SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, October 24, 2009

Seruan Perjuangan

Dewasa ini, dada SAM dipenuhi dengan isu-isu rakyat Kota Marudu. Bermula dari pembuangan sampah merata tempat, kegagalan infrastruktur, cukai sehinggalah kepada konflik kepimpinan. Tidak ketinggalan, SAM juga menerima kritikan liar daripada pengulas `hantu` (bukan pengundi hantu), namun dapat ditangani dengan matang. Sekalung penghargaan selayaknya diberikan kepada para pejuang isu dan orang-orang sekitar yang sudi memberikan kerjasama padu.
Bagaimanapun, isu-isu yang melambak ini hanya akan menjadi barah bernanah sekiranya kita kekurangan pendokong dan penyokong di dalam menguruskannya. Kita bersyukur kerana sejak era kebangkitan di bumi Marudu bermula, seorang demi seorang pendokong Marudu bertambah. Seorang pendokong semestinyalah berjiwa pejuang. Namun, adakah setiap penyokong itu juga memiliki jiwa yang sama?
Oleh sebab itulah ruangan Permata Bangsa ditampilkan. Matlamat penulisan saya bukanlah tertumpu kepada pencarian pendokong-pendokong baru semata-mata, kerana barisannya sudah ada. Dan, kita sudah boleh membuat pilihan siapakah di antara mereka yang boleh digalaskan harapan memimpin Marudu pada masa akan datang. Akan tetapi saya ingin melihat ribuan penyokong yang ada ini adalah penyokong yang berjiwa pejuang. Bukan sekadar penyokong tempelan.
Penyokong yang saya sebutkan ini adalah terdiri daripada insan biasa bermula dari suri rumah, petani, nelayan, ibu-ibu tunggal, warga emas, golongan OKU, tukang kebun, tukang sapu, para pelajar/mahasiswa sehinggalah kepada mereka yang berprofil tinggi. Kita semua tahu, pendokong tanpa penyokong tidak akan ke mana. Manakala penyokong tanpa pendokong, keadaan akan menjadi huru-hara. Justeru kita mahu barisan pendokong yang kuat lagi amanah dan penyokong yang berjiwa pejuang. Ini yang ingin kita kejar dan lahirkan!
Nota: Atas perkara itu, seruan perjuangan perlu diteruskan dan diperhebatkan lagi.

3 comments:

Little Mike (LM) said...

Jika pendokong buat kerja, penyokong juga pasti dapat menilai dan memberikan sokongan BERSEPADU

MindaGuru said...

Betul tuan, kita perlukan pendokong yang kuat adan amanah serta penyokong yang berjiwa pejuang...untuk KM.

SANGURU said...

sy siap sedia jd penyokong yg baik atas usaha2 yg baik dari para pendokong yg baik2. InsyaAllah....