SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, November 30, 2009

SAM PRIHATIN USAHAWAN BARU

(Gambar: Pengusaha sedang mencetak banner hari keluarga "SATU Tandek") KOTA MARUDU, SABAH: Salah satu objektif pengujudan blog SAM ialah membantu mempromosi usahawan tempatan secara percuma. Kali ini kami memperkenalkan syarikat Sinalia. Syarikat Sinalia merupakan salah satu syarikat hak milik bumiputra tempatan yang sedang berkembang maju dan perlu diberi sokongan. Perkhidmatan terbaru syarikat ini ialah printing banner yang begitu berkualiti pada kadar harga berpatutan. Kedai ini terletak di Blok C, Lot 17, Pekan Goshen, Kota Marudu.

BERSATU DALAM PERJUANGAN

Salam perpaduan ko salam 1 Malaysia ta semimon pemoso SAM. Agak beta no pan ruang bahasa Samah tu nia pinapar diam SAM. Aku ngendo langkah untuk nulis dekiit artikel diam bahasa Samah sambil ti nulung ole staf ACS. Maku maap jo aku amun un ayat tunggang tebalik. Maklum jo, aku peranak bau belajar :D.

Pesta Jagung bau jo limpas mea Pekan Kota Marudu, tekale ku agak meriah walau pan ben kecacatan dekiit buli lagi pinalap ( rujuk artikel Pn. Kyro ‘Pesta Jagung Meriah, Tapi...’). Aku dediri nyaun kesempatan untuk mule ngenda ngko nulung kawan2 diam kempen derma darah ole PERDARAH ngko gerai SAM/Utara FM kerna un dekiit kesulitan yang nia teelak ku.

Diam kesempatan tu, aku ingin moo para pemoso untuk ngerenung sekajap tentang kesatuan. Penting ni kesatuan tu kerna nyaun kesatuan kiti niya mampu pesorong embunda diam ian pan pekara pejuang ti. Kiti perlu un kerjo somo untuk ngubah identiti daerah ti dari kemiskinan ko kemunduran. Perubaan tu niya mustail, tapi kiti mesti ben kesatuan.

Sedikau ngai go erti ni kiti mesti somo dikau idea ngko sara kerjo. Niya semesti ni semimon somo dikau minat ngko kecenderungan. Upaya ngko kemampuan yang un mediam diri ti niya perlu somo. Kesatuan maksud ni kiti mampu moo perbezaan tu mediam dikau pesepahaman agar setiap ahli teko muat peranan dediri ngam ngko kelebihan ko kemampuan dediri untuk nuju ta dikau matlamat yang somo, perpaduan, kemajuan ko kemakmuran Kota Marudu.

Nota: Perbezaan buli nunjuk keunikan tiap jomo. Kesatuan buli nunjuk semimon keunikan saling serangkit.

CERITA DARI KAMPUNG...

TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH: Pembaca setia SAM pasti masih ingat kes "Jalan Bengkok Tandek-Longob" yang pernah kami paparkan bahkan saya sendiri pernah menjadi "orang tengah" untuk "meluruskan yang bengkok". Namun apakan daya...si bengkok opsss, yang bengkok menang jua. Hingga kini saya (orang SAM) masih mendengar bahkan diajukan cerita dan keluhan berkaitan projek itu. Kali ini tentang bayaran pampasan. Ada kes sedang dalam siasatan BPR kerana ada pampasan dituntut oleh penama lain. Ada yang kemaruk pampasan sehingga sanggup menjadi "bengkok". Ada pula yang dijanjikan pampasan tapi tinggal janji. Ada rumah tepi jalan tak tersenarai mendapat tawaran pampasan manakala ada yang jauhhhh dari jalan menerima pula. Nampaknya bukan jalan sahaja yang bengkang bengkok, yang lain-lain pun ikut BENGKOK...

MASIH ADAKAH YANG AKAN MENDOAKAN KITA?

RUANGAN PENULIS TAMU
Oleh: MindaGuruSabah
Seorang pengarah sebuah syarikat terkemuka terjatuh dan akhirnya stroke. Dia sudah 7 malam dirawat di unit ICU sebuah hospital swasta. Saat orang lain terlelap dengan mimpi indah, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah dan berkata "kalau dalam waktu 24 jam, ada 50 orang berdoa buat kesembuhanmu, maka kau akan hidup.Tetapi jika tidak, itu bererti kau akan meninggal dunia". Si pengarah menjawab.."kalau sekadar 50 orang itu sangat mudah, jumlah pekerja aku sahaja sudah melebihi 1000 orang".
Tepat pukul 11.00 malam, malaikat kembali mengunjunginya;dengan bangga si pengarah bertanya, "adakah esok pagi aku akan pulih?, pasti banyak yang berdoa buat aku", dengan lembut malaikat berkata, "wahai anakku, aku sudah berkeliling aku mencari suara hati yang berdoa buatmu, tetapi sampai saat ini hanya 3 orang yang ku temui iaitu isterimu dan 2 orang anakmu". Malaikatpun menunjukkan satu layar besar yang memperlihatkan isteri dan anak2nya yang sedang khusuk berdoa dan menangis. "Ya, Tuhan, aku tahu kalau selama ini suamiku bukanlah suami dan ayah yang baik, aku tahu dia sudah mengkhianati pernikahan kami, tidak jujur dalam kerjanya, dan kalaupun dia memberikan sumbangan, itu hanya untuk populoriti dan menaikkan namanya saja, untuk menutupi perbuatanya yang salah di hadapanMu. Tapi tolonglah pada anak-anak yang Engkau berikan pada kami, kerana mereka masih memerlukan seorang ayah". Doa isterinya yang tidak putus-putus memohon kepada Tuhan dengan linangan air mata. Melihat peristiwa itu,timbul penyesalan si pengarah kerana ketidakjujuran terhadap isteri dan anak-anaknya selama ini.Dia menyedari betapa besarnya cinta dan pengorbanan isteri dan anak-anaknya.
Dengan sedihnya si pengarah bertanya Apakah antara pekerjaku, kaum kerabatku, teman sekerjaku, teman seorganisasiku yang berdoa buat kesembuhanku?. Jawab Malaikat, "Ada..beberapa mereka berdoa buatmu tetapi tidak ikhlas. Bahkan ada yang mensyukuri penyakit yang kau derita saat ini kerana selama ini kau mementingkan diri, sombong, menganiaya pekerja, kejam, salah guna kuasa dan bukanlah pihak atasan yang baik"....
Ketika masa menunjukkan jam12.00 tengah malam, tiba-tiba si Malaikat berkata "anakku, Tuhan melihat air matamu dan penyesalanmu! kau tidak jadi meninggal, kerana ada 47 orang yang berdoa buat kesembuhanmu".
Dengan hairan, si pengarah itu ingin tahu siapakah 47 orang itu. Malaikat menjelaskan bahawa itu ialah sekumpulan anak yatim yang berada di sebuah Pusat Asuhan Anak Yatim yang pernah engkau lawati dan beri bantuan beberapa bulan yang lalu. Malaikat itu menambah, dia tahu tujuannya untuk memberi bantuan berkenaan adalah untuk populariti agar mendapat perhatian daripada kerajaan dan masyarakat.
Bagaimanapun, setelah salah seorang daripada anak yatim itu terbaca tentang pengarah yang terkena stroke dan sudah 7 hari berada di unit ICU melalui suratkhabar, dan yakin bahawa pengarah inilah yang telah membantu pusat asuhan mereka, lalu bersepakat untuk berdoa buat kesembuhanmu.
Ps:Teman2..bagaimanakah sikap kita terhadap isteri dan anak2?, bagaimanakah sikap kita terhadap rakan sekerja, bawahan kita ataupun kaum kerabat kita? dan masih adakah orang yang akan mendoakan kita apabila kita memerlukannya?
Cerita ini disampaikan oleh KETUA saya semasa Mesyuarat Staf Akhir Tahun persekolahan 2009. Ia mungkin sekadar rekaan semata-mata tetapi mempunyai mesej yang amat bermakna.

