SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Monday, November 30, 2009

CERITA DARI KAMPUNG...

TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH: Pembaca setia SAM pasti masih ingat kes "Jalan Bengkok Tandek-Longob" yang pernah kami paparkan bahkan saya sendiri pernah menjadi "orang tengah" untuk "meluruskan yang bengkok". Namun apakan daya...si bengkok opsss, yang bengkok menang jua. Hingga kini saya (orang SAM) masih mendengar bahkan diajukan cerita dan keluhan berkaitan projek itu. Kali ini tentang bayaran pampasan. Ada kes sedang dalam siasatan BPR kerana ada pampasan dituntut oleh penama lain. Ada yang kemaruk pampasan sehingga sanggup menjadi "bengkok". Ada pula yang dijanjikan pampasan tapi tinggal janji. Ada rumah tepi jalan tak tersenarai mendapat tawaran pampasan manakala ada yang jauhhhh dari jalan menerima pula. Nampaknya bukan jalan sahaja yang bengkang bengkok, yang lain-lain pun ikut BENGKOK...

6 comments:

Anonymous said...

jalan bengkok boleh juga memberi manfaat kepada pengguna, tetapi orang bengkok tidak boleh pai ooo
(pai ulung)

Kuasa duit telah melunturkan nilai-nilai murni dan adat-adat kampung dipersendakan oleh kroni. matlamat utama hanya untuk memenuhi tuntutan peribadi. agenda pribadi menjadi perjuangan sulit walaupun masa depan menjadi taruhan.

Umar al-Longobi said...

apabila hati mulai bengkok, yg lain2 akan ikut mejadi bengkok. luruskan dulu hatimu wahai anak Adam!

SANGURU said...

luruskan safffff...

SANGURU said...

luruskan safffff...

Umar al-Longobi said...

haha... lurus & rapatkan saff.

MindaGuru said...

bah yang bengkok hati itu atau yang berkira-kira nak bengkok hati lebih baik kc lurus sebelum terlambat..kalau terlambat mungkin banyak musibahnya..