SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Wednesday, November 25, 2009

BANGAU OH BANGAU...

Artikel Dr.Nelson tentang "Kerbau dan Bangau" memberi inspirasi kepada saya untuk menulis sedikit pasal "bangau"... Berkat kemajuan/program pembangunan kerajaan dan daya usaha sendiri, Kota Marudu telah melahirkan banyak/ramai "bangau". Ada antara "bangau" itu berada di belakang kerbau, ada pula yang sedang berterbangan, ada pula yang membawa diri di rantauan. Namun bak kata pepatah Melayu, "setinggi2 bangau terbang, hinggap di belakang kerbau juga". Tidak perlu saya nyatakan maksudnya. Pembaca sudah sedia maklum. Jauh di lubuk hati orang seperti saya yang bermastautin di tanah kelahiran sendiri, amat mengharap agar "bangau2 Tandek/Kota Marudu" sentiasa ingat "kerbau" dan sesekali memberi sumbangan walaupun berada di rantauan. Dalam memajukan bangsa dan tanah kelahiran, siapa lagi sandaran utamanya kalau bukan kita, baik yang jauh ataupun yang dekat.

9 comments:

Anonymous said...

Saudara ku Sanguru...Pertama sekali saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA" kepada anda dan teman2 yg membaca tulisan saya ini.Saya amat2 memahami Perasaan dan tulisan anda seperti d dalam "BANGAU OH BANGAU"..Pertama sekali orang KM/Tandek terlebih dahululah menjadi MP/ADUN d Kawasan tumpah darah sendiri anda ini...Sekalipun bukan anak tempatan yg menjadi MP/ADUN d KM/Tandek asalkan Persembahan,gaya kerja dan keikhlasan mereka kepada rakyat,Pengundi tanpa memilih bulu Bangsa,Suku dan Agamanya.Sanguru percayalah kepada saya jika Kekuatan benar2 bersatu anak tempatan d KM/Tandek pasti Anak tempatan akan menerajui Kepimpinan d Kawasan KM/Tandek tu.....Dengan syarat Kawasan yg d peruntukan d sana adalah untuk PBS...Terpaksalah anak tempatan menyokong dan menyertai Parti yg mewakili d Kawasan sana......Takbir !!!

SANGURU said...

anonymous yg dihormati dan pembaca budiman khususnya Tandekian,
Biarlah saya berterus terang: cuba tanyakan kepada Dtk. Pairin, mengapa anak tempatan/watan Tandek tidak diangkat sebagai calon PBS terutmanya PR 2008 baru lalu? Saya harap Huguan berkata benar. Maka selagi SEBAB itu tidak berubah, selagi itulah anak watan Tandek akan dinafikan hak2 mereka.
Saya amat sedih juga marah apabila satu2nya bangsa/suku kaum di negara ini tidak mempunyai wakil kaumnya. Itulah suku kaum kimaragang yang mendominasikan N5 Tandek.
Berbagai taktik, muslihat dan alasan diberikan kepada bangsa malang ini. Namun saya tidak berhenti berharap, suatu masa nanti Tuhan mengembalikan hak kepada bangsa ini, baik melalui PBS atau apapun parti.
Bangsa ini punya ramai cendikiawan dan pemimpin (tak semestinya memegang jawatan dalam parti. Maaf klu sy katakan begini kerana antara taktik yg pernah digunakan utk menafikan hak2 Tandekian ialah tiada yg berkebolehan dlm parti. Kini sudah ada , di dalam atau di luar parti)...
Semoga apapun parti yg bertanding kelak, mereka hormati dan berikan hak2 itu kepada bangsa ini. Berlaku adillah dan sayangilah setiap bangsa, kerana setiap bangsa itu ciptaan Tuhan jua.
Masih banyak yang terbuku di jiwa, namun saya hanya pejuang kecil utk bangsa kerdil ini.
Khusus kpd mereka yg sering memandang serong perjuanganku, biarlah sy berterus terang: suara saya, perjuangan saya, susah payah saya selama ini SEMATA2 KERANA HAK, MARUAH DAN MASA DEPAN BANGSA. saya bukan politikus, sy lebih sesuai brgkali dianggap PATRIOT. Kalaulah selama ini hak itu dipenuhi, sudah tentu saya tidak keluar dan bersuara. Saya bkn org politik dan kurang berminat, namun demi hak, keadilan dan masa depan bangsa tercinta, sy mungkin...
Kpd PBS, usah asyik mengulangi "perjuangan belum selesai" (PBS) sebagai gula2...cinta Tandekian kpd PBS usahlah sewenang2nya dimanipulasikan dgn meletakkan calon secara sesuka hati. Ini membuat rakyat tidak gembira! Namun TERPAKSA mengundi kerana cinta (buta)...
Ingat kata2 sy kpd Dtk Pairin, DS Max, dll : "APA GUNANYA KEMENANGAN JIKA RAKYAT TIDAK GEMBIRA"...
Sampaikah hati melihat rakyat tidak gembira?...