LAGI PERMATA KECIL DARI MARUDU...

SATU rancangan baru realiti TV berjudul "Adik-Adikku" anjuran JAKIM akan menemui penonton tidak berapa lama lagi. Buat masa ini pihak yang berkenaan sedang menghimpun dan menapis bakat-bakat kanak-kanak seluruh Malaysia. Antara kanak-kanak yang berbakat besar dan terpilih ialah adik Harasye Hanafi Harun dari Kg. Longob, Tandek, Kota Marudu. Selain beliau, ada seorang lagi calon dari Sabah berasal dari Tawau. Sama-samalah kita mendoakan dan menyokong peserta kita agar berjaya ke final seterusnya menempah nama gemilang.

Sunday, November 29, 2009

PELANCARAN PERTUBUHAN KIMARAGANG MALAYSIA

Majlis pelancaran Pertubuhan Kimaragang Malaysia akan dilangsungkan pada 13.12.2009 di Kg. Mosolog, Tandek, Kota Marudu. Berbagai acara menarik turut diatur untuk menyerikan lagi majlis tersebut. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan program ini. Pihak SAM akan membuat liputan khas program tersebut.

Kenapa Harus Sombong?

Soalan mudah, kenapa kita harus bersikap sombong? Sebagai seorang manusia yang berstatus hamba-NYA, rasanya tiada keperluan untuk kita mengamalkan sikap sedemikian. Walau sekaya, sehebat dan sekuat manapun kepermataan kita, tidak perlu sombong. Sebab kenapa? Kita ambil yang mudah sahaja. Jika kita perhatikan, sebenarnya dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki kita, dipenuhi dengan tahi. Rambut dengan kelumumurnya. Telinga, mata, hidung, gigi dan kuku dengan tahinya. Kulit badan dengan dakinya. Ini belum lagi termasuk bahagian perut yang kita memang sedia maklum akan kedudukannya. Sehinggakan apabila kita mati kelak, tiada siapa yang berani membiarkan jenazah kita terus terbiar di ruang tamu rumah. Waris terdekat pasti akan menguburkan kita. Mereka bukan sahaja takut dengan mayat kita, tapi baunya yang amat busuk (kecuali mereka yang diizinkan harum oleh-NYA). Wahai permata, sedarlah kita! Di dalam perjuangan mendobrak ketamadunan sesebuah bangsa, sikap sombong bukanlah tunggangannya...

FARMVILLE...(PART 6)

Farmville turut mengajar saya prinsip bantu membantu untuk sama berjaya. Dalam permainan ini, farmer mesti bantu farmer yang lain. Usahawan Cina misalnya ada dewan perniagaan yang mantap dan sudah berakar umbi. Mereka ada visi misi dan "rules" yang jelas. Mereka juga berdisiplin. Orang kita? Nak buat persatuan pun kepayahan, apa lagi bergerak dalam persatuan. Maka terciptalah peribahasa, "umpama enau, melepaskan pucuk masing-masing", yang sangat bertentangan dengan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Tapi mesti yakin wahai bangsaku, kita ada apa yang diperlukan untuk berjaya, cuma kita kena gunakan sebaik2nya, dan bersatulah mengikut bidang dan keperluan. Demikianlah kekuatan saudara kita kaum Cina, dan kelemahan kaum kita sendiri. Kita mesti belajar dan terus mempraktikkan nilai, atitud, serta amalan saudara kita yang beratus langkah kedepan kita. Memang kita mampu terus sebaris namun cara "ekspres" begitu tidak akan memungkinkan kita belajar dan menyerap nilai budaya niaga yang sewajarnya. Pengalaman jatuh naik, susah sennag itu sangat penting kerana ia boleh mendewasa, memperkasa dan menambah keyakinan bersaing secara sihat di arena global...

KEMERDEKAAN...

"Kemerdekaan" merupakan tajuk cerpen saya yang pernah menang sayembara cerpen peringkat kebangsaan sekitar awal tahun 90-an dulu. Kisah tentang penindasan, hak2 yang diragut, kebobrokan dan perjuangan bangsa Moro di selatan Felipina, hasil perkongsian cerita dengan rakan2 semasa saya bersama mereka di kem balak (Kem Marak Parak, KM, 1987 dan Kem C, sungai-sungai, Sandakan, 1989) suatu ketika dulu. Menghayati derita dan alkisah mereka termasuk para perantau dari tanah Jawa, Indonesia, membuat saya lebih arif dan empati. Demikianlah, kekadang saya serba salah juga bila orang mengutuk golongan PTI. Mereka bukan suka sangat mengembara ke bumi kita ini, bukan kemaruk sangat memiliki IC/MYKAD...namun bila ada peluang atau disogokkan peluang, pastilah mereka ini mengambil peluang itu... Belum masanya saya bercerita lebih panjang dan telus. Buat masa ini cukuplah kalau saya ingatkan kepada diri saya sendiri: JANGAN BERI MUKA KEPADA SESIAPA SAHAJA ORANG KITA SENDIRI YANG MENYOGOKKAN PELUANG ITU UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI MEREKA...

Saturday, November 28, 2009

SATU TANDEK

JIKA tiada aral melintang, Hari Keluarga SATU TANDEK akan dilangsungkan pada 6 Dis ini di Pekan Tandek. Dan menjadi impian agar acara itu menjadi acara tahunan. SATU TANDEK adalah merujuk kepada hakikat dan fakta bahawa majoriti orang Tandek adalah SATU BANGSA, SATU KELUARGA. Kerana itulah orang Tandek selalu cakap, "Tokou e' Tokou" yang membawa maksud "kita-kita juga". Jika dikaji salasilah kekeluargaan orang Tandek, ada tiga tokoh utama yang menghasilkan zuriat turun temurun yang begitu besar hingga ke hari ini iaitu: 1. SAmbion di Kg. Tingkalanon 2. pamanSAh (Adik Panglima Tumunda) di Kg. Tg.Batu Darat 3. Panglima TUmunda di Kg. Togomongis/Salimandut. (Untuk keterangan lanjut mengenai salasilah dan tokoh2 ini, sila layari blog saya http://suarabangsa.blogspot.com) Tiga nama ini hidup ratusan tahun yang sudah lampau. Bila tiga nama besar ini dicantumkan maka terbentuklah akronim SATU. Satu kebetulan atau satu rahmat atau satu keistimewaan buat orang Tandek? Generasi muda mungkin kurang sedar bahawa Orang Tandek adalah satu bangsa, satu keluarga. "Sebangsa, sekeluarga" adalah keunikan dan seharusnya...SATU KEKUATAN, SATU KEISTIMEWAAN.. Justeru itu usaha demi usaha perlu dilakukan untuk mempererat kekeluargaan dan kesatuan. Jika tidak bangsa dam keluarga besar ini akan berhadapan dengan berbagai kemungkinan yang tidak menyenangkan di masa akan datang...

RESOLUSI ANAK MARUDU...

