SAM

SAM

Followers

Dengarkan Utara.FM - Macam Biasa Juga Bah

Tuesday, November 3, 2009

GABUNGAN NGO SABAH

(Gambar: NGO Sabah di Sri Perdana, Putra Jaya. Kunjungan hormat kepada Pak Lah (ketika itu masih PM). KOTA MARUDU, SABAH: Atas permintaan beberapa rakan pembaca SAM yang bertanya tentang Gabungan NGO Sabah, maka saya nukilkan secara ringkas tentang gabungan ini. Maaf, saya harus bercakap benar. Gabungan ini memang saya pelopori atas ilham pengerusi gabungan NGO Semananjung/Malaysia, En. Mohd Rodhi Daud, yang mencari saya di Kota Marudu, dan memberi kepercayaan penuh untuk merealisasikan gagasan murni ini. Bukan mudah tuan/puan, keliling Sabah saya dan rakan2 mencari rakan NGO yang sudi berkerjasama, berpasukan dan bersetuju dengan konsep permuafakatan menurut acuan kami. Usaha ini kami mulai sekitar pertengahan tahun 2008 dan hingga kini dianggotai lebih kurang 33 badan NGO seluruh Sabah. Gabungan NGO Sabah setakat ini belum berdaftar kerana memang secara kebiasaannya sesuatu gabungan NGO hanyalah dalam bentuk permuafakatan, kerana setiap ahli ada entitinya sendiri. Tapi ini bukan bermakna ia perkumpulan haram kerana setiap ahli gabungan adalah badan NGO yang sah/berdaftar. Namun rakan2 dalam gabungan NGO Sabah memang ada perancangan untuk memperteguhkan gabungan ini melalui kerjasama lebih erat dimasa hadapan. Demikianlah serba ringkas tentang Gabungan NGO Sabah. Sepanjang pengetahuan saya, inilah gabungan terbesar setakat ini di Sabah yang pernah diusahakan dan ianya banyak dipelopori dan digerakkan oleh orang2 sebelah Utara Sabah. Untuk keterangan lanjut, sila klik "Gabungan NGO Sabah" di ruangan link blog SAM ini.

8 comments:

SANGURU said...

bila saya dan rakan2 menubuhkan gabungan ini, misi utama kami adalah untuk memulakan. Kami tak mampu menjadikannya terlalu perkasa, standard tinggi, terlalu formaliti dll. Namun saya yakin, bila jalan sudah dirintis, mudahlah orang lain melaluinya.
Mudah2an nanti gabungan ini diperkasakan oleh barisan kedua dan seterusnya. (ketika itu saya/rakan2 hanya pemerhati...)
1 saja permintaan saya: sesiapapun nanti mengetuai gabungan ini hendaklah jangan mencemarkan nama baik NGO dan menghampakan ahli2nya yang benar2 berjiwa NGO. Jangan manipulasi rakan2. Jangan jual NGO. Jadilah NGO sejati.

Anonymous said...

terima kasih atas penjelasan en sanguru. Segala usaha dan perjuangan yang tuan lakukan harus mendapat pujian. Cuma alangkah baiknya sekiranya Badan NGO sabah ini betul - betul berfungsi sebagai mana namanya. Ini adalah kerana dengan ujudnya badan NGO sabah ini. Maka, akan dapat membantu badan² NGO yang baru bermula mahupun sedang beroperasi di sabah ini bernaung dibawah satu bumbung. Untuk pengetahuan tuan, apabila saja melihat blog encik sanguru, saya telah menghubungi beberapa orang rakan ngo lain. Mereka pun berminat, untuk menyertai Badan NGO sabah. Tetapi dengan penjelasan seperti ini, bermaksud ianya adalah badan yang hanya bernaung di bawah encik tanpa mengikuti perlembagaan persatuan. alangkah baiknya kalau badan NGO sabah ini benar² ujud. Agar dapat memantapkan badan ngo itu sendiri.Apapun, tahniah saya ucapkan di atas segala usaha yang en telah lakukan. Ini juga dapat membuka mata kami untuk terus membantu masyarakat sabah. (ismail muskim)

