SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Saturday, November 14, 2009

BUDAYA YANG SEMAKIN DIABAIKAN -UCAPAN TERIMA KASIH DAN TAHNIAH

RUANGAN PENULIS TAMU SAM
Oleh: MindaGuruSabah
Selamat bertemu kembali , sudah lama saya tidak berkesempatan untuk menulis dan membaca entri tuan-tuan ekoran komitmen tugas, kuliah serta tugasan lain yang menimbun baru-baru ini.Walau bagaimanapun pada kesempatan ini saya akan membicarakan tentang satu budaya mulia yang semakin dipinggirkan yakni kata-kata penghargaan dan pengiktirafan iaitu ucapan terima kasih dan tahniah.
Melafazkan ucapan terima kasih kepada seseorang sebagai penghargaan serta ucapan tahniah kepada mereka sebagai pengiktirafan sering kali diabaikan.Walaupun perbuatan ini kelihatan amat mudah tetapi amat payah untuk dilakukan. Melafazkan kata-kata ini sebenarnya tidak memerlukan modal kewangan. Oleh yang demikian kata-kata seperti ini wajar diterapkan dalam kehidupan seharian kita serta dibudayakan setiap waktu. Semasa di sekolah apabila guru telah selesai memberikan ilmu kepada anak muridnya, murid-murid akan berdiri dan memberikan ucapan terima kasih,..terima kasih cikgu. Adakah pelajar-pelajar ini melakukan hal yang sama di luar kelas? Adakah kita juga menjadikan budaya berterima kasih ini dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita?
Penghargaan dan pengiktirafan yang diberikan kepada rakan sekerja seperti merakamkan ucapan terima .kasih dan tahniah sebenarnya satu keperluan untuk menjaga dan meningkatkan hubungan kemanusiaan dalam organisasi dan komuniti kita. Perbuatan yang sekecil ini memberi impak besar kepada pembangunan jiwa kepada kedua belah pihak. Malah dalam organisasi tempat kerja, budaya memberi penghargaan dalam bentuk kata-kata adalah penyumbang kepada peningkatan kualiti peribadi modal insan. Justeru itu budaya ini perlu "mendarahdaging" dalam masyarakat kita.
Penghargaan dan pengiktirafan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi memberikan banyak ruang dan pilihan bagi kita untuk menunjukkan penghargaan dan pengiktirafan yang kita berikan pada orang yang sememangnya "layak"..Tetapi salah satu cara yang paling murah dan asas ialah secara lisan..Ia percuma tetapi amat berkesan. Apabila kita tidak berpeluang untuk melakukannya secara lisan, kita boleh praktikkannya melalui SMS. Pada saya cara ini juga amat ampuh kerana ia lebih bersifat peribadi.
Selamat mempraktikkan budaya mulia ini.

7 comments:

Anonymous said...

bagus!

Anonymous said...

sya sangat2 berse7 dgn artikel ni..

sya sndri pn perasan... budaya meringankn mulut utk mngucapkan "terima kasih" @ "tahniah"....smkin sukar utk didengar...wlupn kerja ini xda memerlukn modal material mahupn modal kewangan spt yg saudara tompinai katakan...
yg merisaukn...& dikhuatiri klu xda d terapkn betul2 dlm jiwa terutama anak2 kecil...mereka tidak akan faham mksd 2 perkataan mudah tetapi penuh dgn makna yg membina.....
disebabkn itulh, d tmpt sya bertugas ni..sya sdh mngambil langkah yg sewajar....dgn selalu menerapkn & membudayakan ungkapan "terima kasih" dlm jiwa anak2 didik sya....xda kira dlm @ luar kelas...xda kira kecil @ besar pertolongan yg diberi @pn diterima...
sma2lh kta pupuk budaya "ber-TERIMA KASIH" & melafazkan "TAHNIAH" ini...

Terima Kasih saudara/i Tompinai & Tahniah atas keluaran artikel ini..

GB- Guru Biasa..

Tulunbunou said...

Terima Kasih dan Tahniah diatas paparan ini.. selain daripada guru2 dan ibubapa, keberkesanan penerapan budaya mulia ini bergantung kepada sikap semulajadi individu dan persekitaran. Semoga Generasi Kini Kota Marudu,Sabah,Malaysia berjaya mengamalkan nilai2 murni ini.

Gaaman said...

budaya 'berterima kasih' dan mengucapkan 'tahniah' merupakan sebahagian drpd jatidiri seseorang.

marilah kita sama2 menerapkan budaya ini dlm minda anak2 kita.

Terima kasih cikgu untuk paparan ini.

MindaGuru said...

Saya pun sentiasa belajar menghargai dan mengiktiraf bantuan, hasil kerja dan kejayaan rakan sekerja dengan cara berjumpa ataupun melalui sms..

MindaGuru said...

ya..sedang belajar mempraktikkannya dengan cara yang paling mudah dan tidak melibat modal..

kyro said...

teringat pula saya pelanggan d cafe saya.ketika memulangkan wang baki saya hulurkan dan ucap "terima Kasih encik"...dgn muka masam dia pndang saya dan tanya "...awak kata apa?".dengan perlahan saya jawab "...encik,saya kata terima kasih" dan dia hnya berlalu tnpa sepatah kata.