Oleh: Tekong SAM Http://yomogun.blogspot.com KOTA MARUDU selain antara daerah termiskin di Malaysia juga antara kawasan Parlimen yang bergelora dari aspek politik. Lebih menyedihkan, teraju kepimpinan lebih kerap dan lebih lama diterajui oleh "orang luar" baik dalam UMNO mahupun PBS, namun sejak kebelakangan ini sudah ada tanda2 penambahbaikan berkat kesedaran dan toleransi atau "sedar diri" (?). Saya sering bertanyakan pendapat dan mendengar komentar berbagai pihak dari berbagai parti termasuk orang awam dan staf kerajaan tentang cara memperkasakan politik dan seterusnya meningkatkan kemajuan/pembangunan di daerah ini. Berikut saya kemukakan tiga resolusi yang paling popular: 1.Persempadanan baru mesti dibuat dengan mengembalikan DUN N5 Tandek dan N6 Langkon seperti sebelum ini kerana saiz yang sangat besar (lebih besar dari Perlis) sangat tidak praktikal untuk memajukan kawasan ini tambahan pula percantuman itulah yang mengakibatkan "perseteruan" antara orang Langkon dan orang Tandek bersaing menjadi pemimpin di N5 Tandek yang ada sekarang. Dua DUN baru ini pula selayaknyalah diberikan kepada PBS kerana ini memang quorta dan kubu kuat PBS, namun tinjauan mendapati, pemimpin PBS hendaknyalah bersikap adil kepada parti2 komponen BN yang lain kerana inilah sebab utama mengapa komponen BN khususnya UMNO dan UPKO melobi hebat mendapat kerusi di kawasan ini. Sehubungan dengan itu maka adalah menjadi tanggungjawab pucuk pemimpin PBS memilih calon/pemimpin yang baik dan prihatin serta adil bukan hanya kepada PBS tetapi juga rakan komponen BN lainnya. Menurut mereka lagi, adalah tidak manis bagi UMNO terus mendesak satu lagi kerusi kerana UMNO Sabah sudah terlalu banyak kerusi (termasuk kerusi yang dahulunya diduduki oleh "orang lain"/parti lain)... 2. Jika syor No.1 diterima, maka PBS hendaklah sedaya upaya mencungkil dan mengetengahkan para pemimpin muda anak watan Tandek dan Langkon kerana menurut pendapat umum, barisan sedia ada bukanlah yang terbaik di jiwa rakyat. Barisan sedia ada perlu dimantopkan lagi kerana parti lain sedang berusaha mengetengahkan pakej kepimpinan yang lebih kompetatif dan menawan rakyat. kemudian dari itu, pendapat umum juga mengkehendaki agar Langkon dan Tandek diwakili oleh anak watan tersebut, terutamanya Tandek yang hampir 20 tahun dipimpin oleh "non-Tandekian". Jika ini dapat dipenuhi maka saya optimistik, orang Tandek khususnya bangsa Kimaragang tidak akan "bising" lagi (memang wajar mereka BISING selama ini, terutamanya saya!) 3. Kedudukan DS Dr. Maximus J. Ongkili? Tinjauan pendapat mendapati dua pandangan yang kontras. Satu pihak ingin beliau angkat kaki dengan beberapa alasan yang saya fikir kurang manis untuk saya dedahkan di sini. Satu pihak lagi lebih toleran, menurut mereka,beliau tidaklah wajar disingkirkan begitu sahaja hanya kerana beliau bukan anak watan Kota Marudu, kerana walaupun beliau bukan anak watan Kota Marudu, namun atas status orang lama di P168 KM dan telah sinonim dengan kawasan ini, tambahan pula beliau kini Tim. Presiden Parti PBS, dan seorang yang berpengalaman dalam berbagai portfolio. Pun demikian, mereka berharap beliau lebih memberi fokus kepada memajukan rakyat (modal Insan) dan kawasan, kembali kepada semangat asal/dulu2, maksud mereka, semangat sebagai sahabar rakyat sepertimana parti PBS mula2 berkuasa (mengalahkan Parti Berjaya) dulu. Mereka berpendapat bahawa KM belum membutuhkan seorang menteri penuh semata2 tetapi seorang inovator dan motivator kepada rakyat kecil yang masih ketinggalan... Demikianlah antara resolusi anak-anak Marudu (bukan SAM) yang ingin melihat kestabilan, kerukunan dan kemajuan. Sejauhmana kebenaran dan kesesuaian resolusi tersebut, sama2 kita pertimbangkan....

Friday, November 27, 2009

KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN BAHAYA INFLUENZA A H1N1

23/11/09 (Isnin) Hospital Kota Marudu
Sebagai persiapan untuk menghadapi gelombang kedua Wabak Influenza A H1N1, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Kota Marudu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kota Marudu dan Hospital Kota Marudu sempena aktiviti Ahli Lembaga Pelawat telah mengambil tindakan proaktif dengan menganjurkan Aktiviti Kempen Kesedaran Kesihatan Bahaya Influenza A H1N1  bertempat di Dewan Sri Posisang, Hospital Kota Marudu. Aktiviti ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Yb. Anita Baranting, Adun N.5 Tandek.


Ketibaan YB.Anita Baranting dan rombongan disambut mesra oleh Dr. Rosfina Ghazali (Pengarah Hospital), En.Wasinin Duari (E.O) serta staff Hospital Kota Marudu.


Bersama Ahli Lembaga Pelawat, Yb. Anita Baranting,Dr.Rosfina Ghazali, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, wakil kampung,Staf Hospital Kota Marudu dan staf Pejabat Kesihatan Kota Marudu.

Yb. Anita Baranting menyeru kepada semua lapisan masyarakat di Daerah Kota Marudu agar menjaga kesihatan dan mengamalkan langkah pencegahan awal Virus Influenza H1N1.

Selain daripada ceramah kesihatan tentang Influenza H1N1, AJK pelaksana telah memberi demonstrasi cara mencuci tangan dan pemakaian mask(topeng muka) yang betul kepada JKKK dan Ketua Kampung dengan harapan agar wakil dari kampung seluruh daerah Kota Marudu ini dapat menyebarkan maklumat tersebut kepada anak buah masing-masing.


Peserta (Ketua Kampung) dari Kg. Teritipan mencuba cara yang betul memakai topeng muka.


Pengarah Hospital Kota Marudu menyampaikan cenderahati kepada Yb. Anita Baranting.
Peserta turut diberikan cenderahati mask (topeng muka) sebagai alat bantu mengajar.

BIARLAH GAMBAR BICARA...

RESTORAN BUMIPUTRA, KM: Malam Jumaat, Malam Takbir Aidil Adha... "hItAm pUtIh KeHiDuPaN" - untuk kita renungan. (Edisi Khas Aidil Adha)

Thursday, November 26, 2009

PERUTUSAN AIDIL ADHA

Esok Hari Raya Haji/Korban. Dalam kesempatan ini saya bagi pihak seluruh warga SAM mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha kepada semua khususnya pembaca setia SAM. "JOM BERKORBAN". Rela berkorban haruslah menjadi pegangan para permata bangsa. Dahulukan kepentingan umum, belakangkan kepentingan peribadi. Inilah yang seafdal-afdal perjuangan dan sebaik-baik pejuang. Mudah-mudahan permata-permata bangsa kita Malaysia mampu menjadi pejuang, pemimpin, inspirator terpuji demi mengangkat bangsa Malaysia menjadi bangsa bertaraf dunia. Sesuai dengan konsep korban, setiap pengorbanan hendaklah bertunjangkan niat betul dan keikhlasan. Jika niat baik dan ikhlas, insyaAllah perjuangan akan membawa impak dan hasil yang baik dan terpujia jua. salam aidil adha. Berjuang terus berjuang. Maaf zahir dan batin .

