SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 16, 2009

TAZKIRAH DIRI...

Saya bukanlah pembaca al-kitab/Quran yang konsisten. Cuma, ada waktu-waktunya, bila hati digamit ingin - saya senang sekali membuka lembaran kitab secara rawak, dengan harapan menemui ayat-ayat yang boleh merawat, menguat dan menundan hati peribadi. Tadi awal pagi, sesampainya di pejabat, keinginan itu menyelinap datang lalu saya belek kitab dan secara tidak sengaja menemukan: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan jangan pula wanita-wanita (mengolok-olok) wanita-wanita yang lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita (yang mengolok-olok) dan jangan janganlah kamu mencela dirimu sendiri* dan janganlah kamu panggil-memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman** dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim". (surah al Hujuraat: 11) Saya paparkan ayat di atas kerana ianya bersifat universal (selari dengan mana-mana agama samawi di dunia) dan ada kena mengena dengan SAM dan para pembaca sejak kebelakangan ini. Tidak mustahil kalau ini berupa "teguran" dari Tuhan kepada saya, staf SAM dan khalayak pembaca.
Tidaklah saya ingin mengulas panjang kerana pengetahuan saya tentang agama amat terhad, lebih-lebih lagi, ayat diatas sudah jelas dan terang. Dalam kesempatan ini juga, saya dan bagi pihak SAM memohon kemaafan jika sekirannya sepanjang proses "MENDIDIK DAN MELURUSKAN MASYARAKAT", ada kesilapan kata dan bicara. Dalam melaksanakan kerja-kerja di atas, bukan senang untuk langsung tidak "menguris" perasaan, kerana memang mustahil untuk memuaskan hati semua insan/pihak. Marilah kita bersama membangun dan mengukuh agama, bangsa dan negara kita dalam suasana muhibbah dan penuh toleransi.
Nota: * "Jangan mencela dirimu sendiri" mksudnya ialah mencela antara sesama mu'min kerana orang mu'min seperti satu badan. ** Panggilan yang buruk ialah gelar-gelar yang tidak disukai oleh orang yang digelari dengan gelar-gelar itu seperti panggilan kepada seorang yang sudah beriman dengan kata-kata: hai fasik, hai kafir, dan sebagainya. Sumber Rujukan: Al-Quran dan Terjemahannya (1971).Jakarta: Yayasan Penyelenggara Penterjemah Al-Quran. hal:847

9 comments:

Umar al-Longobi said...

tazkirah bapak presiden ternyata menyengat sekali. harap2 kita dapat mengamalkannya dlm muamalat seharian.

sptmana diri kita, org lain juga tidak senang dipanggil dgn gelaran buruk. demikian juga yg berupa teguran/kritikan.

kecuali kpd mereka yg telah melakukan kejahatan dan menyebabkan kepentingan masyarakat terancam.

MindaGuru said...

Saya setuju dgn tuan dan umar, gelaran2 buruk (yang berniat jahat/menjatuhkan maruah kita)sepatutnya tidak diperlukan pada siapa2 pun yang bergelar manusia..kita perlu menghargai nama2 yang telah dberikan oleh ibubapa kita masing2.

Walau bagaimanapun teguran dan kritikan perlu kita terima dengan hati terbuka, kita anggap itu sebagai "hadiah terbaik" untuk memberitahu kita tentang perlunya kita perbaiki kelemahan dan kekurangan kita. Kadangkala sukar bagi kita melihat kelemahan kita berbanding orang lain.

Khalifah Abu Bakar semasa pertama kali memegang tampuk pimpinan Islam pernah memberitahu sahabat2nya "ikutlah aku jika aku benar tetapi tegurlah aku apabila aku salah".

(untuk lebih lanjut kwn2 boleh melayari blog saya tentang "Teguran dan kritikan adalah hadiah".

Salam perpaduan.

ison said...

Tazkirah yang wajar diberi perhatian oleh kita semua.

Dalam Bible ada menyebutkan, "Apa yang kamu ingin orang lakukan terhadap kamu, lakukanlah hal yang sama terhadap mereka."

Tentu sekali kita sendiri tidak suka jika orang lain mengolok2/menggelarkan diri kita dengan pelbagai gelaran yang buruk dan menyakitkan hati. Demikianlah juga orang lain.

