SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 1, 2009

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA (AIM): Pembela Rakyat Miskin!

Walaupun sudah hampir separuh dekad saya meninggalkan majikan lama ini, namun ianya masih terpahat kukuh dalam ingatan. Terlalu banyak ilmu, kemahiran dan pengalaman berkenaan dengan "Kepimpinan Melalui Perniagaan" yang saya perolehi daripadanya. Berdasarkan perkhidmatan beberapa tahun saya bersama-sama dengan mereka, maka tidaklah keterlaluan untuk saya katakan bahawa, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan pembela rakyat miskin. Ya, antara yang terbaik! Namun, siapakah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu? Bagi mereka yang belum tahu, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) ialah sebuah badan Amanah Persendirian yang ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan didaftarkan di bawah Akta Amanah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258). Penubuhan AIM dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YPEIM), Kerajaan Negeri Selangor dan Pusat Pembangunan Asia Pasifik. Objektif penubuhan AIM ialah untuk mengurangkan kemiskinan di Malaysia melalui pengeluaran Pembiayaan Ikhtiar kepada isi rumah miskin di luar bandar untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang menambahkan pendapatan. Sejarah perkembangan AIM berkait rapat dengan penubuhan Bank Grameen. Sejarah Bank Grameen bermula apabila Dr. Muhammad Yunus, Pensyarah Ekonomi di Universiti Chittagong Bangladesh menjalankan kajian pada tahun 1976 mengenai golongan miskin yang jarang melibatkan diri dalam dunia perbankan. Daripada kajiannya mendapati golongan miskin ini tidak berupaya untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi. Nantikan siri yang seterusnya...

4 comments:

SANGURU said...

AIM bagus, penulis pun bagusssss...

Umar al-Longobi said...

semasa sy menjadi staf AIM dulu, sy berani berpidato dari kg ke kg bagi menyedarkan mereka agar bangkit drp kemiskinan. antara sebab sy berani pada masa itu adl krn, di tangan sy ada puluhan bahkan sampai ratusan ribu duit (duit AIM) utk disalurkan kpd mereka. kami berceramah dan pada masa yg sama kami sediakan wadah kpd mereka utk berubah.

syabas AIM!

2`OnE RfiQ said...

kenapa bhenti kerja???

Azri/jeri said...

KAMI merupakan usahawan AIM. Dapatkan katalog terkini kami untuk tahun 2013 di

http://mdkeklapis.blogspot.com/

..tempahlah sekarang!!!