Hari Raya Korban

Tandek...... .....bila saya taip nama ini dalam google search.....banyak sekali nama Tandek yang berjaya ditemui tersenarai dalam google.Dari nama orang perseorangan hinggalah ke nama tempat.Salah satu tempat yang menggunakan nama Tandek ialah sebuah desa yang terletak di pulau terindah di dunia iaitu Bali,Indonesia.Patutlah kakak saya Datin Rafeah dalam setahun tiga kali melawat Bali sehingga soalan ini menjadi gurauan anak-anak beliau bila melihat dia berada dirumah di musim cuti ....."aikk...mummy nda balik kampung?" Saya begitu tertarik tentang desa Tandek di Bali ini lalu saya mengkaji apa aktiviti orang-orang Tandek di Bali.Rupa-rupanya mereka juga sama seperti kita orang-orang Tandek,Kota Marudu. Majoriti penduduk Tandek,Bali berkecimpung dalam bidang pertanian dan ternakan.Cuma cara mereka bertani agak sedikit advanced daripada kita.Advanced disini tidak bermaksud menggunakan teknologi moden tetapi lebih kepada penggunaan daya fikir dan kreativiti yang maksima.Menggunakan sepenuhnya ruang dan kapasiti yang ada serta alami. Tandek dan saya memang tidak boleh dipisahkan kerana dipekan kecil inilah saya menghabiskan zaman kanak-kanak saya yang penuh kegembiraan walaupun hanya lapan tahun saja.Seronok dan segala-galanya terasa indah sewaktu di Tandek.Bila berpindah ke Kota Kinabalu segalanya terasa hambar hinggakan limau manis pun terasa pahit.Begitulah rindunya saya pada pekan Tandek ini. Di Tandek bahan makanan kebanyakannya kami tanam sendiri.Padi,jagung,buah-buahan serta sayur-sayuran semua kami tanam samada dikebun atau dibelakang rumah.Binatang ternakan juga ada seperti ayam,lembu dan kerbau.Bila tiba musim perayaan tidak perlu susah-susah membeli,tangkap saja terus sembelih...hehehe. Biasanya setiap kali hari raya korban kami akan buat korban lembu atau kerbau,paling tidak pun kambing.Tapi kambing terpaksa belilah dari pakcik Ungas sebab kami tidak bela kambing. Mama tidak mahu bela kambing sebab kata mama kambing suka makan pucuk tanaman dan semua tanaman habis mati.Jadi kami bela kerbau,lembu dan ayam saja. Saya memang sangat menyukai binatang termasuklah kambing.Satu hari bapa membeli dua ekor kambing untuk dibuat korban.Dua minggu sebelum hari raya korban kambing-kambing itu telah dihantar kerumah.Apalagi saya pun menghabiskan masa bermain dengan kambing-kambing itu hingga saya sendiri pun berbau busuk macam kambing.Setiap hari bermain dengan kambing akhirnya timbul rasa sayang pada kambing-kambing itu dan saya memujuk bapa untuk tidak mengorbankan kambing-kambing itu.Tapi bapa tidak mengendahkan saya kerana dia sejak awal-awal lagi telah pasang niat untuk mengorbankan kambing-kambing itu.Saya rasa sedih sangat...... Selepas solat aidil adha beberapa orang rakan bapa datang kerumah untuk melaksanakan ibadah korban.Kambing-kambing itu dibawa ke satu kawasan lapang disebelah rumah dan bersedia untuk disembelih.Dag Dig Dug Dag Dig Dug......berdebar jantung hati saya melihat kambing-kambing itu dan untuk menghiburkan hati saya lari menuju ke buaian yang bapa buat untuk saya dibawah pohon asam jawa lalu saya menyanyi sekuat hati........dimana dia anak kambing saya....anak kambing saya sudah kena sembelih.....can mali can.... Pada mulanya bapa tidak menghiraukan saya tapi lontaran suara saya semakin lama semakin kuat.Akhirnya bapa memanggil saya dan bertanya..."Kau kenapa....gila?" hahaha.Selesai kerja penyembelihan daging diagih-agihkan dan sebahagian lagi diserahkan pada mama untuk dimasak.Tapi kata bapa...."......si ros tidak boleh makan daging kambing ini sebab dia ada rasa kasihan sama kambing-kambing ini......" Hmmm.....orang lain makan saya tinggal tengok sajalah.......

'titipan hari ini' : SALAM AIDIL ADHA

Tarikh 27 November 2009 merupakan tarikh yang telah ditetap dan perkenankan bagi seluruh umat islam menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha. Justeru, buat semua warga SAM, warga Kota Marudu dan pembaca setia SAM... sempena bulan yang mulia ini, ucapan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA dititipkan melalui ruangan 'titipan hari ini.'

Wednesday, November 25, 2009

BANGAU OH BANGAU...

Artikel Dr.Nelson tentang "Kerbau dan Bangau" memberi inspirasi kepada saya untuk menulis sedikit pasal "bangau"... Berkat kemajuan/program pembangunan kerajaan dan daya usaha sendiri, Kota Marudu telah melahirkan banyak/ramai "bangau". Ada antara "bangau" itu berada di belakang kerbau, ada pula yang sedang berterbangan, ada pula yang membawa diri di rantauan. Namun bak kata pepatah Melayu, "setinggi2 bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga". Tidak perlu saya nyatakan maksudnya. Pembaca sudah sedia maklum. Jauh di lubuk hati orang seperti saya yang bermastautin di tanah kelahiran sendiri, amat mengharap agar "bangau2 Tandek/Kota Marudu" sentiasa ingat "kerbau" dan sesekali memberi sumbangan walaupun berada di rantauan. Dalam memajukan bangsa dan tanah kelahiran, siapa lagi sandaran utamanya kalau bukan kita, baik yang jauh ataupun yang dekat.

Tuesday, November 24, 2009

KARABAU OM KANDAWAI

Kopiwosian kumaa kikiawi kinoruangan om pembaca dit kaarati dot boros Kimaragang. Waro tuturan di Mogoron sid sulap dialo pasal dot karabau om kandawai. Koginawaan ku ong adapat dot tongo kinoruangan mambaca. Poniagan tongo komeleengan daton manabpo, momokoruol om mamatai dot kandawai. Tuturan toponu pisako dikoo siti.

Tongo obpinee, kabanaran nopo diti tuturan dialoi Mogoron diri ong yoku mongitung nga ino no it reetan dot ‘hubungan simbiosis’ dit karabau om kandawai. Ogumu tongo namuk, kutu, limbata om wokon po sumokot sid koyuwan dot karabau nga amu adapat dit karabau mongidu kondiri, agayo poma it kondiri yo. Ong kosimoyo iri, kasakit om kokugui dit karabau. Leleed matai om nunu po amu opunso.

Ino tongo dupot tongo kokodok sumokot moginakan sid koyuwan dot karabau dino (reetan dot ‘parasit’), potiakanon bo dot kandawai ino. Adi ino no tu, agumu it tongo kandawai engin minsomok om sumako sid koyuwan dot karabau tu moginakan siri. Tasil nopo nono diri nga oborisian it koyuwan dot karabau. It kandawai nga owiyaan, it tongo karabau nga amu nono rumukung oontok dot panakit. Adi asanang no bo gima nono rumayat kiawi.

Tupono: Waro i ot koontokon tawasi poniagan tongo komeleengan om minsan ko dupot nga koponuduk daton dot misusuwai poma ot pongitungan om koginawaan kondiri nga waro i ralan miulud om mitootoluod.

Pesta Jagung - Meriah tapi.....

