SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 1, 2009

FARMVILLE....(P2)

TABIKKKK... Oleh: sanguru, Tekong SAM
Tabiklah saya kepada peladang-peladang jaya di alam maya (Farmville) . Orang-orang SAM pun nampaknya sudah mulai "berduit" sejak jadi peladang jaya. Nong SAM misalnya, ladangnya boleh tahan; macam agropelancongan rupanya. Kemas, tersusun dan banyak haiwan ternakan (patutlah mampu "berzakat" kepada DjBatman SAM. hehehe...). Ramai lagi peladang kita yang berjaya di alam maya sana. Saya melihat kreativiti dan kesanggupan mereka untuk meluaskan bidang keusahatanian mereka. Walaupun saya dimaklumkan bahawa dalam "farmville" tidak ada subsidi atau bantuan pihak kerajaan, namun dengan inisiatif, kerajinan, ketabahan, kesungguhan dan komitmen yang tinggi, mereka boleh berjaya. Inilah juga sebenarnya kunci kejayaan para petani di Kota Marudu. Meskipun dikekang oleh berbagai masalah termasuk input-input yang terhad dari kerajaan namun mereka berjaya keluar dari belenggu kemiskinan. Kalaulah para petani ini dibantu lebih lagi, pasti mereka akan menjadi petani separa moden yang berjaya. Tabiklah kerajaan dan para pemimpin jika dapat berbuat demikian. (Buatlah kerana itu sebahagian daripada tanggungjawab tuan/puan. Juga Janji? - TUNAIKAN JANJI KATA DS NAJIB...)

5 comments:

Anonymous said...

Sanguru 'Hendak seribu daya'Tak hendak seribu dalih'.PTI yg menjadi jutawan d negeri Sabah ini terlalu ramai sudah. Kenapa d Zaman IT kita masih lagi merunggut kearah Kemajuan dan keka
yaan kita? Sedangkan peluang orang2tempatan terbuka luas, dengan subsidinya,dengan bantuan Kerajaannya, dan bermacam macam lagi bantuanlah yg d berikan.......

SANGURU said...

betul anony...kita bantu rangsangkan keyakinan, kemahuan dan pemikiran org2 kecil kita. Lambat laun mereka akan berjaya. Kpd rakan2 kerajaan, perbaiki plan dan pelaksanaan program basmi kemiskinan dan program mempertingkat ekonomi. Masih ada ketirisan di sana sini bah tuan...
teruskan. (maksudku, teruskan membantu)

maikong said...

anony
mungkin juga faktornya adalah kita org malaysia/sabah bah..klu d terbalikkan pula..org malaysia jadi PTI d indo..saya rasa kita lagi kaya-raya/bilionnnnner......

Umar al-Longobi said...

para petani di KM harus dibantu, terutamanya mereka yg masih ketinggalan dan mempunyai kemampuan yg terbatas. ada juga petani di KM yg sudah kaya. golongan ini tidak perlu diberikan perhatian. mereka sudah boleh berdikari. kasihanilah petani yg dhaif. janganlah mentang2 mereka berselipar jepun, tidak pandai menulis dan malu2 berurusan di pejabat, mereka dipinggirkan...

SANGURU said...

orang FELDA di semananjung dulunya daif, miskin...bila kena cara membantunya, mereka benar2 naik taraf, berdikari, maju. FELDA SABAH?