SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 8, 2009

FARMVILLE....(P3)

SYYYYY... Baru-baru ini saya gelak bersama seorang "farmer" di "farmville" kerana binatang-binatang ternakannya berhamburan di sana-sini. Sebiji macam petani kampung-kampung zaman dulu-dulu. Bila saya tanya hasil perladangannya, dia ketawa besar. "Sikit untung bosss, nda kena jaga betul..." jawabnya. Nah, inilah juga permasalahan para petani, penternak, peladang dan nelayan kita. Budaya "rendah cita-cita" dan masih terbawa-bawa budaya lama. Budaya "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" masih tebal di dalam jiwa. Walhal kita mampu mengaisssss pagi untuk dimakan berminggu-minggu, berbulan-bulan... Syyyy...namun tidaklah juga boleh menyalahkan sekalian para petani, peladang, dan nelayan. Ada kes-kes tertentu mereka hilang motivasi. Cuba kita sama bayangkan: harga benih, harga racun, harga kos pembajakan, semuanya melambung...tapi harga jualan padi gitu-gitu apek juga, masih rendah bahkan kekadang menurun. Hmm...inilah yang membuat saya serba salah. Nak kata salah, tak kata pun salah. Bah kawan-kawan "farmville", kongsi-kongsikanlah idea-idea kalian kepada para petani, peladang, penternak dan nelayan kita...

5 comments:

Anonymous said...

FARMVILLE ini adalah satu Garispanduan kepada Petani Modern....Yg sebenarnya KEJAYAAN itu adalah berpunca daripada HAKIKAT dan TEKAD kita.Contoh terbagus/terbaik ialah orang Bugis,Kebanyakkan mereka ini datang kenegeri Sabah pada tahun 1980an...Tetapi pada hari ini banyak sudah yg menjadi JUTAWAN betul...Ini barulah Kejayaan yg betul d Farmville itu hanyalah Guide kita mcm mana mau mentadbirkan dan merancangkan Keawangan Farm kita sahaja. Level saya d Farmville inipun melewati sudah Level 20an....

SANGURU said...

sangat setuju dan sependapat dengan anony.

Tuan Cobra said...

Sebenarnya Tuan Sanguru macam Farmville ni lah kalau kita mampu membangun dan mengajar pengundi2 dan Rakyat d KM ni baru lah ngam bah kan...Kalau YB Datuk Dr Max dan YB Anita mungkin boleh buat ni untuk rakyat d Kampung2 tetapi caranya berperingkat peringkat...Kan mereka mempunyai Grant setiap tahun...Setujukah Tn.Sanguru?

SANGURU said...

asalkan baik saya selalu jadi penyokong no.1. Yg penting sayang rakyat. Jgn main karut. Klu rakyat, khususnya bangsa saya, keluarga saya dikaruti oleh sesiapapun, biasanya saya juga boleh jadi....

Tulunbunou said...

saya antara petani yg tidak berjaya didlm FV..habis layu semua tanaman sa. hehe