SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Sunday, November 29, 2009

FARMVILLE...(PART 6)

Farmville turut mengajar saya prinsip bantu membantu untuk sama berjaya. Dalam permainan ini, farmer mesti bantu farmer yang lain. Usahawan Cina misalnya ada dewan perniagaan yang mantap dan sudah berakar umbi. Mereka ada visi misi dan "rules" yang jelas. Mereka juga berdisiplin. Orang kita? Nak buat persatuan pun kepayahan, apa lagi bergerak dalam persatuan. Maka terciptalah peribahasa, "umpama enau, melepaskan pucuk masing-masing", yang sangat bertentangan dengan "berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Tapi mesti yakin wahai bangsaku, kita ada apa yang diperlukan untuk berjaya, cuma kita kena gunakan sebaik2nya, dan bersatulah mengikut bidang dan keperluan. Demikianlah kekuatan saudara kita kaum Cina, dan kelemahan kaum kita sendiri. Kita mesti belajar dan terus mempraktikkan nilai, atitud, serta amalan saudara kita yang beratus langkah kedepan kita. Memang kita mampu terus sebaris namun cara "ekspres" begitu tidak akan memungkinkan kita belajar dan menyerap nilai budaya niaga yang sewajarnya. Pengalaman jatuh naik, susah sennag itu sangat penting kerana ia boleh mendewasa, memperkasa dan menambah keyakinan bersaing secara sihat di arena global...

1 comment:

Umar al-Longobi said...

dlm konteks dunia, "siapa yg berusaha, dia akan dapat". tidak kira apa agama, bangsa dan fahaman politiknya. namun kepercayaan mengajar kita bhw dunia bukanlah destinasi kita. dunia hanyalah ladang utk ke akhirat. jadi, mana2 yg baik itu contohilah. yg kurang baik, jadikan sempadan. kita mahu kejayaan dunia yg berkat, demi akhirat yg selamat.