SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Friday, October 16, 2009

TEGURAN DAN KOMEN ADALAH SATU HADIAH

Oleh: MindaGuruSabah ( Penulis Tamu )
Teguran, komen, kritikan atau aduan seringkali dilabel sebagai sesuatu yang negatif. Walau bagaimanapun kita harus mengubah paradigma pemikiran kita dengan menganggapnya sebagai perkara positif. Teguran, kritikan, komen atau aduan harus dianggap sebagai satu hadiah yang amat bernilai. Ia dianggap positif kerana memberi peluang kepada perubahan dan seterusnya membaiki kelemahan serta kekurangan seseorang atau sesebuah organisasi.. Pentingnya teguran ini dapat dijelaskan dengan kata-kata khalifah Abu Bakar ketika mula-mula memegang pimpinan Islam waktu itu. Antaranya dia katakan "ikutlah aku jika aku benar, namun jika salah tegurlah aku." Justeru itu kita harus melihat teguran itu sebagai satu tamadun dan bukan ancaman.
Dalam budaya masyarakat melayu lama, sesuatu teguran itu ditunggu-tunggu dan ia sepatutnya terus menjadi budaya kita. Ini dapat dibuktikan melalui peribahasa - peribahasa yang ada. Misalnya, "Buah Cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan". Pada pendapat saya, peribahasa ini mempunyai konotasi yang jelas iaitu sikap rendah hati seseorang yang "ada kedudukan" kerana menggangap dirinya"budak baru belajar" dan konotasi yang lain adalah kesediaan untuk ditegur dan pastinya juga kesediaan untuk membaiki kelemahannya.
Dalam memberi teguran, aduan dan komen ia haruslah dari A (penegur) kepada B (penerima teguran), ia tidak perlu menyinggah pada C. Ini kerana kalau teguran yang sepatutnya kepada B tetapi hanya disampaikan kepada C dan bukan kepada B maka kemungkinan teguran itu tidak diterima oleh B. Keadaan seperti ini lebih bersifatgosip alias fitnah, dan akibatnya perubahan dan pembaikan yang diharap tidak akan berlaku. Justeru teguran dan kritikan perlu diterima sebagai satu budaya untuk kebaikan bersama. Walau bagaimanapun teguran, komen dan kritikan yang baik juga perlu disusuli dengan pandangan dan cadangan yang membina.
Tetapi memberi kritikan , teguran dan komen memerlukan keberaniaan. Disamping itu kedua belah pihak mestilah bersedia. Sebab jika tidak, bukan perubahan dan pembaikan yang berlaku tetapi kemungkinan juga penegur dianggap musuh yang akhirnya memudaratkannya..Ada juga orang yang telah dijadikan kambing hitam kerana tegurannya, disebabkan penerima teguran itu belum bersedia menerima teguran..
(Artikel ini didasarkan pada rancangan Persepektif Awani pada 11/10/2009)

5 comments:

Anonymous said...

Tulisan MGS itu memang tdk ada yg salah dan bisa d pertikaikan...Saya hanya ingin mengulas sedikit kerana masa ini Ketemadunan budaya, budi bahasa kita terlalu bercampur campur dan Pengaruh luaran, Oleh yang sedemikian anak2 kita berbahasapun sudah ikut2an terasing dengan Bahasa Ibunda kita sebelum Tahun 1960an dulu2nya. Terutama sekali bahasa dan Budaya dari Pantai Timur Negeri Sabah....Akhir sekali ialah Budaya Mykad Malaysia yg telah d anugarehkan itu terlalu ramai hingga tidak terkontrol, Jadi Rakyat mana yg Rugi? Dan yg Untung siapa? Sehinggakan Budaya kitapun tercemar dengan bahasa mereka....Kerana Bahasa itupun melembangkan Bangsa malaysia kita !!!

SANGURU said...

teguran, nasihat, kritikan, provokasi, perang saraf, pembohongan dan sebagainya hendaklah dapat dibezakan. Saya secara peribadi mempunyai reaksi yg berbeza bagi setiap kelas komentar, kerana ada pepatah menyatakan "sekilas ikan di air telah ku...."
Ada ketikanya berdiam itu lebih baik, ada kalanya berdiam2 itu kurang baik...
Manusia boleh dinilai dari cara dan isi pertanyaannya serta cara dan isi jawapannya.

Little Mike (LM) said...

setiap teguran mempunyai ukurtingkatnya sendiri di dalam cara kita menafaatkan kebaikan dan ilmu yang terkandung didalamnya..

Umar al-Longobi said...

Khalifah Umar al-Khaththab di awal pemerintahannya pernah menyatakan:

“Jika kalian melihatku menyimpang dari jalan kebenaran maka luruskan aku walaupun dengan pedang.”

Apapun, kita perlu faham bila perlu mengkritik secara terbuka dan bila pula secara tertutup. Pd prinsipnya kritikan terbuka ini adl utk para pemimpin atau yg terlibat dgn urusan awam. Adapun kritikan tertutup adl utk yg sebaliknya.

MindaGuru said...

Thks anon, sanguru,LM dan Umar ulasan dan pandangan kalian mampu menjelaskan lagi maksud dan mesej entri ini.

Masalahnya dalam masyarakat kita budaya fitnah dan gossip itu lebih banyak diamalkan daripada teguran atau komen. Akibatnya maruah dan nama baik seseorang mungkin telah diaibkan..dalam keadaan seperti ini hanya ketabahan dan kekuatan dalaman yang dibutuhkan oleh mangsa berkenaan.