Pada hari Sabtu dan Ahad lalu (21 dan 22 november 2009) saya telah berkesempatan untuk mengunjungi Pesta Jagung Kota Marudu.Selama dua hari berturut-turut saya berulang-alik dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu untuk sama-sama memeriahkan pesta ini. Syabas diucapkan kepada pegawai daerah Kota Marudu dan semua yang telah berusaha keras untuk menjayakan pesta ini.Pesta yang bukan saja berciri hiburan tetapi cukup informatif. Perjalanan jauh saya tidak sia-sia kerana berbagai informasi dapat saya kutip disini terutama sekali ilmu yang berkaitan dengan pertanian dan teknologi. Cuma apa yang agak mengecewakan adalah pemilihan tapak pesta.Tapak dimana gerai pameran dibuat tiada masalah tapi tapak dimana gerai-gerai para peniaga menjalankan perniagaan adalah sangat tidak sesuai dan daif.Kasihan sungguh melihat para peniaga terpaksa menjual barang dagangan mereka dikawasan yang berlumpur.Saya yakin mereka adalah peniaga kecil yang mengharap untuk mendapat sedikit 'durian runtuh' dipesta ini, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Laluan pejalan kaki yang kecil dengan keluasan 2 kaki lebar itu terlalu sempit dengan gerai jualan terletak di kiri dan kanan. Seperkara lagi,pihak MOSTI telah membuat pameran yang sungguh hebat dengan pegawai-pegawai bertauliah yang bukan calang-calang orang.Sepatutnya kehadiran mereka dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga Kota Marudu untuk mendapatkan informasi tentang bio-teknologi dan nuklear.Pihak pejabat daerah Kota Marudu sepatutnya mewar-warkan kehadiran mereka (Pegawai2 MOSTI) kesekolah-sekolah seluruh Sabah amnya dan sekolah-sekolah di Kota Marudu khasnya supaya pihak sekolah boleh mengambil kesempatan membawa murid-murid melawat sambil belajar ke pameran MOSTI. Apa itu Bio-teknologi? Apa itu nuklear atau renewable energy? Apakah kepentingan bio-teknologi dan nuklear dalam pertanian? Bagaimanakah Kota Marudu boleh mendapat manfaat dari kecanggihan teknologi ini? Sedih rasanya jika pameran MOSTI ini berlalu begitu saja. Berikut saya ingin memberi beberapa cadangan untuk pesta jagung yang akan datang.Jika bersesuaian terimalah jika tidak pun ini sekadar cadangan. 1. Tapak pesta - mungkin pejabat daerah perlu menyediakan tapak pesta yang lebih luas dan bersifat kekal kerana pesta jagung adalah acara tahunan.Saya cadangkan pekan Tandek dipilih untuk tapak pesta ini dan mungkin bolehlah dinamakan "DATARAN TANDEK".Tapak ini nanti boleh juga digunakan untuk acara-acara seperti Pesta Menuai,sambutan Hari Malaysia, Maulidur Rasul,Maal Hijrah atau Krismas dan Tahun Baru Cina. 2. Acara - saya melihat di pesta jagung yang baru lalu,jagung tidak begitu terserlah.Sangat sukar untuk mendapatkan bekalan jagung kecuali jagung bakar yang dibuat oleh TOBISA.Malah ada pengunjung yang bertanya pada suami saya "Pakcik...dimana kau beli tu jagung rebus?".Saya cadangkan di pesta akan datang lebih banyak gerai menjual jagung disediakan.Insya Allah saya juga akan buka satu gerai untuk jual produk berasaskan jagung. 3. Masih lagi berkaitan acara - hampir semua pesta di Sabah Ratu Cantik mesti ada.Pesta Jagung juga tidak ketinggalan dengan Ratu Jagungnya.Ketika puan pegawai daerah membuat ucapan dan menyentuh tentang ratu jagung saya terdengar antara lain kata-kata beliau "....fesyen pakaian berasaskan jagung".Oleh kerana ini adalah kali pertama saya menghadiri pesta ini maka saya sangat teruja untuk melihat fesyen berasaskan jagung ini.Namun saya sangat kecewa kerana apa yang dipamerkan hanyalah wanita-wanita seksi yang berpakaian agak menjolok mata dan tidak sedikit pun mempunyai ciri-ciri jagung seperti yang di war-warkan.Maka cadangan saya di pesta akan datang acara ini ditukar kepada PERTANDINGAN PAKAIAN BERAGAM BERASASKAN JAGUNG yang terbuka penyertaannya kepada semua golongan lelaki dan wanita samada seksi ataupun tidak.Saya yakin pesta ini lebih meriah dengan kehadiran lelaki kimaragang berpakaian ala-ala koboi yang diperbuat dari kulit-kulit jagung. 4. MOSTI - Saya yakin selagi Datuk Dr Max menjadi ahli parlimen kita maka selagi itulah pihak MOSTI akan terus dibawa ke Kota Marudu.Oleh itu pihak sekolah jangan lepaskan peluang untuk mengadakan lawatan sambil belajar.Beri peluang kepada anak-anak kampung kita mendapat pendedahan yang sangat berfaedah ini.

Monday, November 23, 2009

SLOW-SLOW TOMPINAI...

Tom atau tompinai adalah antara staf SAM, namun artikel ini tiada kena-mengena dengan beliau. "Slow-slow tompinai" adalah tag line yang popular di Sabah khususnya Kota Marudu. Maksudnya lebih kurang - "perlahan-lahan kau saudara" atau yang semaksud dengannya. Ia bermotif nasihat dan peringatan namun kekadang ada yang menggunakannya secara sinis dan usikan. Kita tentu pernah dengar - "kelajuan boleh membunuh". Bukan tidak boleh "main laju" tapi tidak ramai orang suka "laju-laju", bikin cepat mabuk, cepat muntah, bahkan dalam konteks "yang lain", Nabi Muhammad sendiri pun menasihatkan para suami agar "slow-slow tompinai".... Saya yakin pembaca budiman cepat menangkap maksud saya. Jika dikaitkan pula dengan bisnes, politik dan sebagainya, "slow2 tompinai" juga sangat perlu. Ingat, "kelajuan" boleh "membunuh". Sabar dan bijak bosss...

Sunday, November 22, 2009

FARMVILLE...(PART 5)

Sebagai "farmer" lavel 1, jangan amal prinsip "Jentera didahulukan, kandang diutamakan". Alamat bankrapsi atau lambat kaya! Demikianlah jua klu kita petani atau kontraktor, utamakan yang terutama...sayangnya, jarang2 kita nampak orang kita amal prinsip "akaun didahulukan, visi misi diutamakan...", lalu kemana mereka selepas itu? Pening sang kerajaan membantu usahawan kita, banyak duit rakyat dibelanjakan untuk membantu dan menyelamat syarikat nyawa ikan. Silap siapa? Bagaimana membaikinya? Saya hadiahkan tuan/puan dengan soalan ini. Banyak yang saya pelajari melalui rakan2 farmville ini. Tentu perekacipta permainan ini begitu mendalam ilmu perekonomiannya atau juga orang biasa yang luar biasa daya fikir dan daya inovasinya. Tentu beliau seperti anda!...

Saturday, November 21, 2009

GERAI SAM-UTARAFM GAMIT PENGUNJUNG

KOTA MARUDU, SABAH: SAM merupakan salah satu badan NGO yang membuka gerai pameran dan perkhidmatan sempena pesta jagung di Kota Marudu. UtaraFM dan SabahanFM telah diberi peluang menunjukkan kehebatan sambil mempromosikan radio online Sabahan. SAM turut membantu mempromosi artis tempatan dan produk2 tempatan secara percuma. 8erbagai agensi kerajaan lain turut mengadakan pameran antaranya MOSTI, Jabatan Pertanian, Peladang, MDKM, SPR, Perhutanan,syarikat2 tempatan, para usahawan dan sebagainya. Gambar di atas hanya sebahagian yang terlibat dalam pesta ini. Pesta jagung kali ini tampak lebih memikat berbanding pesta sebelum ini. SAM mengucapkan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa pengelola dan semua yang terlibat menjayakan semua acara. Staf SAM dan UtaraFM turut memainkan peranan aktif dalam menjayakan salah satu acara penting iaitu pertandingan Nyanyian lagu tempatan . Ini satu lagi petunjuk bahawa SAM dan UtaraFM semakin diiktiraf.

