SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, November 16, 2009

BELUM BERAKHIR

Ada orang yang walaupun menerima 'tamparan' yang hebat, masih mampu berdiri dan berjalan terus. Sama2 kita saksikan tayangan berikut. :)
Persoalan: 1. Mungkinkah wanita itu tidak nampak lampu trafik menyala merah? 2. Mungkinkah lelaki itu hanya menguji kehebatannya bermotosikal? 3. Mungkinkah wanita itu tidak nampak lelaki bermotosikal itu? 4. Mungkinkah lelaki itu sengaja ingin membunuh diri? 5. Senarai persoalan masih banyak... Segala2nya masih menjadi persoalan kerana kita tidak tahu kejadian yang sebenar secara keseluruhannya. Kita tidak nampak di mana dan jika ada lampu trafik di situ. Kita juga tidak tahu apa keadaan sebenar lelaki dan wanita itu. Sebaik2nya kita jadikan kejadian ini sebagai satu pengajaran agar kita berhati2 ketika di 'jalan raya'. Jalan yang biasa kita lalui tidak semestinya tidak mengundang bahaya. Apa boleh buat kerosakan pada motosikal dan kereta itu. Bersyukurlah kerana tidak ada kecederaan jiwa. Bahkan luka ringan pun tidak kelihatan sangat. Masih ada jalan penyelesaian untuk memperbaiki masa depan. Motosikal dan kereta masih boleh dibaiki atau boleh diganti baru jika tidak boleh dibaiki lagi, meskipun mungkin terpaksa mengeluarkan kos. Nota: Ada perkara yang tidak boleh dinilai dengan wang dan harta benda. Kita wajar menghargainya. Teruskan perjalanan selagi masih bisa...

4 comments:

SANGURU said...

banyak persoalannya tu doc...jika ada dua pilihan:
1. Menyelesaikan persoalan misalnya matematik
2. Menanam jagung
Saya pasti memilih yang no.2. Dah lama dan dah lampau banyak permasalahan dihadapi, maka menanam lebih baik. hasilnya nanti ramai2 boleh makan...

MindaGuru said...

ngam doc, sukar kita buat tafsiran jika tidak tahu keadaan yang sebenar..ya mari kita menghargai apa yang kita miliki.

maikong said...

1.ini macam lakonan berani mati saja...
2.macam pemandu motorkar ini hayal/melepas kali dia semalam/fikiran tidak tenteram.
3.motorsikal pula macam buat stunt saja angkat kaki naik atas.

apa2pun andaian,..ini adalah keadaan yg berlaku di atas jalanraya..ada yg hayal/marah/main2/nak cuba2...nah padah akibatnya..

Anonymous said...

Malas laa mo komen Maikong.....Orang Hokkien cakap "May Kong lah"