SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Thursday, November 19, 2009

Berhati-hati dan berwaspada

Rabu - 18 November 2009 Sekitar jam 5.30 petang tadi saya telah ke Wawasan Plaza,Kota Kinabalu untuk membeli beberapa barangan keperluan.Saya melihat beberapa orang dewasa dan kanak-kanak sedang berlegar-legar berhampiran pintu masuk utama.Sambil melihat-lihat pameran barang-barang di ruang legar tersebut saya dikejutkan dengan keriuhan seorang ibu yang memekik-mekik memarahi anaknya. Kenapa kau tidak teriak tadi...lain kali kau teriak bah,kalau babu kau tiada tadi macamana, habislah kau tu kena culik. Saya hanya tergamam melihat keriuhan itu.Dari perbualan mereka jelaslah kepada saya apa yang terjadi.Kanak-kanak lelaki bersama ibu tadi berumur sekitar 12 tahun,berjalan bersama bapa, kakak dan makciknya.Ibu dan bapanya berjalan agak jauh kehadapan manakala kanak-kanak lelaki tadi santai dan seronok berjalan bersama kakak dan makcik tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Tiba-tiba seorang lelaki yang tidak dikenali menarik tangan kanak-kanak lelaki itu dan cuba membawanya masuk kedalam lif.Kanak-kanak itu pula hanya mendiamkan diri dan membiarkan dirinya ditarik oleh lelaki yang tidak dikenali tadi.Mujurlah makciknya menyedari dan bertindak pantas menyergah orang itu. Kenapa kau tarik dia? tanya makcik kanak-kanak tadi. Ohh...main-main saja bah jawab lelaki yang tidak dikenali itu dan terus beredar.Besar kemungkinan kanak-kanak itu akan dibawa lari jika makciknya tidak bertindak. Nampaknya kejadian menculik kanak-kanak semakin menular di Kota Kinabalu.Dua minggu lalu seorang kanak-kanak lelaki juga berumur sekitar 11-12 tahun dilaporkan hilang di kawasan Api-Api Centre,Kota Kinabalu.Dan hari ini seorang lagi hampir-hampir menjadi mangsa. Kepada semua ibubapa...berhati-hati dan berwaspadalah jika membawa anak-anak berjalan sama kemana saja lebih-lebih lagi ke tempat-tempat yang agak sibuk.Dan jangan leka dengan barang-barang pameran yang beraneka jenis.Pastikan anak-anak anda tidak berada jauh dari anda. Kepada kanak-kanak pula....bila berjalan bersama ibubapa pastikan anda sentiasa bersama ibubapa anda.Jangan sesekali merayau-rayau jauh dari pandangan ibubapa anda terutama sekali bila berada di tempat yang sibuk contohnya pusat beli-belah,kerana jika terjadi penculikan biasanya orang sekeliling tidak menyedari.Sentiasalah berwaspada dan berhati-hati terutama sekali bila berhadapan dengan orang-orang yang tidak dikenali.Sebaik-baiknya jangan berjalan seorang diri.

9 comments:

SANGURU said...

adessss...bikin takut. KK bandar cantik yg dah x selamat. Ada area yg black area punya. Klu berada di area tu, kita akan rasa kita di tempat/negara mereka...

Little Mike (LM) said...

sentiasa perhatikan anak-anak agar tidak terlepas dari jangkauan perhatian.

maikong said...

terimakasih atas peringatan Pn.kryo..kepada sang bapa/ibu, pastikan anak2 kita selamat..biar anda berada dimana(tengah membeli-belah kah..jln2 saja ka...sangat payah mau cari kalau sudah hilang..semua jadi kelamkabut...

kyro said...

Saya selalu amalkan merancang perjalanan sebelum keluar rumah.Apa yg hndk d beli,d mna boleh dpt,d mna tmpt palind selesa membeli belah.Selesa brmkna selamat dan mudah utk parking.Tidak perlu berjalan terlalu jauh atau melalui tmpt sunyi utk mengelakkan peragut.Terutama sekali bila bersama anak2.

Sangguru,Mike n Maikong, KK skrg makin bahaya.Bukan saja culik,ragut dan mencuri kereta amat berleluasa.Kereta saya 2 sudah hilang.

maikong said...

Pn kryo,tq for that info..hujung tahun ini balik kk..memang akan jalan2/window shopping..lepas 2 baru balik Tandek@Damai...

SANGURU said...

pihak DBKK dan pihak berkuasa lain mungkin perlu memikir cara atau mempertingkatkan tindakan untuk menjadikan bandar KK LEBIH SELESA, SELAMAT...
kLU orang rasa ngeri masuk pusat bandar, apa akan jd pd KK?

Ilalelot said...

salah satu cara juga ajarlah budak2 agar tahu mencari helah, kenal sapa rakan kepada keluarga mrk, menjerit, panjang akal dan jgn panik. budak2 zaman sekarang semuanya bijak pandai dan tugas kita hanya memantapkan kebijaksanaan mrk untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Anak adalah amanah dan tanggungjawab kpd keluarganya. Minta2 org yg menculik budak2 menjadi mangsa culikan mafia pulak! Mcm mana siksa nya.

Anonymous said...

Betul tu Snaguru d Sinsuron yg sudah menjadi Little Zamboanga...Sanguru belum lagi memasuki d Gerai Kraftangan Phillipine dan d belakang tu ada yg menjual Ikan bakar nya dengan harga yg mereka tentukan sesuka hati sendiri sahaja.Kemarin dulu mungkin dari Hal Ehwal Pengguna ada mengambil Videocam...C peniaga ikan ni pintar2 Bodoh juga...D ambil rekaman d tempat jual ikan bakar tu mereka matikan Lampu (Gen set nya)...Pindah lagi kegerai yg satu sama juga d matikan Lampunya lagi...Benar2 menyakitkan hati bila d lihat dengan mata kepala kita...Jabatan kerajaanpun mereka olah2kan macam anak2 kecil.....Inilah Kerajaan kita terlalu memberikan muka yg sudah cukup lebih......

Anonymous said...

Yg menjadi kewaspadaan kita juga Parking d CP @ Centre point......Kemarin kereta saya Parking d naikan ke tingkat 3 CP tu d langgar lari oleh orang yg kurang bertanggung jawab....Harap2 dia boleh membaca d ruangan ini.Angaran kos kerosakan
Rm:500/600 juga...Sia doakan Harap2 Allah merahmati kehidupannya selalu.......