PERDARAH KOTA MARUDU BERBAKTI LAGI

DEWAN KOMUNITI, KOTA MARUDU: Komuniti Perdarah Kota Marudu berjaya menganjurkan kempen derma darah sempena Pesta Jagung KM. Program kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Presiden PERDARAH MALAYSIA, En. Padan Sigar dan Setiausaha Agung, En. Firdaus Abdullah serta penaung PERDARAH KM, Pn. Luvita Koisun, Pegawai Daerah KM. Kempen kali ini berjaya mengutip darah daripada 45 penderma berbanding 48 orang pada Pesta Menuai Mei lepas. Kempen Derma Darah ini diakhiri dengan acara penyampaian hamper kepada penderma terawal, terakhir, terbanyak, termuda, tertua, teristimewa (grup darah yang sukar ditemui) bagi kategori wanita dan lelaki. Semua hamper disumbangkan oleh Eiza Cafe, milik staf SAM, manakala hampir keseluruhan kos operasi disumbang oleh Urban Storm Sdn. Bhd dan beberapa individu dermawan sekitar KM dan juga ahli AJK sendiri.

Friday, November 20, 2009

SAM, UTARAFM, SABAHANFM SANTAI BERSAMA

RAHAYA CAFE,KOTA MARUDU: Sempena Pesta Jagung Kota Marudu, SAM, UtaraFM dan SabahanFm akan bersama di gerai SAM. Baru sebentar tadi Dj2 SabahanFM tiba dari Kota Kinabalu dan diraihkan oleh staf SAM dan Dj2 UtaraFm. Laporan ini langsung dari Rahaya Cafe, Kota Marudu.

HUKUM MANUSIA ...

Izinkan saya memberi sedikit tazkirah untuk kita renungi bersama. Oleh sebab saya bukan ustaz maka saya tidak menggunakan kitab sebaliknya hanya bermodalkan cerita pasal bola... Kelmarin dunia bola sepak digemparkan dengan episod "keajaiban tangan Terry Henry" mengulangi apa yang pernah dilakukan oleh Maradoona. Terry Henry mengaku bola terkena tangannya namun ulang tayang menunjukkan bola itu terkena tangannya dan kemudian tangannya dengan sengaja mengubah kedudukan bola itu agar mudah dilorong kepada rakannya yang kemudiannya dengan mudah menanduk masuk ke gawang... Keputusan pengadil? Gol itu disahkan. Perancis mara ke Afrika Selatan manakala Rep. Ireland merana kecewa dan marah... Anda bagaimana? Saya kecewa namun inilah hakikat bahawa Hukum manusia daif adanya. Hukum Allah jua lah yang sempurna

SK KOROMOKO BERTEKAD CEMERLANG

SK KOROMOKO, TANDEK: Sekali lagi Urban Storm dengan kerjasama SAM menabur bakti dan menjejaki kedaifan serta keperitan masyarakat. Kali ini di SK Koromoko, sebuah sekolah kategori Sekolah Kurang Murid (SKM). Urban Storm telah menyumbang sejumlah dana untuk menjayakan majlis tersebut. En. Jaimbol Dangus, CEO Urban Storm telah dijemput merasmikan majlis tersebut dan diwakili oleh En. Junik Dangus. Dalam ucapan CEO Urban Storm Sdn.Bhd yang dibacakan oleh wakilnya, beliau mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah yang telah menjalankan tugas dengan penuh didikasi walaupun dihambat dengan berbagai masalah. turut mengingatkan bahawa kejayaan boleh dicapai melalui usaha dan tindakan yang betul. Kemiskinan bukan alasan untuk berjaya, dan SK Koromoko telah membuktikan ini dengan melahirkan beberapa anak watan Koromoko yang berjaya. Turut hadir dalam majlis ini ialah En. Androd (wakil SAM) merangkap PK (Pentadbiran) SMK Tandek yang bakal menerima kehadiran beberapa orang pelajar SK Koromiko pada sesi persekolahan tahun 2010. (Sila ikuti lagi cerita mengenai SK Koromoko dan Kg. Koromoko dalam artikel berikutnya)

Thursday, November 19, 2009

berSATU!

Rahaya Cafe, KM; Mesyuarat Hari Keluarga SATU Tandek baru selesai dilaksanakan di Bilik Persidangan Marudu Inn. Kini AJK sedang bersantai di Rahaya Cafe (lihat ggambar) Antara ketetapan mesyuarat mengenai program ini: Tarikh majlis: 6.12.2009 Tempat: Pekan Tandek Masa: bermula jam 8 am. Antara pengisian: pengkisahan salasilah keluarga, pameran barangan antik, persembahan kebudayaan, ramah mesra dan sebagainya. Kaum keluarga dijemput hadir Antara penyumbang utama majlis ini ialah Syarikat Urban Storm Sdn.Bhd dan individu dermawan. Maklumat lanjut sila baca dalam Sabah Times dan Utusan Borneo dalam masa terdekat.

SENARIO PEJABAT KITA

Pagi tadi saya telah pergi ke sebuah pejabat kerajaan di sebuah daerah. Saya ada urusan dengan pegawai di pejabat kerajaan tersebut. Saya sudah agak, kadang2 para pegawai kita ni ada yang lambat sampai pejabat, so saya sengajalah datang lewat 15 minit dari jam 8am. Sesampainya saya di pejabat kerajaan tersebut, kerani bertugas mengatakan bahawa pegawai belum sampai. Saya menjangkakan kerani tersebut tidak kenal saya sebab cara percakapannya pun agak kasar dan langsung tidak senyum. "Apa kau mau?" "Saya mau jumpa pegawai... bla bla bla." (Adalah tu) "Pegawai belum sampai lagi. Pigi minum kali." Bagus juga saya diminta duduk di ruang menunggu. Selepas beberapa minit, beberapa orang tetamu lain datang dengan pelbagai keperluan. "Oh! Kau pinjam lesen si anukah?" Saya mendengar kerani tersebut bercakap. "Mungkin mereka bercakap tentang projek." Saya berkata dalam hati. Selepas setengah jam duduk menunggu saya bertanya lagi kepada kerani tersebut, "Pegawai yang satu lagi tiadakah?" Kerani tersebut tidak menjawab. Seketika kemudian dia meminta saya mengemukakan dokumen yang saya bawa. Mungkin baru dia perasan saya bukan budak kampung yang tidak tahu apa2, tiba2 mulut dia yang tadi kalah2 mulut berudu, kini mengukir senyuman sampai ke telinga. "Bah, tunggu sekejap ah Dr." Wah! Sekarang bukan main peramah lagi. Tepat jam 9am pegawai yang saya ingin berurusan tiba. Saya anggap sajalah ada perkara mustahak yang melambatkannya datang ke pejabat. Tapi kalau tiap2 hari begitu pun payah juga. Kesian orang2 kampung yang ingin berurusan. Oleh kerana identiti saya sudah dikenalpasti, cepat saja kerani tersebut mengatur urusan saya dengan pegawai berkenaan. Selesai urusan saya meninggalkan pejabat kerajaan tersebut. Syukurlah saya tidak terlambat sangat untuk urusan berikutnya. Beginilah keadaan pejabat kerajaan kita di kebanyakan tempat. Kurang berdisiplin dan kurang mesra pelanggan. Tidak hairanlah ramai orang yang sakit.

BARANG GHOIB...

