SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, October 19, 2009

TULISAN YANG BERMAKNA

Menjadi penulis merupakan cita2 terpendam saya sejak dulu lagi, namun baru kini saya mula dapat mengusahakannya. Dulu2 bukan tidak boleh menulis, tetapi terlalu banyak komitmen masa terhadap perkara lain sehingga menyebabkan masa untuk menulis sangat terhad dan tidak berinspirasi. Salah satu sebab kenapa saya resign dan membuka bisnes sendiri juga ialah kerana saya ingin menulis. Dulu semasa saya masih belajar perubatan, saya sangat tertumpu kepada pengajian, selalu stres belajar, sehingga tidak ada masa dan mood yang baik untuk menonton TV, dan membaca buku2 bukan perubatan. Apa lagi menulis. Satu2nya buku selain buku ilmiah perubatan yang saya sering baca ialah alkitab dan buku2 yang berkaitan dengannya. Apabila saya sudah mula bekerja di hospital, keadaan tidak banyak berbeza. Kalau dulu saya sibuk dan stres belajar. Bila sudah bekerja, saya sibuk dan stres dengan pekerjaan. Kini, saya bukan mempunyai masa yang terlalu banyak, dan bukan tidak ada stres langsung, tetapi ada waktu yang terluang untuk saya membaca beberapa jenis buku, melayari internet, dan menulis dalam blog. Bahkan saya mula berjinak2 untuk menulis buku. Seperti yang saya sering katakan dalam ruang komen artikel yang saya tulis, saya belum lagi boleh dikatakan seorang penulis yang baik, tetapi seperti juga semua penulis SAM yang lain, tentu sekali kita semua berusaha ke arah itu. Saya telah menanam tekad dalam diri bahawa saya mahu menjadi seorang penulis. Saya juga berjanji kepada diri saya sendiri bahawa, jika saya menjadi penulis, saya mahu tulisan saya dapat menyentuh jiwa orang. Menyentuh bukan bermakna mempengaruhi pembaca untuk mempercayai kata2 saya, tetapi menyentuh dalam erti kata dapat membuka minda pembaca, berfikir dan menanam apa yang baik untuk diri sendiri. Saya mahu menulis untuk memberikan impak yang positif kepada para pembaca dan bukan menabur benih kebencian dalam diri pembaca terhadap perkara2 tertentu sehingga pembaca menjadi pemberontak dan pengganas dalam ruang pengaruhnya. Jika tulisan saya tidak dapat membawa kebaikan kepada pembaca, lebih baik saya tidak menulis, atau menulis hanya untuk diri sendiri. Tapi penulis apakah yang hanya menulis untuk diri sendiri? Dalam usaha kita untuk menjadi penulis yang baik, tentu sekali ada kata2 yang samada sengaja atau tidak akan mengundang pertanyaan, bahkan sakit hati, dan reaksi negatif daripada pembaca tertentu. Apatah lagi jika tulisan terbuka itu sengaja ditujukan kepada peribadi tertentu secara khusus. Sedar atau tidak, sebenarnya semua pembaca dan pengomen SAM dan blog peribadi kita masing2 juga merupakan penulis dengan keupayaan masing2. Saya tidak tahu sebaik mana saya sudah menulis, dan saya serahkan pengadilan itu atas budi bicara para pembaca sekalian. Apa yang jelas, semua tulisan kita membawa bersama banyak perasaan dan menerbitkan tanggapan dan emosi yang berbeza daripada pembaca, dan itu samada menyeronokkan atau menyeksakan. Akhir kata saya ucapkan selamat maju jaya kepada semua penulis dan pembaca SAM. Bersama kita mewarnai dunia penulisan anak2 Marudu. Apa saja bentuk tulisan, hanya satu harapan saya secara peribadi, biarlah tulisan itu mengajak kita semua menuju kecemerlangan hidup dan dunia persekitaran yang kita maksudkan dalam tulisan tersebut. Nota: Kata2 itu lebih tajam dari pedang bermata dua.

7 comments:

maikong said...

betullah doc..dulu saya selalu jln2 d longob,(keramaian)..dan pinsan Jeffry dangus..ada cakap..jgn main2 ini kg ..sudah maju anak2 muda d sini..ada yg dah jadi doktor..tapi rasanya macam inda saya pernah nampak kau/ataupun lupa..jadi betullah dulu kau langsung tiada masa dgn apa yg kami lalui.....
teruskan hasrat penulisan kau....

doc boleh saya tanya kah..kau org mana, tandek@longob kah atau kota marudu@longob..haha..soalan lawak bah...tq

MindaGuru said...

tahniah dr., pengalaman tuan serta kejayaan tuan memang sesuai untuk dibukukan agar dapat menjadi inspirasi anak bangsa kita.. Sebenarnya tidak ramai bangsa kita terutama dari KM yang sampai ke tahap spt dr.

Kami bangga dengan doc..

Umar al-Longobi said...

selamat maju jaya pinsan. semoga menjadi penulis yg tersohor dan mampu mengukir tamadun bangsa dgnnya...

Little Mike (LM) said...

selepas ini, kita akan melihat pula kemunculan penulis-penulis tempatan dan kemunculan buku doc amat dinanti-nantikan... tabik doc...

Anonymous said...

Apa kata kalau doc buka klinik di Kota Marudu ataupun di Pekan Tandek barulah dapat membantu secara terus rakyat di situ...barulah namanya berkorban untuk bangsa dan tanahairku yang doc agung-agungkan ..

ison said...

Tq rakan2 n tq juga anon. :)

SANGURU said...

terus melangkah...