SANGURU said...

ada sebabnya hingga kini Bangsa Kimaragang/Tandekian ketiadaan wakil. Salah satu sebab utama ialah kerana pengabungan N5 Langkon dan N6 Tandek menjadi N5 Tandek yg diatur sedemikian rupa utk "mengurangkan" (?) kerusi PBS semasa PBS menjadi pembangkang dulu.
Pengabungan dua ADUN menjadi N5 Tandek menyebabkan N6 Tandek ditenggelami oleh N5 Langkon kerana N5 Langkon ada Dtk. Maximus J. Ongkili manakala N6 Tandek ketika itu teraba-raba apabila mendiang Dtk Saibul Supu mengosongkan kerusi KB PBS Tandek kerana tidak bersetuju dengan tindakan PBS menjadi pembangkang ketika itu. Maka bermulalah apa yang dikenali orang Tandek sebagai "penjajahan orang luar". Maafkan saya kerana mengungkapkan semula istilah ini.
Berdasarkan kpd punca sebenar masalah Tandekian ketiadaan wakil sejak hampir 20 tahun ini maka saya mencadangkan dan meminta kpd pihak kerajaan dan SPR agar mengembalikan semula adun N5 Langkon dan N6 Tandek dan biarlah kedua2 kawasan ini diwakili orangnya sendiri seperti dulu. Berikan dua kawasan ini kpd PBS kerana ini memang kerusi PBS sejak dulu. Dan selepas dikembalikan, saya berharap YB2 PBS lebih ikhlas dan adil kpd komponen2 BN lain kerana inilah punca mengapa komponen2 BN lain terutamanya UMNO menuntut kerusi utk mereka. Ini kenyataan di lapangan wpn mungkin ada yg akan "marah" kpd saya.
Semua ini sy dedahkah bkn bermotif politik, hanya kerana saya ingin mengusai kekusutan, kebobrokan dan demi keadilan. Tq

SANGURU said...

anonymous, tq kr komen anda merangsang saya untuk meluahkan apa yg terpendam. Mudah2an apa yang selama ini membuat saya bersedih dan berkecil hati akan selesai. Jika sudah selesai, saya akan berhenti, sudah lama ingin berhenti sebenarnya...

SANGURU said...

khusus kpd anak2 Tandek dlm PBS, maafkan saya kerana memilih cara sendiri utk "memerdekakan" Tandek. Saya bkn org politik dan bkn kemaruk menjadi apa2. Saya sedikit pun tidak berniat utk menutup "peluang" tuan/puan. Bukan peluang yg saya cari. Saya hanya mahu TANDEK MERDEKA! hanya ingin mengusai kekulutan dan kekusutan dlm bangsa saya yang diakibatkan oleh para politikus bangsa saya sendiri. Hanya ingin membela bangsa saya yang dipermainkan oleh mereka yg karut marut.
SAYA DALAM DILEMA SEBENARNYA, KASIH DAN KASIHAN BANGSA SAYA, DAN PADA MASA YG SAMA MENGASIHI DAN MEMAHAMI BANGSA LAIN...ATAU PEMIMPIN SEKARANG.
Sakit kepala tapi seronok memikirkannya! Hehehe

Anonymous said...

Sanguru saya sedih juga bila membaca coretan ikhlas anda....Tetapi jika Rakyat/Pengundi Kimaragang BERSATU sudah pasti ia akan meUJUDkan 1 Fenomena yg baik/bagus kearah penyatuan perpaduan yg jitu kearah bangsa Kimaragang yg kehausan kuasa (Dari segi politik).Jangan hanya pandai berfikir untuk kahausan/minum jika bercakap soal mewakili kaum Kimaragang...Tunjukkanlah komitment suku kaum anda untuk menyatu bersama sama dengan Parti yg mewakili kawasan KM/Tandek....Soal Sanguru mahu Tandek Meredeka itu cari saja FORMULA Kemerdekaan negeri ini...Kalau masih bisa kena peralatkan oleh Bangsa lain apalah ertinya...Sebelum menjurus pemikiran kearah kemerdekaan KM/Tandek itu persediaan WAJIBlah ada d sediakan....Janganlah seperti Pemimpin negeri Sabah sewaktu mahu menerima kemerdekaan negeri Sabah melalui Malaya.....Delemanya masih lagi ada sampai kesaat hari ini...Soal kurang peduli kepada Komponen yg lain mungkin itu adalah Pembelajaran dari Umno (Sabah) mungkin...Kerana d setiap semua kawasan pada mulanya Umno lah yg membolot kebanyakan cara kekuasaan berpolitik......

Anonymous said...

Salam AidilAdha dan Salam 1 Malaysia buat semua..

Kenape diam2 ubi berisi?
Kenape tin kosong menyanyi,
kenapa mesti meratip hati,
kenapa harus mendabik diri.

SANGURU said...

tq anonymous, semoga pandangan ini turut direnungi oleh semua. Kita semua org KM berperanan membawa perubahan yang baik (tidak semestinya politik. Banyak bidang lebih mustahak perlu difikirkan). Siapa ada idea dan niat yg baik, ayuh lakukan, baik secara individu atau berkumpulan. Namun berkumpulan lah yang sebaik2nya.

Anonymous said...

"APA GUNANYA KEMENANGAN JIKA RAKYAT TIDAK GEMBIRA"...ini kata2 Androd Sadian @ Mohd Redza Abd....Jangan saja telunjuk anda lurus kelingking anda berkait pula...!!!Kemenangan itu memang sudah tentu mengambirakan rakyat setampat...Kerana kemenangan itu yg 'RAMAI' dan sebuah kebahagiaan...Lihat sadja pada hari ini sekalipun N.5 Tandek itu kawasan yg cukup besar seperti sebuah negeri Perlis tetapi YB yg mewakili Kawasan yg besar ini adalah seorang wanita yg menghayun buayan pada satu hari yg lalu.....!!! Oleh yg sdemikian itulah satu cara Datuk Presiden Parti menilai dan melihat sejauhmana kebolehan seorang wanita yg bernama "YB.ANITA BERANTING".....Sabar kau Sanguru jika jiwa anda dan Sifat anda adalah seorang pejuang rakyat pasti anda akan terangkat d suatu hari nanti....Jangan sadja mudah terangkat Pantat....K