RESTORAN KHAMSIAH, KM: Saya berkesempatan minum kopi bersama rakan dari bumi Jawa yang baru balik dari Jawa. Post artikel ini langsung dari khamsiah... Dalam percutiannya baru2 ini di Jawa, beliau mencoba2 nasib di makam sunan Bonang, namun yang diperolehinya bukan yang dihajati. "Orang2 mulia dan baik seperti para sunan (wali), hidup mereka bawa kebaikan, sudah mati pun masih bawa kebaikan. Ramai pengunjung makam beliau, sehingga boleh mewujudkan banyak peluang kerja..." "itu pun barang ghoib juga, mas" kata saya sambil ketawa. Pengajaran yg diperolehinya dan saya pelajari itu sesuatu yang bersifat "ghaib", namun lebih bermakna dari barang nyata..

BIARLAH GAMBAR BICARA...

Melentur...

TOBISA BISA (BOLEH) !..

(Kanan: Geoge Saidi, Tim.Presiden TOBISA) KOTA MARUDU, SABAH: Bersempena Pesta Jagung Kota Marudu satu percubaan mencipta rekod di dalam Malaysia Book of Records akan diadakan mengikut ketetapan berikut: Penganjur: Persatuan Tabilong Bersatu Sabah (TOBISA) Tarikh: 22 Nov 2009 Masa: Bermula jam 7 am. Tempat : Tapak Pesta Jagung Rekod: Jagung bakar terbanyak (5000 tongkol) Demikian menurut En. George Saidi, Timbalan Presiden, TOBISA. Pihak persatuan mengalu-alukan sokongan moral para pengunjung. Para pengunjung berpeluang memakan jagung bakar tersebut. Adalah diharapkan usaha mencipta rekod ini akan menyerikan lagi pesta Jagung kali ini.

Berhati-hati dan berwaspada

Rabu - 18 November 2009 Sekitar jam 5.30 petang tadi saya telah ke Wawasan Plaza,Kota Kinabalu untuk membeli beberapa barangan keperluan.Saya melihat beberapa orang dewasa dan kanak-kanak sedang berlegar-legar berhampiran pintu masuk utama.Sambil melihat-lihat pameran barang-barang di ruang legar tersebut saya dikejutkan dengan keriuhan seorang ibu yang memekik-mekik memarahi anaknya. Kenapa kau tidak teriak tadi...lain kali kau teriak bah,kalau babu kau tiada tadi macamana, habislah kau tu kena culik. Saya hanya tergamam melihat keriuhan itu.Dari perbualan mereka jelaslah kepada saya apa yang terjadi.Kanak-kanak lelaki bersama ibu tadi berumur sekitar 12 tahun,berjalan bersama bapa, kakak dan makciknya.Ibu dan bapanya berjalan agak jauh kehadapan manakala kanak-kanak lelaki tadi santai dan seronok berjalan bersama kakak dan makcik tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali menarik tangan kanak-kanak lelaki itu dan cuba membawanya masuk kedalam lif.Kanak-kanak itu pula hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya ditarik oleh lelaki yang tidak dikenali tadi.Mujurlah makciknya menyedari dan bertindak pantas menyergah orang itu. Kenapa kau tarik dia? tanya makcik kanak-kanak tadi. Ohh...main-main saja bah jawab lelaki yang tidak dikenali itu dan terus beredar.Besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dibawa lari jika makciknya tidak bertindak. Nampaknya kejadian menculik kanak-kanak semakin menular di Kota Kinabalu.Dua minggu lalu seorang kanak-kanak lelaki juga berumur sekitar 11-12 tahun dilaporkan hilang di kawasan Api-Api Centre,Kota Kinabalu.Dan hari ini seorang lagi hampir-hampir menjadi mangsa. Kepada semua ibubapa...berhati-hati dan berwaspadalah jika membawa anak-anak berjalan sama kemana saja lebih-lebih lagi ke tempat-tempat yang agak sibuk.Dan jangan leka dengan barang-barang pameran yang beraneka jenis.Pastikan anak-anak anda tidak berada jauh dari anda. Kepada kanak-kanak pula....bila berjalan bersama ibubapa pastikan anda sentiasa bersama ibubapa anda.Jangan sesekali merayau-rayau jauh dari pandangan ibubapa anda terutama sekali bila berada di tempat yang sibuk contohnya pusat beli-belah,kerana jika terjadi penculikan biasanya orang sekeliling tidak menyedari.Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati terutama sekali bila berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali.Sebaik-baiknya jangan berjalan seorang diri.

Wednesday, November 18, 2009

AGAPE CLINIC MANTOP!

(Gambar atas: Dr. Zyrod menerima T-shirt PERDARAH) AGAPE CLINIC, KM: Klinik swasta yang terbaru di WTK, KM merupakan klinik yang menyediakan perkhidmatan amat memuaskan dari segi prasarana dan perubatan. Klinik ini diusahakan oleh Dr. Zyrod, mantan Pengarah Hospital Kota Marudu. Beliau juga merupakan Naib 2 Komuniti PERDARAH, Kota Marudu.

MANU 3 CSKA 3

B3, T&G 3, KM: Perlawanan UEFA Champions League sedang berlangsung (siaran ulangan). Ketinggalan 1-3 tidak menghalang Man United bermain seperti biasa, tenang dan terus membuat beberapa percubaan. Percubaan atau mencuba itu kunci kejayaan. Gol ketiga Manu kerana keberanian mencuba. Akibat percubaan itulah bole mengenai pemain CSKA lalu membias ke gawang gol. Bayangkan kalau para pemain MANU hanya mencuba ketika peluang ternganga, tentu sekali gol tidak dihasilkan. Kisah pendek tapi benar ini, diharap memotivasikan pribumi. Bak kata org kita sendiri: "belum cuba, belum tau". Namun jangan hanya cakap...mesti BUAT!

Tuesday, November 17, 2009

KENALI RESTORAN DI KM....

KOPI itu bikin ketagih. Lepak kedai kopi juga bikin ketagih tapi bukan merosakkan. Saya ada 3 station pekena kopi di KM. Restoran farghana, tempat dimana saya sering mendapat idea melukis kartun tentang penjaja2 kaki lima. Dan disini saya "melayan" sahabat2 kecil saya kalangan peniaga kecil2an dan restoran ini jugalah pernah menjadi "pejabat no.2" saya selama hampir 10 tahun, tempat pelajar PJJ "berguru" dengan sanguru. Yang kedua, Restoran bumiputra, tempat dimana saya harus melayan kategori kawan yang bukan NGO, yang ada "minat" yang sama dengan saya. Roti canainya pun sedap di sini, tapi susah nak tengok bola sebab taukehnya lebih suka tengok wayang Tamil...cerita Hindi... Yang ketiga, Rahaya Cafe tempat pertemuan dengan rakan2 Bloggers KM dan UtaraFM. Kadang2 saya singgah pekena kopi di Restoran Sedia menanti atau Sri Menanti kerana soto campur dan rojaknya sedap di sini tambahan pula ada wireless free. Kalau hari Jumaat ada menu nasi beryani. Cuma... kekadang saya "rimas" sedikit kerana restoran ini jadi tumpuan orang2 politik dan para kontraktor... Kalau bersama family pula, saya memilih restoran Izati kerana agak esklusif, menarik dan makanannya pun boleh tahan pada harga berpatutan. Seronoknya, di mana2pun, saya selalu kena belanja oleh kawan meja lain. Bila nak bayar, pelayan kata orang dah bayar. Rezeki. Mungkin juga mereka membalas budi, mungkin juga menabur budi, mungkin juga mengiktiraf, barangkali juga kasihan...

