SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 15, 2009

FARMVILLE....(P4)

AKU INGIN JADI PETANI... Oleh: Sanguru, Ketua Pengarang SAM
Majoriti Staf SAM adalah anak petani bahkan pernah bertani/bersawah. Zaman 80-an dulu, jalan tingkalanon-mosolog itu laluan berjalan kaki saya untuk bersawah di sawah makcik saya di Mosolog. Memang biasa bertani punya... Sekarang? sekarang tidak, tapi jiwa masih minat bertani. Di keliling rumah saya ada macam-macam buah-buahan termasuk bunga-bungaan. Masa saja yang tidak cukup untuk jadi petani di kampung, atau menjadi ahli "farmville" di facebook. Namun, suatu masa nanti, mungkin selepas pencen saya akan jadi petani sepenuh masa. Bukanlah untuk menjadi hartawan tetapi sekadar mampu memenuhi keperluan sendiri dan membantu yang memerlukan. Kata Pak Lah - "Pertanian adalah perniagaan", kata saya - "bertani itu kesihatan dan riadah". Sekurang-kurangnya, jadi petani, badan sihat. Tidak rugi berbakti kepada tanah. Saya mulai menanam buah-buahan sejak masuk ke "banglo" kami, dan kini sudah makan hasilnya. Bayangkan kalau kita semua mulai menanam hari ini, beberapa tahun dari sekarang kita tidak perlu lagi membeli sekadar mangga, rambutan, longan, jambu dan manggis... Ayuh, bangsaku pribumi - PERTANIAN ITU PERNIAGAAN...

4 comments:

NAGA KINABALU said...

Saya amat percaya dan mempercayai "BERTANI itu adalah PERNIAGAAN" jika kita lihat d negara2 Eropah khasnya, negara yg boleh bercucuk tanam dan mengusahakan bidang pertanian itu adalah bidang perniagaan yg boleh mengayakan petani itu sendiri...Contoh terdekat d Kundasang lihat pengusaha dan pekebun d Kundasang China2 itu 90% datang daripada West M'sia...betapa kaya raya mereka jika d bandingkan bangsa kita pribumi orang Kinabalu sendiri.....

SANGURU said...

masa era kolonial belanda dulu, Kota Marudu misalnya, menjadi pengeluar tembakau cerut terbaik di dunia. marudukini?

doelmajalin said...

Walaupun kini saya kembali bertugas di Kota Kinabalu tapi saya pasti meluangkan masa di setiap hujung minggu untuk menjenguk 'kebun' di kg.Salimandut..bukan sekadar hobi tetapi sebagai contoh kepada generasi muda bahawa berbudi kepada tanah tidak terhitung nilainya..disini akar budi kita..kita mengerti rona kehidupan..menyatukan jati diri kita..menambah nilai hidup kita..salam pertanian adalah perniagaan.

SANGURU said...

sdr doel, semoga tn dpt memotivasikan ...