SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, October 19, 2009

TAKLIMAT RMK-10

Saya baru selesai menghadiri Taklimat Penyediaan RMK-10 yang diadakan di Ballroom, Sutera Harbour Kota Kinabalu, sebentar tadi. Mengikut pengamatan saya, boleh dikatakan semua ketua-ketua jabatan negeri, persekutuan, PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri turut serta dalam taklimat tadi. Pun begitu, syabas dan tahniah juga diucapkan kepada YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah yang merasmikan taklimat penyediaan RMK-10 tersebut khususnya idea Datuk Seri Panglima dalam membuat seruan agar persekutuan dan negeri duduk berbincang bersama dalam merancang pembangunan Sabah secara amnya agar tidak ada lagi daerah di negeri dibawah bayu ini ketinggalan dalam arus pembangunan semasa. Semoga RMK-10 yang merupakan pelan kritikal negara untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020, sabah akan mendapat limpahan pembangunan tersebut dan seterusnya mencapai matlamat negeri maju menjelang tahun 2025.

7 comments:

maikong said...

seharusnya sebelum rmk 10..pun mereka dah berbincang utk menambahbaik kemajuan sabah..inda perlu lagi tunggu rmk 10 ini..agar semua daerah terpencil kita diberi hak yg sama(kemajuan)....harap2 semua perbincangan mereka akan dpt dilaksanakan di daerah kita..secepat mungkin(terutama jln raya/air bersih..

Umar al-Longobi said...

selain pengagihan yg adil, sistem penyampaian juga mesti berintegriti!

info yg penting. syabas sdr. dinakan atas pengelibatan.

Anonymous said...

aina, klu mau harap c musa aman ini susah kita..rmk yang lama2 pun dia blm kasi laksana ada hati sudah mau rmk baru.susa klu dia ni..

maikong said...

anony 20/oct 7:54pm..apabuli buat dia masih yg memerintah..kita yg menurut perintah..nah nantilah baru dia tau/....tapi siapa kita mau harap?

Anonymous said...

Air sudah mahu sampai keparas Hidung dah makahnya 1Malaysia beriya-iya benar mengurangkan paras air yg tinggi e2...JANJI 100 HARI dan SABAH BARU dari UMNO/BN sudah melangkah jauh meninggalkan rakyat dan pengundi d negeri ini......Kita rakyat Sabah sentiasa menerima kezaliman mereka kita sentiasa saja d perbodoh bodohkan saja oleh mereka.....

Anonymous said...

Sdra ku Maikong LAWAN TETAP LAWAN sadja jawabnya buat pendalhaka bngsa negeri kita eto sadja baa...Kalao kami dipantai timur ni kami sudah dapat menguasai kesemuanya....Kan itu kelalaian orang2 Sabah sendiri terutama sekali Pemimpin UMNO...PRU Ke13 nanti kami anak2 pendatang mau Tanding diseluruh Kawasan Pantai Timur tanpa memperdulikan lagi dri mana Parti sekalipun.....Yg penting kami mau benar2 menguasai Pantai Timur....Sekarang ini kami hanya menguasai 60% MP dan DUN d sebelah sini.....Kami tidak mau seperti Pengundi dan Rakyat Kimaragang yg konon cukup bertamadun,Pemudanya Pintar2 d Zaman IT ni dan berwawasan penuh, seolah2 Anak Muda para blogger d KM inilah yg membantu Kerajaan dan menjadikan KEJAYAAN Kerajaan d Kawasan KM dan sekitarnya. Tetapi masih juga berYB kan orang luar Kawasan dan bukan anak tempatan....Baguslah Presiden SAM ni bertanding MP d KM pada Pilihanraya Umum nanti,Pakai SAM dan UTARA.FM pun Kamu suda bole MENANG bah d KM ni....Harap2 Presiden SAM ni juga satu hari boleh menjadi PRESIDEN MALAYSIA yg Pertama juga.......C Arnod Sadian ni pintar orangnya dan boleh d harapkan menjadi Pemimpin Negeri dan Negara kita d bawah 1Malaysia...(PANTAI TIMUR)

Anonymous said...

betul itu sdr maikong, semua presiden parti di sabah ini rata-rata punya rekod buruk kalau jadi ketua menteri..paning kapala kita mau pikir siapa yang layak..pemimpin dari bangsa sendiri pun kalalu sudah jadi ketua menteri mesti hilang haluan..duit bah 2..byk masuk...apa buli buatlah...org baru mau naik pun diorang putung awal2..