Kura-kura,sang monyet dan ketam

Al kisah di sebuah negeri ada seekor kura-kura yang cerdik tinggal di tepi sebatang sungai. Sedang ia mencari makan tiba-tiba dia terpandang sebatang pokok pisang yang sedang hanyut.Maka sang kura-kura pun berenang dan membawa batang pisang itu ketepian. Sang monyet yang sedang bergayut di atas pokok hanya memerhatikan gelagat kura-kura dengan batang pisang itu.Melihat kura-kura terkial-kial maka turunlah sang monyet dan berjalan kearah kura-kura seraya bertanya. "Wahai kura-kura,apakah yang hendak kau buat dengan batang pisang ini....sedari tadi aku memerhatikan kamu terkial-kial membawanya ketepi". "Ohh...sang monyet rupanya".Kata kura-kura."Aku hendak menanam batang pisang ini supaya bila ia berbuah nanti bolehlah aku memakannya" kata kura-kura yang cerdik lagi bijaksana itu. "Kalau begitu aku akan membantu mu tetapi dengan bersyarat". Kata sang monyet.Di benak fikirannya sudah timbul berbagai rancangan dan muslihat. "Baiklah....apa syarat-syarat mu?" Tanya kura-kura. "Aku akan membantu mu menaikkan batang pisang ini ke darat tetapi batang pisang ini kita bahagi dua.Bahagian atasnya untuk aku manakala bahagian batang untuk kamu".Kata sang monyet yang rakus dan penuh muslihat itu.Dia bercadang untuk menanam batang pisang bahagian atas yang masih berdaun dengan harapan ia akan cepat mengeluarkan buah. Sang kura-kura hanya mengangguk tanda setuju lalu mereka pun menanam batang pisang yang telah di potong dua itu.Hari berlalu....batang pisang yang ditanam oleh sang monyet semakin layu dan akhirnya mati manakala batang pisang yang ditanam oleh kura-kura pula semakin membesar dan akhirnya mengeluarkan buah yang masak ranum. Sang kura-kura tidak berupaya untuk memetik buah yang sedang ranum itu maka sekali lagi sang monyet mengambil kesempatan.Dengan berpura-pura hendak membantu,sang monyet memanjat pisang itu lalu memetik buah dan terus memakannya.Dia hanya melemparkan kulit pisang itu kearah kura-kura yang sedang menanti dibawah. "Sang monyet....mana bahagian saya?" Tanya kura-kura."Ohh...sekejap lagi akan saya beri" kata sang monyet sambil melemparkan lagi kulit-kulit pisang kebawah.Tidak cukup dengan kulit pisang malah sebahagian kulit pisang diisi dengan najis sang monyet lalu dihumban kepada kura-kura.Melihat kura-kura yang kecewa...sang monyet ketawa berdekah-dekah. Marah dan bosan dengan gelagat sang monyet maka kura-kura pun turun ke sungai bertemu rakan karibnya sang ketam.Lalu ia menceritakan satu persatu. "Jangan bimbang...aku akan membantu kamu".Kata sang ketam sambil berjalan kearah pokok pisang.Perlahan-lahan sang ketam memanjat pokok pisang itu lalu menyepit sang monyet yang sedang asyik memakan buah-buah pisang tadi.Kerana kesakitan sang monyet melompat-lompat hingga menyebabkan buah-buah pisang yang sedang masak ranum itu jatuh berguguran. Puas hati melihat pembalasan yang diterima oleh sang monyet,maka kura-kura menyuruh ketam melepaskan sepitnya.Maka berlarilah sang monyet sambil meraung kesakitan.Sang ketam kemudian turun dan sama-sama menikmati buah pisang hasil tanaman sang kura-kura. Demikianlah kisah tangon Kura-kura,Sang Monyet dan Ketam yang pernah diceritakan oleh almarhum ibu.Diharap janganlah ada diantara kita yang berperangai seperti monyet tadi. Jadilah seperti ketam dan kura-kura yang saling membantu.

Hiburan dulu-dulu

Masa saya kecil dulu di Tandek....tahun 1960an....air tiada,elektrik jauh sekali.Tapi seronoknya hidup tidak terkira.Setiap pagi dan petang, saya dan adik beradik bersama sepupu-sepupu akan mandi bersama beramai-ramai di sungai.Manakala makcik-makcik ramai-ramai membasuh kain. Satu hari 2 kali piknik..... . Sambil mandi kami bermain.Ada yang lumba berenang, ada pula yang bertanding siapa paling lama menyelam.Tapi paling hebat Terjun Amarikan.Ini kegemaran abang-abang saya Otok,Anang dan pakcik Makibin (arwah).Tidak ketinggalan juga kakak saya si Datin.Dialah satu-satunya peserta perempuan untuk acara itu.Mereka akan berlari laju-laju hingga ke tebing sungai dan terjun ke dalam sungai.Doooosssshhhhh...... Waktu malam lampu pom akan dinyalakan untuk menerangi rumah maka kakak dan abang bersama almarhum bapa akan duduk berkeliling dibawah cahaya lampu pom itu untuk mengulangkaji pelajaran.Saya yang belum bersekolah pun turut sama menelaah entah apa-apa je.... Jam 8 malam radio akan dipasang...ini rutin harian,bapa nak dengar berita.Lepas siaran berita .... ini yang ditunggu-tunggu sebenarnya oleh sebahagian besar isi rumah kami - drama radio BUJANG SI GANDAM.Cerita klasik orang Brunei. Tapi saya kurang faham isi cerita Bujang Si Gandam ini....mungkin kerana bahasa yang digunakan, pelat berunainya terlalu pekat. Biasanya pada waktu malam selepas mendengar drama Bujang si Gandam kami akan membantu ibu membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan pertanian seperti dan merepuh jagung dan membuang tulang daun tembakau.Ini adalah sebahagian dari usaha almarhum ibu untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga - menjual jagung dan tembakau. Supaya tidak terasa penat kami akan bekerja sambil berteka-teki dan sesekali ibu akan bercerita tangon.Paling mengiburkan tangon "Kura-kura, Sang Monyet dan Ketam".....ceritanya lucu tetapi penuh pengajaran.Jika berkesempatan saya akan post kan cerita tangon ini dimasa akan datang insya Allah. Hingga bertemu lagi....salam ITandek....

CERITA TENTANG DJ RUMPUTT@UTARAFM

sumber: Utusan Borneo

Monday, November 16, 2009

BELUM BERAKHIR

Ada orang yang walaupun menerima 'tamparan' yang hebat, masih mampu berdiri dan berjalan terus. Sama2 kita saksikan tayangan berikut. :)
Persoalan: 1. Mungkinkah wanita itu tidak nampak lampu trafik menyala merah? 2. Mungkinkah lelaki itu hanya menguji kehebatannya bermotosikal? 3. Mungkinkah wanita itu tidak nampak lelaki bermotosikal itu? 4. Mungkinkah lelaki itu sengaja ingin membunuh diri? 5. Senarai persoalan masih banyak... Segala2nya masih menjadi persoalan kerana kita tidak tahu kejadian yang sebenar secara keseluruhannya. Kita tidak nampak di mana dan jika ada lampu trafik di situ. Kita juga tidak tahu apa keadaan sebenar lelaki dan wanita itu. Sebaik2nya kita jadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran agar kita berhati2 ketika di 'jalan raya'. Jalan yang biasa kita lalui tidak semestinya tidak mengundang bahaya. Apa boleh buat kerosakan pada motosikal dan kereta itu. Bersyukurlah kerana tidak ada kecederaan jiwa. Bahkan luka ringan pun tidak kelihatan sangat. Masih ada jalan penyelesaian untuk memperbaiki masa depan. Motosikal dan kereta masih boleh dibaiki atau boleh diganti baru jika tidak boleh dibaiki lagi, meskipun mungkin terpaksa mengeluarkan kos. Nota: Ada perkara yang tidak boleh dinilai dengan wang dan harta benda. Kita wajar menghargainya. Teruskan perjalanan selagi masih bisa...