DINAKAN said...

sdr anonymus (en. ismail muskim)

sebenarnya, badan ngo yg d wujudkan ini merupakan satu inisiatif sanguru utk merapatkan ukhwah dan tali silaturahim d kalangan seluruh masyarakat kita agar tidak mudah terjebak dgn gejala kurang sihat atau terpengaruh dgn anasir luar yg kurang menyenangkan.

pada hemat saya secara totalnya, kalau bukan kita org2 sabahan yg cuba ketengahkan idea spt ini dlm mengukuhkan lg perpaduan myt kita d negeri tercinta ini, mungkin siapa lagi.

apapun, tahniah dan syabas juga kepada sdr anon (en.ismail muskim) kerana sudi dlm mengetengahkan idea yg saya katakan amat menarik dlm percambahan minda hari ini.

semoga, satu masa nanti kita semua akan bertemu dan bertukar pendapat serta berinteraksi dgn lebih dekat lagi.

utk pengetahuan sdr anon (en.ismail muskim), dlm masa terdekat ini saya akan usulkan satu perlembagaan, dasar dan cadangan pendaftaran ngo sabah kpd sanguru agar tiada pertikaian drpd mana2 pihak berhubung gabungan ngo ini.

terima kasih.

DINAKAN said...
This comment has been removed by the author.
Panaitan Boy said...

eloklah(mendaftar secara rasmi Gabungan NGO)tu. Operasi selepas berdaftar lebih baik berbanding kewujudan tak sah(di sisi Undang2). Begitu juga SAM elok didaftarkan.

Anonymous said...

Panaitan Boy, SAM telah berdaftar baitu, sah d sisi undang-undang sudah.

apa ni brader... SAM da daftar, apa pula mau dikait-kait sama Gabungan NGO tu.

NGO tu gabungan. hehehe... lucu la kau ni brader. Kalau mau join SAM, sila daftar dan ambik borang keahliannya yg lengkap. Macam saya da daftar pun, sah la juga.

SANGURU said...

TK atas respon tuan2. Gabungan ini belum didaftar kerana masih dalam perbincangan terperinci dan bukannya kerana TAK RETI PERLEMBAGAAN. Semua ahli gabungan ini adalah badan bukan kerajaan (NGO) yang sah berdaftar.
Bukan mudah untuk gabungan ini menjadi 1 badan yg lain kerana dikhuatiri bercanggah pula dengan visi, misi, objektif dan perlembagaan badan NGO lain. Maka dengan itulah, kami berpendapat biarlah bermuafakat untuk berkerjasama melaKukan apa2 program dari masa ke semasa. Di KM misalnya, pd 22.11 ni pstn penderma darah, persatuan Thelesemia, 4x4, radio amatur akan berkerjasama kempen derma darah. Semua NGO ni berdaftar dan bergabung dalam gabungan NGO Sabah.
So, mengapa pening2 sangat? hadkan memeningkan kepala untuk perkara2 remeh temeh, guna kepala (otak) utk fikirkan - APA LAGI YG KITA BOLEH KERJASAMA UTK KEBAJIKAN SESAMA MANUSIA...

Panaitan Boy said...

Terima kasih Anon(or staf SAM???..) 10.06 pm. Memang ada kaitan antara SAM dgn NGO..
Agak lucu juga 'kan "Gabungan Induk" tidak berdaftar tapi ahli gabungan pula mesti berdaftar dgn ROS!.

Kesannya macam teguran BN la kpd PR. BN tu badan sah(rasmi) tapi PR hanya sekadar gabungan, tak sah(rasmi).. Tak salahkan kalau pembaca MENCADANGKAN Gabungan NGO didaftarakan secara sah?>