan pengguna. Memanglah, pengguna juga harus berhati-hati ketika menikmati pemanduan yang selesa di laluan aspal. Saya katakan ini TIDAK CUKUP kalau pihak berkenaan sekadar mengharapkan pengguna semata-mata untuk bertekun di dalam aspek tanggungjawab pemanduan di atas jalanraya. Banyak aspek lain yang perlukan perhatian segera (dan ini adalah ulangan rayuan). Lampu jalan memang perlu memandangkan laluan yang begitu gelap waktu malam. Masih belum ada papan tanda beramaran had kelajuan dan papan tanda perlahankan kenderaan di kawasan perkampungan dan sekolah. Selekoh tajam umpamanya perlukan perhatian serius. Memang amat sesuai di bina bumper atau bonggol dan tanda garisan kuning untuk menghidupkan waspada kepada pemandu kenderaan. Harap dapat disegerakan jika tidak lebih ramai yang akan 'SEGERA HILANG DARI PANDANGAN'. Untuk keperluan seperti ini, jangan la ada mentaliti 'Nanti laaa.....' Jalanraya seharusnya bukan laluan yang menyedihkan dengan cerita-cerita yang tragis. Jalanraya adalah lorong yang mencantikkan masa depan bangsa dan tamadunnya.

5 comments:

MindaGuru said...

ngam tuan, sementara sikap pemandu dan pengguna jalan raya perlu berubah dan prihatin tentang keselamatan mereka, maka kerajaan juga perlu menyediakan kemudahan2 yang "patut" agar kehilangan jiwa akibat kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.

Kita harap YB dapat mengambil tindakan sewajarnya demi keselamatan pengguna jalan raya.

SANGURU said...

ya. Lampau rasa selesa buat orang lupa diri. (Bukan cerita pasal pemandu dan pemanduan yg saya maksudkan). Kerana itulah ada sebuah parti menyuruh ahli2 dan pemimpinnya "back to school", barangkali sudah lupa RUMI dan JAWI...barangkali telah lupa agama dan moral...
Keselesaan melampau boleh melenakan.
Kekenyangan melampau boleh menidurkan.
Kekayaan melampau boleh menghanyutkan.
"Kebijaksanaan" melampau boleh "membodohkan"...

Anonymous said...

UMNOlah maksud Sanguru tu kan.....Kalau Pembangkang tdk ada yg bersifat sedemikian....he he he. Kalo UMNO sudah pastilah berbuat sedemikian kerana "MELAYU ITU MUDAH LUPA" Terutamanya "Melayu
d Negeri Sabah ni" Melayu yg sudah ber campur2an Indonesi,Philipine,Pakistan ni yg susah....

Umar al-Longobi said...

percantikkan lorong itu. lorong itu bukan sahaja boleh menjadi pembunuh pengguna, tapi salah 1 penentu kpd kesinambungan kepimpinan seseorg...

Little Mike (LM) said...

Mindaguru, sanguru, anonymous, umar.. terima kasih atas refleksi komentar saudara. Harapan kita sama iaitu menjaga PERMATA melalui hajat nekad berpaksikan kebergantungan dan tanggungjawab secara bersama dalam mencegah risiko kehilangan lebih banyak nyawa. Sayang juga ba kan kalau hanya jalanraya yang menyebabkan kerugian masa depan bangsa dan negara