Oleh itu, marilah menegur dengan bijaksana dan dengan tujuan untuk membina, dan memanggil orang lain dengan gelaran2 yang menyenangkan. Nescaya ia akan memberikan keuntungan bukan sahaja kepada orang lain, bahkan terhadap diri sendiri.

Renung2kan dan selamat beramal. ;)

SANGURU said...

benar dr nelson. Benda baik, ajaran baik, semua agama sepakat. Itulah sebab sy tidak ragu2 kasi post petikan yg sifatnya universal. Utk renungan diri saya terutamanya...

Anonymous said...

***Saya paparkan ayat di atas kerana ianya bersifat universal (selari dengan mana-mana agama samawi di dunia)*** Kata2 Tuan Presiden SAM.

Saya ingin tanya pada Tuan Presiden SAM @ Sanguru, Apakah yg Sdra maksudkan dengan Agama SAMAWI itu? Anutan siapakah agama SAMAWI itu? Adakah agama SAMAWI ini masih d atas Langit atau sudah berada d Bawah Bumi Allah ini? Terima kasih......

SANGURU said...

jika anony seorang muslim, harap sdr umar menjawab bg pihak saya, jika anony seorang kristian, harap dr nelson beri pandangan bg menjawab soalan ini, jika anony freethinker...saya tidak tahu siapa boleh menjawab bg pihak saya...
Ada ketikanya, kita memerlukan org lain menjawab bg pihak kita.

ison said...

:) Saya bukanlah seorang ahli agama yang cukup tahu tentang serba serbi agama, tetapi saya berikan pendapat daripada apa yang saya pelajari dan fahami.

Agama samawi atau juga disebut sebagai agama wahyu atau agama dari langit oleh peribadi2 tertentu adalah merujuk kepada agama2 yang mempunyai susur galur atau leluhur yang sama.

Alkitab Perjanjian Lama (yang dipercayai oleh orang2 Yahudi dan penganut agama Kristian) dan Al-Qur'an yang dipegang oleh orang2 Islam mempunyai persamaan penceritaan dan kepercayaan tentang kejadian alam sehingga Bapa Abraham (Alkitab) atau Nabi Ibrahim (Al-Qur'an).

Agama2 samawi yang paling besar dan menonjol ialah Yahudi, Kristian (Nasrani), dan Islam (mengikut turutan sejarah).

Nota: Saya tidak akan mengulas lagi tentang perbezaan di antara agama2 samawi ini jikapun ada permintaan untuk berbuat demikian. Carilah platform yang tepat untuk perbincangan sedemikian dan bukan di dada SAM. ;)

Umar al-Longobi said...

Agama Samawi adalah agama yang diwahyukan oleh ALLAH dan diturunkan kepada agama-agama wahyu tersebut kitab-kitab suci mereka sebagai panduan syariat, ibadat dan akhlak. Agama Samawi terbahagi kepada tiga sahaja iaitu:

1. Agama Yahudi - diturunkan kitab Zabur dan Taurat (Nabi Daud A.S dan Nabi Musa A.S).

2. Agama Nasrani/Kristian - diturunkan kitab Injil (Nabi Isa A.S).

3. Agama Islam - diturunkan Al-Quran (Nabi Muhammad S.A.W).


Nota: Sama spt kata Naib Presiden, ini hanya definisi. Yg selebihnya carilah forum lain utk membincangkannya.

SANGURU said...

berdasarkan ulasan dr. Nellson dan umar, jelaslah apa yg sengaja dikaburkan oleh anonymous?
Pernah sy katakan: bnyk persamaan antara agama yg belum pun kita kerjakan bersama. Kesilapan terbesar para penganut agama Tuhan ialah asyik mencari perbezaan yang akhirnya mengundang mcm2 keburukan.
Setuju dgn Dr. Nelson, kita jangan sebut pasal perbezaan melainkan kita telah benar2 telah melakukan apa yg kita tahu ada persamaan?
Sekadar pertanyaan:
1. Apakah kita sedunia telah berkasih sayang?
2. Apakah kita sedunia telah tolong menolong secara jujur?
3. Apakah kita sedunia telah mencegah kemungkaran?
Cukuplah dulu 3 perkara yg saya sangat2 yakin semua agama menganjurkannya.